Saturday, December 31, 2011

gawazat lagi..

Assalamualaikum,,

penutup tirai suka suki suku 2011..
ok, visa dah selesai. rasa nak menangis dah tunggu visa punya lama.
orang lain dapat sehari jerk, saya je dapat dua minggu (kira ok la ada orang tunggu sampai sebulan)
sangat bersyukur dan terharulah sampai keluar nak leleh. santan betul!
hoyeh,,lepas nie boleh naik sinai dengan tenang dan aman. tak jadi nak pergi turkey..biar duit bertimbun dulu, baru boleh jelajah satu dunia. (tiba2 rasa nak pergi umrah).

ok, exam bulan satu nie, makanya silalah ambil perhatian yang saya tak akan merapu untuk sementara waktu. juga, sila doakan saya maju berjaya cemerlang gemilang terbilang dalam imtihan.
kepada sesiapa yang ambil peperiksaan, selamat berjaya. fighting for the sake of ummah!
berpatah semangat adalah dilarang apa lagi untuk berputus asa.
selamat berjuang para pejuang sekalian...



Thursday, December 29, 2011

nikah gantung pun boleh..

Assalamualaikum...

saya baru sahaja membaca status seorang rakan di facebook yang bertanyakan perihal nikah gantung. sejujurnya, saya bukanlah yang arif untuk berbicara tentang nikah, soal hukum dan sebagainya. secara kebetulan sebelum ini, saya terbaca tentang nikah gantung ini. dan saya juga selaku seorang rakan, sangat bersyukur atas niat murni kawan saya tersebut untuk mengeluarkan dirinya daripada ke'maksiatan'. ya, apabila suatu dosa sudah jelas dan terang pada pengetahuan kita, maka dosanya akan lebih berganda. dan usaha untuk melepaskan diri daripadanya walaupun kelihatannya remeh, tetapi menjadi saham kebaikan dan dikira di sisi Allah. firman Allah dalam kitabnya, mafhum : Aku tidak akan mempersia-siakan amalan orang yang beramal di antara kamu baik laki-laki mahupun perempuan.

saya juga bahkan sangat teruja kadang-kadang apabila melihatkan semakin ramai anak-anak gadis dan pemuda-pemuda seusia mendirikan rumah tangga. subhanallah, bukankah ini suatu perkembangan yang baik untuk orang yang mengaku mencintai nabi dan berusaha melaksanakan sunnahnya ini? sungguh bukan mudah seorang lelaki mengemudi bahtera perkahwinan dan tidak mudah juga untuk seorang gadis menjadi suri pada seorang lelaki yang harus dijaga serba-serbi. tetapi, kesanggupan menyegerakan pernikahan untuk mengelakkan dosa dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang tidak enak didengar harus dibanggakan dan dijadikan contoh kepada pasangan-pasangan yang masih lagi dalam keadaan tidak halal.

saya juga sangat mengagumi anak-anak muda yang berjiwa besar (untuk bernikah memerlukan jiwa besar,itu perlu diingat) untuk berkahwin ketika masih lagi menuntut sewaktu pemuda-pemudi yang lainnya memikirkan soal keseronokan membujang dan 'berfoya-foya' bersama rakan sebaya. itu bererti, mereka yang ingin bernikah muda ini sudah terlepas dari salah satu hasutan syaitan dan terselamat daripada dendam makhluk Allah yang di laknat ini. dalam al-Quran juga ada dicatatkan bahawa syaitan berjanji untuk menyesatkan umat manusia sehinggalah hari kiamat dan cinta adalah salah satu fitnahnya. benar cinta itu tidak salah. apabila salah dasar percintaan itu, bila tersasar laluannya dan terbelok cara pimpinnya, di situlah bermula dosa. dan bukan cinta itu yang berdosa, tapi kita yang dilamun cinta inilah yang berdosa.

kembali..
jadi, apabila kurang berkemampuan, banyak hal yang membataskan dan nikah gantung menjadi pilihan, itu amat digalakkan. daripada jalan berpimpin tangan, berpelukan, bermesej yang tidak bertujuan tanpa ada ikatan, lebih baik dikahwinkan! daripada berhubungan tanpa iman, lebih baik menjadi suami isteri yang saling menguatkan iman, bukan? islam itu tidak memberatkan, tetapi islam lah pemudah cara, penyelesaian pada setiap permasalahan, tinggal kita saja nak ikut atau tidak.

tetapi, kadang-kadang masalahnya adalah di pihak ibu bapa. mungkin ada ibu bapa yang berfikiran terbuka menerima kehendak anak-anak untuk berkahwin ketika masih bergelar pelajar. bagaimana pula dengan ibu bapa yang kurang pengetahuan agamanya? ataupun tinggi, tapi sengaja 'dipendekkan'. kepada ibu bapa sekalian, anak-anak mempunyai hak untuk melaksanakan setiap yang menjadi fitrah dilaksanakan oleh sekalian manusia. perasaan untuk bernikah itu adalah fitrah yang bernama manusia. sebagai ibu bapa, anda bukan sahaja perlu memberikan hak pendidikan kepada mereka, tetapi bertanggungjawab juga memberikan hak untuk mereka bernikah apabila mereka sudah bersedia dan bertemu jodoh mereka. lagi pula, menjadi kesalahan ibu bapa apabila sengaja membiarkan anak-anak berhubungan dengan ajnabi tanpa ada batasan. kerana soal hati dan perasaan bukanlah soal yang boleh dikecilkan, soal nikah kahwin bukanlah perkara yang boleh diremehkan. apabila seorang anak gadis meminta untuk dinikahkan jangan dipandang enteng. mengelak daripada berlakunya zina besar bukan sesuatu yang mudah apatah lagi dalam era yang serba moden ini dan banyak pula pengaruh tidak baik menjadi ancaman. jadi, andai nikah gantung mampu dilaksanakan, tidak salah ditunaikan.

akhir kalam, semoga kita terselamat daripada segala perkara munkar. selamat menjalani bahtera rumah tanggalah kepada sesiapa yang mahu berkahwin. selamat berbahagia sehingga ke syurga, moga terpelihara dalam redhaNya dan tenang dalam pelukan cintaNya.

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. H.R tarmidzi-

nota kaki:tak fikirlah cik adik!

p/s:esok exam, study please..




Saturday, December 24, 2011

gawazat punya cerita..

Assalamualaikum readers!!!

silalah rasa terharu dan menitiskan air mata sebab saya baru sahaja balik dari gawazat dan terus buka laptop semata-mata nak bertup tap dekat sini. ok tak, nampak beno nipunya.
awwalan, saya nak telefon mak, tapi as usual lah, everytime i make a call at that time lah my mom and dad keluar shoping. eh cop, saya lah yang salah timing!
anyway, saya juga berbangga dengan diri saya kerana hari yang sepatutnya saya bangun jam 8 (memandangkan hari cuti), saya bangun seawal (boleh ke guna seawal di sini?) jam 5.45 pagi.
encik toga yang setia menemani saya sepanjang malam sebenarnya tak nak lepaskan saya pon.
tiba-tiba isha datang masuk dengan suara yang tergesa-gesa macam ada rusuhan kedua kejut saya. 'fathimah,palli2 gawazat'. oh, jangan lupa tukar 'palli' tersebut kepada 'cepat'.
saya tanpa banyak bicara dan ngohngeh2 terus minum segelas air, dan bergegas ke toilet dan menggunakan selipar bilik! see betapa bagusnya saya hari ni.
sebelum pukul 6 dah siap berbaju kurung lengkap stokin semualah. ada yang tanya berapa minit saya mandi ke?
hoyeh,,saya tak mandi. sumpah tak mandi. it's winter lah. relax lah kalau tak mandi seminggu pun. eh, taklah sampai seminggu. lagipun, kalau mandi selalu sakit tulang siapa susah?
cop, sambung cerita tadi. saya dan member pun bergerak ke abbasiyah yang mengambil masa 15min perjalanan. saya berjalan mendahului musyrif sebab bimbang ketinggalan bas dan tiba dekat bangunan gawazat tu dalam 6.15 lebih2. and oh my god, saya tak percaya apa yang saya lihat. rupanya dah lautan manusia menunggu. mujurlah ladies ada beberapa ketul saja.
*
*
*
disebabkan sudah ramai rakyat indon dan malaysia, jadi kami yang sampai awal ni bertegas untuk mengikut senarai nama yang tersedia. tetapi saya punya istimrah belum dibeli. pastilah cuak gila tahap zzz punya. tiba-tiba dengar satu suara
'tak isi borang lagi? habislah'
memanglah membuatkan hati membara jiwa meradang darah menyirap. ok, memanglah ayat dia tu tak panas pun, tapi bila anda berada di gawazat sila ingat bahawa perkataan yang sewaktunya sangat sensitif di telinga terutama telinga gue lah!
saya pun bergegas menuju ke kaunter pembelian dan alhamdulillah jadi orang pertama kot!
kemudian saya pun nak kembali ke kaunter taqdim.
tapi disebabkan suasana bagaikan orang nak berkursus haji, saya berjalan itik dicelahan barisan puak2 berambut pendek (lelakilah maksud saya). semua orang tengok pelik jer. peduli apa?!
sampai lah di pertenghan jalan tetiba 'ketepak'. adeh jerit saya kecil. tak boleh nak tengok atas sebab kompem2lah budak laki yang ketuk kepala saya. sama ada dia terketuk atau sengaja ketuk. ataukah..saya yang terhantuk??teeheee..
sampai jer dekat kaunter taqdim, saya cari budak besar-sikit-daripada-saya yang selamba bertutur tidak berbahasa. cari punya cari rupanya dia dah dekat hujung dunia.
saya dengan keji 'hahahahaha' di dalam hati. itulah, jangan selamba sangat nak menakutkan mencuak sesama gadis. eh???
dan urusan selesai jam 9.30 pagi. silalah ambil kalkulator 570-fx dan kira berapa jam saya di gawazat.
balik dengan penuh riang gembira jiwa suka sambil tidak lupa mengucapkan syukur kepada Dia yang berkuasalah. segala urusan dan perancangan kan ditanganNya??
tiba-tiba je keluar gawazat jadi sejuk hati senyum dekat semua orang. ahah! tambah pula suhu memang 10celcius, bertambah sejuk perut lah. babai member,,fightoh!

ok, sebenarnya macam stress sebab mak pergi Baling, jadi postlah benda merapu dekat sini.
sila jangan marah!*peace* =P

Ya Allah, mudahkan dan jangan Engkau susahkan. tiada yang mudah melainkan apa yang telah Engkau permudahkan. dan Engkaulah yang menjadi sesuatu perkara susah itu mudah. Allah bantulah saya..

nota kaki:minta maaf daripada kakak2 dan abang2 jika ada terempuh tadi1
nota kaki lagi:12X

p/s:sila hidupkan visa anda!

Monday, December 19, 2011

simptom exam

bila dah nak exam mulalah pelbagai penyakit berjangkit datang. tengok buku sakit mata,,rasa macam katil je ubatnya,,
nak buat nota seketul dua cepat sangat bosannya,,mulalah fail wayang yang dicari, dah melekat berjam-jam..
masuk kuliah kalau tak tengok jam tu memang pelik aneh ajaib bagai lah. dalam hati berdoa-doa je supaya dukturah baik hati nak bagi balik awal.
dan waktu nak dekat exam nie juga lah,,payah yang amat nak bangun sahur. nak minum air seteguk pun haram nak sempat..
Ya Allah,,kuatkanlah hambaMu ini,,tiada daya dan kekuatan melainkan dengan bersandar kepadaMu

urusan visa satu lagi, time2 gini la dia nak tamat pun. kot kot la nak tunggu winter break nanti. tak bagi can langsung.. dan sekarang nak kutip semangat dekat mana pula??ok, rasa macam nak dengar suara mak dan ayah sekarang juga..hwaaa....

nota kaki:saya suka cabaran.
nota kaki lagi:hilang semangat itu cabaran..erk??

p/s:jangan putus asa,,teruskan berjalan

Friday, December 16, 2011

lau kana bainana..

Assalamualaikum,,selawat dan salam atas junjungan Rasulullah s.a.w

Dalam saya menyaksikan kebejatan mereka yang seagama dengan saya, mengalir air mata saya apabila menyaksikan masih ada insan-insan yang bermatian-matian menegakkan hukumNya, mereka yang bersungguh merperjuangkan agamaNya dan menghidupkan sunnah nabi kita. sungguh, hati saya mejadi tenang dengannya.

pagi 15Disember memanggil saya untuk kembali merindui Rasulullah. kembali mengingatkan saya untuk menghamparkan cinta padanya. menghargai perjuangannya.saya membuka beg untuk menyelak mana-mana tajuk yang mungkin keluar dalam test pagi itu.tetapi lain jadinya. ternampak seuntai tasbih. saya mengeluarkan tasbih dari dalam beg galas. masyaallah, barulah saya teringat, sudah beberapa hari saya tidak berselawat kepadanya, dan itu bermakna sudah lama malaikat berhenti berselawat untuk saya. saya mengucap panjang di dalam hati. saya membatalkan niat saya untuk membelek nota dukturah untuk test pagi itu. bersalahnya saya kerana melupakan Rasulullah yang saya mengaku cinta padanya walaupun dia tidak melupakan umatnya. Subhanallah, segala puja dan puji hanya kepadanya kerana memperingatkan saya agar tidak melupainya dan kekasihnya. Alhamdulillah, Allah mempermudahkan tarikh 15disember2011 saya.

Sukar sekali bertemu insan yang di bibirnya bermain kalimah memuji Allah.
Sukar sekali bertemu insan yang terhias senyum dibibirnya saat diuji Allah.


Marilah kita melebarkan rasa kasih kita padanya kerana kasihnya sentiasa mengatasi kasih kita padanya. ayuh kembali menghidupkan sunnahnya kerana sunnahnya memberikan bahagia pada hidup kita. jom buatkan baginda tersenyum melihat kita, kerana kita takkan sanggup melihatnya berdukacita kan???


sesiapa yang berselawat kepada Rasulullah s.a.w, maka seluruh malaikat akan berselawat kepadanya.

nota kaki:ingin tersenyum dan terus memberikan senyuman.

p/s:jangan lupa akan jerih payahnya..

Friday, December 2, 2011

ini bukan cerita lama..

Assalamualaikum,,selamat hari jumaat selamat sejahtera dan selamat berbahagia. selamat membaca.

kerana saya azhariah, tidak bermaksud saya tidak boleh menari. selagi saya tahu di mana tempat saya menari dan waktu bila saya menunjukkan tarian saya dan kepada siapa saya mempersembahkan tarian saya!

saya tak pandai berbicara lantang, otak saya tidak penuh dengan fakta seluruh negara, dan saya jarang sekali khatam isu semasa. jadi, salah apa saya menyanyi dia pidato?!

ini mungkin kisah lama, tapi bukan kisah ini yang nak dibawakan. tapi, bagaimana cara fikir sesetengah pihak yang menjadi tanda tanya kepada saya. bukan saya mahu mempertikaikan ketelusan sesiapa kerana saya sendiri tidak telus dalam memberikan kata putus. cuma apa yang dapat saya gambarkan, apabila keadaan mengizinkan, suasana menghalalkan tidak salah meraikan orang-orang seperti saya. jika begitu cara fikir kita, bimbang 'susah lah nak kawan dengan dia itu tak boleh ini tak boleh' keluar dari bicara dan waktu itu jangan salahkan mereka. atau 'malaslah, mereka tu tak sejiwa' terlepas dalam kata dan waktu tu jangan menuding jari pada mereka atau juga ' tak payah, deme bukannya suka kita' bermain di bibir mereka. waktu tu silalah selidik diri. kalau kata-kata ini yang terkeluar, bimbang nanti wujud jurang yang besar, menyusahkan pula langkah kita nak memberi apatah lagi kepada yang mahu menerima.

berfikirlah bukan hanya untuk diri sendiri. berfikirlah bagaimana untuk mendampingi jangan hanya mahu didampingi. berfikirlah cara terbaik untuk memberi bukan memaksa untuk menerima. berfikirlah usaha untuk membaiki hati, bukan mendatangkan sakit hati. berfikirlah untuk membuka ruang berkata-kata, bukan menyempitkan kotak bicara. berfikirlah untuk mempelbagaikan usaha, bukan berada di takuk lama.

berfikirlah berfikirlah berfikirlah kerana berfikir boleh menyelamatkan diri dari kedunguan, menyelamatkan umat dari kerosakan, menyelamatkan negara dari kemunduran. akhir sekali selamat berfikir!

nota kaki:tidur orang yang berilmu lagi baik dari tidur orang tak berilmu.
nota kaki lagi:penat juga berfikir nak tulis apa, tertulislah fikir2.

p/s: lu fikirlah sendiri

Friday, November 25, 2011

Assalamualaikum,,

sudah lama betul tidak menjenguk laman ini. bukan tidak mahu atau sudah jemu mencoret sesuatu, tetapi terlalu banyak hal yang lebih penting perlu diselesaikan dan waktu kuliah yang tidak membenarkan saya untuk menjejak ke sini. plus, saya masih belum mendapatkan broadband sendiri daripada kakak saya menyebabkan kepala otak saya nie terlalu kosong daripada berita semasa dan juga keluarga. mujur hari ini Allah memberikan saya kesempatan masa untuk menghubungi keluarga nun di sana. hilang lah sedikit sebanyak rasa rindu. ha, cakap pasal hilang..

minggu ini sahaja, entah kenapalah terlalu banyak yang hilang daripada genggaman tangan. ikut rasa hati, nak sahaja dihentuk-hentuk kepala dihentak-hentak kaki. tetapi, bila iman berkata, 'yang hilang itu sekadar duniawi, akhirat itu yang mesti dicari' membuatkan air mata tak jadi mengalir ke pipi (bunyi macam sajak tak?). bila terkenang kembali kata-kata ayah 'setiap yang bermula pasti berakhir' hati mula menginjak tenang. saya kehilangan handset yang di dalamnya penuh dengan mesej2 yang sangat inspiring dan membelai jiwa lah. memg stiap kali down akn bukk mesej ayh n mak sblom saya fly hari tu. mengenangkan saya tidak lagi dapat membaca mesej2 tu, kesedihan mulalah mengusik hati jiwa dan perasaan. ok, mujur saya dah tulis semua mesej2 tu dalam sebuah buku, jadi tak lah macam nak meraung sangat. syukur kepada Allah yang mengilhamkan saya untuk buat macam tu.

itu baru handset, minyak wangi yang tinggal suku baru saja pecah menyebabkan bilik saya berbau jasmin sepanjang hari.tak tak. tak sampai setengah hari bau dah hilang. stress betul bila nak ingat balik. mujur la pujukan dari zuha menyejukkan perasaan 'insyaallah. barang yang hilang tu, Allah nak gantikan dengan turkey la tu'. ameen dari saya. terima kasih zuha atas doanya.

Ya, turkey adalah destinasi percutian saya seterusnya. sangat1000 nak pergi ke turkey sejak dari dalam perut lagi.ok tipu juga! memang sangat mahu ke turkey dan sekarang macam ada pakej yang sangat menarik dan murah, jadi tak nak lepaskan peluag yang sangat emas perak permata bagai. omma appa, nak pergi turkey. benarkan kak yang pergi turkey ok tak?? *pang* kamu ingat banyak duit sangat ke nak jalan-jalan? tapi mak, bukan senang nak dapat peluang gini. *pangpang* dari kakak. buku kamu dah habis baca? dah,,cuma nak buat revision lagi la..weee~~

firman Allah:

Katakanlah: “Berjalanlah di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu.”
( QS. Al An’am 6:11 )


nota kaki:parents saya tak pernah pang saya ok?!
nota kaki lagi:nak pergi turkey.nak3

p/s:kempen sebulan 100LE. ayuh menabung!

Monday, November 14, 2011

anak hilang + spm

assalamualaikum,,

dahulu anak kecil ni sakit, sekarang hilang pula. Ya Allah jauhkan hamba dari terus berdukacita. sabarkanlah aku menghadapi kehilangan dunia ini. jauhkan hamba dari kehilangan cintaMu.

untuk kak teh yang tak comel macam saya, selamat berjuang. semoga berjaya dalam imtihan. hati-hati menjawab, jangan putus asa dan yakinlah pada Allah. dia tidak pernah kecewakan hamba-hambaNya. kak yang mendoakan kamu dari bumi barakah.

setelah kamu berusaha maka bertawakkallah kepada allah.

Ya Allah berilah kejayaan yang cemerlang dan kau berkati pada adikku 'ainin sofia ahmad roslan.

nota kaki:teringat zaman muda remaja.sekarang muda belia. hee

p/s:jangan tidur tau cik ainin.

Saturday, November 12, 2011

Bersemadi Dan Tenanglah.

Assalamualaikum. tarikh 11/11/11 mungkin tarikh keramat untuk pasangan-pasangan pengantin (selamat pengantin baru) dan merupakan tarikh bertuah untuk mereka yang melahirkan anak-anak baru. ucapan khas kepada adik-adik yang berumur sebelas tahun pada tarikh ini. selamat hari lahir, semoga bertambah matang dalam berfikir jadi anak soleh solehah. kisah sebaliknya bagiku. Aku tak kisah sangat aku pusing satu kota untuk cari Medan Ahmad Helmi dan tak kisah sangat (adalah kisahnya) dipindahkan ke wisma B. Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam rumah, sapaan Kak Salmi menyambutku. belum sempat aku membuka tudung lagi kak salmi sudah mula berbicara "Fathimah, ada dua berita sedih?" dua berita dan kedua-duanya sedih. "apa?" tanyaku penuh debaran sambil mengambil posisi duduk di hadapan Kak Salmi. Ahli beit yang lain hanya terdiam sepi. Aku betul-betul berdebar. "Ada ustaz Perak meninggal,"kata Kak Salmi sayu. Aku yang baru hendak mencabut pin di tudung tersentak. Tidak jadi meneruskan niat. "Siapa?ustaz apa?" walaupun entah kenapa wajahnya yang terlintas membuatkan aku marah pada diriku sendiri dengan pengharapan bukan dia orangnya yang dimaksudkan Kak Salmi sekalipun seperti di hari-hari lain, sepertinya detik hatiku benar. Tak dapat aku bayangkan wajahku ketika itu, amat terkejut. Kejutan pertama. Oleh hatiku sendiri. 

"ustaz fareez izhar," nada Kak Salmi masih serupa. tapi tidak hatiku yang menerima kejutan kedua. Oleh Kak Salmi. Tepat. Mengapa setiap rasa hatiku harus tepat. Mengapa sewaktu aku tidak ingin ia terjadi, kenyataan mengatakan sebaliknya. Untuk kesian kalinya, kata hatiku tepat dan aku membenci hatiku sendiri. Bagaikan hendak terkeluar jantung dari letaknya, luluh hatiku, gelap seketika dunia apabila terbayang wajah pemuda tersebut. tidak tahu apa yang perlu aku katakan. Sungguh, aku tidak percaya apa yang diberitakan. Aku bahkan tidak ingin mempercayainya. Aku yang pada mulanya lapar kerana perjalanan jauh dari Mansoura, terus kehilangan selera. Semua organ seperti turut bersama tuannya merasa kesayuan. Aku duduk lama di hadapan Kak Salmi. Masing-masing terdiam sepi. 

"Kak Salmi, kenapa kami tak boleh percaya?" waktu tu, air mataku hampir saja ingin mengalir tetapi kutahan- sehinggalah saatku saksikan jenazahnya dibawa oleh teman-teman rapatnya, disolatkan dan dibawa ke van untuk ke pengebumian; pecah juga empangan air mataku yang kutahan-tahan sehinggalah tiada lagi air mata dan Allah tidak lagi mengizinkan aku menangis. Barangkali kerana sebegitu banyaknya air mata yang telah kuhabiskan atas pemergiannya. Kering.

Setelah semua menceritakan kebaikan arwah itu dan ini, begitu dan begini, semua bangkit meninggalkan bilik. Aku masih melayan perasaanku dalam kesangsian menerima berita yang tidak sedikit pedihnya. "Waktu umar tak dapat terima kewafatan Rasulullah, Abu Bakar kata pada Umar 'kalau kamu Islam kerana Rasululullah, dia akan pergi, kalau kamu Islam kerana Allah, Dia hidup selama-lamanya,"Kak Haya mengingatkanku. Aku cuba menenangkan diri. kembali mencari hati.ya, orang yang menghadap Illahi itu harus diiring dengan doa tulus suci, bukan menghamparkan remuk hati. segeraku sedekahkan al-Fatihah kepada arwah. semoga Allah berkenan memberikan rahmat kasih sayangNya kepada beliau, dan semoga bertemu bidadari syurga yang dijanjikan untuk pejuang agamaNya. juga terima kasih kepada kak Haya yang mengingatkanku bahawa manusia akan pergi akhirnya, dan terima kasih kepada kak Salmi yang menenangkanku setiap ketika. Kepada ustaz, tenanglah dalam semadi, terima kasih kerana singgah di bumi menjadi insan yang aku kenali. al-fatihah dan doa setulusnya untuk ustaz fareez izhar. 

sesiapa yang mati dalam menuntut ilmu, maka dia dikira syahid.
nota kaki:mati tidak mengenal usia, jangan menangguhkan taubat. 
nota kaki lagi:qiamullail, pagi jumaat, zulhijjah..subhanallah. 

p/s:ingat allah di hati dan di lidah

Friday, November 4, 2011

terkorban sebelum berkorban

Assalamualaikum,,

indah betul hidup kalau hari2 dapat webcam. habis saja program glow with flow, selesai solat zohor, terus ke cc untuk membuat panggilan kepada keluarga di Malaysia. lupa, selepas bergambar dengan abang jamal jugak. heeehe. Semua ada di rumah kecuali saya dan kak long yang gigih di bumi berkat ni. gigih la sangat kan?! gigih menyimpan l***k berlayer2 untuk musim sejuk adalah.
berhenti sebentar untuk solat asar dan sambung balik. tengah seronok2 sembang tiba2 gedebum bang tum dush. agak over tak saound effect dia? tak, saya tak dengar sebenarnya. beberapa minit berlalu dan seorang senior masuk bilik cc dan menggemparkan kami semua.
"lembu jatuh sutuh"
"hahh?" semua yang berada dalam cc termasuk saya terkejut gorilla mendengar berita tersebut. terus berlari ke belakang untuk menyaksikan adegan menyayat hati menghiris hempedu ni. sangat sedih ok melihat lembu tersebut sudah terkulai sedang lehernya sudah luka kesan sembelihan. dalam hati berdoa semoga lembu tersebut sempat disembelih sebelum beliau (salahguna bahasa) mati. kesianlah dekat hamba Allah yang berhabis duit untuk hari besar (hari raya haji) nanti kan?!
macam mana lembu boleh jatuh bangunan? soalan adik saya.
memang kebiasaan orang arab akan membela binatang ternakan di sutuh (bumbung paling atas sekali). jadi, sedikit sebanyak probabiliti haiwan nak terjatuh tergolek memang ada lah...
semoga Allah memberikan pahala kepada si pemilik lembu, dan semoga beliau bersabar..
akhir, selamat hari raya korban semua.

berkorbanlah sama ada sikit atau banyak di jalan Allah. semoga Allah melimpahkan kurniaNya kepada kita.

nota kaki:lembu terjun bangunan boleh terima la tak ada akal. nie, manusia bijak pandai ada akal campak dekat mana tahu sampai sanggup bunuh diri. tak cium bau syurga sayang oiiii.....

p/s:jangan menjadi orang yang terkorban sebelum berkorban. jauhi rokok (erk,,ada kaitan ke?)

Friday, October 28, 2011

fathimah yang bijaksana

assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh..

ha kan panjang salam saya tu..sebarkan salam.pesan Rasulullah. pagi2 hari nie harapnya semua ceria dan hepi2..ok, siapa yang baru bangun sila2lah cuci gigi dulu..
hari nie hari best sebab lepas subuh tak tidur dah. tetiba pula rajin ambil buku nota highlight isi2 penting (satu buku penting sangat kot) lepas tu belek2 kutaib kak salamah yang baik hati. bravo untuk cik fathimah manis lagi baik. bila dapat kerja daripada ketua, terus bergegas ambil laptop bersama-sama anat kesayangan menuju ke cc untuk mencari bahan. telefon mak sembang melucu bagai. rasa macam hari yang indah la. (yer memang sangat indah bila di pagi hari anda dikenakan oleh kakak anda sendiri)
all that big clap and thanks to cik lipase yang telah mencuri secawan susu segar saya. kerana baby lipase, habis bukhaira secawan. kalau minum air masuk semut benak 40 hari, kalau masuk lipas insyaallah bijak sepanjang hayat. heee. bolehlah cuba lepas nie.
assignment dukturah.video usmb. pamplet home. blalalala...mahu tergolek jugak dibuatnya. insyaallah, kerja untuk Islam. 'Allah tidak menguji diluar daya kemampuan' kata seorang kakak tu kepada saya saat dia terkejut melihat saya pulang kuliah menghampiri jam isya' (pandai-pandai pukul 6 jadi jam isya').
hari nie, kena pergi hussein sebentar (la sangat) sebab dah tak tahan menggigil tiap-tiap malam.
dan terima kasih kepada nadiaa yang bagi kami sweater free walaupun tak cukup sifat. really appreciate it. moga hidup hang dilimpah kurnia rahmat kasih sayang oleh Allah *menyerongeh*

nota kaki:bukhaira tu jenama susu.
nota kaki:minum bukahira dengan coklat marvellous sangat....

p/s:cepat lah musim sejuk hapuskan lipase2.
isbiri ya fathimah!!

Saturday, October 22, 2011

betul memang pahit,,jadi??

Assalamulaikum w.r.b.

Hari sebelum

Gadis2comel:kelas esok pukul 12 kan?

Imahbaik:eh, pukul 8 lah.

Gadis2comel:ehh, pukul 12 lah. Takkanlah nak buat gap sampai 2 jam kot..

Imahbaik:betullah, pukul 8. Orang tau la..

Gadis2 comel:pukul 12..

Hari itu

Budaktakmatured:assalamualaikum,,hang dekat mana tu?

Imahbaik:kat mana lagi,,rumah la..

Budaktakmatured:wei, tau tak kelas start pukul lapan.

Imahbaik tengok jam di tangan dah pukul lapan lebih.pandai2.. dalam hatinya “orang dah cakap dah...” akhirnya gadis2 comel dan imahbaik terlambat ke lab physio.

Motifnya moralnya ialah biarlah orang tengok kau macam mana, lantaklah susah mana keadaan kau, bila kau bercakap yang betul, teruskanlah dengan kebenaran. Kalaupun terpaksa bersendirian, biarlah sendiri. Allah bersama-sama orang yang benar. Ini tidak, kau pula yang terpengaruh. Orang ajak masuk gaung kau pun masuk gaung. Padanlah muka.

Rasulullah dihina dicaci oleh orang-orang kafir, ada tak Rasulullah berhenti? Tak kan..so, contohilah sifat nabi. Jangan mudah mengalah. teruskan berjuang sehingga titisan darah dan peluh yang terakhir.

Nota kaki:peer-pressure -___-

p/s:jangan lambat la..

tahniah kak nyah!!!

KAKAK SAYA DAH GRADUATE.

NAK2. NAK GRADUATE JUGAK.

MABRUK, TAHNIAH, CONGRATULATION..

MY DEAR SIST..

PRAY FOR OUR SUCCESS..

MAY HE LEAD US AND GUIDE US AND GRANT US WITH HIS BLESS..

Nota kaki:4 tahun dan beberapa bulan berbaki..

p/s: ada orang nak bagi motivasi tak?

Friday, October 7, 2011

saya tak sibuk sangat

assalamualaikum..

Hari nie malam jumaat. semua orang tahu lah, sibuk nak cakap. member2 lain semua dah bergerak ke h.10, saya je yang terjongok kat wisma a nie ha. tujuan asal duduk depan laptop buka internet nie sebab nak cari pasal rukun baiah. tugasan yang agak berat untuk saya bagi minggu nie. serius, saya tak pernah tahu pun pasal rukun baiah nie. so, rasa macam bagus juga lah kak ju (nama tipu semestinya) hadiahkan benda nie untuk saya. tapi tapi tapi, masalahnya, saya nie dah terlari dari jalan sebenar. tiba-tiba pula nampak suka suki suku tersuka pula nak menyemak. heeee. btw, kalau ada sesipa yang tahu sikit banyak tentang rukun baiah, beritahu lah yerk. saya ada google tadi, but most of the site just tell about the point in rukun baiah, so i absolutely not knowing the 'what' and 'why'..

kuliah dah mula penuh. minggu depan lebih penuh lagi. boleh jadi sampai rumah pukul enam. fuhh, tak tahu lah nak kejar maghrib time winter nanti macam mana. luckily, bas dah tak mogok dah. kalau tak, probably i'll have to stand at the bus stop like stupid sambil goyang-goyang kaki. waktu nak ke kuliah pun macam tu, waiting for the bus or tramco yang sayang ramsis dan rabaah lebih. then, masuk kelas pun kena marah dengan prof like a bad lazy girl yang kerjanya lewat ke kuliah. ceritanya, saya pernah lewat ke kuliah dan mujurlah hati dukturah sangat lembut waktu tu. walaupun pelajar yang awal sikit sebelum saya teruk kena hentam. hooo..

hujung minggu nie pula, saya perlu menghadirkan diri ke kolokium ilmuan yang terakhir. hooray! dapat sijil. nasib baik kau buat hari sabtu, kalau tak, kompem tak datang. heeee..

ok, see you on the next post..banyak kerja,,facebook panggil buku2 lain pun panggil jugak. belajar baik2 pejuang2 semua!!!

nota kaki:nota embryo hilang!
nota kaki lagi:saya tak sibuk sangat, ada yang lebih sibuk

p/s:pergi tidur

Sunday, October 2, 2011

MATROUH-SIWA: 3rd DAY.




and also the last day we were there. walaupun seronok sebab boleh balik rumah sendiri semula but still ada a bit sad feeling coz perjalanan kami memang menyeronokkan. it was really awesome. not just because of the nature, but along the journey we had so much fun and gained more knowledge about people and places. a big thanks to my teachers and adopt parents.

at last, i got the chance to swim at the beach. pantai abyad. kami keluar dari chalet awal-awal pagi lagi dah. sangat seronok bermain-main air macam budak tak cukup umur. dan sesi bertukar hadiah pun bermula. alhamdulillah i got a bag and a book. i guess, it will take sometime for me to wear that pink bag. still, thanks to dhuhazaini for the present especially the notebook!


hadiah untuk kawan2 didatangkan khas dari pantai abyad..terharu tak??

selepas seronok bermain-main di pantai kami pulang ke asalnya (chalet maksudku) dan bersiap-siap untuk kembali ke cairo. dalam perjalanan pulang, singgah sebentar untuk membeli buah tin segar and just like tamar, the taste was great. buah tin memang sangat sedap dimakan begitu sahaja. again, if you want, feel free to come and peel it yourself (ok, sebenarnya tak perlu pun kupas kulit).

kemudian, bergerak ke muzium al-alamein yang menayangkan gambar dan maklumat tentang perang dunia kedua.
dan sangat mengejutkan ada antara patung-patung yang ditayangkan merupakan tentera-tentera perang dunia yang sebenar. at first, semua orang macam 'tak kan orang betul kot'. tapi, lepas tengok betul-betul dengan jelas vein dan hairs yang ada kat tangan 'patung' tu, memang itu adalah manusia sebenar yang telah mati dan diawetkan. mesir memang hebat sungguh dalam bab-bab nie.. lepas habis tengok gambar (nak baca sejarah yang dalam france tu hampeh tak paham), kami pun bergerak ke bas dan sedia pulang. horeyh!!!! tiba di cairo jam 10.30.


see,,nmpk urat2 semua


Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang telah memberi peluang kepada saya untuk menikmati alam ciptaannya dan merasai indah dunia yang diciptanya.



nota kaki:lepas nie nak jelajah sina pula. nota kaki lagi:semangat nak mulakan kuliah.

p/s:rajin-rajin baca sejarah.

Friday, September 30, 2011

MATROUH-SIWA: 2nd DAY

Meneruskan kembara kami seterusnya ke siwa. bertolak dari matrouh selepas subuh. mesti awal sebabnya masa perjalanan yang panjang. sebagai maklumat tambahan, penduduk siwa merupakan umat manusia yang sangat sulit menerima ajaran islam dan mereka ini biasanya tinggal di kawasan pedalaman lebih kurang macam orang asli lah kalau di Malaysia tuh. tetapi, apabila hati mereka nie dah terbuka nak menerima cahaya islam dan iman daripada Allah, mereka nie jauh lebih baik pegangannya daripada orang yang biasa-biasa nie. macam normal yang kita dengar lah bila sang kuffar nie dah menerima hidayah, biasanya mereka nie lebih baik agamanya daripada kita yang dah lama islam. sambung balik..


ha,,garam yang boleh buat kenduri 40 hari 40 malam


itulah sebabnya, wanita-wanita dan anak gadis siwa nie susah sangat nak nampak duduk di luar rumah. ok, di siwa tempat yang best kami pergi antaranya (tak nak sebut banyak-banyak) kota lama siwa, kubu iskandar, jabal mauta, pantai garam dan kolam cleopatra. kolam cleopatra nie tempat upacara mandi sebelum kahwin tujuannya macam mandi bunga jugaklah, nak menaikkan seri. terdapat dua buah kolam cleopatra. satu yang tujuh meter kedalamannya dan satu lagi lima meter. yang sebenarnya, ada kisah sedih di sebalik kolam nie. nak tau??ha baca lagi..


kurma segar dari ladang,,tapi kalau kome makan yang kuning nie mungkin pengsan kot!


dahulu kala, sebelum saya menjadi pelajar di sini lagi, seorang pelajar malaysia bermain-main dalam kolam ni (memang kolam nie dibenarkan berenang di dalamnya), kemudian dia lemas. tetapi sempat diselamtkan oleh seorang warga asing. tidak berapa lama lepas tu, beliau pengsan dan meninggal dunia. jadi3, alfatihah kepada beliau. semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya.

sesuai namanya, jabal mauta nie tempat meletak mayat-mayatlah. tapi, sekarang nie, mayat-mayatnya sudah tidak ada (mungkin ada tetapi bahagian yang terdalam sekali. nak tengok boleh lah masuk lorong yang sunyi sepi tuh) kerana sudah dihantar ke muzium-muzium.
pantai garam yang memang garam semata-mata nie terbentuk disebabkan kedudukannya yang berada di bawah paras laut dan proses penyejatan, makanya, ngak wujud pantai garam di musim dingin (jadi tak indon saya?). sempatlah saya merasa garam


garam segar dari pantai..hati2 berjalan,,silap2 garam makan kome



kubu iskandar..lengkap dengan surau dan penjara sekali dan kota semut sekali


dan sempat lagi member-member lain mengutip garam buat bekalan setahun. hahaha.
kubu iskandar nie..kubu iskandar lah. nak cerita sejarah iskandar sangat panjanglah, sila rajin-rajinkan diri untuk cari sendiri. terletak dalam kebun kurma yang sangat luas. nak cakap, kurma segar dari ladang dipetik oleh jari jemari sendiri memang sangat best dan terlebih sedap. manisnya bukan manis gula-gula. memang terasa fructosenya yang sebenar. hehe.. nak rasa, meh la ke sini.laluan ke bilik mayat..dilarang bergambar!


kreyh, dah tak larat nak menaip dah. untuk mengetahui lebih lanjut sila google Siwa. insyaallah keluarlah segala benda.. weee~~~~

nota kaki:excited nak tangkap gambar, hampir dilanggar bas dan kena marah dengan cikgu2.ha.. nota kaki lagi: garam habis, boleh pesan sini.
p/s:kurangkan garam dalam masakan.

Thursday, September 29, 2011

MATROUH-SIWA: DAY 1ST

Perjalanan 3 hari 2 malam bermula pada jam 12malam 23 September 2011. Untuk pertama kali, saya berpeluang menaiki coaster yang selalu juga disebut-sebut. Pada awalnya, agak terkilan sebab tak dapat naik bas. Yelah, bas lebih besar dan tinggi, tu yang seronok tu. Heeee.

Sepanjang perjalanan saya hanya tidur sambil telinga enak mendengar lagu-lagu kegemaran. Hampir subuh, kami berhenti di kawasan yang lebih kurang macam R&R tapi memang bukanlah. Kami berehat untuk solat dan juga bersarapan dan menyambung lagi perjalanan sehinggalah tiba di chalet yang biasa disewa apabila terdapat program-program sebigini. Jam masih awal waktu tu. Mungkin menghampiri lapan. Kami dibenarkan untuk berehat. Saya? pastilah mendefinisikan rehat sebagai mensintesis mimpi yang indah. Hahaha. Sementara dye dan yang lainnya bermain-main di pesisir pantai.

Bangun semula untuk solat zohor seterusnya memulakan kembara dan musafir kami pada jam 1 petang. Tempat pertama yang menjadi destinasi pelancongan adalah Pantai Cleopatra. Memandang pantai yang biru indah tu memang tiada kata yang lebih indah melainkan subhanallah. Serius, sehinggakan saya merasakan seluruh umat manusia mesti ke sini untuk menyaksikan betapa cantik ciptaan Allah. Kejernihan air, putihnya ombak, dan biru laut yang bersatu bersama langit yang terbentang luas membuatkan hati terdetik “Ya Allah ajarkan bahasaMu yang terindah, aku ingin menyebutnya”. Di Pantai cleopatra ni terdapat sebuah kolam atau dalam bahasa arab dipanggil hamam cleopatra dimana menjadi tempat Cleopatra berendam dan membersihkan dirinya. Ia dibina yang mana membolehkan cahaya matahari menembusi bahagian dalamnya tetapi suhu di dalamnya masih sejuk dan dingin. Ya, memang dingin sungguh rasa macam taknak keluar dah. Terdapat dua lubang atau pintu tempat ombak keluar masuk. Seronok sungguh pakcik-pakcik arab bermain ombak besar macam kami ni tak ada dekat situ. berhenti di sini. Jom ke Pantai Agiba.

Merupakan pantai yang agak terkenal untuk keluarga pergi berkelah dan berenang-renang itik. Pantai ni pun cantik juga, sama cantik dengan saya pakcik-pakcik yang seksi berenang dengan hanya berseluar pendek. Haha. Rasa macam duduk kat tengah lautan yang tak ada orang bila saya berjiwang seorang diri di atas batu besar dihempas ombak besar sementara sang ustaz sempat mengarang sajak cinta seorang hamba. Sedap puisinya. Saya juga sempat berpuitis dalam perjalanan tapi seganlah nak baca dalam coaster sebab tidaklah hebat macam ustaz tu.

Selepas asar, kami menuju ke bazaar Libya. Dinamakan Libya sebab memang bersebelahan dengan Libya. Bahasa yang diguna pakai oleh orang sini ialah Barbar tapi mereka fasih juga berbahasa arab mesir. Saya dan kawan-kawan singgah di sebuah kedai yang buat keychain dan pasu yang ada pasir dalam dia tu. Tak tahulah nak panggil apa. Kami berhasrat untuk membeli keychain untuk edisi sesi tukar-tukar hadiah. Tidak banyak pun saya membeli sebab tak berminat dengan benda-benda shopping ni. Sekadar beli benda yang diarahkan kemudiannya saya dan kawan-kawan terus pergi ke coaster dan bas masing-masing. Hari pertama berakhir dan saya seperti biasa tidur macam saya pula yang jadi penunjuk arah bagai.

maaf tidak beralbum.problem loading page dari awal sampai habis. insyaallah lain hari lain entry..

Nota kaki:nak pergi lagi. Rasa nak bawa famili pula.

Nota kaki lagi:belajar daripada sejarah.

Nota kaki lagi lagi:bertuah menjadi orang islam sebab ada kata-kata indah yang dapat diucapkan. Subhanallah, alhamdulillah.

p/s:jalan jalan juga, jangan lupa memuji keagungan Allah.