Thursday, May 26, 2011

kawan-kawan-kawan

untuk pembaca semua..



untuk geng ar-rahman



untuk anak-anak nakal tan sri




untuk keluarga 44




untuk member kmkulim..




untuk azharian..
fakulti banat laa..


khas untuk seorag lagi budak imah-dengan-zatil-memang
friends do fight ok..hahahaha




to all my friend




nota kaki:jiwang bersama imah..haha

p/s:jangan berjiwang sangat la woi!

Thursday, May 19, 2011

foto memoto

Assalamualaikum...


foto saje2..






apa tu wei..

bedah jangan tak bedah

apakah budak tue??


aku ada gaya pensyarah tak..




lab anat yang terakhir nie.aku tak tahu kenapa aku sedih..huuu

menuntut ilmu itu wajib atas setiap mukmin

nota kaki:selamat berjaya kawan2


p/s:belajar rajin2

cerita hari cikgu

Assalamualaikum..

pertama dan terutama walaupun dah lambat tahap double z,,saya tetap nak wish hari guru kepada mak dan ayah saya, ustazah pasti ar-Rahman 1997, ustaz ustazah Sekolah Agama Rakyat As-saadah, cikgu-cikgu Sekolah Tan Sri Ghazali Jawi, Sekolah Raja Perempuan Taayah hinggalah Kolej Mara Kulim. Terima kasih atas jasa dan pengorbanan. juga kepada kak cik ikah yang pernah mengajar beberapa hari bersama saya..

Siapa nak jadi cikgu??tak2, siapa pernah jadi cikgu?
aku pernah. best weih jadi cikgu.tambah2 kalau kome mengajar orang asli. memang superb beb. aku dulu pernah la mengajar budak2 asli dekat kampung aku.ajar mengaji al-quran dan menulis jawi. sekali tu aku pun minta la anak murid aku memberi.asyik terima je kan?tak aci la.

"Ok, sekarang akak nak seorang mari depan,"semua pelajar diam. kak cik kat sebelah memandang para pelajar satu persatu.sah, tak ada yang nak.
"Kalau macam tu, kamu mari sini,"sambil aku menunjukkan pen ke arah seorang budak. terkejut budak tu mengalahkan aku terkejut waktu pertama kali diberitahu kena ajar deme.fuhh
budak tu pun bangun la lambat2 dan jalan pun lagi lambat.
"Tolong eja dan tuliskan perkataan ____ dalam jawi," aku pun menghulurkan marker kepada budak tu. (aku tak ingat la pula perkataan apa). budak itu menggeleng tanda tak setuju atau bahasa mudah fahamnya tanda tak reti la weih..
"Tak apa kamu tulis apa yang kamu faham,"budak tu pun buka penutup pen dan merapatkan badannya ke papan putih.selesai.dia pun ambil tempat duduk.
aku berpaling semula ke papan putih. (cop aku ada cakap tak yang aku tak tengok papan putih tu?)
Memang bagai nak jatuh lesser omentum dan segala organ badan aku. kak cik yang tengah duduk tu pun hanya mampu tertunduk menahan ketawa..
aku suruh tulis perkataan jawi. last2 awan biru budak tu bagi kat aku. memang la kan. awan bukan sebarang awan pula tu. memang cantik tak terpilu lah..selepas aku penat menahan ketawa (yang terlepas juga sebaik keluar bilik darjah), aku pun kembalikan mood cikgu. dalam hati, 'ini rupa2nya yang budak2 nie faham'
aku pun membetulkan kesalahan besar anak murid aku tuh.
"akak suruh kamu tulis.bukan lukis,"kataku sambil menahan gelak.tapi, kawan2 dia pula yang gelak.sian gila.
mengajar orang asli memang menuntut kesabaran yang tinggi. bukannya setakat bahasa deme sukar nak faham.perangai jangan kata la..semoga anak2 murid aku sekarang dah boleh baca quran dengan lebih baik dan dan boleh menulis jawi dengan lebih baik juga. bashaa!!!

seronok kan jadi cikgu, cikgu2 semua?! dulu adik2 aku selalu la jadi mangsa terpaksa mendengar leteran sejarah atau biologi atau kimia kau..kah22..bila masa deme dah tak larat, belah tinggal aku macam tu jerk..kureng asem betol..

tu la satu2nya cerita cikgu yang aku ada..

eh, cop3 ada lagi.lupe. aku pernah mengajar budak tadika sekali.walaupun tak seteruk mengajar orang asli, tapi teruk.
kisahnya, aku kena menggantikan salah seorang guru yang waktu tu cuti sakit. sampai kelas waktu tu semua pelajar dah ada. kira aku lambat sikit la.cikgu beb, kene siap cantik2 sikit. masuk je ke kelas, semua anak2 kecil tu pandang aku.apakah budak2 nie??buat aku nak keluar kelas jerk. mungkin deme terkejut tiba2 dapat ustazah muda belia. selepas aku memulakan kelas dengan doa, aku pun tanya la deme nak belajar apa.
"al-Quran..........."jerit budak2 tu macam aku duduk sebatu jauh.
aku pun ambil buku teks al-quran dan ajarkan surah tiga qul...tak lama lepas tu..
"ustazah kami nak main,"
what??gila apa budak2 nie nak minta main tiba2.
"No,class not finish yet,"gamam budak2 tu aku cakap orang putih.cakap arab lagi kau tak faham.
"Mana boleh. belum rehat lagi.sekejap lagi rehat main la,"aku tengok budak2 tu dah keluh kesah dah. aku pun pakai taktik budak2.
"ok, kita nyanyi...siapa nak nyanyi?"jerit aku menyebabkan anak2 putih bersih tu melompat ribena.yes,menjadi juga.
aku pun nyayi dan nyayi dan nyanyi sampai dah tak ada lagu dah nak nyanyi. bila segala jenis lagu aku khatamkan, budak2 tu pun
"ustazah jom main aci duduk,"
wait!kau nak suruh aku main aci duduk??aku ustazah la woi.penat dowh aku nak pujuk budak tu duduk elok. nasib baik la mereka terima cadangan aku main tom tom bak..hahaha,,mampus kalau aku main aci duduk.memang kene belasah dengan ustazah kelas 6 tahun dekat sebelah.

Nasib baiklah kelas pasti habis awal.itu pun aku rasa nak demam seminggu melayan budak tu gaduh budak nie lapar budak nie ngantuk.dan yang paling tak boleh blah, budak yang menyendeng kat aku sampai nak melangkah setapak pun tak boleh.
kome ada berani nak jadi cikgu tadika??

nasihat aku kepada sesiapa yang nak jadi cikgu tu, sabarlah banyak. sebab manusia nie pelbagai ragamnya. nak buat semua orang puas hati bukan senang.paling penting, ambil kursus perguruan dahulu..hahaha

dr.amani merupakan pensyarah aku yang paling garang.satu hari aku tulis i <3 dr.amani. tiba2 seorang kawan aku cakap..ecece bellah. i love dr.amani konon..terkedu sebentar dan menjawab semula.
"what?aku memang sayang dia kot.aku sayang semua cikgu2 aku,"terdiam dan berlalu. sayang la cikgu2 kome.

akhir kalam, selamat hari guru kepada semua cikgu2 saya..semoga Allah merahmati usaha kalian.

sabda nabi:sampaikanlah dariku walaupun satu ayat..

nota kaki:pesan cikgu, rajin2 buat nota.
nota kaki lagi:mak dan ayah aku betul2 cikgu.sayang kalian.

p/s:hormatilah guru.

Saturday, May 14, 2011

suk tamin,aku dan k.ta

Assalamualikum,,

Alhamdulillah blogspot dah ok dari 'kemerengan'nya beberapa hari. actually,,there was another entry before this one,tapi aku dah delete atas sebab2 tertentu. dan entry nie aku tulis dalam keadaan yang tak berapa feeling sebab patut ditulis pagi tadi..

ok,,cerita hari ni berkisar kami bertiga (refer title). pagi tadi, lepas habis jer aku berusrah di rumah perak, terus aku balik ke rumah sebab barang2 dapur dah habis. cuma tinggal sayur kobis seketul tuh..sebab tak nak budget vegeterian,k.ta berhasrat untuk ke suk tamin dan aku berhasrat la nak meneman.disebabkan kemalasan untuk menukar baju, aku pun beranikan diri pakai baju kurung hijau dan selendang hijau belang2 yang sedang aku pakai.

suk tamin BEST!..tipu hatiku.

disebabkan aku memang pandai gila melawa, masuk sahaja kawasan jual ayam dan ikan, setinggi boleh aku angkat kain menampakkan seluar cotton jeans berwarna putih yang memang akan menjadi kecoklatan supaya kain tak terkena kotoran musangatgeli..kak ta pula dari awal dah lipat seluar putih beliau separas buku lali. setelah selesai membeli ayam seekor dan ikan (berapa kilo kak ta?),,kami pun menuju ke tempat terakhir iaitu beras dan telur, terletak di hujung suk.
setelah berbincang2 (macam banyak sangat jerk jenis beras kat dunia nie), aku dan kak ta pun setuju untuk membeli beras sebanyak dua puluh kilo,,sila ingat ia adalah dua puluh kilo. isyrin kilo.twenty kilo.selesai ammu mengisi beras atau lebih tepat membuang lima kilo daripada 25kilo beras, kak ta pun memanggil aku yang baru selesai membeli telur.
memang terkejut monyet beruk gorilla la aku tengok guni beras yang macam nak sama saiz dengan aku.ok, fine.

aku pun sebab tak sanggup membiarkan kak ta yang kurus tak berapa kering tu angkat beras tu, aku pun tawarkan diri untuk berjasa baik. serius, macam nak patah riuk vertebral column aku.nasib baik aku rajin minum susu.hahaha
bengang sekali dengan pak arab yang selamba derk hon kat aku yang terkedek2 dengan beras tuh nak melintas jalan. alhamdulillah, lintas jalan terus dapat bas untuk ke asyir. kerana kudrat aku tak seberapa, tak terangkat beras tuh ke atas bas.driver bas dah gelak2 dekat kami. Alhamdulillah, seorang pak arab tolong la aku.shukran awi ya 'am.
"sepatutnya kamu yang angkat beras tu,"kata seorang arab di belakang kami kepada kak ta dalam arab amiyah. sudah, kak ta rasa macam dia membuli aku. jadi,turun je bas, tugas kami beralih. tapi, tak sampai berapa ketul batu, kak ta dah tak berdaya.muka pon dah senget benget tambah dengan arab2 yang pandang pelik. takut orang anggap aku buli kak ta, sekali lagi aku nak berjasa baik.



macam nie lebih kurang muka kak ta..tapi tak best sangat nie..


ha yang nie best..sesuai2

untuk sampai ke rumah, kami tak semestinya lalu kat suk saiyarat,tapi that is the shortest way we know. so, pelajar asyir semua, silalah bayangkan betapa ramai pak arab yang senyum tak berapa manis tengok aku angkat beras tuh.sampai je kawasan yang berjalan tar, aku berlari2 membawa beras tuh untuk rehat sebentar bersama kit kat.
berpaling ke belakang untuk melihat kak ta tetiba ternampak seorang ustaz berjalan ke arah kami sambil diikuti kawannya di belakang. zaman bila yang ustaz dua orang tu ada pun aku tak tahu.
"nak ke mana nie?"walaupun ustaz tu hanya bertanya, tapi aku tau dia nak angkat beras tu. dan hatiku ketawa gembira tau dalam bahasa sopan,tersenyum girang.haaa
"balik rumah,"jawab aku dan kak ta serentak.
"tak apa, meh saya angkat,"kan aku dah kata, ustaz tu nak angkat. tanpa berbasa basi, aku setuju jerk. yelah, daripada ustaz tu batalkan niat dia, baik aku terima dengan tangan terbuka. hahaha. aku dan kak ta berjalan di hadapan diikuti ustaz baik hati dan kawannya di belakang.



walaupun tak cukup menggambarkan kehepian aku,,cukuplah kome tau yang aku hepi

nasib baiklah rumah kami tak berapa nak jauh dah. adalah dalam 1km macam tuh.
dan serius lagi sekali segan dengan ustaz tuh kerana tak ada apa yang dapat aku bagi untuk membalas jasa baiknya. semoga Allah merahmati ustaz dan menambah berkat hidup. terima kasih banyak sangat sebab tolong kami. oh, kalau ustaz rasa macam terserempak kami dan nak claim asir, bolehlah.heeee

firman Allah:sesiapa yang memudahkan jalan mukmin yang lain, Allah akan memudahkan urusannya di akhirat.

nota kaki:kak ta kata,arb manly,,melayu gentleman.nak jugak!
nota kaki lagi:tak mo beli beras kat suk tamin dah!

nota kaki lagi lagi:tak nak pakai baju kurung g suk tamin da..tula budget gadis melAYU habis..
nota kaki lagi lagi lagi:entry nie banyak sangat perkataan beras ker?

p/s:mari tolong-menolong.
: kalau ayat al-Quran tu tersalah, please tell me ok?

Saturday, May 7, 2011

aku ibu malang ke??

Assalamualaikum..

cinta hati buat konsert..sedih dowh tak dapat nak tengok..takpe2 next time!ngeee
anak kedua aku sakit..biasa dia boleh cergas ke sana kemari tiga hari,,sekarang nie tak sampai sehari buat kerja sikit dah rebah..hwaaaaaaaa sian anak aku..sian aku jugak!!!dah la asyik2 pengsan jerk..tolong sihat anakku..si sulung pula nampak lemah sangat minda dia sekarang nie..susah sangat nak membaca..walaupun kadang2 rasa nak bagi penendang penyepak tapi sabar jelah..anak kot...ingat nak bawak pergi jumpa pakar dah, tapi ada masalah pula. kesiannya dia,,aku lagi kesian. nak merawat dua-dua tu bukan senang. mau ribu ringgit..sabarlah wahai aku..n u my handset n lappy..please behave ok?!ingat aku ada banyak duit ke nak belik yang baru..oh,,please.....

nota kaki:serius tak ada studen egypt yang pandai format komputer??
nota kaki lagi:aku takkan buang duit DSLR aku untuk handset.no3!!!

p/s:jaga anak2 kome baik2

manusia=kasih,,maksiat=benci

Assalaualaikum,,

entry pendek saja demi mengejar masa..
bila ada orang yang buat salah apa yang patut kita buat??ok tak payah jawab la.sebab walaupun kome jawab tegur,,berapa ramai la sangat yang betul2 tegur (ditujukan khas pada aku)..
jadi kat sini nak la aku tegaskan SETIAP MANUSIA itu pernah BERDOSA..pernah bersalah dan pernah tersilap,,jadi tak perlulah nak benci si pelaku kerana si pelaku juga adalah seorang manusia. yang perlu dibenci dan dikutuk adalah kesalahannya.
Allah menyuruh hamba-hambanya berkasih sayang,,Rasulullah mengajarkan kita untuk kasih sesama saudara. Abu Talib, bapa saudara Rasulullah adalah seoarang kafir, ada ke Rasulullah benci dia??tak kan??
lagi satu, dalam kita nak mengutuk dan mengata tu, pernah tak kita terfikir yang satu hari nanti kita mungkin akan melakukan kesalahan yang sama dengan orang yang kita kata tu. tak pun, kita memang pernah buat silap tu. jadi, tak payahlah terlalu asyik nak mengata orang di depan sedangkan di belakang beratus orang yang mengata kita. tak baik dowh!
aku beryukur sebab Allah jadikan aku orang yang tidak mudah membenci. dan setakat nie tak ada lagi list orang yang aku benci. suka tak suka tak??owh,,don't be the first okay?!weee~~

nota kaki:manusia itu untuk dikasihi.
nota kaki lagi:maksiat itu untuk dibenci.

p/s:nak sambut hari kasih sayang?