Friday, June 10, 2011

Assalamualaikum,,

Sedang aku mengulangkaji respiration, handset menyanyi sedap. Bising satu rumah. ‘luvly mom’..owh, mesej dari emak. Seronok tak terkira hati dapat mesej dari ibu yang tercinta. Entah kenapa, tak semena-mena aku rasa macam ada something mengalir kat pipi aku. Apa tu? Terus bersemengat nak habiskan respiration supaya malam harinya dapat bagi kasih sayang dekat cvs pulak.

Mak ayah, anakmu ini akan berusaha sehabis baik untuk menggembirakan hati kalian. Doakan anakanda yang jauh berbatu-batu ini. Semoga panjang umur dan dapat berjumpa lagi. Sayang mak dan ayah sangat-sangat!

Ini entry terakhir untuk suka suki suku. Jumpa lagi sebulan yang akan datang

Setelah kamu berusaha, maka tawakallah kepada Allah.

Nota kaki: bertambah-tambah rindu.

Nota kaki lagi:saya nak mumtaz. Doakan.

Nota kaki lagi lagi:penulis blog suka suki suku mumtaz final exam!

Nota kaki lagi lagi lagi:terima kasih doakan aku.

p/s:semangat mencapai cita2 semua..

Hiduplah dengan penuh makna

Assalamualaikum..

“aku kalau benda tu tak jadi memang tak bermakna hidup,”

“Hidup aku tak bermakna tanpa dia tau tak,”

“Serius la, tak bermakna gila hidup,”

Pernah terdengar tidak ayat-ayat seperti ini atau lebih kurang begini? Hakikatnya, saya sendiri tidak tahu apakah pengertian hidup bermakna itu. Memiliki seorang ayah yang pengasih, ibu yang penyayang, kakak-kakak, adik-adik dan kawan-kawan yang baik dan mengerti sudah cukup membuatkan hidup aku bermakna. Ternyata, perjalanan yang aku rasa cukup indah, masih kurang maknanya, masih tidak cukup sempurna manisnya. Lalu, bagaimana untuk menggapai hidup bermakna itu?

Kembali. Kembalilah kepada Dia yang mencipta. Dia yang mewujudkan yang tiada. Dia yang mencipta bahagia dan memberi makna. Sungguh dan benar, kehidupan di dunia hanyalah sementara. Terlalu sementara. Cuma sebuah titi menjadi perjalanan menuju akhirat. Justeru itu, bagaimana kaya dan berjayanya kita, hidup ini tidak sempurna jika sekembalinya kita, segala-galanya adalah kosong. Oleh itu, sempurnakanlah hidup ini dengan mencari cintaNya, mengharap maghfirahNya, merasai manisnya ibadah kepadaNya.

Tidak salah mengejar dunia, tapi jangan biarkan akhirat ditinggal berciciran. Mati itu tidak mengenal usia apatah lagi jantina. Usah biarkan usia muda membatasi amalan. Jangan biarkan umur menyekat perjuangan. Jadikanlah setiap perbuatan dan perkataan kita adalah ibadah kepada Allah. Moga-moga, natijahnya dapat dirasai di hari perjumpaan yang maha besar. Siapapun kita, guru, doktor atau pemimpin sebuah negara sekalipun, mati juga akhirnya. Justeru, jadikanlah mati kita sebagai kematian yang sempurna dan untuk mendapatkan mati sempurna itu, hiduplah dengan penuh makna. Hidup yang dipenuhi dengan ketaatan dan ketaqwaan kepada Dia yang memiliki dunia. Hidup dengan cinta dan rindu kepada Dia, Allah yang padanya kita miliki segala-gala.

Lama aku mengkoreksi diri, mencari makna hidup sebagai seorang pelajar. Akhirnya aku temui jawapannya, tapi sebagai seorang hamba. Hidup bermakna itu di hati,,

Bila kita percaya bukan semua di dunia milik kita, dan meyakini bahawa Allahlah segala-gala.

Nota kaki:Hidup ini bermakna andai Allah dicintai dan Rasulullah dirindui..


p/s:hiduplah dengan penuh makna.

TENTANG BULAN

Assalamualaikum

Sudah masuk 5Rejab. Seperti biasa, aku menjengah ke luar tingkap dari bilikku. Kelihatan bulan sabit. Jauh. Fikiranku melayang ke suatu zaman yang indah. Sangat indah!

Suatu ketika dahulu, waktu umurku hanya mengenal gembira, mungkin sekitar 6 tahun. Masih lagi seorang budak tadika yang nakal, anak emak dan ayah yang degil. Kalau nak dikatakan kanak-kanak hingusan juga sesuai waktu itu.



Seringkali, apabila tiba waktu Maghrib aku bersama adik yang di bawahku yang umurnya setahun muda dariku, akan berlari dan menjerit-jerit untuk turut ikut serta ayah berjemaah kemasjid walaupun waktu itu kami sendiri tidak tahu betapa besarnya pahala jemaah. Tetapi, kerana kami adalah kanak-kanak yang mengejar kegembiraan, kami merasa gembira dengan masjid dan jemaah serta ditemu ramah pak cik dan mak cik yang layak kami gelar atuk dan nenek yang ada antara mereka sudah pergi menghadap Illahi.

Teringat juga, selalu kami berebut untuk duduk di bahagian belakang sambil masing-masing menarik kain telekung yang berwarni-warni hasil jahitan emak sehingga ke paras lutut. Biasanya, aku lah yang menjadi pemenang. Sambil membonceng, aku dan adik kadangkala akan berbual-bual dan mungkin juga menyanyi.

Seusai solat, anak kecil seperti kami tidak mungkin duduk diam, jadi kami akan berlari-lari kadang-kadang sehingga ke ruang lelaki dan jika nasib baik, kami akan berjumpa dan berbual dengan sepupu lelaki dan kawan-kawan sekolah di kaki tangga. Kisahnya, biasa sekali perihal hantu. Kalau bernasib baik, kadang-kadang kami akan bergaduh kecil sehingga tidak mahu bermain lagi, tetapi esoknya masjid itu kami tandang, berjumpa, berbual dan bergaduh. Begitulah yang terjadi setiap hari sepanjang usia kanak-kanakku. Indah kurasa.

Selepas solat Isya’, aku dan adik akan berlari-lari untuk berebut tempat paling belakang. Pemenang? Masih lagi biasanya aku. Sepanjang perjalanan yang singkat kami bercerita lagi. Tetapi,kerana ayah biasanya membawa motor perlahan, kami dapat menghabiskan cerita kami. Cerita yang sama setiap hari. Tentang bulan.

“Ei, tengok tu bulan tu ikut kita,”

“Haah, ei, geram la. Tak payah la ikut,”

“Wei kenapa bulan nie asyik ikut. Mengada-ngada,”

Kasihan bulan itu dikata-kata oleh kami dua beradik sambil tangan masing-masing cuba ‘menghalau’ bulan yang dikatakan cuba mengekori kami. Tetapi, jika malam itu bulan tiada, mulalah kami yang tercari-cari. Ayah yang mendengar kadang-kadang ketawa kecil dengan gelagat anak-anaknya. Sehinggalah satu hari aku tahu, yang bulan itu tidak pernah terniat mengikut kami. Cerita itu kukongsi dengan adikku. Tapi, tetap seronok berbicara tentang bulan.

Sekarang, adikku sudah besar. Aku apatah lagi. Sepupu dan kawan-kawan sekolah juga. Kini membawa haluan masing-masing tapi masih berasaskan satu perjuangan. Aku ditakdirkan untuk mengutip ilmu di bumi anbiya’. Adikku tetap setia di Malaysia mendalami ilmu untuk bergelar pendidik.

Kejauhan menjadikan aku sering merasa sendirian jika aku memang menyendiri. Bulan menjadi temanku. Bukan sahaja bulan, pesawat yang melintasi kaki langit sentiasa menggamit hati untuk pulang menjenguk keluarga yang dirindui. Rindu kepada masjid yang jarang sekali dijengah anak muda. Tetapi rasanya, anak-anak kecil di kampung menjadi pengunjung setia. Semoga kalian terus menjadi orang yang terus mengimarahkan rumah Allah itu.

Tetapi aku sedari, tidak banyak cerita tentang bulan, yang ada ialah cerita kami. Bulan hanyalah cara untuk mendekatkan kami. Namun, terima kasih kepada bulan yang sering muncul menyinari pekat malam di langit belakang bilikku. Tidak lupa, kepada Maha Pencipta yang telah menciptakan bulan dengan penuh hikmah.

Sungguh, aku merindui zaman itu. Saat itu dan detik itu.

Nota kaki:sehingga atuk pesan, carilah lelaki yang suka ke masjid.

Nota kaki lagi lagi:bulan pusing keliling bumi, tak ada masa nak ikut aku.

p/s:belajar sains dan pergi masjid rajin-rajin.

Friday, June 3, 2011

As promised: Finally Final

Assalamualaikum,,

this is my war schedule..u guys please pray so i can succeed with flying colors..

FORMAT

SUBJECT

WRITTEN

ORAL

PRACTICAL

PHYSIOLOGY IS THE BESTJ

11th of JUNE

14th of JUNE

14th of JUNE

BIOCHEMISTRY IS COOL J

19th of JUNE

20th of JUNE

20th of JUNE

ANATOMY IS FUN J

26th of JUNE

28th of JUNE

28th of JUNE

HISTOLOGY LIKES ME J

3rd of JULY

4th of JUNE

4th of JUNE

THE HOLY QURANJJ

10th of JULY

10th of JULY

-

HEAVEN LANGUAGEJ

13th of JULY

-

-

Exams on June take 3 hours from 10a.m-1p.m. For July only 2 hours starting 10a.m to 12p.m.

I’m planning to go straight to city star right after the end of exam. If you wanna join you are so welcomed!

Matroh is waiting for me and my gang..or the true is, we are chasing over there..haha


Allah said:you are the choosen one. (22:78)


nota kaki:menanti semangat.

notak kaki lagi:merayu agar semangat setia.


p/s:mom dad i'm hoping for ur pray. please bless me..

Thursday, June 2, 2011

Assalamualaikum,,

Final dah berjalan makin rapat nampaknya..jarum jam pon macam tak nak bagi peluang kat aku habis satu buku blood pon..aghh,,tension menggigit jiwa mengetap gigi..

bila semangat mengalahkan orang nak pergi perang,,tiba-tiba pula mata nie namapk katil jerk,, nak kata aku makan ubat tido tak pulak!!apa kena dengan aku nie??*pelempang*

ok sudah2 menyeksa diri!

semlam aku baca secangkir teh pengubat letih..buku karangan ustaz hasrizal.best dowh buku tu.serius.no joke.eh,,macam mana pula aku ada masa nak baca buku tuh.*sengih kambing*
jangan salah sangka,buku tu aku bca time aku nak melelapkan mata..sekadar nak mengisi kekosongan hati..ha,pasal buku tue, ada la cerita sikit2 pasal perang gallipoli. budak yang dah dan akan ambil spm mesti pernah dengan perang nie.kalau tak pernah pelangkung aku bagi. sebenarnya ada kisah duka di sebalik perang tu.ish2.
kalau aku nak cakap panjang pasal benda nie pon aku tak ada la arif sangat pasal sejarah. kajian pun satu habuk tak pernah buat. tapi, kalau kome insisted nak tahu jugak, curious sangat, silalah baca buku tu (macam promoter tak)..tak rugi beb..lagi bagus kalau kome cari terus buku-buku sejarah, lagi bagus.


Islam itu di tempat tertinggi. kata kawan serumah aku.kata aku, Islam itu yang terdahulu dan di hadapan. so no matter how handsome you are, but your act just like the i-don't-wanna-say-it, regardless how manly you are, but your manner like hard-to-say, sumpah tak minat! kau juga wanita islam,,tak kisah lah cantik macam aku ker,,kalau baju terbukak sana sini sendat atas bawah,,tak ada maknanya.memang la aurat aku tak seberapa tutupnya, langkah pon tak seayu mana, tapi sama-sama la kita menuju kebaikan dan kejayaan.dah2lah kena tipu dengan dunia.
emosi aku dan housmate aku terganggu dek sikap artis zaman sekarang.please la weih, sebelum ajal menjemput, sebelum langit runtuh dan ombak menggulung, marilah kita sama-sama bertaubat. marilah kita seiringan berjalan menuju redha dan cinta Illahi.mari3..

firman Allah:
“Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beramal shaleh kemudian tetap di jalan yang benar.”
tahaa:82



nota kaki:allergic
nota kaki lagi:selamat pengantin baru kepada pengantin2 mesir..

p/s:kahwin dulu,baru exam ke??