Thursday, April 28, 2011

Mencari gagah

Assalamualaikum..

untuk aku dan sesiapa yang nak..

if you start,,then finish.
if you create,,then complete!
because, if you start and stop,, it is a total failure
!


nota kaki:sedang membina diri.
nota kaki lagi:mahu kekuatan untuk ke final.


p/s:study,,study dan terus study

Thursday, April 21, 2011

untuk yang bernama kawan

Assalamualaikum..

khas buat kawan aku yang sedang kehilangan..
juga nasihat kepada kita yang menulis dan membaca..

nasihat aku TABAHlah..kerana kehilangan itu suatu fitrah dan perjuangan itu terlalu panjang untuk dihentikan oleh kehilangan. aku tidak merasai. meskipun aku pernah,,terlalu lama untuk aku bandingkan. tetapi, janganlah kekecewaan membuat kau rasa kecundang lantas tuhan dipersalahkan. Allah sudah menamatkan urusan dunianya,,dan kaulah yang menjadi penyambung.ingat, ada yang lebih dahsyat ujiannya.

kepada kau, SABARlah..aku terlalu kerdil untuk mengeluarkan kata-kata tu. tapi, janganlah kerana kehilangan yang wajib setiap manusia merasainya,kau juga ingin turut serta meski belum sampai masanya. walaupun niat itu tidak dicatat dosanya,,iblis sudah nampak ruangnya.jadi,janganlah biarkan pintu itu lebih lebar..syaitan mungkin dekat dikala kita kecundang. tapi,percayalah janji Allah itu pasti. sekali lagi,,aku terlalu kecil untuk menasihati kau seperti ini,tetapi aku adalah kawan yang tidak sanggup membiarkan. jadilah ujian ini penambah iman penguat taqwa.

KUAT
lah!kerana kekuatan itu menambah iman. Allah tidak salah. takdir juga tidak salah. kita hanyalah HAMBA. tidak layak untuk mempersoalkan pahala. kerana kita adalah orang yang bukan sikit dosanya,dan terlalu kurang pahalanya. kalau kau kuat, Allah ada untuk membantu. tapi, jika Allah yang kita salahkan, lantas dimanakah kita ingin meminjam kekuatan?

Sekali lagi, aku terlalu rendah untuk berkata-kata kepada kau yang tinggi duduknya. Allah memilih kau kerana kau terpilih. aku juga kelak akan dipilih. semua orang akan dipilih. pilihan Allah adalah yang terbaik. jalannya adalah yang terindah walaupun sulit di celah2. walaupun sakit di tengah2.
Allah memberikan kesempatan, kitalah yang salah mengguna masa.kitalah yang leka mewarnai dunia. kitalah yang lalai mencari bahagia.

percayalah, aku terlalu kecil, kerdil dan rendah untuk berbicara ini kepada kau. tapi, kerana kita adalah kawan, dan kau adalah saudara seagamaku,,aku tak mahu tiang iman yang dibina runtuh di tengah jalan. tak mahu dinding taqwa yang terbina roboh di persimpangan.
kembalilah bersama taqwa, datanglah dengan iman.
semoga kau temui bahagia dalam derita.

firman Allah:sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan mati

firman Allah:Allah tidak menguji hambaNya diluar kemampuannya.

firman Allah:ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

firman Allah:apakah aku akan membiarkan mereka mengatakan 'aku sudah beriman' tanpa mendatangkan ujian

dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali..


nota kaki:al-fatihah untuk ayah kawan aku yang sudah kembali menghadap Illahi.
nota kaki lagi:sedarlah semua, kematian menghampiri kita semua.


p/s:mari bertaubat semua..

Saturday, April 16, 2011

baca la,,rugi tak baca.

assalamualaikum,,

semalam dengan rasminya tanah yang aku pijak sekarang sudah memasuki musim panas! macam mana aku tahu??sebab semalam waktu keluar untuk berusrah (best tau usrah aku walaupun sikit) ternampak seorang polis berbaju putih (kalau winter baju hitam) dan serius baju dia putih gila la sangat. kalau tak memang dah warna coklat2 dah. mungkin mereka gunakan winter sepenuhnya untuk mendobiu baju. haha. oh, sesat lagi otw nak ke rumah kak sha(nama samaran). bayangkanlah aku terpaksa berjalan 5km dalam panas terik macam tu *sigh*. dah tu sensorang pula. nasib baik siang terang benderang. tadi waktu nak jalan ke cc pun memang la panas yang teramat. nie baru masok, belum tengah2 lagi. tapi, malam masih selesa bersaratoga..weee~~

apa aku nak cakap sebenarnya??
ya,dah ingat dan sila berformal sekarang!

semalam, selepas usrah yang pertama, saya join pula usrah bersama kak ida (nama samaran juga) dekat rumah saya. pasal istiqomah. hmm,, mesti ada antara pembaca yang mengeluh dan mungkin juga ada yang tersenyum. saya sendiri, tatkala mendengar tajuk ini yang ingin dibicarakan, berubah sedikit air muka. keruh. bukan kerana tidak suka. bukan juga kerana tajuknya terlalu membosankan. tapi lebih kepada kesal.kesal kerana banyak hal (kebaikan) yang saya buat dalam dunia ini, tidak istiqomah. ada hari saya terlalu rajin untuk bertahajud. ada hari, saya kalah dengan pujukan katil dan saratoga yang meminta2 untuk saya kembali menyambung tidur. ada waktu, zikir harian basah di lidah. ada waktu, selafaz alhamdulillah tidak mampu saya ucapkan. istiqomah itu sukar bukan?jadi berbahagialah kepada anda yang sudah dapat ikhlas istiqomah dalam mencari cinta Allah.
rasanya, kalau nak diberi maksud istiqomah, pasti ramai yang sudah tahu. sentiasa tetap dalam kebaikan dan beriman kepada Allah. tidak membelok ke kiri dan tidak juga ke kanan. apatah lagi mengundur. sentiasa menjaga suruhan Allah dan menjauhi larangannya. hmm,, ini maksud istiqomah yang sebenar.bagaimana istiqomah kita??sengaja tinggalkan soalan agar kita dapat berfikir dan bermuhasabah.
jadi, pesan saya kepada saya dan semua, istiqomahlah dalam kebaikan dan tinggalkan segala keburukan. cukup!tazkirah pendek sahaja.

tukar mood..

aku ada seorang kawan,, terkejut dengan perubahannya dan ada gembira. terpana dan macam2 lagi. kawan yang selama ini aku berkongsi cerita, sama2 menyimpan impian untuk menjadi hamba yang terbaik, untuk menjadi muslimah solehah, dia kini sudah mendapat sinarnya. bahagia sungguh. berkira2, bilakah aku ingin membuat perubahan seperti itu?semoga Allah mudahkan jalanku. kepada hang cik nadia, semoga terus istiqomah dalam perjuangan. bashaa!!

nota kaki:harap kucing dekat rumah selamat. semalam mimpi buruk dowh.
nota kaki lagi:aku ada cinta hati baru.bukan.yang pertama.
nota kaki lagi lagi:malaysia bertuah sebab ada aiskrim durian,keladi, pandan..waa nak jugak!
nota kaki lagi lagi lagi:akan diupdate dengan dalil2.aku lupe la.hee

p/s:jangan membebankan diri kerana Allah tidak membebankan hambanNya. *sweetsmile* ngee

Thursday, April 14, 2011

boleh tak aku cakap aku matang??

Assalamualaikum..

walaupun tajuk entry macam agak melabelkan aku seorang yang perasan baik kome dengar penjelasan aku dulu..

ok,,pagi tadi aku bengang gila dengan seorang kawan aku nieh,,siapa biarlah jadi tanda tanya *kerut*..bengang tu memang tahap double Z lah!!dan biasa kalau aku bengang nieh aku memang tak kan segan silu nak melepaskan bengang aku kat sini biar orang tu tahu..
tapi tapi tapi,, tetiba akal aku yang waras bertanya 'kenapa?' dana sambung lagi 'kenapa kau mesti nak malukan dia kat blog kau dan buat dia jauh lebih terasa dari kau?'
kemudian hati aku 'aku bersalah, tak patot betul aku buat macam tu dekat mereka'
kemudian lagi aku pausekan player kat handset aku *tengah dengar lagu waktu tu.. dan terus fikir dan fikir..dia kawan aku, mungkin dia ada alasan dia sendiri untuk buat macam tu. selagi aku boleh tersenyum kenapa aku mesti nak menjatuhkan dia??kenapa aku mesti nak sakitkan hati lebih dari sakitnya hati aku??sampailah hati aku membuat konklusi untuk biarkan ia bagai angin (angin sepoi2) lalu,,sedap kot!haha

satu lagi, baju yang sedang aku pakai nie membuatkan aku cantik tak?haha (satu lagi ayat perasan)..bukan macam tu yang sebenarnya, bila aku pakai baju nie, kebanyakan orang akan tegur 'wah femininenya' atau 'wah cantiknya' dan paling best ratu kat rumah aku cakap 'imah nampak matured bila pakai baju nie,' wah2..itu membuatkan aku tersenyum sepanjang hari..wee~~
ok taknak pakai baju nie sebab nampak macam riak la pula kan?!
ha, tulah aku rasa yang aku nie macam dah matang sikit.sikit je la kalu seguni tu melampau la kan..
oh ya, ini bukan perasan.ini keyakinan atau self esteem..*peace*

eh,tadi nampak seorang laki arab yang tinggi gila dengan tak taulah kawan ke awek dia yang rendah(tinggi la daripada aku),, sikit lagi nak sampai bahu laki tuh..macam sweet.. (xde kena mengena dengan post kali nie..ngeee


nota kaki:final dipostpon sehingga 11jun..itu mengambil sebahagian winter break kami..xpe2
nota kaki lagi:dah tak amek tusen doktor abduh dah..huhu..
nota kaki lagi lagi:jeles gila Qis dapat ciuman dr.basma yang cun habis tuh..xaci2..
nota kaki lagi lagi lagi:to dr.basma,,we love you..


p/s:beranikanlah diri untuk jdi volunteer kalau nak dapat pelukan dr.basma!

Saturday, April 9, 2011

here is better! i think..

Assalamualaikum..

aku nak tulis something,,tapi tak tahu ada ke yang wajar aku tulis..
rasa macm nak design semula blog nie tapi macm mals gila la pulak.
nak tepon mak tapi duit aku dah habis..haha*sedih*
campur bengang dengn sistem permohonan online yang tak menyebelahi aku..tensen sangat!
aku rindu tapi aku tak tahu rindu sape..mak?ayah?tok?tok?pah?adik2?kakak? ntah..nak balik mesia tetbe!

nota kaki:Allah doesn't burden a soul beyond it's capacity..
nota kaki lagi:syukur itu nikmat yang terindah..

p/s:kalau tak boleh ikhlas, sekurang2nya syukur lah kawan!

Thursday, April 7, 2011

summer camp..

Assalamualaikum..

"AS LONG AS YOU GET WHAT YOU WANT, IGNORE WHAT PEOPLE SAY"
statement di atas tak ada kena mengena dengan entry dan hanya sesuai di apply ntok mende baik2 sahaja, bukan jenayah!

start..

semua result sudah dapt kecuali phisio..woow,,takut!!!and so far,,result aku tak lah teruk dan tak lah bagus sangat.. sederhana sahaja sebab memang usaha pon sederhana saja!wee~~tapi syukurlah atas bantuan Allah..semua daripadanya..berapa??question like that is not allowed here*tandaseru*

final mbe dalm minggu kedua bulan mei..maybe la..dan akan berakhir penghujung bulan enam yakni sama dengan musim panas la tuh..yezza suker2..

benda penting yang nak dibuat pada summer camp nanti adalah _belajar bahasa arab fusa dan ammi_kelas france_talaqqi_pergi berenang puas2_pergi matro_g mansoura_in planning_

nota kaki:sakit perot!

p/s:wish me luck!

Saturday, April 2, 2011

for malaysian

assalamualaikum..

pertama skali syukur kpda Allah dan tahniah kepad aku krn telh berjaya sampai egypt beberapa minggu yang lalu..lambat gile aku britahu,,ces, macm la ade orang yang nak tahu pon..ok fine!
flight etihad sepatotnya best tapi ia jadi tak best sebb aku dapt seat sebelh dan sekeliling lelaki..jadinya, memanglah aku tak boleh nak tidur barang sesaat..tidur atau kata yang lebih tepat tertidur beberapa minit nak sampai abu dhabi..grrr,,tapi thanks la to all the guys sebb mereka tidur nyenyak dan membenarkan aku menangis dengan jayanya..hoo..tak lupa, aku sesat di airport abu dhabi!apakah??macam bengkek gile je bila ingat betapa banyaknya aku sesat..jangan sesat dari jalan Allah sudah..
flight seterusnya ke egypt pon macm tu..duduk sebelah perempuan. memang best lah tapi kekecilan pesawat menyebabkan gegaran yang aku tak tahu la tahap berapa menyebabkan aku memang dah tak tahan nak termuntah dekat situ juga. suruh kawan sebelah aku cari plastik atau paper bag tapi haram tak jumpa..apa lagi, aku menjerit la supaya pilot tuh cepat2 mendaratkan kapal terbang..lepas tu, semua orang pandang aku..ada aku kisah??hahaha..terok sangat kot aku waktu tuh..sampai dekat bakan perak pon still tak lega2 lagi..

sekarang dah dekat egypt dan ada satu lagi cubaan melanda..gegaran unknown skala ritcher melanda..tapi rasanya kalau dekat cairo nieh, penduduk sekitar sabi' saja yang rasa tu pon tak semua bahagian..rumah kak sunbae yang aku pergi tu pun kene juga. tapi alhamdulillah, semua selamat dan sihat walafiat..ngee...

exam jugak dah semakin mendekat dan banyak lagi yang masih perlu dicover coz tertinggal kelas dengan banyaknya..doakan aku ya semua!!!

nota kaki:akan lenguh leher time dukturah amani..
nota kaki lagi:berenang dalam mimpi..
nota kaki lagi lagi:ade orang mimpi aku kawen..erkk..

p/s:belajar rajin2 semua orang..kembalikan kegemilangan ISLAM..fighting!!!