Friday, November 25, 2011

Assalamualaikum,,

sudah lama betul tidak menjenguk laman ini. bukan tidak mahu atau sudah jemu mencoret sesuatu, tetapi terlalu banyak hal yang lebih penting perlu diselesaikan dan waktu kuliah yang tidak membenarkan saya untuk menjejak ke sini. plus, saya masih belum mendapatkan broadband sendiri daripada kakak saya menyebabkan kepala otak saya nie terlalu kosong daripada berita semasa dan juga keluarga. mujur hari ini Allah memberikan saya kesempatan masa untuk menghubungi keluarga nun di sana. hilang lah sedikit sebanyak rasa rindu. ha, cakap pasal hilang..

minggu ini sahaja, entah kenapalah terlalu banyak yang hilang daripada genggaman tangan. ikut rasa hati, nak sahaja dihentuk-hentuk kepala dihentak-hentak kaki. tetapi, bila iman berkata, 'yang hilang itu sekadar duniawi, akhirat itu yang mesti dicari' membuatkan air mata tak jadi mengalir ke pipi (bunyi macam sajak tak?). bila terkenang kembali kata-kata ayah 'setiap yang bermula pasti berakhir' hati mula menginjak tenang. saya kehilangan handset yang di dalamnya penuh dengan mesej2 yang sangat inspiring dan membelai jiwa lah. memg stiap kali down akn bukk mesej ayh n mak sblom saya fly hari tu. mengenangkan saya tidak lagi dapat membaca mesej2 tu, kesedihan mulalah mengusik hati jiwa dan perasaan. ok, mujur saya dah tulis semua mesej2 tu dalam sebuah buku, jadi tak lah macam nak meraung sangat. syukur kepada Allah yang mengilhamkan saya untuk buat macam tu.

itu baru handset, minyak wangi yang tinggal suku baru saja pecah menyebabkan bilik saya berbau jasmin sepanjang hari.tak tak. tak sampai setengah hari bau dah hilang. stress betul bila nak ingat balik. mujur la pujukan dari zuha menyejukkan perasaan 'insyaallah. barang yang hilang tu, Allah nak gantikan dengan turkey la tu'. ameen dari saya. terima kasih zuha atas doanya.

Ya, turkey adalah destinasi percutian saya seterusnya. sangat1000 nak pergi ke turkey sejak dari dalam perut lagi.ok tipu juga! memang sangat mahu ke turkey dan sekarang macam ada pakej yang sangat menarik dan murah, jadi tak nak lepaskan peluag yang sangat emas perak permata bagai. omma appa, nak pergi turkey. benarkan kak yang pergi turkey ok tak?? *pang* kamu ingat banyak duit sangat ke nak jalan-jalan? tapi mak, bukan senang nak dapat peluang gini. *pangpang* dari kakak. buku kamu dah habis baca? dah,,cuma nak buat revision lagi la..weee~~

firman Allah:

Katakanlah: “Berjalanlah di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu.”
( QS. Al An’am 6:11 )


nota kaki:parents saya tak pernah pang saya ok?!
nota kaki lagi:nak pergi turkey.nak3

p/s:kempen sebulan 100LE. ayuh menabung!

Monday, November 14, 2011

anak hilang + spm

assalamualaikum,,

dahulu anak kecil ni sakit, sekarang hilang pula. Ya Allah jauhkan hamba dari terus berdukacita. sabarkanlah aku menghadapi kehilangan dunia ini. jauhkan hamba dari kehilangan cintaMu.

untuk kak teh yang tak comel macam saya, selamat berjuang. semoga berjaya dalam imtihan. hati-hati menjawab, jangan putus asa dan yakinlah pada Allah. dia tidak pernah kecewakan hamba-hambaNya. kak yang mendoakan kamu dari bumi barakah.

setelah kamu berusaha maka bertawakkallah kepada allah.

Ya Allah berilah kejayaan yang cemerlang dan kau berkati pada adikku 'ainin sofia ahmad roslan.

nota kaki:teringat zaman muda remaja.sekarang muda belia. hee

p/s:jangan tidur tau cik ainin.

Saturday, November 12, 2011

Bersemadi Dan Tenanglah.

Assalamualaikum. tarikh 11/11/11 mungkin tarikh keramat untuk pasangan-pasangan pengantin (selamat pengantin baru) dan merupakan tarikh bertuah untuk mereka yang melahirkan anak-anak baru. ucapan khas kepada adik-adik yang berumur sebelas tahun pada tarikh ini. selamat hari lahir, semoga bertambah matang dalam berfikir jadi anak soleh solehah. kisah sebaliknya bagiku. Aku tak kisah sangat aku pusing satu kota untuk cari Medan Ahmad Helmi dan tak kisah sangat (adalah kisahnya) dipindahkan ke wisma B. Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam rumah, sapaan Kak Salmi menyambutku. belum sempat aku membuka tudung lagi kak salmi sudah mula berbicara "Fathimah, ada dua berita sedih?" dua berita dan kedua-duanya sedih. "apa?" tanyaku penuh debaran sambil mengambil posisi duduk di hadapan Kak Salmi. Ahli beit yang lain hanya terdiam sepi. Aku betul-betul berdebar. "Ada ustaz Perak meninggal,"kata Kak Salmi sayu. Aku yang baru hendak mencabut pin di tudung tersentak. Tidak jadi meneruskan niat. "Siapa?ustaz apa?" walaupun entah kenapa wajahnya yang terlintas membuatkan aku marah pada diriku sendiri dengan pengharapan bukan dia orangnya yang dimaksudkan Kak Salmi sekalipun seperti di hari-hari lain, sepertinya detik hatiku benar. Tak dapat aku bayangkan wajahku ketika itu, amat terkejut. Kejutan pertama. Oleh hatiku sendiri. 

"ustaz fareez izhar," nada Kak Salmi masih serupa. tapi tidak hatiku yang menerima kejutan kedua. Oleh Kak Salmi. Tepat. Mengapa setiap rasa hatiku harus tepat. Mengapa sewaktu aku tidak ingin ia terjadi, kenyataan mengatakan sebaliknya. Untuk kesian kalinya, kata hatiku tepat dan aku membenci hatiku sendiri. Bagaikan hendak terkeluar jantung dari letaknya, luluh hatiku, gelap seketika dunia apabila terbayang wajah pemuda tersebut. tidak tahu apa yang perlu aku katakan. Sungguh, aku tidak percaya apa yang diberitakan. Aku bahkan tidak ingin mempercayainya. Aku yang pada mulanya lapar kerana perjalanan jauh dari Mansoura, terus kehilangan selera. Semua organ seperti turut bersama tuannya merasa kesayuan. Aku duduk lama di hadapan Kak Salmi. Masing-masing terdiam sepi. 

"Kak Salmi, kenapa kami tak boleh percaya?" waktu tu, air mataku hampir saja ingin mengalir tetapi kutahan- sehinggalah saatku saksikan jenazahnya dibawa oleh teman-teman rapatnya, disolatkan dan dibawa ke van untuk ke pengebumian; pecah juga empangan air mataku yang kutahan-tahan sehinggalah tiada lagi air mata dan Allah tidak lagi mengizinkan aku menangis. Barangkali kerana sebegitu banyaknya air mata yang telah kuhabiskan atas pemergiannya. Kering.

Setelah semua menceritakan kebaikan arwah itu dan ini, begitu dan begini, semua bangkit meninggalkan bilik. Aku masih melayan perasaanku dalam kesangsian menerima berita yang tidak sedikit pedihnya. "Waktu umar tak dapat terima kewafatan Rasulullah, Abu Bakar kata pada Umar 'kalau kamu Islam kerana Rasululullah, dia akan pergi, kalau kamu Islam kerana Allah, Dia hidup selama-lamanya,"Kak Haya mengingatkanku. Aku cuba menenangkan diri. kembali mencari hati.ya, orang yang menghadap Illahi itu harus diiring dengan doa tulus suci, bukan menghamparkan remuk hati. segeraku sedekahkan al-Fatihah kepada arwah. semoga Allah berkenan memberikan rahmat kasih sayangNya kepada beliau, dan semoga bertemu bidadari syurga yang dijanjikan untuk pejuang agamaNya. juga terima kasih kepada kak Haya yang mengingatkanku bahawa manusia akan pergi akhirnya, dan terima kasih kepada kak Salmi yang menenangkanku setiap ketika. Kepada ustaz, tenanglah dalam semadi, terima kasih kerana singgah di bumi menjadi insan yang aku kenali. al-fatihah dan doa setulusnya untuk ustaz fareez izhar. 

sesiapa yang mati dalam menuntut ilmu, maka dia dikira syahid.
nota kaki:mati tidak mengenal usia, jangan menangguhkan taubat. 
nota kaki lagi:qiamullail, pagi jumaat, zulhijjah..subhanallah. 

p/s:ingat allah di hati dan di lidah

Friday, November 4, 2011

terkorban sebelum berkorban

Assalamualaikum,,

indah betul hidup kalau hari2 dapat webcam. habis saja program glow with flow, selesai solat zohor, terus ke cc untuk membuat panggilan kepada keluarga di Malaysia. lupa, selepas bergambar dengan abang jamal jugak. heeehe. Semua ada di rumah kecuali saya dan kak long yang gigih di bumi berkat ni. gigih la sangat kan?! gigih menyimpan l***k berlayer2 untuk musim sejuk adalah.
berhenti sebentar untuk solat asar dan sambung balik. tengah seronok2 sembang tiba2 gedebum bang tum dush. agak over tak saound effect dia? tak, saya tak dengar sebenarnya. beberapa minit berlalu dan seorang senior masuk bilik cc dan menggemparkan kami semua.
"lembu jatuh sutuh"
"hahh?" semua yang berada dalam cc termasuk saya terkejut gorilla mendengar berita tersebut. terus berlari ke belakang untuk menyaksikan adegan menyayat hati menghiris hempedu ni. sangat sedih ok melihat lembu tersebut sudah terkulai sedang lehernya sudah luka kesan sembelihan. dalam hati berdoa semoga lembu tersebut sempat disembelih sebelum beliau (salahguna bahasa) mati. kesianlah dekat hamba Allah yang berhabis duit untuk hari besar (hari raya haji) nanti kan?!
macam mana lembu boleh jatuh bangunan? soalan adik saya.
memang kebiasaan orang arab akan membela binatang ternakan di sutuh (bumbung paling atas sekali). jadi, sedikit sebanyak probabiliti haiwan nak terjatuh tergolek memang ada lah...
semoga Allah memberikan pahala kepada si pemilik lembu, dan semoga beliau bersabar..
akhir, selamat hari raya korban semua.

berkorbanlah sama ada sikit atau banyak di jalan Allah. semoga Allah melimpahkan kurniaNya kepada kita.

nota kaki:lembu terjun bangunan boleh terima la tak ada akal. nie, manusia bijak pandai ada akal campak dekat mana tahu sampai sanggup bunuh diri. tak cium bau syurga sayang oiiii.....

p/s:jangan menjadi orang yang terkorban sebelum berkorban. jauhi rokok (erk,,ada kaitan ke?)