Thursday, July 26, 2012

pinjam tudung labuh awak :)

Assalamualaikum wbt.
selawat dan salam yang tak terhingga buat Nur al-A'lamin..
selamat beribadah dengan ikhlas..

Alhamdulillah, hari ni ada juga sesuatu yang nak saya coretkan di sini. moga-moga tidak menjadi sesuatu yang sia-sia.

"Cikgu, pinjam tudung anak cikgu," emak bersuara memecahkan kesunyian dinihari usai kami menyelesaikan sahur. beberapa minit sebelum Imsak. Saya terkaku sebentar. Tahu ada kisah yang ingin dikongsikan.
"Kenapa mak?" saya menyoal sambil menghirup teh vanilla yang dibawa pulang dari Mesir.
"Anak murid mak kena denda hari tu sebab tudung pendek," saya tersenyum. Teringat zaman sekolah saya. pernah juga didenda kerana bertudung pendek, walhal saya rasakan tudung itu yang paling labuh pernah saya ada. Jadi, kalau budak sekolah agama pun bertudung pendek, tidak hairanlah untuk mereka yang datangnya dari harian biasa. saya menunggu emak menyambung lagi.
"Masalahnya cikgu yang menegur tu pun tudung pendek," saya tersenyum. itu adalah sangkaan saya sejak awal lagi.
"Kak yang tahu, mesti tudung dia pendek dekat bahu," sambil saya menggayakan tangan di atas bahu sekadar menjelaskan lagi.
"Bukan apa, deme buat sanggul tinggi. tu yang sampai nampak tengkuk kat belakang,"satu lagi masalah 'anak moden'. Segera saya teringat hadis Rasulullah tentang perihal ini yang berbunyi “dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212. 
"Mak cakap apa dekat deme," saya memang tahu mak merupakan seorang cikgu yang boleh dikatakan mesra pelajar. Mak tak perlu beritahu pun sebab saya beberapa kali menemani emak ke sekolah dan saya menyaksikannya sendiri.
"Cikgu nak bagi tudung anak cikgu dah berkulat dah la semuanya," emak kemudiannya ketawa. saya juga ikut ketawa. Entah ke mana perginya tudung sekolah saya yang lama-lama. Sudah bertukar warna agaknya. Emak menyambung lagi
"Budak-budak tu cakap dekat mak, kalau nak suruh kami pakai tudung labuh, tukarlah nama sekolah nie jadi sekolah menengah kebangsaan agama, barulah kami pakai tudung labuh,"emak seperti mengikut satu persatu intonasi pelajar beliau. saya menghabiskan teh dan mula mengumpulkan pinggan-pinggan kotor. 
"Tapi mak tengok tudung budak-budak tu lagi elok dari cikgu. at least tudung budak-budak tu tutupla dada, yang cikgunya tutup sekerat je,"emak bernada marah. Saya menjadi pendengar setia. Azan Subuh berkumandang memanggil kami untuk segera menghadapnya. Saya memulakan kerja mencuci pinggan mangkuk. Dalam kepala masih terfikir-fikir, apa yang diharapkan oleh seorang guru yang bertudung separuh kepadanya muridnya yang berlengan separuh. Teringat juga kata-kata ini 'kalau cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari'. saya tersenyum sendiri. kesal di dalam hati.

dan ini lah dia.

Mentaliti sesetengah remaja yang begitu yakin menutup aurat itu hanya kerja pelajar sekolah agama, kewajipannya hanya terjatuh pada mereka yang bergelar ustazah sahaja. padahal hukum Allah itu terundang pada seluruh alam semesta, tidak kira ratu dunia atau hamba sahaya. Mengapa perlu dari sekolah agama? bukankah menjaga kedaulatan Islam itu tanggungjawab kita bersama-sama? mengapa perlu kita menyempitkan akal fikiran sehingga terbit jurang antara golongan agama dengan yang bukan? 
Begitu juga para pendidik watak-watak ini. Saya tidak bermaksud untuk menghentam kerana saya sedar saya ini juga insan yang masih baru belajar. Tersangat baru. Saya cuma ingin mengajak agar golongan ini berfikir sejenak sahaja, tidak lama untuk sama kita fikirkan adakah dengan menggunakan 'title' guru itu kita dapat dengan sewenang-wenangnya mengarahkan pelajar kita untuk melakukan sekehendak kita? Tidak, bahkan itu adalah satu pendidikan yang gagal. Pelajar memerlukan ruang belajar yang lebih luas dari segi pemerhatian kerana mereka adalah golongan yang boleh berfiikir. Jadi, tingkah laku dan akhlak sosial yang baik adalah jalan yang paling selamat. Bukankah ramai golongan yang kufur itu tertarik kepada Rasulullah dengan akhlaknya yang mulia? Maka, sebelum kita berhasrat untuk membina orang lain, bina dahulu dari kita. Semoga dengan dakwah bil hal ini akan lebih berjaya mendidik jiwa para pemuda dan pemudi. Pendidik merupakan golongan penting setelah ibu bapa dalam mendidik anak-anak murid untuk menjadi pemuda soleh dan pemudi solehah tidak kira di peringkat rendah, menengah atau universiti. Nasihat seorang guru boleh merubah tindak tanduk seorang pelajar jika ianya benar-benar berniat untuk membawa kebaikan dan menghalang kerosakan. Saya bukan seorang guru tapi saya pernah berhasrat untuk menjadi seorang guru. Saya tidak berjanji jika saya seorang guru maka saya dapat mengubah semua hal yang jahat kepada yang baik menjadikan yang kotor kepada putih bersih atau menukarkan seorang yang nakal menconteng nama di kereta guru kepada seorang penulis buku terkemuka dunia. Hakikatnya saya hanyalah seorang pelajar dan kerana itu saya berharap institusi pendidikan tidak hanya ingin melihat 100% straight A di papan kenyataan tetapi juga sebuah institusi yang melahirkan generasi nearly 100% melaksanakan perintah Allah. Semoga apa yang kita buat di nilai Allah di sisiNya dan menjadi saham untuk bersama di syurgaNya.

Satu lagi nasihat saya, jangan hanya mencari ruang kerja yang menjaga masa depan sendiri, tapi juga untuk kepentingan agama dan masyarakat sekeliling kita. kalau tidak, jadilah ustaz ustazah berzina, doktor membunuh, arkitek pemusnah atau saja perdana menteri merasuah. Sebab apa? sebab tak tahu apa tujuan dan matlamat utama hidup. Semoga kita sama-sama bekerja kerana Allah nasihat-menasihati kerana Allah. Chow!

nota kaki:well, everything is fine if we follow His rules.
nota kaki lagi:rasa nak buat tudung labuh bawa balik mesir..teeheee..

p/s:labuhkan tudung anda. sila rujuk surah an-Nur

Tuesday, July 24, 2012

i'm Rosse

Assalamualaikum dan salam ramadan,,
Selawat serta salam yang tak terhingga buat kekasihNya.

story mory saya kali ini adalah jeng jeng jeng..
hari tu, saya ikut mak dan ayah menjemput saudara mara ke majlis kahwin kak nyah officially. memandangkan saya pun waktu tu baru je menjejakkan kaki di Malaysia maka rancaklah berbualnya. daripada si imam muda Naufal, kuliah, periksa sampailah..
cik:ada ke studen medic yang kawen?
saya:uih,,melambak-lambak (cey over sangat)
cik:kamu tak nak ke?
saya:tak ada maknanya
cik:lah apa salahnya, kalau dah ada kawin je la.
mak:hmm,,dah ada apa salahnya
ayah:hmm..
(skrip diolah secubit)
mak dan ayah jawab serentak ok. 
saya terdiam. dalam hati r u serius? r u really serius? oh my god, ayah bagi green light untuk kawen time study. unfortunately on my side, the same answer as 3 years ago..
tadi baru je habis menonton vid si aiman azlan dalam roses and beetles. nice one. i wish i was there and if nadia knows this she would have the same thought. we use to go anywhere together anyway..seminar la jangan macam-macam.
and so, it said age is not the matter, but maturity. and you gain it from experience, learning and thinking. so, do walk over the world and be in group so you will get more idea about life and better opinion. don't judge people by their age ok? 
btw my friend is just 16 and she is someone's wife. and her housemates said she cooks like a madam. oh oh where am i???pang karang!
satu lagi, if you like please don't just wait like orang tak tahu apa. merisiklah dengan cara baik seperti yang dilakukan Khodijah. hang laki ke perempuan ke sama je belah mana pun. mana nak tahu, ada rezeki hang terkena. tak ke hepi?
ok selamat berkahwin..

Find your spouse for your children not for yourself!

nota kaki:gud lak naufal..
nota kaki lagi:selamat pengantin baru kak nyah dan yaya..

p/s:jauhi maksiat hati, kerana hati punca bahagia

Sunday, July 1, 2012

itu berita gembira, tapi...

Assalamualaikum w.b.t
Sollu a'lan nabi..

Horeyh!!horeyh!!horeyh!!
Haih, seronok tak kira dah nie habis periksa. so, i'm gonna be busy for this 2 month. Got 2 wedding ceremony to attend and i bet it will be more and more. hah, alangkah indahnya kalau budak yang nak kahwin tu betul-betul kahwin.
Then, cooking class (itu cuma hasrat di hati, tara nak jejak kaki dekat dapur kalau bukan untuk makan, tak payah la) and maybe i'll start some business since next year i reaaaaaally wish to go to turkey and i can't just seek for my parents sympathy sambil guna ayat 'alang-alang dah duduk dekat inilah masanya'. or if, ada la mata-mata yang menjeling manja. 
Wait, this is not how it should be. saya nak cakap pasal benda lain lah. bukan pasal plan masa cuti nieh. hari tu, kematangan saya sudah meningkat satu tapak lagi. frankly said, i'm not showing off but you know i think i'm sweet that way. ehek. proud too. hoyeh berjaya lagi. bukan macam orang tu, asyik nak budak-budak lagi. sila pergi ke blog beliau.
baik, beberapa bulan lalu, kawan saya ada bertanya saya kalau saya nak join tet tet tet. kemudian, saya dengan akal pendek lagi cetek bersetuju. well, itu adalah satu invitation yang sangat menarik. imagine that you have this dream years in your head and suddenly your friends offer that thing. it just so lucky for you and all needed is to grab the chance. so did i. saya menerimanya dengan perasaan gila gembira sambil hati Ya Allah doa aku selama ini telah Engkau perkenankan. terima kasih Ya Allah. 
hari berganti hari, matahari terbit terbenam dan bulan berganti purnama (macam apa dah sastera ini) saya pun mula berfikir kembali, adakah selama ini saya hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira hati dan perasaan orang di sekeliling saya. sehinggalah saya mengambil keputusan untuk menolak dahulu (macam akan datang lagi je) pelawaan kawan saya itu. kerana saya fikir, selama ini saya cuma memikirkan keseronokan saya nak menggapai mimpi indah itu. yeah, people might say that i'm stupid and for real i was stupid enough for accepting it. i have no regret in this decision i made. 
So, i jus want to tell you peole, sometime we have the chance to do anything we want but without taking others into consideration i think that is too much. people have heart some of them have pretty fragile one. It is good being eager but never forget what around you.
kita mungkin seronok mencapai impian kita, tapi di luar sedar kita menyakitkan hati ramai orang dan kita juga mengabaikan sesetengah orang. bukankah itu satu perlakuan yang kurang baik bagi seorang mulim atau muslimah? 
Jadi, berpada-pada dalam keseronokan kita kerana mungkin ada yang berduka. itu saja la nak cakapnya. poyo je tulis panjang-panjang sebab tangan tak boleh nak duduk diam lama tak menaip. hehe.

Firman Allah: sesungguhnya aku tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri.

nota kaki:entry ini tidak menghalang anda untuk mencapai cita-cita ok. anda bebas memilih!
nota kaki lagi:saya ada impian dan saya pasti akan mendapatkannya.
nota kaki lagi lagi:untuk masa ini doakan saya mumtazah dunia wal akhirah..dapat naik tahun 3!

p/s:fikir matang-matang macam saya. hikhik.