Friday, December 24, 2010

ya ousto, raais kilo..

assalamualaikum..

shissh..wth aku punyer arab amie berterabur gila.itulah kisahnya jadi budak baru belajar nie.
akhirnya aku dan teman2 serumah berjaya jugak menjejakkan kaki ke suk tamin..tahniah kepada kami berempat..bukan senang dowh nak pergi tu.sampai sesat2..hehe..

seronok dapat ikan keli.pak arab dua orang sampai sengih2 melihat keexcitedan(salah perkataan nie) aku.setelah berbincang2 mereka bersetuju juga nak beli ikan keli satu kilo..yeh2..boleh makan keli!!*lompat girang dan ria*

nota kaki:nak studi..go!!!

p/s:kalau nampak aku di fb, lekuk kepala tau!

Wednesday, December 22, 2010

Mid Year

Assalamualaikum..

Mak ayah nie jadual exam mid year kak yang...hehe

Sabtu, 15/1/11:Phisiology.
Selasa, 18/1/11:Histology.
Sabtu, 22/1/11:Biochemistry.
Selasa, 25/1/11:Anatomy..

semua exam adalah MCQ dan essay saja!!yooha..dan tiada exam arab dan al-quran..
mak ayah, doa kalian sangat daku harapkan di kejauhan nie. doakan kak yang berjaya mendapat mumtaz..sayang mak dan ayah..

nota kaki:nampak tak dah nak masuk tahun 2011??
nota kaki lagi:semakin sibuk dan sibuk dan sibuk..

p/s:semua doakan aku..

Tuesday, December 21, 2010

akhirnya..

assalamualaikum..

akhirnya aku berjaya jugak menyaksikan diaphragm setelah bertahun2 lamanya aku konfius macam mana la rupa benda tu sebenarnya(sejak sekolah rendah)..hehe..dan cadaver memang membantu aku.kepada sesiapa yang tak tahu diaphragm tu apa(menipu la tak tahu), ia adalah lapisan yang nipis saja yang mengasingkan bahagian thoracic dan abdomen.kalau tak ada benda nie, organ2 dekat bahagian abdomen akan bercampur sekali dengan yang bahagian thoracic..kan parah tu?!Subhanallah yang menciptakan manusia sebaik2 kejadian..

nota kaki:sudah dapat jadual exam, dan itu mencuakkan aku!
nota kaki lagi:musim sejuk bagi kesan pada physiological environment aku.

p/s:pohon doa semuanya...

Monday, December 20, 2010

entry pendek!

assalamualaikum..

sudah 3bulan disini..bukan,, baru 3bulan tapi rasa macam dah 6thun dan nak balik sekarang..
yeh2, ape2pon bravo kepada aku kerana berjaya menghadapi suka duka dengan baik sekali..wee~~
sudah mau exam mid year jugak!
kuat semangat!!!


nota kaki:lama xcontact family..rindu bangat loh..
nota kaki lagi:syukur kepada Allah, segalanya berjalan dengan baik.
nota kaki lagi lagi:semangat untuk belajar sudah pulih =p


p/s:belikan sweater satu..

Saturday, December 18, 2010

sekali lagi perihal kita

Assalamualaikum..
untuk pertama kalinya maaf kerana entry ini sekali lagi terpaksa menyentuh rasa sesetengah pihak.tapi, sebab ada saomething yang sangat2 memanggil aku untuk bertup tap tup tap di sini jadi harapnya sekalian pembaca silalah ambil yang baik dan buangkan yang buruk.
sekali lagi berkisar tentang kehidupan aku dan kalian di mesir.macam yang kita tahu lah, pelajar perubatan azhar di wajibkan untuk mempelajari bahasa arab. bukan saja belajar bahkan juga mengambil peperiksaan. bagi yang tidak mempunyai basic bahasa arab, sangat berat kan??ye sangat berat!dan adakah kerana keberatan (kalau rasa salah, tukar sendiri) ni, membuatkan kita terfikir hantar surat untuk menukar guru yang boleh berbahasa inggeris?come on lah guys!!!

*bersedia untuk menerima emosi saya yang tak betul dah*

memang lah ustazah tu tak reti cakap bahasa inggeris dah nama pon ajar bahasa arab, nahu pulak tu. btw ustazah berusaha kan nak buatkan kita semua faham dan belajar bahasa inggeris dari kita. then, why don't you appreciate it even a little?that's annoying la nak mintak tukar2 cikgu. dan lebih annoying bila cikgu tu dah terasa kawan2. can you think logically and be realistic?kita duduk kat tanah arab kot. yang majoriti masyarakatnya tak pandai berbahasa arab.jadi, kene faham la. kita tahu kan azhar memang kene belajar arab (kalau yang tak tahu saya mintak maaf sangat2), jadi terima dengan hati terbuka lah. kalau tak sanggup nak belajar arab, why the hell choose egypt?azhar lagi! cuba kita membuka minda kita dan berfikiran positif. mungkin ini peluang kita untuk mempelajari satu lagi bahasa yang tak semua orang dapat. bahasa alquran.bahasa syurga.
ok fine, kita kata kita tak ada basic arab deme boleh la sejak lahir lagi parents cakap arab. oh please..kita sama saja..kita tak tahu tapi ramai kawan kita yang tahu.so, manfaatkan lah kawan2 kita yang tahu.gunakan mereka sehabis mungkin.kalau kita tengok, negara macam jepun,perancis jerman dan sebagainya pon mana ada guna bahasa inggeris. kalau kita pergi negara2 tu, kita tetap kene belajar bahasa deme.so??
jadi kawan2, harap sangat2 jangan buat perkara2 yang tak munasabah.(walaupun aku sendirik seorang yang sangat drastik)
aku sangat tertarik dengan ayat seorang kawan aku, harap kita dapat ambil pengajaran..
'yang paling penting dalam menuntut ilmu,dalam keadaan apa sekalipun, keberkatan guru tu lah yang perlu diambil kira. bukan cemerlang ke tak cemerlang. sebab guru tu adalah orang yang mengajar. hilang keberkatan guru, hilanglah berkat ilmu,hilanglah semua'
guru dah berusaha sehabis daya untuk mengajar kita,pengorbanan mereka untuk menjadikan khalifah Allah di muka bumi ni bukan calang2.inshaallah, kalau kita menjaga hubungan dengan guru, bukan saja kita berjaya di dunia, bahkan juga di akhirat.
memang kita sama2 susah, makanya kita boleh sama2 membantu untuk mencapai kejayaan yang meberi manfaat kepada kita dan umat islam.
didoakan kepada aku dan kalian berjaya dan dipermudahan segala urusan.baashaa!!!

maaf sekali lagi andai ada yang terasa dan terluka. aku hanyalah insan biasa yang juga sering terlupa.sila ambil konsep aku ingatkan kau, kau ingatkan aku..ok?!kalau tak sudi nak maafkan aku, baca semula status blog ini.hehheh

nota kaki:sudah ada rencana untuk winter break!yeah...
nota kaki lagi: nak habiskan anat cepat2
nota kaki lagi lagi:bubur asyura sangat sedap!!nyam2 =)


p/s:mari kita sama2 mencari berkatNya..

Monday, December 13, 2010

L-I-F-E

Assalamualaikum..
salam sejahtera penghuni syurga(macam suka je ayat nie..)

mencurik masa yang xberapa nak banyak nie untuk sekalian anda yang sudi mengambil pengajaran.LIFE??apakah?ok, baru2 nie aku merajinkan diri ke seminar Love Islam For Eternity walaupun hati kalut memikirkan exam anat keesokan harinya. alhamdulillah, Allah tetap memberi hidayah kat aku untuk turut serta dalam program yang banyak manfaatnya ni walaupun sebenarnya program nie adalah wajib untuk pelajar perubatan tahun satu, tapi biasalah budak2 nakal..wee~~
banyak perkara yang dibincangkan dalam program tu termasuklah Love is Cinta..ehem2..dan bagi aku sendiri, sesi yang paling best sekali waktu doktor Khairudin dan Ustaz Arif yang bercakap tentang aurat dan ikhtilat. kemudian ada satu ayat dari ustaz arif yang menyentuh jiwa dan memberi kelapangan kat jiwa aku yang kacau bilau nie. kata beliau..
"banyak cara Allah nak ampunkan dosa kita.istighfar adalah cara yang paling mudah. kemudian kesusahan kita dalam menuntut ilmu, sakit"..macam tu la lebih kurang ayat beliau.aku pon terpempan(terpempan tu maksud dia ape?) sebentar. terfikir betapa bodoh dan jahilnya aku mengkhianati anugerah Allah nie.betol la, kalau Allah ampunkan dosa kita, bukankah itu anugerah Allah?(siapa sokong, angkat tangan!!)
selama nie, bila aku studi jer, mesti rasa bengang gila kalau susah nak masok dalam kepala hotak. rasa sakit jiwa bila dah baca masuk exam kantoi jugak. rasa nak hempok2 semua benda kalau dukturah explain berjuta2 tak paham2.akhirnya aku sedari, rupa2nya allah sedang mengampunkan dosa aku. dan bila Allah mengampunkan dosa kita bererti Allah mengingati kita kan??
pengajarannya kawan2, kalau kita ada masalah, ada susah, janganlah asyik mengeluh, tapi senyumlah. bukan saja menghilangkan gundah, bahkan menghilang dosa. juga, bila rasa sukar nak belajar, sulit nak menghafal, itu tandanya Allah ingin mengampunkan dosa kita dari banyaknya dosa2 kita.jangan mudah berputus asa dan teruskan berusaha, inshaallah ada berkatnya di situ. ingat, perjuangan memang pahit kerana syurga tu nikmatnya terlampau manis.hmm...baiklah kawan2, semua dah dapat ke apa yang saya nak sampaikan?hehehe =)
tapi, jangan pula kerana fikir 'allah sedang mengampunkan dosa kita', kita pun merasa relaks dan membiarkan kesusahan berlalu bagaikan angin.oh sangat salah kawan2. kita mestilah cari jalan nak selesaikan kesusahan kita sebab Allah tak merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut mengubah nasib mereka sendiri..
tambahan, kepada sesiapa yang sentiasa merasa senang dalam hidup, sentiasa merasa lapang tanpa kesusahan, maka pandang2lah ke dalam diri. selidik2lah yang tersembunyi. takut2 ada yang tak kena.sebab kita sepatutnya bimbang dengan hidup yang tanpa ujian.kerana dasarnya, setiap manusia itu berdosa dan pernah berdosa. moga2 kita semua dikurniakan keampunan yang berpanjangan oleh Allah dan dilimpahkan rahmatnya.

nota kaki:nak makan nasi minyak kenduri..hwaaaa...
nota kaki lagi:exam anat??selamatt...
nota kaki lagi lagi:salji nak turun la

entry ini hanyalah sekadar mengingatkan si penulis betapa singkatnya jalan hidup dan betapa baiknya percaturan tuhan. sesiapa yang mengambil manfaat, alhamdulillah..

p/s:siapa budak2 mesir yang nak kawen sila jemput fathimah..hehe

Tuesday, December 7, 2010

assalamualaikum..

ada dua cerita..

CERITA SATU:
hari ahad lepas aku bersama kaklong ke muhandisin dan arma untuk menguruskan hal berkaitan zakat..penat dowh jalan jauh..alhamdulillah selesai sudah semua urusan hari ni..dah hantar dah pon borangnya ke pejabat..moga aku dan kaklong dan semualah yang mintak tersenarai untuk menerima..kemudian di arma, aku terserempak dengan aini.beliau macam jumpa artis pulak bila nampak aku..nasib je dia tak mintak autograph ekslusif dari aku..hahaha.
kemudian, sembang2 dengan aini dan aini khabarkan berita gembira pada aku.sayang aini lebih..sila semak
#exam phisio yang mendebarkan.
#esok(isnin)ada test biochem.tajuk nucleoprotein..
macam mana pulak aini tau aku tak tau??sebab aku ponteng kelaslah apa lagi..
balik tu, memang sungguh2 dalam biochem kerana sudah ponteng kelas phisio.baca dengan banyak dan menghafal dengan semangat waja!yeh2..
keesokan harinya, sangat konfiden untuk menjawab.aku berada di barisan ke-4.sekarang pasang telinga baik2..dukturah bagi arahan..
"row 4 draw uranine,"
*terkejut beruk+pandang dukturah* bila pulak yang aku pernah baca uranine..tengok structure lagi tak pernah.owh sudah..dalam hati 'uranine nie nama lain bagi uric acid kot'
tangan pon laju melukis structure uric acid.habis jawab senyum2 dan bagi kawan tanda kertas.dia tanya, 'uranine tu ape?'
'ntah, nama lain uric acid kot,'*muka cuak tak kira*
'row 4 lukis apa?'
kawan lain 'guanine kan?'
alamak..ini bikin gua bengang.disebabkan salah telinga, tangan aku menggeletar tak kira sebab terlalu marah.tapi positfkan diri yang penting aku ingat semua structure nucleoprotein (betol2 ye, aku ingat!)kembali dengan senyuman walaupun dalam hati sakit jiwa.
pengajaran..pontenglah kelas selalu supaya sentiasa bersemangat bila nak studi.
malas bertanya salah lukis! jangan bergantung kepada istilah 'kot' cik fathimah!

CERITA DUA:
dulu2 aku sayang anatomi hingga menjadikan anat buah hati aku.tapi, bila dah masuk abdomen, buah hati aku nie macam banyak songeh pulak.rasa sayang aku pun dah kurang.kesian anat.
dah bertemu cinta hati kedua, phisiologi.dengan phisiologi mesti kene banyak cakap, tapi phisio nie diam jer.budget macho la??tapi aku tetap cinta phisio sebab phisio selalu tolong aku.bichem kekal menjadi sahabat baik yang sentiasa disisi.tapi biochem suka menyendiri menyebabkan aku macam nak menjauhkan diri jugak.nak berbuat baik dengan histologi tapi histo macam menakutkan aku plak.tapi histo best la..jadi kawan saya ye histo?!bahasa arab bahasa syurga, mestila saya kasih dan sayang.AL-QURAN, kompem cinta mati.al-Quran memberi saya kesenangan.tengok al-quran jadi tenang.apatah lagi membacanya.
pengajaran, mari baca al-quran ramai2..

nota kaki:exam anat menanti..
nota kaki lagi:aku benci mesej berantai.tolongla jangan bagi kat aku
nota kaki lagi lagi: kim ryewook add aku di fb??

p/s:doakan nama saya naik di fakulti dalam bulan satu ini juga!

Saturday, December 4, 2010

untuk anda yang bakal bergelar doktor..

Assalamualaikum..
entry kali ini mungkin akan menyentuh sensitiviti beberapa pihak dan mungkin akan mendatangkan kesakitan di hati..jadi, sebelum bermula, aku sebagai hamba yang lemah dan tak berdaya ni memohon maaf andai ada yang terasa dan terluka.tapi, disebabkan aku sedar yang apa yang bakal aku tuliskan nie penting untuk kalian yang berimpian untuk menjadi doktor yang hebat..
kawan2 yang satu kuliah dengan saya..ingat lagi kita belajar dengan dukturah rim pasal muscle of abdomen..
then, dukturah ada sebut pasal pentingnya 3layers of the muscle tu tak duduk sekali..
satunya, untuk kaum wanita, bila kita pregnant perut of course kembung kan??
keduanya, sebab satu penyakit yang selalu mengganggu orang lelaki..sakit air berlebihan dalam perut..duktrah ade sebut 'macam perempuan mengandung'..
then kome semua gelak..
so, di sini nak saya stresskan..even dukturah cuma cakap macam tu, patut ke itu jadi bahan ketawa kome??
sebagai doktor atau sebagai apa2lah, penyakit bukan sesuatu untuk digelakkan..diketawakan..jadi bahan lucu..
takkan lah nanti bila kita berhadapan dengan pesakit, kita nak gelak berdekah2..tu ke doktor??
what ever the illness is..no matter how much it can make us laugh, we need to show some kind ofr empathy right??or at least sympathy..then, how come you laugh to death??that's not right bro..
kalau kome sakit, kome pun tak nak diketawakan kan??
memanglah dukturah just cakap, btw, kita tetap perlu membayangkan situasi yang sebenarnya kan??bukan nya ketawa seolah menghina pesakit kita kelak!!
satu lagi, patut ke kita ketawa bila cikgu salah sebut istilah2 apa je la..wth man??
tau la kita agak tension kan..tapi, cari benda lain la kalau nak gelak..ok?!tak baik ketawakan guru2 kita..kalau kome nak cakap pasal cikgu2, tolong la jangan jemput aku ok??cikgu kot..

akhir kalam, moga kita semua berjaya menjadi doktor yang hebat dan baik dan beriman..
hormatilah guru kita!!

nota kaki:exam exam exam..
nota kaki lagi:ada orang curi mo0d studi saya..bengang nie....

p/s:doakan semoga nama saya cepat naik ke fakulti..ameen ramai2