Wednesday, February 27, 2013

A night out

Alhamdulillah, panjang jodoh kita ye..hehe
Selawat dan salam untuk utusan sepanjang zaman, Rasulullah s.a.w.
Alhamdulillah, semalam saya dan member telah bersama-sama me IBC (international bowling center) bagi pengisian usrah minggu ini. Kononnya dah banyak sangat pengisian rohani, giliran otak pula dapat oksigen secara mantap. Haha, bagus juga la, kalau tidak badan ni memang tahu dipam-pam je Alia ajak joging sekejap pun malas. Lantas, saya yang memiliki semangat kesukanan yang tinggi ni pun menyabut cabaran Malaysia Boleh (tetiba rindu kat miss Ferida).
selepas maghrib, saya bertolak ke ibc menaiki teksi. Dah namapun bowling, memang main bowling la kan. Saya ditakdirakan satu kumpulan dengan Amira dan Hanan menggunakan trademark 'hek hek' (walaupun rasa macam monyet je waktu buat tu.sob). Sepatutnya saya boleh bermain lebih baik, tapi malam tu tak sedap hati, tu yang teruk sangat keputusan..ha poyoo sudah! Tapi tak apa, kebengangan kalah kepada junior-juniorku terawat apabila saya dengan jaya dan megahnya memenangi perlawanan pingpong dengan Aishah..hohoho. Dah cakap, jangan kira tengok siapa yang merana. Oh nak tahu mata erk??tak nak sebut sebenarnya tapi sharing is caring (macam hotak). Ok, fine lupa. Maksudnya Allah tak bagi riak :(
Selepas main sampai pening-pening kepala, barulah teringat yang assigment yang perlu dihantar esok hari masih belum siap laaagiiiiiii......kesengalan apakah???
Mulalah dah berkira-kira untuk tak tidur malam. Tapi, sampai saja rumah, masalah lain yang muncul jadi tidur pukul 1 pagi, buat assignment pukul 6.30 pagi dan ke kuliah jam 8.00 pagi (kelas mula). Saya memang boleh dijadikan pelajar contoh.sekian.
A night out, walaupun sangat meletihkan sebab dah bertahun tak main macam tu, tetiba pula kena lincah, sakit juga la kan. Tapi, i had so much fun and planning with Alia to go again in mid March..yeah! Before i forget, congrat to Alia and Mira for the improvement in pingpong.. aku pula yang jadi pengutip bola.huuhh..
العقل السليم في الجسم السليم..
Semoga lebih mudah belajar lepas nie..
Nota kaki: sedang mencari padang jarak padang tekukur untuk memanah pula.
Nota kaki lagi:rindu sangat nak main pingpong dekat rumah..
P/s:nikmati hidup ini, jagalah jantung anda.memang tiba-tiba.

IR stands for Imahrosse. Ehemm, it's me! dua strike tuh..haha..
Don't get easily cheated! I change my place with hanan, HA. It was bad result but i'm not athlete ok..(taknak ngaku kalah!)

Friday, February 22, 2013

Cintaku terjatuh di Turki- Episod 2

Assalamualaikum w.b.t sekalian pembaca..
semoga sihat dan banyak berdoa di hari mulia ini.
Pertama dan utama, selawat dan salam buat kekasihNya sollallahu3alaihiwasallam..

Hari ini, saya akan meneruskan perjuangan catatan saya di Turki.
Mungkin tidak ada nilainya pada pandangan nada, tapi punya harga yang sangat tinggi pada saya.
Nikmatilah yang indah-indah.

Tarikh:25 Januari 2013
Tempat: Hayrat Vakfi, Madrasah Hayrat, Universiti Istanbul.
Suhu: sekitar 1darjah celcius.

 Kita makan dulu..haha apakah? oh yeah, the one with almond on the top, seriously delicious.

Ini adalah Hayrat Vakfi, sahabat ABIM.

 Ini Hakan. Beliau yang banyak memebrikan penerangan tentang Badiuzzaman Nursi, sejara hidup dan perjuangan beliau. Semoga syurga tempatnya.

 suasana sepanjang perjumpaan.

 I look like her daughter except for the face. you know what i mean!

Ini antara hasil tulisan Said Badiuzzaman. untuk pengetahuan, Said Badiuzzaman tidak menulis bukunya sendiri. sebaliknya, beliau hanya bercakap sementara anak muridnya menulis kerana tulisan tangan beliau yang kurang cantik. begitulah kisahnya.




Di Madrasah Hayrat, letaknya Galeri Nursi. Menanti makan tengah hari

I thanks Allah because some don't like this, so i got extra bowl..hehe

Tuba, K.Najla, Naadia

Antara baju yang dipamerkan di Galeri Badiuzzaman. 

 Universiti Istanbul

 Perpustakaannya. can u see the girl there? yeah, it's clever me..ngahhaha..
Wait, you can see the Blue Mosque out from the window. it's nice scenery. I wish we have like one here.

 Dewan kuliah.

 You can leave your comment for this photo..nee..

 Waktu ni saya terpaksa cakap, kenapa kome skema sangat nie??
the quality is not good. sorry for that




 Tazkirah ringkas.

 Ini Bab-I (baca babe) Alam. Persatuan pelajar di sana. if i'm not mistaken.

 Shahrir Azfar, Faiz Ali, Cikgui Hamidi, Jufitri Joha. Semuanya orang yang sangat hebat semangatnya dalam membantu ummah. 

 I hate this picture.
Beside me is not my father.
Sekian terima kasih.


 This is what i always waiting for.. 
finish the day..


Alhamdulillah, banyak yang saya pelajari pada hari ini. Pada sikap ramah Hakan dan Tuba. Pada kegigihan Cikgu Hamidi dan rakan-rakannya dan pada kesungguhan rakan-rakan saya dalam menimba dan mencedok sebanyak boleh ilmu. Ia takkan habis. Juga pada kekentalan Said Badiuzzaman Nursi dan pemikirannya. Meskipun berkali-kali dipenjarakan, tetap hatinya kukuh untuk mengembalikan Islam pada jiwa masyarakat yang telah hilang dan tenggelam. Saya teringat pada firman Allah tentang tujuan penciptaan manusia bersuku kaum adalah untuk saling berkenal-kenalan. semoga saya dan kawan-kawan meladeni ayat ini. Semoga anda juga.

Nota kaki: Sudah mencatat misi kembara bumi.


Tuesday, February 12, 2013

Cintaku Terjatuh di Turki-Episod 1

Assalamualaikum dan haii..
Selawat dan puji-pujian untuk Rasulullah, keluarga dan sahabat baginda

Alhamdulillah, dengan keizinannya saya akhirnya menjejakkan juga kaki ke tanah Turki yang diidamkan selama ini.. Sebelumnya, maaf kepada si dia dia dan dia yang menanti blog ini diupdate. Jadi, untuk beberapa minggu ini saya akan update pasal Turki saja lah. siapa yang rasa loya tambah nak termuntah dipersilakan tekan butang pangkah dekat atas.
Catatan ringkas ini dengan harapan dapat membantu mana-mana anda yang ingin ke Turki. Saya ni taklah pandai mana nak berbahasa, berpuitis bagai jadi ini lebih kepada catatan bergambarlah kiranya. Tidaklah membantu sangat tapi boleh la kot sikit-sikit. baik, kita mulakan dari sekarang..

24 Januari 2012.
Flight:Egyptair.
Masa:7.30 pagi
Tempoh: 2 jam lebih..dari Mesir..


 Pemandangan dari atas kapal terbang adalah pemandangan yang saya suka sangat-sangat..


Ini memang tak membantu, bantu kena sepak ada. Oh, itu lambang Egyptair. Egyptair adalah pilihan bijak. Bagasi boleh lebih kilo-kilo walaupun dia tulis 40kilo sahaja cuma untuk dikargo 2 beg sahaja. lebih boleh derma kat pengawal gate.


 Ini koin yang boleh di dapati di Malaysia. saja poyo..


 Istanbul.. i was there :(


 Lagi gambar nak kena penyepak


 Hari pertama sudah sampai Aya Sophea. Bayar 25Lira


 Bergambar dalam kesakitan akibat kasut yang tidak sesuai. malam tu juga pergi meredah hujan beli kasut baru. so, sebelum pergi, sila pilih kasut yang menepati kehendak kaki. 


 Lambang ini punya makna. bukan ikut sedap tarik sana bulat sini. 
Saya lupa maksud dia. maafff..


 Dalam Aya Sophea


 Dalam Aya sophea..


 Cantik tak??


 Errmm??


 Tolong tengok gambar nie elok-elok ye..




TopkapI..nak pusing perlukan 3 jam. 

 Lambang Sultan Mehmet al-fateh


 Dalam Topkapi..subhanallah cantik..


 Blue Mosque kala senja..


Dan waktu nie, saya dan Nadia tersedar, kami sudah terlari dari kumpulan dan tersesat lebih sejam. Memang pusing satu Istanbul la rasanya. Malam. Hujan. Kaki sakit. Mujur Allah selamatkan gadis cantik nie..ahak..


Berakhirlah perjalanan hari pertama. Baru balik daripada sesat dipanggil untuk mesyuarat. Selesai mesyuarat, minta minyak panas untuk melegakan sikit sakit, minyak masak pula dia bagi. Aduyai..
Selamat malam Istanbul!

Sabda Rasulullah:
 “Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.”
 [H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335].

nota kaki:hotel macam honeymoon, duit pun macam honeymoon.
nota kaki lagi:terlalu mudah mencari hotel murah. usaha kena lebih..