Sunday, May 8, 2016

Sederhana

Assalamualaikum..
Sollu alan nabi

Saya sering merasakan kesederhanaan bergantung atas individu. Kadang kita merasakan kita sudah habis sederhana, namun di mata orang kita berlebih-lebihan. Contohnya dari segi kekayaan bagi jutawan, mungkin membelanjakan ribuan sehari adalah sederhana baginya namun tidak pada pandangan si miskin.

Namun, buku ini mencerahkan. Ada panduan menjadi sederhana. Ada garisan yang mengukur kesederhanaan kita. Yang pertama adalah niat! Tentu sekali, apabila berbicara tentang niat maka kita ingat kembali pada hadis pertama dari matan arbain. Setiap hal perlu lurus kerana Allah. Kebaikan amal tersebut akan kembali kepada kita.

Kembali kepada perbincangan tentang sederhana. Saya akan bawakan contoh sahaja untuk pemahaman yang lebih jelas

1) Dalam konteks sebagai pelajar (sekarang musim exam pon ye dok): seorang pelajar begitu rajin pagi hingga malamnya terisi dengan mengulangkaji dan menelaah. Malangnya pelajar ini kurang perhatian pada sahabatnya. Sakitkah atau laparkah. Barangkali juga pelajar ini yang jatuh lelah kerana berlebih-lebihannya dalam belajar. Sedangkan dia perlu menunaikan hak atas dirinya, keluarganya, sahabatnya dan tetangganya. (Pelajar yang malas jangan gembira dulu ye ;p)
Seorang lagi pelajar mungkin bijaksana maka dia menghabiskan masanya dengan perkara-perkara yang lagho dan sedikit sekali waktunya terisi untuk menuntut ilmu sedangkan itulah tanggungjawab seorang pelajar. Maka, dia dikatakan telah berlebihan dalam kemalasannya. Jadi solusinya?

2) Ibadah. Jangan tak percaya ada juga orang yang dikatakan berlebihan dalam ibadah (padahal ibadah kot kan. Mendekatkan diri kepada tuhan kot). Diceritakan pada zaman Rasulullah terdapat sahabat yang berhasrat berpuasa sepanjang tahun. Lalu Rasulullah menegahnya dan Rasulullah menasihatkan untuk merayakan Aidilfitri. Reward diri yang dah berjaya tahan lapar sambil ziarah jauh serta dekat. Bagaimana bersederhana dalam ibadah?

3) Makan dan minum. Apakah tujuan makan dan minum? Ya sekadar untuk menghilangkan lapar dahaga supaya kembali cergas melakukan ketaatan. Jika makan sampai tak muat perut tahulah apa jawapannya. Begitu juga jika langsung tidak makan konon-konon berdiet sampai nak angkat takbir pun tak larat.
P/s: makanan tu sila habiskan. Rasa nak dush dush je orang yang tak reti habiskan makanan ni

Okay boleh la tu contoh dan gambaran kan. Kesimpulannya, sederhana ini tergantung pada niat, tujuan dan cita-cita. Mengapa ingin kaya? Kenapa taknak kerja? Kenapa nak ada kereta rumah mewah? Kenapa nak duduk tepi jalan? Semuanya, jika jawapan tidak menuju Allah, maka itulah yang dikatakan berlebihan baik yang dicitakan itu hal yang bagus atau sekadar kecil-kecilan.

Perbetulkan niat, tunaikan hak, lakukan dengan bertunjangkan iman dan bervisikan akhirat.
Sebelum melakukan sesuatu perkara, fikirkan sebab dan akibat serta buruk dan manfaatnya. Jangan lupa...istiqamah! Itulah nilaian sederhana yang sebenarnya.

Nota kaki: Sederhana dalam bercita-cita
Nota kaki lagi: Sederhana dalam melaksanakan cita-cita

P/s: Tanda soal tu jawab tau, jangan biar kosong :)

P/ss: Tak faham tanya k?!