Friday, March 16, 2012

khamis..yer hari khamis..

assalamualaikum w.b.t..
selawat dan salam buat junjungan besar,,
semoga hari jumaat kita penuh dengan barakah..

ini pertama kali kot?!

Hari khamis, kediaman pelajar Perak B, pagi yang syahdu.

sayayangbaik:ishh,,benci la. macam mana nak buat benda nie..
isyahyangcomel:sabar sabar. sikit lagi dia kering la tu. (sambil menjenguk ke dalam kuali)
sayayangbaik:tak suka la masak-masak nie. tak reti tahu tak (nada emo dan stress)
isyahyangcomel:boleh. belajar sikit-sikit.
Zuhek masuk duduk di sebelah.
sayayangbaik:zuhek...
zuhekyangkecek:fathim boleh.
sayayangbaik:kami tak pandai masak la weih..
isyahyangcomel:ayott,,tak pandai masak tak boleh kawen..
sayayangcomel:ada aku peduli ke aku pandai masak ke tak. suami aku yang masak bukan aku.
zuhek dan isyah memandang serentak. terkejut dengan kenyataan cool itu.haha

Hari khamis, kediaman lama pelajar Kedah, petang yang berangin
saya seperti biasa berblog walking jauh2. tiba-tiba terjumpa satu blog bernama dakwat. ya silalah pergi melawat sebab ianya best. saya kemudian tertarik dengan satu entry penulis bertajuk..saya tak ingat tapi pasal kahwin muda lah. kemudian tetiba rasa masyaallah kenapa selama ni aku tertipu? kenapa selama nie aku dibohong oleh perasaan 'muda' dan banyak lagi kenapa??
katanya, tiada awalnya untuk sebuah perkahwinan. bila masanya tiba, maka umur la berapapun, itu adalah masa yang tepat dan sesuai untuk berumah tangga. juga, tak perlulah berfikir nak membina itu ini, sebab yang perlu dibina itu adalah karakter dan peribadi diri. moga jadi yang lebih baik.

Hari Khamis, kediaman pelajar Perak A, malam yang hening..
saya baring-baring sambil baca-baca (apa ayat nie?). tiba-tiba masuk kak akmal ibu kepada si kembar sambil membawa kertas apa lah penuh di tangan. datang menghampiri saya. nah. saya pantas mengambil. gullpp!
sayayangbaik:kak akmal wajib ke nie?
kakakmal:yap. wajib. nanti kak akmal datang balik ambil. cepat isi.
kak aimi di belah senyum-senyum tak berapa kambing.
sayayangbaik:kak aimi kami nak isi apa nie? pening la..(nada emo..haha)
kak aimi:isi apa yang dia tanya la.hahaha..
saya pun isi lah borang tersebut dengan tak berapa semangat sangat. tapi tiba-tiba di hujung tu jadi semangat pula sebab soalannya berbunyi begini..

apakah karakter atau ciri-ciri pasangan idaman anda. hah, hambek kau berjuta senarai..rasa macam nak tambah kertas lagi..ahhahha..

nota kaki: hari khamis yang macam...
nota kaki lagi:tak sabar sangat nak walimah nedd2 (nadanya macam tut2)..
nota kaki lagi lagi:dapat agak tak borang apa?

p/s:encik,,jaga kakak gue baik2,,sebab saya baik..hoho..