Saturday, December 31, 2011

gawazat lagi..

Assalamualaikum,,

penutup tirai suka suki suku 2011..
ok, visa dah selesai. rasa nak menangis dah tunggu visa punya lama.
orang lain dapat sehari jerk, saya je dapat dua minggu (kira ok la ada orang tunggu sampai sebulan)
sangat bersyukur dan terharulah sampai keluar nak leleh. santan betul!
hoyeh,,lepas nie boleh naik sinai dengan tenang dan aman. tak jadi nak pergi turkey..biar duit bertimbun dulu, baru boleh jelajah satu dunia. (tiba2 rasa nak pergi umrah).

ok, exam bulan satu nie, makanya silalah ambil perhatian yang saya tak akan merapu untuk sementara waktu. juga, sila doakan saya maju berjaya cemerlang gemilang terbilang dalam imtihan.
kepada sesiapa yang ambil peperiksaan, selamat berjaya. fighting for the sake of ummah!
berpatah semangat adalah dilarang apa lagi untuk berputus asa.
selamat berjuang para pejuang sekalian...



Thursday, December 29, 2011

nikah gantung pun boleh..

Assalamualaikum...

saya baru sahaja membaca status seorang rakan di facebook yang bertanyakan perihal nikah gantung. sejujurnya, saya bukanlah yang arif untuk berbicara tentang nikah, soal hukum dan sebagainya. secara kebetulan sebelum ini, saya terbaca tentang nikah gantung ini. dan saya juga selaku seorang rakan, sangat bersyukur atas niat murni kawan saya tersebut untuk mengeluarkan dirinya daripada ke'maksiatan'. ya, apabila suatu dosa sudah jelas dan terang pada pengetahuan kita, maka dosanya akan lebih berganda. dan usaha untuk melepaskan diri daripadanya walaupun kelihatannya remeh, tetapi menjadi saham kebaikan dan dikira di sisi Allah. firman Allah dalam kitabnya, mafhum : Aku tidak akan mempersia-siakan amalan orang yang beramal di antara kamu baik laki-laki mahupun perempuan.

saya juga bahkan sangat teruja kadang-kadang apabila melihatkan semakin ramai anak-anak gadis dan pemuda-pemuda seusia mendirikan rumah tangga. subhanallah, bukankah ini suatu perkembangan yang baik untuk orang yang mengaku mencintai nabi dan berusaha melaksanakan sunnahnya ini? sungguh bukan mudah seorang lelaki mengemudi bahtera perkahwinan dan tidak mudah juga untuk seorang gadis menjadi suri pada seorang lelaki yang harus dijaga serba-serbi. tetapi, kesanggupan menyegerakan pernikahan untuk mengelakkan dosa dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang tidak enak didengar harus dibanggakan dan dijadikan contoh kepada pasangan-pasangan yang masih lagi dalam keadaan tidak halal.

saya juga sangat mengagumi anak-anak muda yang berjiwa besar (untuk bernikah memerlukan jiwa besar,itu perlu diingat) untuk berkahwin ketika masih lagi menuntut sewaktu pemuda-pemudi yang lainnya memikirkan soal keseronokan membujang dan 'berfoya-foya' bersama rakan sebaya. itu bererti, mereka yang ingin bernikah muda ini sudah terlepas dari salah satu hasutan syaitan dan terselamat daripada dendam makhluk Allah yang di laknat ini. dalam al-Quran juga ada dicatatkan bahawa syaitan berjanji untuk menyesatkan umat manusia sehinggalah hari kiamat dan cinta adalah salah satu fitnahnya. benar cinta itu tidak salah. apabila salah dasar percintaan itu, bila tersasar laluannya dan terbelok cara pimpinnya, di situlah bermula dosa. dan bukan cinta itu yang berdosa, tapi kita yang dilamun cinta inilah yang berdosa.

kembali..
jadi, apabila kurang berkemampuan, banyak hal yang membataskan dan nikah gantung menjadi pilihan, itu amat digalakkan. daripada jalan berpimpin tangan, berpelukan, bermesej yang tidak bertujuan tanpa ada ikatan, lebih baik dikahwinkan! daripada berhubungan tanpa iman, lebih baik menjadi suami isteri yang saling menguatkan iman, bukan? islam itu tidak memberatkan, tetapi islam lah pemudah cara, penyelesaian pada setiap permasalahan, tinggal kita saja nak ikut atau tidak.

tetapi, kadang-kadang masalahnya adalah di pihak ibu bapa. mungkin ada ibu bapa yang berfikiran terbuka menerima kehendak anak-anak untuk berkahwin ketika masih bergelar pelajar. bagaimana pula dengan ibu bapa yang kurang pengetahuan agamanya? ataupun tinggi, tapi sengaja 'dipendekkan'. kepada ibu bapa sekalian, anak-anak mempunyai hak untuk melaksanakan setiap yang menjadi fitrah dilaksanakan oleh sekalian manusia. perasaan untuk bernikah itu adalah fitrah yang bernama manusia. sebagai ibu bapa, anda bukan sahaja perlu memberikan hak pendidikan kepada mereka, tetapi bertanggungjawab juga memberikan hak untuk mereka bernikah apabila mereka sudah bersedia dan bertemu jodoh mereka. lagi pula, menjadi kesalahan ibu bapa apabila sengaja membiarkan anak-anak berhubungan dengan ajnabi tanpa ada batasan. kerana soal hati dan perasaan bukanlah soal yang boleh dikecilkan, soal nikah kahwin bukanlah perkara yang boleh diremehkan. apabila seorang anak gadis meminta untuk dinikahkan jangan dipandang enteng. mengelak daripada berlakunya zina besar bukan sesuatu yang mudah apatah lagi dalam era yang serba moden ini dan banyak pula pengaruh tidak baik menjadi ancaman. jadi, andai nikah gantung mampu dilaksanakan, tidak salah ditunaikan.

akhir kalam, semoga kita terselamat daripada segala perkara munkar. selamat menjalani bahtera rumah tanggalah kepada sesiapa yang mahu berkahwin. selamat berbahagia sehingga ke syurga, moga terpelihara dalam redhaNya dan tenang dalam pelukan cintaNya.

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. H.R tarmidzi-

nota kaki:tak fikirlah cik adik!

p/s:esok exam, study please..




Saturday, December 24, 2011

gawazat punya cerita..

Assalamualaikum readers!!!

silalah rasa terharu dan menitiskan air mata sebab saya baru sahaja balik dari gawazat dan terus buka laptop semata-mata nak bertup tap dekat sini. ok tak, nampak beno nipunya.
awwalan, saya nak telefon mak, tapi as usual lah, everytime i make a call at that time lah my mom and dad keluar shoping. eh cop, saya lah yang salah timing!
anyway, saya juga berbangga dengan diri saya kerana hari yang sepatutnya saya bangun jam 8 (memandangkan hari cuti), saya bangun seawal (boleh ke guna seawal di sini?) jam 5.45 pagi.
encik toga yang setia menemani saya sepanjang malam sebenarnya tak nak lepaskan saya pon.
tiba-tiba isha datang masuk dengan suara yang tergesa-gesa macam ada rusuhan kedua kejut saya. 'fathimah,palli2 gawazat'. oh, jangan lupa tukar 'palli' tersebut kepada 'cepat'.
saya tanpa banyak bicara dan ngohngeh2 terus minum segelas air, dan bergegas ke toilet dan menggunakan selipar bilik! see betapa bagusnya saya hari ni.
sebelum pukul 6 dah siap berbaju kurung lengkap stokin semualah. ada yang tanya berapa minit saya mandi ke?
hoyeh,,saya tak mandi. sumpah tak mandi. it's winter lah. relax lah kalau tak mandi seminggu pun. eh, taklah sampai seminggu. lagipun, kalau mandi selalu sakit tulang siapa susah?
cop, sambung cerita tadi. saya dan member pun bergerak ke abbasiyah yang mengambil masa 15min perjalanan. saya berjalan mendahului musyrif sebab bimbang ketinggalan bas dan tiba dekat bangunan gawazat tu dalam 6.15 lebih2. and oh my god, saya tak percaya apa yang saya lihat. rupanya dah lautan manusia menunggu. mujurlah ladies ada beberapa ketul saja.
*
*
*
disebabkan sudah ramai rakyat indon dan malaysia, jadi kami yang sampai awal ni bertegas untuk mengikut senarai nama yang tersedia. tetapi saya punya istimrah belum dibeli. pastilah cuak gila tahap zzz punya. tiba-tiba dengar satu suara
'tak isi borang lagi? habislah'
memanglah membuatkan hati membara jiwa meradang darah menyirap. ok, memanglah ayat dia tu tak panas pun, tapi bila anda berada di gawazat sila ingat bahawa perkataan yang sewaktunya sangat sensitif di telinga terutama telinga gue lah!
saya pun bergegas menuju ke kaunter pembelian dan alhamdulillah jadi orang pertama kot!
kemudian saya pun nak kembali ke kaunter taqdim.
tapi disebabkan suasana bagaikan orang nak berkursus haji, saya berjalan itik dicelahan barisan puak2 berambut pendek (lelakilah maksud saya). semua orang tengok pelik jer. peduli apa?!
sampai lah di pertenghan jalan tetiba 'ketepak'. adeh jerit saya kecil. tak boleh nak tengok atas sebab kompem2lah budak laki yang ketuk kepala saya. sama ada dia terketuk atau sengaja ketuk. ataukah..saya yang terhantuk??teeheee..
sampai jer dekat kaunter taqdim, saya cari budak besar-sikit-daripada-saya yang selamba bertutur tidak berbahasa. cari punya cari rupanya dia dah dekat hujung dunia.
saya dengan keji 'hahahahaha' di dalam hati. itulah, jangan selamba sangat nak menakutkan mencuak sesama gadis. eh???
dan urusan selesai jam 9.30 pagi. silalah ambil kalkulator 570-fx dan kira berapa jam saya di gawazat.
balik dengan penuh riang gembira jiwa suka sambil tidak lupa mengucapkan syukur kepada Dia yang berkuasalah. segala urusan dan perancangan kan ditanganNya??
tiba-tiba je keluar gawazat jadi sejuk hati senyum dekat semua orang. ahah! tambah pula suhu memang 10celcius, bertambah sejuk perut lah. babai member,,fightoh!

ok, sebenarnya macam stress sebab mak pergi Baling, jadi postlah benda merapu dekat sini.
sila jangan marah!*peace* =P

Ya Allah, mudahkan dan jangan Engkau susahkan. tiada yang mudah melainkan apa yang telah Engkau permudahkan. dan Engkaulah yang menjadi sesuatu perkara susah itu mudah. Allah bantulah saya..

nota kaki:minta maaf daripada kakak2 dan abang2 jika ada terempuh tadi1
nota kaki lagi:12X

p/s:sila hidupkan visa anda!

Monday, December 19, 2011

simptom exam

bila dah nak exam mulalah pelbagai penyakit berjangkit datang. tengok buku sakit mata,,rasa macam katil je ubatnya,,
nak buat nota seketul dua cepat sangat bosannya,,mulalah fail wayang yang dicari, dah melekat berjam-jam..
masuk kuliah kalau tak tengok jam tu memang pelik aneh ajaib bagai lah. dalam hati berdoa-doa je supaya dukturah baik hati nak bagi balik awal.
dan waktu nak dekat exam nie juga lah,,payah yang amat nak bangun sahur. nak minum air seteguk pun haram nak sempat..
Ya Allah,,kuatkanlah hambaMu ini,,tiada daya dan kekuatan melainkan dengan bersandar kepadaMu

urusan visa satu lagi, time2 gini la dia nak tamat pun. kot kot la nak tunggu winter break nanti. tak bagi can langsung.. dan sekarang nak kutip semangat dekat mana pula??ok, rasa macam nak dengar suara mak dan ayah sekarang juga..hwaaa....

nota kaki:saya suka cabaran.
nota kaki lagi:hilang semangat itu cabaran..erk??

p/s:jangan putus asa,,teruskan berjalan

Friday, December 16, 2011

lau kana bainana..

Assalamualaikum,,selawat dan salam atas junjungan Rasulullah s.a.w

Dalam saya menyaksikan kebejatan mereka yang seagama dengan saya, mengalir air mata saya apabila menyaksikan masih ada insan-insan yang bermatian-matian menegakkan hukumNya, mereka yang bersungguh merperjuangkan agamaNya dan menghidupkan sunnah nabi kita. sungguh, hati saya mejadi tenang dengannya.

pagi 15Disember memanggil saya untuk kembali merindui Rasulullah. kembali mengingatkan saya untuk menghamparkan cinta padanya. menghargai perjuangannya.saya membuka beg untuk menyelak mana-mana tajuk yang mungkin keluar dalam test pagi itu.tetapi lain jadinya. ternampak seuntai tasbih. saya mengeluarkan tasbih dari dalam beg galas. masyaallah, barulah saya teringat, sudah beberapa hari saya tidak berselawat kepadanya, dan itu bermakna sudah lama malaikat berhenti berselawat untuk saya. saya mengucap panjang di dalam hati. saya membatalkan niat saya untuk membelek nota dukturah untuk test pagi itu. bersalahnya saya kerana melupakan Rasulullah yang saya mengaku cinta padanya walaupun dia tidak melupakan umatnya. Subhanallah, segala puja dan puji hanya kepadanya kerana memperingatkan saya agar tidak melupainya dan kekasihnya. Alhamdulillah, Allah mempermudahkan tarikh 15disember2011 saya.

Sukar sekali bertemu insan yang di bibirnya bermain kalimah memuji Allah.
Sukar sekali bertemu insan yang terhias senyum dibibirnya saat diuji Allah.


Marilah kita melebarkan rasa kasih kita padanya kerana kasihnya sentiasa mengatasi kasih kita padanya. ayuh kembali menghidupkan sunnahnya kerana sunnahnya memberikan bahagia pada hidup kita. jom buatkan baginda tersenyum melihat kita, kerana kita takkan sanggup melihatnya berdukacita kan???


sesiapa yang berselawat kepada Rasulullah s.a.w, maka seluruh malaikat akan berselawat kepadanya.

nota kaki:ingin tersenyum dan terus memberikan senyuman.

p/s:jangan lupa akan jerih payahnya..

Friday, December 2, 2011

ini bukan cerita lama..

Assalamualaikum,,selamat hari jumaat selamat sejahtera dan selamat berbahagia. selamat membaca.

kerana saya azhariah, tidak bermaksud saya tidak boleh menari. selagi saya tahu di mana tempat saya menari dan waktu bila saya menunjukkan tarian saya dan kepada siapa saya mempersembahkan tarian saya!

saya tak pandai berbicara lantang, otak saya tidak penuh dengan fakta seluruh negara, dan saya jarang sekali khatam isu semasa. jadi, salah apa saya menyanyi dia pidato?!

ini mungkin kisah lama, tapi bukan kisah ini yang nak dibawakan. tapi, bagaimana cara fikir sesetengah pihak yang menjadi tanda tanya kepada saya. bukan saya mahu mempertikaikan ketelusan sesiapa kerana saya sendiri tidak telus dalam memberikan kata putus. cuma apa yang dapat saya gambarkan, apabila keadaan mengizinkan, suasana menghalalkan tidak salah meraikan orang-orang seperti saya. jika begitu cara fikir kita, bimbang 'susah lah nak kawan dengan dia itu tak boleh ini tak boleh' keluar dari bicara dan waktu itu jangan salahkan mereka. atau 'malaslah, mereka tu tak sejiwa' terlepas dalam kata dan waktu tu jangan menuding jari pada mereka atau juga ' tak payah, deme bukannya suka kita' bermain di bibir mereka. waktu tu silalah selidik diri. kalau kata-kata ini yang terkeluar, bimbang nanti wujud jurang yang besar, menyusahkan pula langkah kita nak memberi apatah lagi kepada yang mahu menerima.

berfikirlah bukan hanya untuk diri sendiri. berfikirlah bagaimana untuk mendampingi jangan hanya mahu didampingi. berfikirlah cara terbaik untuk memberi bukan memaksa untuk menerima. berfikirlah usaha untuk membaiki hati, bukan mendatangkan sakit hati. berfikirlah untuk membuka ruang berkata-kata, bukan menyempitkan kotak bicara. berfikirlah untuk mempelbagaikan usaha, bukan berada di takuk lama.

berfikirlah berfikirlah berfikirlah kerana berfikir boleh menyelamatkan diri dari kedunguan, menyelamatkan umat dari kerosakan, menyelamatkan negara dari kemunduran. akhir sekali selamat berfikir!

nota kaki:tidur orang yang berilmu lagi baik dari tidur orang tak berilmu.
nota kaki lagi:penat juga berfikir nak tulis apa, tertulislah fikir2.

p/s: lu fikirlah sendiri