Saturday, April 28, 2012

Pakaianmu, bersihkanlah!

Assalamualaikum,,
selawat dan salam untuk Rasulullah dan seluruh keluarga dan sahabat baginda.

Selamat membersihkan diri juga..ahak,,nampak beno semangat bersihnya. Haruslah, untuk menegakkan kebenaran yang sekian lama seperti dipermainkan!

Alhamdulillah, dengan izinNya dapat juga saya bersembang petang dengan adik saya yang memang kalau tak berjenaka tak sah. Disebabkan ramai orang dilanda demam kuning, adik saya yang sudah 12tahun itu juga semangat nak bersih 3.0 juga. 
Sembang punya sembang barulah saya ingat saya sudah 21 dan memang sangatlah layak untuk menjadi pengundi tapi masalahnya saya ni bukan pendaftar. saya dengan perasaan sedih mengadu la pada adik saya. lalu adik saya pun dengan selamba jawab 'alah, senang je, kamu daftar lepas tu buat undi pos'. dalam hati, 'akih  nie mesti nak mengena aku lagi nie'. Dan lihatlah apa jawapan budak kecek ini..



last sekali tu membuatkan saya nak terbang sekarang..


Saya juga sempat berbual dengan teman lama semasa di sekolah rendah. Masyaallah, Allah hampir membuatkan saya tidak mengenalinya. Satu persatu kawan-kawan telah diberi peluang yang sangat baik oleh Allah untuk mengenaliNya. setiap kata-katanya pada saya tidak ada yang membuang masa. bahkan saya sendiri seperti tidak mampu begitu. Di Malaysia ok! serius, saya tidak sekuat itu untuk melakukan perubahan yang baik seperti itu. sedangkan di sini walaupun dipujuk memakai tudung labuh, masih lagi jawapan 'asalkan tutup aurat biarlah dulu' inikan pula di Malaysia. tiba-tiba teringat pernah cakap dekat kak teh nak pakai tudung labuh bila dah kahwin. erk??

Betul, kalau nak berubah, dekat mana-mana pun boleh, tapi saya kira ibu bapa saya juga mengerti saya adalah seorang yang bukan sahaja memerlukan kekuatan dalaman, tapi juga persekitaran. kerana itu, terima kasih juga kepada mereka kerana membenarkan saya di sini. Allah..bi'ah di sini telah mengajar saya untuk menjadi hamba Allah yang lebih mulia pada pandanganNya, tapi diri saya lambat-lambat menyambutnya walaupun hati sangat ingin (semua orang ingin kebaikan, kan?) insyaallah suatu hari nanti saya akan istiqomah dengan jalan yang kalian lalui kawan-kawan.

Semoga lebih ramai anak muda dan tua(sebab sekarang orang tua pun dah macam orang muda) yang akan menjumpai jalan yang seharusnya dilalui oleh insan yang bergelar hamba. siapalah kita tanpanya??? Dia tetap berkuasa dan Maha Hebat tanpa kita, lalu bagaimana kita boleh menyombongkan diri?

Saya penuh harapan agar jika tidak sekarang, masa akan datang adik-adik saya dapat menyoroti perjuangan Hassan alBanna, mencontohi keberanian Sheikh Ahmad Yassin dan ramai pejuang-pejuang islam yang lain. indahnya jika dapat sama-sama berjuang bersama keluarga dan sahabat.

Ingat tak nabi S.A.W cakap, baginda suka dengan anak muda yang berjiwa tua berbanding dengan orang tua yang berjiwa muda. jadi, mari jadi pemuda pemudi yang berfikir dengan dewasa dan tua!!! semoga Rasulullah kasih.

nota kaki:orang lain nak belajar bahasa arab, orang yang dekat arab, sibuk cakap omputih.
nota kaki lagi:undi adalah rahsia.
nota kaki lagi lagi:baju bersih satu!

p/s:bukan suruh akan pedang, cukuplah sekadar menyuarakan kebenaran dan menghentikan kezaliman.



Monday, April 23, 2012

Oh,,ini kisah ayah

Assalamualaikum,,

Selawat dan salam buat Rasulullah, keluarga dan para sahabat.

Semoga Allah rahmati..

Hari nie 22 April. Saya menulis pada 22April untuk 23April yang spesel khas untuk orang yang spesel selama-lamanya. Kisahnya bermula begini..

Pagi itu (kalau tak silap lah), tarikh 23April1962 telah lahirlah seorang anak comel. Hari berganti hari, bulan mengambang matahari terbenam, beliau membesar dengan jayanya sehinggalah ke alam kerjaya menjadi seorang pendidik di sebuah sekolah yang sengaja penulis rahsiakan. Di sekolah tersebut, berkenalanlah beliau dengan seorang anak gadis yang cantik bergaya indah berseri mulia akhlaknya. Dengan diberkati oleh Allah dan seluruh isi langit, berkahwinlah mereka dengan penuh cerita romantik ditambah seri dengan kehadiran 10 cahaya mata dan yang paling bergaya sekali adalah anak ketiganya. Ok, tak perlu cerita pasal anak ketiga beliau yang cantik manis itu. Oppss!

Hari ini (dan selamanya) anak ketiga beliau yang ayu itu ingin berbangga dengan beliau sebab beliau adalah antara insan yang banyak susah payah kerana anak yang ketiga yang walaupun anggun tapi sangat hampeh!

*

*

*

Beliau adalah orang yang telah Allah takdirkan dan diberi amanah untuk memberi nafkah kepada kami semua dan saya sangat tahu itu bukanlah perkara yang mudah lebih-lebih lagi beliau dikurniakan anak-anak yang kebanyakannya nakal. Beliau jugalah yang tidak jemu menasihati saya untuk sentiasa berperilaku sebagai seorang anak gadis. Tidak kasar, tidak mengeluarkan kata kesat, bersopan santun, menjaga aurat dan dan dan...

Sewaktu di pasti, ayah yang mengambil saya pulang dengan motor honda. Saya sangat benci! Bukan benci pada motor honda apa lagi ayah, tapi benci sebab sepupu saya yang lelaki suka suruh saya duduk dalam raga. Owh, sangat benci! Jatuh air muka. Bila petang, saya dan adik bawah saya(izinkan saya memanggilnya si debob) akan ke court bersama ayah main rebut-rebut kasut dengan ayah (ayah sepak-sepak kasut dan kami berusaha rebut) dan silalah percaya saya dan debob tak pernah dapat sampai kami balik. Erghh... Malam hari, saya dan debob mengaji dengan ayah sambil emak masak di dapur dan itu saat yang menggerunkan. Saya juga masih ingat satu kali tu, saya dan debob baru nak belajar huruf, kami memang kecil lah sangat waktu tu. Saya tak reti nak bezakan huruf kho dan jim. Berapa kali ayah betulkan. Then, selepas ulang-ulang, ayah pun test saya dan debob. Ok, stuck di situ. saya dan debob nervous tahap zzz dah. 'ouch..' saya dan debob menjerit bila lidi satay mengenai paha kami. Air mata pun serentak meleleh. 'Cepat sebut, huruf apa?' ayah dengan suara tegas mengarahkan kami. Saya dalam hati 'oh my god apa mende nie,'. Silalah bayangkan betapa cuaknya kami sebab mata masing-masing dah bergenang air mata dan of course lah blurr. Bila dah blur tu, bagi lah huruf alif pun memang tak lah! Ketakutan kami menanti susuk cucuk satay yang kedua hilang bila bau gulai sangat menggelorakan selera dan emak bersuara 'mari makan maih,' Hoyeh!!!!hati melompat-lompat dan ayah pun 'jim'..kahkahkah. Ihik. Itu pasal mengaji. Pasal solat jangan kau sebut..

Hari itu saya dan debob berseronok tengok tv dan ayah bersiap untuk asar di masjid. Sebelum pergi ayah pun pesan 'tutup tv tu pergi solat asar'. Kami pun ya tapi masih berlengah-lengah. Sehinggalah pulang dari masjid, ayah tengok anak-anaknya yang berdua nie masih lagi berteleku depan tv bukannya bertelekung atas sejadah. Hee.. Ayah pun kembali dengan suara tegasnya menyebabkan kami lari masuk bilik air. Ambil wudu' laju-laju sampai basah-basah baju dan masuk bilik nak solat. Debob baru nak angkat takbir, saya dengan evilnya cakap 'weih, tak payah sembahnyang'. Debob pandang aku terkebil-kebil. 'ikut aku buat gaya nie,' sambil saya menonggek-nonggek dan beraerobik. Debob dengan penuh sifat adik solehahnya mengikut gaya si kakaknya yang cute itu. Cukup lima minit keluarlah kami dari bilik sambil tersenyum simpul siap menjerit penuh bangga lagi 'dah solat dah!!' Ayah tiba-tiba muncul dengan pandangan tajam 'ingat ayah tak nampak kamu buat apa? Masuk sembahyang elok-elok!' gulp! Saya dan debob macam dah nak gila. Mujur lah ayah tak ambil rotan kepala ular beliau. Akhirnya, ayah duduk sebelah kami memerhatikan gerak geri solat kami. Ya, anda sedang diperhatikan. Hahhah. Berani kau nak menari lagi? Alhamdulillah, hasil didikan beliau menyebabkan saya dan debob menjadi hamba Allah yang taat solat dan tak tinggal quran walaupun sehari. Terima kasih ayah!

Saya ada 2 sepupu lelaki. Saya panggil deme Din dan Don lah yerk. Kami kawan baik waktu kecil, kami juga nakal. Saya baik, tapi deme yang tarik saya jadi budak nakal. Hoho. Sebelah rumah Don ada pokok manggis. Tinggi. Satu hari, Don dan Din cabar saya dengan cabaran yang tak berapa hebat. 'Imah, kamu perempuan kan?' soalan macam apa. 'Iya lah, apasal?'. 'Aku cabar kamu lawan panjat pokok manggis, siapa sampai dulu dia menang,'. 'Wokeyh, ingat aku perempuan aku tak reti ke?' jawabku dengan penuh yakin dan sopannya. Kami memulakan pendakian kami sambil masing-masing mengata sesama sendiri. Din agak terer. Tapi saya lagi terer. 'Hoyeh2, aku sampai dulu. Tu la, ajak sangat aku lawan. Hahaha..' dan di waktu itulah abang Din datang dan menjerit-jerit jeles 'mak, mak tengok deme nie panjat pokok,' kami yang ketakutan segera melakukan abseiling dan seketika itu Don jatuh ke tanah. Maaf, saat-saat genting seperti itu haruslah mementingkan diri sendiri. Angin pun lalu dengan lajunya dan membawa cerita ini kepada ayah. Ayah datang dengan rotan ular dan piaapp.. ouch, itu sangat sakit. Hari berikutnya, ayah berkursus (tak silap). Saya dan debob dan gang mengambil keputusan muktamad untuk menjadi monyet seketika sebelum ayah pulang. Dah set time dah bila ayah balik. Kali ini, pokok rambutan di belakang rumah saya menjadi mangsa. Agak lama juga kami bermain sampailah kami terlupa waktu yang sepatutnya kami berhenti. Tiba-tiba 'imah ayah kamu balik, ayah kamu balik...lari...,'. malang empat juta kali malang saya yang sewaktu itu masih bergantung kaki di atas kepala di bawah ternampak ayah datang sambil sempat pening kepala 'eh,kenapa ayah jalan pakai kepala'. Haha sengal! Tanpa sempat melepaskan diri, saya ditarik pulang ke rumah sambil diperhatikan oleh Din dan Don yang sudah pun berada dalam rumah masing-masing. Hampeh! Sampai di rumah sekali lagi piaapp..air mata wanita pun mengalir tanpa hentinya. Saya merajuk tak nak masuk rumah waktu tu semua tengah nak makan. Ayah dengan penuh belas kasihannya datang memujuk 'mari masuk makan,'. Eceh, romantik pula ayah. Ihik. Saya masih membatu dan menjeling sekilas. Eheh budak ini, nak kena pelempiang orang panggil makan dia jeling pula. Bukan ayah saya cakap tau.

Ayah saya juga dengan sifat kasih sayang Allah yang Maha Besar menjadi orang yang sangat menitik beratkan agama. Anak gadis yang seramai tujuh orang, semahunya menjadi muslimah solehah yang patuh ibu bapa, cinta Rasulullah dan taat kepada Allah tentunya. Kerana itu, saya tahu doanya panjang untuk anak-anak gadisnya. Namun, tidak mudah. Sangat tidak mudah untuk menjaga anak perempuan. Akhlaknya, auratnya, maruahnya. Kerana itu, setiapa kali kami bercermin, sering ayah mengingatkan untuk melabuhkan tudung, saat mengenakan minyak wangi diingatkan untuk tidak berlebihan, saat solat disuruh solat bulan puasa disuruh puasa. Ayah juga tidak jemu, walaupun sebenarnya menjaga anak macam saya ini berganda-ganda payahnya tapi kasih sayangnya saya tahu tidak berkurang. Mungkin, dengan berkat doanya saya akhirnya mampu berubah sedikit demi sedikit. Pesannya yang paling saya ingat adalah untuk menjaga agama Allah yang telah diberikan dan sentiasa menjaga maruah diri. Risaunya ayah tentang kami anak perempuannya.

Hari ini, usia beliau bertambah lagi, dan kasih kami padanya juga tentu bertambah. Doaku, semoga ayah sentiasa diberi kesihatan yang Allah rahmati, waktu yang Allah rahmati. Juga diberi kesabaran menghadapi ujian hidup, ikhlas menerimanya sebagai tanda cinta Illahi. Semoga Allah sentiasa menaungi ayah dengan cintaNya, menuntuni langkah ayah agar tidak tersasar. Semoga Allah beri kekuatan yang lebih lagi untuk mendidik isteri dan anak-anak. Semoga ayah dapat berusaha lebih keras menjadi hamba yang bertaqwa dan ayah mithali, berlipat ganda rezeki. Semoga Allah rahmati ayah.

Saya sangat sayang ayah saya dan keluarga saya. semoga kita sama-sama berpimpin tangan ke syurga. Selamat berjuang untuk agama Allah kerana Allah ayah..

Sabda Rasulullah:

عن عبد الله بن مسعود قال: سألت النبي صلى الله عليه وسلم : أي العمل أحب إلى الله ؟ قال : ( الصلاة على وقتها ) . قال : ثم أي ؟ قال : ( ثم بر الوالدين ) . قال : ثم أي ؟ قال : ( الجهاد في سبيل الله ) . قال : حدثني بهن ، ولو استزدته لزادني

Maksudnya: Daripada Abdullah Ibnu Mas'ud Radiyallahu Anhu :Aku Telah Bertanyakan Pada Nabi (S.A.W), Apakah Amalan Yang Paling Dicintai Oleh Allah Taala: Nabi Bersabda,Solat Pada Waktunya,Aku Bertanya Lagi:Apa Lagi Wahai Rasulullah?Baginda Bersabda: Kemudian Berbuat Bakti Kepada Ibu Bapa, Aku Bertanya Lagi, Apa Lagi Wahai Rasulullah? Baginda Bersabda:Berjihad Di Jalan Allah, Kemudian Rasulullah Berkata Kepada Aku,Andai Kamu Bertanya Lagi Nescaya Akan Aku Menjawabnya."— Hadis riwayat Imam Bukhari(no 5970) dan Imam Muslim(no 85) –


Nota kaki:ayah saya bernama ahmad roslan,50. beliau kacak.

Nota kaki lagi: saya selalu gaduh dengan debob tapi kenapa saya selalu dengan dia???

Nota kaki lagi lagi:saya betul-betul sayang ayah.


p/s:sayangilah ayah anda,,tanpa ayah tiada kita!

Wednesday, April 18, 2012

Assalamualaikum,,
selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w keluarga dan sahabat baginda.

sebelum tu, rindu saya tak??hehe,, takde kerja tanya soalan yang dah sah-sah jawapannya.
Sekarang musim exam dan saya sangatlah seronok..sekarang juga musim orang cari tiket, dan saya sangatlah stress sebab kena fikir masalah tiket yang tak ada satu berkenan di hati. mungkin harus pergi ke tahrir sendiri. oh, sungguh tidak sabarnya daku ingin pulang ke desa dan makan keli banyak-banyak, melantak tilapia dan hirup sup ketam sampi kering.

Tahun ini merupakan tahun yang agak perit untuk saya. haha. ok, saya memang suka gelak walaupun benda pahit dan perit. Ya, walaupun hidup ini sangat sulit, harus beri senyuman kepada sesiapa jua. Berdoa sungguh-sungguh semoga kepahitan dari awal tahun ini berbuah bahagia di hujungnya dan lebih indah lagi kalau diberi syurga. itu semua perlu sabar dan ikhlas yang tinggi cik fathimah. ya, semoga Allah beri saya sabar yang banyak!

banyak yang mesti di'cover' dalam masa beberapa minggu ini. moga Allah beri bantuan yang tak terhingga. doakan saya ya semua!


nota kaki:lebih pening cari tiket daripada cari jawapan physio!

p/s:hati-hati terbang!