Friday, September 30, 2011

MATROUH-SIWA: 2nd DAY

Meneruskan kembara kami seterusnya ke siwa. bertolak dari matrouh selepas subuh. mesti awal sebabnya masa perjalanan yang panjang. sebagai maklumat tambahan, penduduk siwa merupakan umat manusia yang sangat sulit menerima ajaran islam dan mereka ini biasanya tinggal di kawasan pedalaman lebih kurang macam orang asli lah kalau di Malaysia tuh. tetapi, apabila hati mereka nie dah terbuka nak menerima cahaya islam dan iman daripada Allah, mereka nie jauh lebih baik pegangannya daripada orang yang biasa-biasa nie. macam normal yang kita dengar lah bila sang kuffar nie dah menerima hidayah, biasanya mereka nie lebih baik agamanya daripada kita yang dah lama islam. sambung balik..


ha,,garam yang boleh buat kenduri 40 hari 40 malam


itulah sebabnya, wanita-wanita dan anak gadis siwa nie susah sangat nak nampak duduk di luar rumah. ok, di siwa tempat yang best kami pergi antaranya (tak nak sebut banyak-banyak) kota lama siwa, kubu iskandar, jabal mauta, pantai garam dan kolam cleopatra. kolam cleopatra nie tempat upacara mandi sebelum kahwin tujuannya macam mandi bunga jugaklah, nak menaikkan seri. terdapat dua buah kolam cleopatra. satu yang tujuh meter kedalamannya dan satu lagi lima meter. yang sebenarnya, ada kisah sedih di sebalik kolam nie. nak tau??ha baca lagi..


kurma segar dari ladang,,tapi kalau kome makan yang kuning nie mungkin pengsan kot!


dahulu kala, sebelum saya menjadi pelajar di sini lagi, seorang pelajar malaysia bermain-main dalam kolam ni (memang kolam nie dibenarkan berenang di dalamnya), kemudian dia lemas. tetapi sempat diselamtkan oleh seorang warga asing. tidak berapa lama lepas tu, beliau pengsan dan meninggal dunia. jadi3, alfatihah kepada beliau. semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya.

sesuai namanya, jabal mauta nie tempat meletak mayat-mayatlah. tapi, sekarang nie, mayat-mayatnya sudah tidak ada (mungkin ada tetapi bahagian yang terdalam sekali. nak tengok boleh lah masuk lorong yang sunyi sepi tuh) kerana sudah dihantar ke muzium-muzium.
pantai garam yang memang garam semata-mata nie terbentuk disebabkan kedudukannya yang berada di bawah paras laut dan proses penyejatan, makanya, ngak wujud pantai garam di musim dingin (jadi tak indon saya?). sempatlah saya merasa garam


garam segar dari pantai..hati2 berjalan,,silap2 garam makan kome



kubu iskandar..lengkap dengan surau dan penjara sekali dan kota semut sekali


dan sempat lagi member-member lain mengutip garam buat bekalan setahun. hahaha.
kubu iskandar nie..kubu iskandar lah. nak cerita sejarah iskandar sangat panjanglah, sila rajin-rajinkan diri untuk cari sendiri. terletak dalam kebun kurma yang sangat luas. nak cakap, kurma segar dari ladang dipetik oleh jari jemari sendiri memang sangat best dan terlebih sedap. manisnya bukan manis gula-gula. memang terasa fructosenya yang sebenar. hehe.. nak rasa, meh la ke sini.laluan ke bilik mayat..dilarang bergambar!


kreyh, dah tak larat nak menaip dah. untuk mengetahui lebih lanjut sila google Siwa. insyaallah keluarlah segala benda.. weee~~~~

nota kaki:excited nak tangkap gambar, hampir dilanggar bas dan kena marah dengan cikgu2.ha.. nota kaki lagi: garam habis, boleh pesan sini.
p/s:kurangkan garam dalam masakan.

Thursday, September 29, 2011

MATROUH-SIWA: DAY 1ST

Perjalanan 3 hari 2 malam bermula pada jam 12malam 23 September 2011. Untuk pertama kali, saya berpeluang menaiki coaster yang selalu juga disebut-sebut. Pada awalnya, agak terkilan sebab tak dapat naik bas. Yelah, bas lebih besar dan tinggi, tu yang seronok tu. Heeee.

Sepanjang perjalanan saya hanya tidur sambil telinga enak mendengar lagu-lagu kegemaran. Hampir subuh, kami berhenti di kawasan yang lebih kurang macam R&R tapi memang bukanlah. Kami berehat untuk solat dan juga bersarapan dan menyambung lagi perjalanan sehinggalah tiba di chalet yang biasa disewa apabila terdapat program-program sebigini. Jam masih awal waktu tu. Mungkin menghampiri lapan. Kami dibenarkan untuk berehat. Saya? pastilah mendefinisikan rehat sebagai mensintesis mimpi yang indah. Hahaha. Sementara dye dan yang lainnya bermain-main di pesisir pantai.

Bangun semula untuk solat zohor seterusnya memulakan kembara dan musafir kami pada jam 1 petang. Tempat pertama yang menjadi destinasi pelancongan adalah Pantai Cleopatra. Memandang pantai yang biru indah tu memang tiada kata yang lebih indah melainkan subhanallah. Serius, sehinggakan saya merasakan seluruh umat manusia mesti ke sini untuk menyaksikan betapa cantik ciptaan Allah. Kejernihan air, putihnya ombak, dan biru laut yang bersatu bersama langit yang terbentang luas membuatkan hati terdetik “Ya Allah ajarkan bahasaMu yang terindah, aku ingin menyebutnya”. Di Pantai cleopatra ni terdapat sebuah kolam atau dalam bahasa arab dipanggil hamam cleopatra dimana menjadi tempat Cleopatra berendam dan membersihkan dirinya. Ia dibina yang mana membolehkan cahaya matahari menembusi bahagian dalamnya tetapi suhu di dalamnya masih sejuk dan dingin. Ya, memang dingin sungguh rasa macam taknak keluar dah. Terdapat dua lubang atau pintu tempat ombak keluar masuk. Seronok sungguh pakcik-pakcik arab bermain ombak besar macam kami ni tak ada dekat situ. berhenti di sini. Jom ke Pantai Agiba.

Merupakan pantai yang agak terkenal untuk keluarga pergi berkelah dan berenang-renang itik. Pantai ni pun cantik juga, sama cantik dengan saya pakcik-pakcik yang seksi berenang dengan hanya berseluar pendek. Haha. Rasa macam duduk kat tengah lautan yang tak ada orang bila saya berjiwang seorang diri di atas batu besar dihempas ombak besar sementara sang ustaz sempat mengarang sajak cinta seorang hamba. Sedap puisinya. Saya juga sempat berpuitis dalam perjalanan tapi seganlah nak baca dalam coaster sebab tidaklah hebat macam ustaz tu.

Selepas asar, kami menuju ke bazaar Libya. Dinamakan Libya sebab memang bersebelahan dengan Libya. Bahasa yang diguna pakai oleh orang sini ialah Barbar tapi mereka fasih juga berbahasa arab mesir. Saya dan kawan-kawan singgah di sebuah kedai yang buat keychain dan pasu yang ada pasir dalam dia tu. Tak tahulah nak panggil apa. Kami berhasrat untuk membeli keychain untuk edisi sesi tukar-tukar hadiah. Tidak banyak pun saya membeli sebab tak berminat dengan benda-benda shopping ni. Sekadar beli benda yang diarahkan kemudiannya saya dan kawan-kawan terus pergi ke coaster dan bas masing-masing. Hari pertama berakhir dan saya seperti biasa tidur macam saya pula yang jadi penunjuk arah bagai.

maaf tidak beralbum.problem loading page dari awal sampai habis. insyaallah lain hari lain entry..

Nota kaki:nak pergi lagi. Rasa nak bawa famili pula.

Nota kaki lagi:belajar daripada sejarah.

Nota kaki lagi lagi:bertuah menjadi orang islam sebab ada kata-kata indah yang dapat diucapkan. Subhanallah, alhamdulillah.

p/s:jalan jalan juga, jangan lupa memuji keagungan Allah.

Friday, September 23, 2011

ungunya cinta

boleh tak saya nak cakap yang cerita nie adalah cerita melayu terbaik antarabangsa. not to talk about the not-handsome-at-all actor and i'm-more-pretty-than-her actress. but the storyline, where did they get the guideline. it was superbest! ahha..
apa yang menyebabkan saya bengang? bukanlah kesuluruhan cerita tu saya nak meluahkan kebengangan saya nie, tapi di hujung ceritanya si lelakinya disahkan menghidap barah otak dan akan mati tak lama lagi dan si lelaki bagi surat kepada si perempuan dan blah blah blah.. sila tengok dan kaji sendiri.
yang tak boleh blahnya adalah ayat si lelakinya begini "kita akan bertemu lagi di syurga".. lebih kurang begitulah ayatnya. ada perkataan bertemu dan syurga tuh.. and me say..
what??syurga..daring gila nak cakap pasal syurga bila dah tengking mak bapak tak ingat dunia.
encik2 puan2 adik2 sila ingat pesan luqman al-hakim kepada anaknya: rendahkan suaramu..seburuk2 suara dalah suara himar.
apa lagi kepada orang tua yang kita tak boleh langsung nak mengeluarkan ah!!! dan nak cakap syurga itu di bawah tapak kaki ibu dan redha Allah itu terletak pada redha kedua ibu bapa.
syurga lepas kau berpeluk sakan dengan anak dara yang HARAM untuk kau sentuh? please2..
encik2 puan2 adik2 yang dikasihi,, daripada kamu menyentuh orang yang tidak halal bagi kamu sentuh, lebih baik kamu genggam bara api..dapat uji ketahanan diri sebelum mendapat azab Allah yang lebih pedih.
and syurga bila waktu dah mati masih lagi didengarkan lagu2 yang lagho dan memang tak ada ciri-ciri dan unsur-unsur ketuhanan. isn't this fun?is it??? dah nak sampai ajal tu, pandai2 la ambil surah yassin. kot2 la boleh menghapus dosa2 yang tak tau boleh terhapus ke tidak..

seterusnya, (ini bukan tazkirah) tak payah la nak tiru cerita korea ke apa ke jadahnya. penat la tengok korea versi melayu nie. orang nak cium kau pun sibuk nak cium. kau tu islam.tolong bersifat macam orang islam! bila nak buat satu-satu cerita tu, silalah lebihkan moral untuk dipelajari anak-anak muda. jangan la buat cerita sekadar untuk hiburan tontonan umum apa semua, biarlah yang tersentuh moga-moga terniat orang nak berubah. dan paling penting, orang yang melakonkan watak tuh, semoga cepat berubah. hidayah Allah datang selalu, nak ambil ke tidak pilihan ditangan anda.

saya tahu tidak halal api neraka untuk orang yang mengucapkan kalimah lailahaillallah..tapi ingat juga sedangkan bilal yang bermatian-matian memperjuangkan agama Allah pun tidak dijanjikan syurga, apa lagi lah kita nie ha. itu saja dan sila fahami.
Assalamualaikum..lupa nak bagi..weee~~~
nota kaki: nasib baiklah hamba tak terpengaruh.
nota kaki lagi:sedang cuba untuk lebih memilih dalam menonton..

p/s:cubalah cari identiti sendiri. tak perlu mengikut yang tidak baik.

Monday, September 5, 2011

pasal 6

Assalamualaikum..
setelah kesibukan berganda-ganda dan baru-baru ni saya dlantik pula menjadi adhoc untuk mesyuarat agung (harap-harap jumpa orang gantikan tempat saya) menyebabkan diri kepenatan dan terkejar-kejar. rumah terbuka pula tak habis-habis dan nampaknya makin galak pula pelajar-pelajar sini buat rumah terbukanya. jadinya, baru hari ini saya berkesempatan nak puasa enam pula (kecoh orang lain puasa enam tak beritahu pun).

puasa enam tu apa? kepada sesiapa yang masih belum tahu, puasa enam tu adalah puasa enam hari di bulan syawal dan kita digalakkan untuk melaksanakannya. dalam hadi nabi s.a.w ada menyebut:
"sesiapa yang berpuasa penuh dibulan Ramadan kemudian diikuti puasa enam hari di bulan syawal seolah-olah dia berpuasa selama setahun".

Riwayat Muslim.


setahun beb. puasa 30+6 je dapat pahala macam puasa setahun. jadi marilah kita bersama berlari dan mengejar. jangan sia-siakan masa yang ada di bulan syawal nie. lepas dah makan kuih banyak-banyak plus rendang lemang wajik (sedapnya) segala bagai, jom tingkatkan amal ibadah kita. semoga ada ganjarannya.

nota kaki: menghitung hari.
nota kaki lagi:budak baru sampai esok.selamat tiba dan selamat datang.

p/s:puasa3