Tuesday, July 23, 2013

family value

Assalamualaikum! Salam sejahtera salam 14 ramadan.
Dengan nama Allah ku mula bicara tiada suara ini. Selawat dan salam buat nabi Muhammad s.a.w.

Masuk kali ni, entah kali ke berapa saya membelek gambar atuk. Bukan gambar biasa-biasa. Gambar sepanjang atuk sakit di hospital dan saat pemergiannya sehinggalah waktu atuk dimasukkan ke dalam perut bumi. Tapi, tidak macam sebelum nie, air mata saya tidak berjejer jejer (ada ke perkataan nie?) keluar lagi dah. Dan saya perasan juga, sejak saya melawat kubur arwah atuk hari tu, saya dah tak menangis sangat bila kenangkan atuk. Waktu duduk dekat pusara atuk, rasa air mata macam nak meleleh, tapi ada si adik teman, air mata masuk balik.haha. Sejak tu rasa macam dah tenang sikit dan tak berat dada nie nak terima. Alhamdulillah. Mungkin sebab dah tengok depan mata kepala sendiri. Saya kan tahu berita atuk meninggal waktu saya tak dekat Malaysia. Memang saya seorang je yang tak ada daripada puluhan saudara mara. Terkilan la sedikit. Tapi tak apa lah, orang kata kirim doa sudah memadai kan?!

Tapi, time menatap balik album tu, air mata bergenang juga la. Tapi bukan sebab rindu ke sedih ke tak boleh terima ke apa. Rindu memang la rindu, tapi rasanya permata itu (cewwah ayat) lebih menjurus (skema bagi hang) kepada rasa syukur yang terhingga hingganya kepada Allah yang Maha Berkuasa sebab dari awal sampai habis pengurusan jenazah, keluarga dan saudara-mara la yang buat. Orang kampung pun tolong la. Tipu beno orang kampung tak ada.  Alhamdulillah, alhamdulillah thumma alhamdulillah. Itu la yang saya harapkan sebenarnya dan itulah nilai kekeluargaan yang masih wujud dalam keturunan kami alhamdulillah. Semoga akan kekal sampai ke keturunan seterusnya dan seterusnyaa. Terima kasih juga kepada warga kampungku (kompom tak baca) atas segala jasa baik. Hanya Allah dapat membalasnya.

Oqai, sekarang dah puasa ke 14. Lagi 2 mingu la lebih kurang untuk kita meraikan lebaran aidilfitri kan? Jadi saya ingat, nak sambung semula post saya ke jelajah Turki (jelajah la sangat) berbulan dulu. Haha. Poyo je kan, hari tu cakap nak post setiap minggu tengok hampas kelapa je tinggal. Haha. Nak buat camne, aral melintang silang pangkah jalanku. Memandangkan internet sekejap hijau sekejap biru, terganggu sangat la mungkinnya. Tak apa, kita harus mencuba tanpa putus asa.

Sebelum tu, tataplah gambar puas-puas…

Waktu tok masih dekat hospital. Alhamdulillah, keliling atuk anak cucu menantu semua.

Semoga kita bila membesar, kaya mana pun tak lupa orang tua..ameen..

Dah sampai rumah. Semoga atuk dikurnia istana di syurga. Kita juga.

Sedia untuk solat jenazah

Ya Allah, semoga Engkau mengampuni rohnya, mencucuri rahmat dan memasukkannya bersama orang soleh.

Di tanah perkuburan.

Dari tanah manusia tercipta, ke tanah juga akhirnya..

Ya Allah, kami memohon kasih sayangMu saat hidup kami dan mati kami. Ameen..

Al-fatihah..

Sampai di sini dahulu kali ini, tenaga tangan harus di simpan buat memegang senduk dan mengacau gulai (Bajet memasak padahal tidur banyak). Ngehngeh..

Salam sayang cinta kasih untuk semua. Assalamualaikum!

Firman Allah (mafhum):
Setiap umat itu ditentukan ajalnya. Bila sampai ajalnya, tidak akan dilewatkan sesaat tidak dicepatkan sesaat…

p/s: marilah sama-sama pergi kursus pengurusan jenazah.

Nota kaki: ada rindu yang boleh diluah, banyaknya perlu dipendam. Cuma rindu kasihNya akan sentiasa sampai dan terus menghijau J

Nota kaki lagi: Ingat mati, baru hidup beringat.

Monday, July 15, 2013

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma solli 3ala muhammad wa 3ala alihi wa sohbihi..

Assalamualaikum cecantik dan kekacak sekalian??

Apa khabar anda? apa khabar puasa anda? Semoga semua baik-baik belaka.
sebulan? ke dua bulan agaknya saya tak menaip. jangan cakap nak menaip, nak jengah orang pun tak. Sibuk? haah, tidur. hehehe...

Sekarang nie dah masuk seminggu Ramadan. Dah lambat, tapi tak kira nak wish jugak sekalian manusia..

SELAMAT BERPUASA...

Selamat menjalani ibadah dengan hati yang tenang, jiwa yang lapang, rasa yang senang dan pelbagai lgi ang yangwujud di dunia ini.
Jangan lupa memohon maaf dan memaafkan orang lain. Saya pun memohon kemaafan yang tidak terhingga kiranya ada salah dan silap hamba. haha. eh, memain pula ye. Betu-betul minta maaf nie, maafkan ye?!

Disebabkan sekarang bulan Ramadan, saya sebenarnya berhasrat (sebelum sampai Malaysia lagi dah berhasrat) nak join aktiviti kemasyarakatan. Nak bersosial la lebih kurang. Nak berkenal-kenalan dan paling penting nak menolong insan-insan yang dalam kesusahan. Waktu dekat Mesir, ada bagi nama untuk join MRA (Malaysian Relief Agency) punya program tolong orang asli. Malangnya, nama tak tersenarai pun. jadinya, buat permohonan sekali lagi, malang juga sebab tak ada rejeki juga lagi walaupun saya berharap sangat untuk pergi since tahun lepas saya terlepas peluang nie sebab tahun lepas nak tolong persiapan kakak kahwin. sobbb panjang. Actually, ada program Kembara Amal dekat Sarawak. masalahnya, tak ada kawan yang ikut. Macam mana? Memang la boleh buat kawan nanti-nanti, tapi saya perlukan juga orang yang at least saya kenal untuk borak-borak dan kalau ada apa-apa minta tolong. Saya ni awalnya tak berapa nak ramah. sekian.
Saya dipanggil (tak ada la dipanggil sangat, poyo je kan. saya bagi nama then dipanggil.cop, sama je??) untuk jadi volunteer World Conference. Masalahnya, bendanya dekat Gombak. Masalah lagi, saya kena tinggal rumah orang. Masalah lagi, saya takut nak minta keijinan mak. takut tak bagi..hwaaa..dah la malam nie paling lewat saya respon wahai sekalian..sobbb

Tak apa lah. lupakan sebentar sahaja masalah-masalah itu. Sekarang nie meh nak bebel.
Memandangkan Ramadan dah nak habis (memang baru seminggu tapi disebabkan akhir zaman masa berlalu dengan pantas, 3minggu yang berbaki bagaikan 3 hari. ke over sangat nie?), jom la kita mengimarahkannya dengan menaik taraf ibadah kita. Malu sebenarnya nak ngajak orang buat baik. Teman nie tak baik sangat macam sekalian, tapi kerana dengan memberikan nasihat itu satu kebaikan, kugagahkan jua la. Ad-dinun nasihah. kan? Macam mana agaknya nak naik tarafkan ibadah kita ye? Tak payah pergi jauh-jauh sangat. Tak payah nak fikir yang berat-berat kalau tak mampu. Start with small thing first. Yang orang tak nampak pun tak apa. memang bukan tujuan nak tunjuk orang kan? Jadi macam ni, setiap orang mesti ada kekurangan kelemahan dan dosa kan? Sekarang fikir, dosa apa yang dah lama kita buat dan susah betul nak tinggal. Perlahan-lahan niat untuk buka buku baru bila keluar sekolah Ramadan ni. Cari segala peluang dan idea untuk elakkan kita dari dosa tu. Inshaallah, kalau kita benar-benar ikhlas, Allah pasti tolong! Kadang-kadang, kita nie tunggu yang hebat je baru nak buat baik. Nak ada sejuta baru nak sedekah. Kalau ada sekupang pun, bagi la pada orang yang lebih memerlukan. buat kebaikan yang kecil macam tolong mak buang sampah ke, belai-belai kucing ke, siram pokok ke. Semua benda yang kita anggap tak ada makna nie kalau kerana Allah, boleh menghilangkan dosa kita tadi tau?! Inshaallah.. Makanya, jangan berlengah buat baik. Bagi sesiapa yang rasa tak ada dosa pula (kalau rasa tak ada la) dan baaaanyak sangat amalan dia buat, sampai tak tahu buat baik dah apa kata hang bertobat dan berdoa semoga Allah terima amalan hang dan jauhkan dari sombong dan takbur..haaa..tak ada manusia tak berdosa weii..

Mak dah panggil tolong masak. Jumpa lagi la bila-bila. selamat beramal, selamat berbuka, bertarawih, bertadarus..Salam sayang chenta...