Wednesday, September 12, 2012

Kambing pun jangan dikata..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh..
Sollu 3alan nabi ya gama3ah..
Ha ada style orang arab tak saya suruh selawat tu. Orang arab kalau ada pergaduhan macam itu lah, di suruhnya berselawat, lepas tu satu bas kedengaran selawat. Mashaallah. Kita pula malu-malu je kan nak selawat?? Bila dah selawat tu, reda la sikit (maybe banyak) kemarahan deme.
Petang tadi, saya macam biasa (biasa la sangat, baru berapa kali je pun sepanjang 2bulan cuti nie) pergi menjemput adik saya yang dua orang tu pulang dari sekolah(yang seorang baru habis tuisyen upsr yang seorang lagi dari sekolah agama). Si Blaqis keluar lebih awal, so kami kena tunggu si Yasin pula. Lama juga la tunggu nye sampai sempat saya dan Balqis bergaduh.
B:balik je la dulu ntah-ntah dia dah balik dengan kawan.
S:tunggu la sekejap nanti dia sampai la.
B:Ala dia bukan marah pun kalau tinggal dia.
S:haah memang dia tak marah, kamu je selalu ngada. Kami dulu-dulu balik sendiri je.
B:memang la kamu ada kawan, akih sorang-sorang.
Dalam hati 'betul juga budak ni cakap, dia balik seorang. Bahaya. Orang zaman sekarang bukan boleh percaya. Kes culik pun melambak. Lalu kami pun pulang saja meninggalkan si Yasin. Tiba-tiba Nampak budak nie tengah main dekat jambatan dengan kawan dia. Dah lama rupanya dia balik. Adoyai..habis..
Tak habis lagi ok! Tengah saya menunggu Yasin, tiba-tiba dengar mbek mbek mbek. Saya pun kalih pandangan pada budak-budak laki yang berdiri dekat bus stop. Ada la dalam lima enam orang. Tiba-tiba Balqis nie bersuara (balqis nie memnag kuat cakap sikit kalau nak tahu. Hehe) "Deme tengah ngejek budak tu," sambil menunjukkan kepada seorang budak perempuan yang berdiri memeluk tiang. Hati saya waktu ada la dalam 60⁰C. Memang tak mendidih tapi hangat. Tapi, kalau nak cakap saya marah saya tak marah sangat pun la. Saya lebih sedih sebenarnya. Juga kesian. Sedih untuk budak perempuan tu dan kesian kepada budak-budak laki tu. Apa yang lebih mengesalkan ialah bila saya tahu budak tu datangnya dari rumah anak yatim. Walaupun dia bukan anak yatim, tapi saya seakan memahi perasaan itu. Inferior. Unwanted. Ignored. Alone. Yeah, i'll feel lonely if treated like that. Saya tak sempat pun nak turun kereta untuk nasihat budak-budak tu sebab waktu saya pandang budak-budak tu dengan niat untuk mengetahui tujuan mereka, mereka dah lari ke belakang. Macam faham-faham pula budak-budak ni.
Zaman kanak-kanak saya kembali bertandang. Saya tak pernah dan tak boleh lupa bagaimana 'jahat' dan 'lancang' nya mulut saya bila bergaduh. Bila mengenangkan itu, serasa tak layak pun nak bagi nasihat. Tapi, saya sudah besar untuk 'ditarik' masa lalu. Saya sedar sejarah tidak patut memberhentikan saya daripada saling nasihat menasihati kerana saya sangat lapar dengan nasihat orang lain untuk saya. Saya berbual lagi dengan Balqis
S:Kamu kawan dengan dia tak?
B:Kawan la. Dulu akih pernah ajar dia.
S:Kamu bukan nak tegur budak-budak tu (merujuk kepada budak-budak laki). Kamu kan penolong ketua pengawas.
B:malaslah. (dasar banyak cakap tapi penyegan!)
Usai Maghrib dan membaca al-Quran, saya bersembang dengan family.
S:Yasin, kamu mengejek orang tak kat sekolah?
Y:Mana ada.
S:Ha tak baik ejek orang. Berdosa. Kamu tak ejek anak yatim?
Y:Ehmm,,anak yatim yang ejek yasin.. Hari tu akih mengata Shahil (bukan nama sebenar) gemuk perut buncit).
B:Weih mana ada. Kamu yang mengata...berlaku pertengkaran kecil antara mereka. Abaikan yang itu.
Kenapa anak yatim mengejek yasin?
Haha, i leave the question for you guys to answer psychologically or emotionally??
Terakhir, renung-renungkanlah firman Allah ini:
sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, Ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri,.
An-Nisa`: 36
…. dan mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim, katakalah: "Mengurus urusan mereka secara patut adalah baik, dan jika kamu bergaul dengan mereka, Maka mereka adalah saudaramu; dan Allah mengetahui siapa yang membuat kerusakan dari yang Mengadakan perbaikan. dan Jikalau Allah menghendaki, niscaya Dia dapat mendatangkan kesulitan kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. 
 Al-Baqarah: 220


 

Nota kaki:banyak dosa pada manusia lebih menakutkan.

 

p/s: be a good friend and find the good one.

 

Sunday, September 9, 2012

The brother is here - pictorial series




tadaa...

tadaaa...

tadaaaaa.....

THE DAY


















 kami kembar!


 omma( in korea yer bukan indon)..


 the wajib session..hehe




BEHIND THE SCENE

 cepat buat kerja sebelum i tiup seruling nieh..


team karaoke..











beli beli beli





sesi bersama imam muda..




gambar sebelah laki tak boleh letak. tanya la dekat adik bongsu i apa dia dah buat..owh2..
lastly,,sempurnalah sudah separuh lagi daripada agama mereka..
안전 새 신부!!!

nota kaki:hari tu kereta rosak, so tak boleh pergi wedding member..sob2


p/s:jaga rumahtangga dan isinya..

Assalamualaikum..

Tuesday, September 4, 2012

syukur??owh ada erk?

Assalamualaikum..
Selawat dan salam sejahtera buat Rasul s.a.w..

Tarik nafas dalam-dalam.panjang-panjang.hembus.ready. fuuhhh!

I just checked my Fb account and some of the people updates brought me here. i just wanted to share sth else but this gonna be more 'interesting'..
i'm not sure if i ever talk about that 'syukur'. If yes, i'm sorry to say it again since we are human.human forget things easily.
Hari nie adalah hari yang paling bertuah untuk fb saya sebab berjaya dia buat saya mencoret sesuatu daripadanya di sini. Ada dua isu yang saya tengok di fb tadi yang agak memanaskan sesetengah pihak. saya bukan nak membalas atau membidas tapi nak menyimpulerat satu kata yang paling akhir sekali untuk isu-isu tersebut iaitu SYUKUR.
Bila tengok balik komen-komen tu sampai saya sendiri pun jadi tak faham. apa syukur sebenarnya? pada apa dan bila ia perlu diletakkan? Lantas saya pun terfikirlah untuk memberikan pendapat sendiri.


work as an ummah, not as an individual


diluar sedar, kita sebenarnya mempunyai pelbagai pilihan dan lorong yang kita nak pilih.bebas. kita bebas nak ikut jalan mana yang kita suka. short-cut, highway, jalan kampung. mana-mana. pilihan terletak atas tangan dan gerak hati kita sendiri. selalunyalah, mesti la kita akan pilih jalan yang nampak mudah, luas, selesa dan cantik hujungnya. saya contohkan di sini kita memilih highway. tapi, jangan lupa kadang-kadang di highway lah kita terkandas dalam roadblock. bagaimana pula dengan mereka yang memilih jalan kampung? tak semestinya membawa dia ke kawasan terpencil tak berpenghuni. kadang-kala membawa dia ke destinasi bahagia.jadi tak kan nak marahkan orang yang pilih jalan kampung sebab kita terperangkap dalam roadblock?pokok pangkalnya, sebelum buat pilihan kenali baik buruk, bila dah buat sedia terima segala cubaan dan dugaan. jangan lepas tu iri hati hasad dengki dengan orang yang senang yang pada hakikatnya ada kesusahan masing-masing.




Saya selalu dengar dalam pergaduhan politik (saya bukan nak main politik, ini pasal syukur!) keluar perkataan 'syukurlah kau hidup negara aman makmur' 'syukurlah kau dapat duit sara hidup' 'syukurlah dapat biasiswa' syukurlah itu dan syukurlah ini. Alhamdulillah, rakyat Malaysia di ajar untuk bersyukur dengan apa yang ada. Apapun, sebenarnya rasa syukur tak patut membuatkan kita diam untuk mendapatkan yang lebih. Allah berfirman bersyukurlah nescaya akan aku tambah nikmatKu untukmu. tapi jangan lupa Allah juga berfirman 'Aku tak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri mengubah nasib mereka'. Jadi jelaslah, kita memang patut bersyukur dengan benda yang sedikit dalam masa yang sama tetap berusaha untuk meningkatkan dan menambahkan nilai hidup kita. Well, i think i can say this, don't make syukur as advantage and reason to hide your cowardice. Anyhow it is all just temporal, but we still have to be thankful. Cuma bagaimana agaknya kita menyembahkan kesyukuran kita??jawab sendiri lah yer..

nota kaki: syukur itu anugerah.

p/s:nyanyi lagu syukur sikit! 

Monday, September 3, 2012

The brother is here! - Bila taqwa

Assalamualaikum w.b.t
Selawat dan sejahteralah ke atas baginda, keluaga dan sahabat..

Tajuk agak poyo di situ. mesti tertanya-tanya kan kenapa taqwa? tak tanya, tak apa nak kisah jugak.. 
saja nak cerita sikit pasal kisah perkenalan mereka (selamba tak minta kebenaran) di sebuah Pusat Motivasi At-Taqwa di Ipoh. kak nyah waktu tu saja nak mengisi kekosongan kerja sebab waktu tu beliau pun tak ada buat apa-apa lepas habis degree. nyah kau fakhrul pula memang dah kerja kat situ. jadi dikenan2kan lah mereka berdua oleh seorang pak cik yang dipanggil pak ayub. Tak berapa lama terdengar lah cerita kak nyah nak kahwin. waktu dengar khabar tu saya memang terkejut badak sumbu la. tak sangka pula beliau akan menamatkan zaman bujang beliau begitu cepat. begitulah kisah pertemuan mereka. Bila dah jodoh tu, macam-macam jalan la Allah bagi kan?

Dan, sebenarnya nak update pasal kenduri menyambut menantu di Ipoh. Despite all cousins went back to college, rombongan masih meriah. mahu kau tak meriah bila pengantin dengan crown tertinggal, mekap artis tak ada. Kecoh senegara. ok tipu. makanya, terpaksalah pakai simple je tapi tetap anggun macam pengantinlah. mekap artis yang ramai juga menyebabkan kerja yang boleh selesai dalam 10 min menjadi cepat  hampir 30min. pegghhh.. surau, tandas dengan tol jelapang tu kami lah yang conquer..haha

Sampai di rumah pengantin lelaki dalam jam 12.30 macam tu. disebabkan ramai sangat yang memandang, tiba-tiba saya pula yang neves. pehal?? ngalah pengantin dah ha padahal photographer jepun  je pun. tu kat rumah pengantin laki, kat rumah pengantin perepmpuan ritu lagi lah neves macam i plak yang nak menikah. oppss.. 

Lepas menyantap segala jenis makanan sampai di meja pengantin di harung habis, kami pun nak bergerak pulang meninggalkan kak nyah yang muka memang nampak bila-bila masa nak mengalirkan air mata. tapi, mungkin air mata jadi keras sebab banyak sangat minum ais, jadi dia kejar van kami dengan mulut yang cebek-cebek dah..haa..oh sebelum lupa, sampai beliau tinggal beg pakaian dalam van. tuan tak boleh balik bagi baju balik. yolah, pastu pinjam baju mak mentua. haha.

apa-apa pun, gambar masih tak dapat dikongsi lagi. dalam masa terdekat ini in sha Allah. 
kecuali gambar di ipoh sebab adik yang bongsu dengan bijaksananya telah mendelete semua gambar yang ada. pressure sangat bila tengok 'no picture in this folder'. waktu tu fikir nak campak kamera ke nak campak adik gue tuh?! i waras lagi ok..tak apa, semua terakan dalam minda *pujukhati*

nota kaki:yaya kahwin hari yang sama. best la classmate i yang pergi..

p/s:jangan sembarangan delete gambar.