Friday, December 24, 2010

ya ousto, raais kilo..

assalamualaikum..

shissh..wth aku punyer arab amie berterabur gila.itulah kisahnya jadi budak baru belajar nie.
akhirnya aku dan teman2 serumah berjaya jugak menjejakkan kaki ke suk tamin..tahniah kepada kami berempat..bukan senang dowh nak pergi tu.sampai sesat2..hehe..

seronok dapat ikan keli.pak arab dua orang sampai sengih2 melihat keexcitedan(salah perkataan nie) aku.setelah berbincang2 mereka bersetuju juga nak beli ikan keli satu kilo..yeh2..boleh makan keli!!*lompat girang dan ria*

nota kaki:nak studi..go!!!

p/s:kalau nampak aku di fb, lekuk kepala tau!

Wednesday, December 22, 2010

Mid Year

Assalamualaikum..

Mak ayah nie jadual exam mid year kak yang...hehe

Sabtu, 15/1/11:Phisiology.
Selasa, 18/1/11:Histology.
Sabtu, 22/1/11:Biochemistry.
Selasa, 25/1/11:Anatomy..

semua exam adalah MCQ dan essay saja!!yooha..dan tiada exam arab dan al-quran..
mak ayah, doa kalian sangat daku harapkan di kejauhan nie. doakan kak yang berjaya mendapat mumtaz..sayang mak dan ayah..

nota kaki:nampak tak dah nak masuk tahun 2011??
nota kaki lagi:semakin sibuk dan sibuk dan sibuk..

p/s:semua doakan aku..

Tuesday, December 21, 2010

akhirnya..

assalamualaikum..

akhirnya aku berjaya jugak menyaksikan diaphragm setelah bertahun2 lamanya aku konfius macam mana la rupa benda tu sebenarnya(sejak sekolah rendah)..hehe..dan cadaver memang membantu aku.kepada sesiapa yang tak tahu diaphragm tu apa(menipu la tak tahu), ia adalah lapisan yang nipis saja yang mengasingkan bahagian thoracic dan abdomen.kalau tak ada benda nie, organ2 dekat bahagian abdomen akan bercampur sekali dengan yang bahagian thoracic..kan parah tu?!Subhanallah yang menciptakan manusia sebaik2 kejadian..

nota kaki:sudah dapat jadual exam, dan itu mencuakkan aku!
nota kaki lagi:musim sejuk bagi kesan pada physiological environment aku.

p/s:pohon doa semuanya...

Monday, December 20, 2010

entry pendek!

assalamualaikum..

sudah 3bulan disini..bukan,, baru 3bulan tapi rasa macam dah 6thun dan nak balik sekarang..
yeh2, ape2pon bravo kepada aku kerana berjaya menghadapi suka duka dengan baik sekali..wee~~
sudah mau exam mid year jugak!
kuat semangat!!!


nota kaki:lama xcontact family..rindu bangat loh..
nota kaki lagi:syukur kepada Allah, segalanya berjalan dengan baik.
nota kaki lagi lagi:semangat untuk belajar sudah pulih =p


p/s:belikan sweater satu..

Saturday, December 18, 2010

sekali lagi perihal kita

Assalamualaikum..
untuk pertama kalinya maaf kerana entry ini sekali lagi terpaksa menyentuh rasa sesetengah pihak.tapi, sebab ada saomething yang sangat2 memanggil aku untuk bertup tap tup tap di sini jadi harapnya sekalian pembaca silalah ambil yang baik dan buangkan yang buruk.
sekali lagi berkisar tentang kehidupan aku dan kalian di mesir.macam yang kita tahu lah, pelajar perubatan azhar di wajibkan untuk mempelajari bahasa arab. bukan saja belajar bahkan juga mengambil peperiksaan. bagi yang tidak mempunyai basic bahasa arab, sangat berat kan??ye sangat berat!dan adakah kerana keberatan (kalau rasa salah, tukar sendiri) ni, membuatkan kita terfikir hantar surat untuk menukar guru yang boleh berbahasa inggeris?come on lah guys!!!

*bersedia untuk menerima emosi saya yang tak betul dah*

memang lah ustazah tu tak reti cakap bahasa inggeris dah nama pon ajar bahasa arab, nahu pulak tu. btw ustazah berusaha kan nak buatkan kita semua faham dan belajar bahasa inggeris dari kita. then, why don't you appreciate it even a little?that's annoying la nak mintak tukar2 cikgu. dan lebih annoying bila cikgu tu dah terasa kawan2. can you think logically and be realistic?kita duduk kat tanah arab kot. yang majoriti masyarakatnya tak pandai berbahasa arab.jadi, kene faham la. kita tahu kan azhar memang kene belajar arab (kalau yang tak tahu saya mintak maaf sangat2), jadi terima dengan hati terbuka lah. kalau tak sanggup nak belajar arab, why the hell choose egypt?azhar lagi! cuba kita membuka minda kita dan berfikiran positif. mungkin ini peluang kita untuk mempelajari satu lagi bahasa yang tak semua orang dapat. bahasa alquran.bahasa syurga.
ok fine, kita kata kita tak ada basic arab deme boleh la sejak lahir lagi parents cakap arab. oh please..kita sama saja..kita tak tahu tapi ramai kawan kita yang tahu.so, manfaatkan lah kawan2 kita yang tahu.gunakan mereka sehabis mungkin.kalau kita tengok, negara macam jepun,perancis jerman dan sebagainya pon mana ada guna bahasa inggeris. kalau kita pergi negara2 tu, kita tetap kene belajar bahasa deme.so??
jadi kawan2, harap sangat2 jangan buat perkara2 yang tak munasabah.(walaupun aku sendirik seorang yang sangat drastik)
aku sangat tertarik dengan ayat seorang kawan aku, harap kita dapat ambil pengajaran..
'yang paling penting dalam menuntut ilmu,dalam keadaan apa sekalipun, keberkatan guru tu lah yang perlu diambil kira. bukan cemerlang ke tak cemerlang. sebab guru tu adalah orang yang mengajar. hilang keberkatan guru, hilanglah berkat ilmu,hilanglah semua'
guru dah berusaha sehabis daya untuk mengajar kita,pengorbanan mereka untuk menjadikan khalifah Allah di muka bumi ni bukan calang2.inshaallah, kalau kita menjaga hubungan dengan guru, bukan saja kita berjaya di dunia, bahkan juga di akhirat.
memang kita sama2 susah, makanya kita boleh sama2 membantu untuk mencapai kejayaan yang meberi manfaat kepada kita dan umat islam.
didoakan kepada aku dan kalian berjaya dan dipermudahan segala urusan.baashaa!!!

maaf sekali lagi andai ada yang terasa dan terluka. aku hanyalah insan biasa yang juga sering terlupa.sila ambil konsep aku ingatkan kau, kau ingatkan aku..ok?!kalau tak sudi nak maafkan aku, baca semula status blog ini.hehheh

nota kaki:sudah ada rencana untuk winter break!yeah...
nota kaki lagi: nak habiskan anat cepat2
nota kaki lagi lagi:bubur asyura sangat sedap!!nyam2 =)


p/s:mari kita sama2 mencari berkatNya..

Monday, December 13, 2010

L-I-F-E

Assalamualaikum..
salam sejahtera penghuni syurga(macam suka je ayat nie..)

mencurik masa yang xberapa nak banyak nie untuk sekalian anda yang sudi mengambil pengajaran.LIFE??apakah?ok, baru2 nie aku merajinkan diri ke seminar Love Islam For Eternity walaupun hati kalut memikirkan exam anat keesokan harinya. alhamdulillah, Allah tetap memberi hidayah kat aku untuk turut serta dalam program yang banyak manfaatnya ni walaupun sebenarnya program nie adalah wajib untuk pelajar perubatan tahun satu, tapi biasalah budak2 nakal..wee~~
banyak perkara yang dibincangkan dalam program tu termasuklah Love is Cinta..ehem2..dan bagi aku sendiri, sesi yang paling best sekali waktu doktor Khairudin dan Ustaz Arif yang bercakap tentang aurat dan ikhtilat. kemudian ada satu ayat dari ustaz arif yang menyentuh jiwa dan memberi kelapangan kat jiwa aku yang kacau bilau nie. kata beliau..
"banyak cara Allah nak ampunkan dosa kita.istighfar adalah cara yang paling mudah. kemudian kesusahan kita dalam menuntut ilmu, sakit"..macam tu la lebih kurang ayat beliau.aku pon terpempan(terpempan tu maksud dia ape?) sebentar. terfikir betapa bodoh dan jahilnya aku mengkhianati anugerah Allah nie.betol la, kalau Allah ampunkan dosa kita, bukankah itu anugerah Allah?(siapa sokong, angkat tangan!!)
selama nie, bila aku studi jer, mesti rasa bengang gila kalau susah nak masok dalam kepala hotak. rasa sakit jiwa bila dah baca masuk exam kantoi jugak. rasa nak hempok2 semua benda kalau dukturah explain berjuta2 tak paham2.akhirnya aku sedari, rupa2nya allah sedang mengampunkan dosa aku. dan bila Allah mengampunkan dosa kita bererti Allah mengingati kita kan??
pengajarannya kawan2, kalau kita ada masalah, ada susah, janganlah asyik mengeluh, tapi senyumlah. bukan saja menghilangkan gundah, bahkan menghilang dosa. juga, bila rasa sukar nak belajar, sulit nak menghafal, itu tandanya Allah ingin mengampunkan dosa kita dari banyaknya dosa2 kita.jangan mudah berputus asa dan teruskan berusaha, inshaallah ada berkatnya di situ. ingat, perjuangan memang pahit kerana syurga tu nikmatnya terlampau manis.hmm...baiklah kawan2, semua dah dapat ke apa yang saya nak sampaikan?hehehe =)
tapi, jangan pula kerana fikir 'allah sedang mengampunkan dosa kita', kita pun merasa relaks dan membiarkan kesusahan berlalu bagaikan angin.oh sangat salah kawan2. kita mestilah cari jalan nak selesaikan kesusahan kita sebab Allah tak merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut mengubah nasib mereka sendiri..
tambahan, kepada sesiapa yang sentiasa merasa senang dalam hidup, sentiasa merasa lapang tanpa kesusahan, maka pandang2lah ke dalam diri. selidik2lah yang tersembunyi. takut2 ada yang tak kena.sebab kita sepatutnya bimbang dengan hidup yang tanpa ujian.kerana dasarnya, setiap manusia itu berdosa dan pernah berdosa. moga2 kita semua dikurniakan keampunan yang berpanjangan oleh Allah dan dilimpahkan rahmatnya.

nota kaki:nak makan nasi minyak kenduri..hwaaaa...
nota kaki lagi:exam anat??selamatt...
nota kaki lagi lagi:salji nak turun la

entry ini hanyalah sekadar mengingatkan si penulis betapa singkatnya jalan hidup dan betapa baiknya percaturan tuhan. sesiapa yang mengambil manfaat, alhamdulillah..

p/s:siapa budak2 mesir yang nak kawen sila jemput fathimah..hehe

Tuesday, December 7, 2010

assalamualaikum..

ada dua cerita..

CERITA SATU:
hari ahad lepas aku bersama kaklong ke muhandisin dan arma untuk menguruskan hal berkaitan zakat..penat dowh jalan jauh..alhamdulillah selesai sudah semua urusan hari ni..dah hantar dah pon borangnya ke pejabat..moga aku dan kaklong dan semualah yang mintak tersenarai untuk menerima..kemudian di arma, aku terserempak dengan aini.beliau macam jumpa artis pulak bila nampak aku..nasib je dia tak mintak autograph ekslusif dari aku..hahaha.
kemudian, sembang2 dengan aini dan aini khabarkan berita gembira pada aku.sayang aini lebih..sila semak
#exam phisio yang mendebarkan.
#esok(isnin)ada test biochem.tajuk nucleoprotein..
macam mana pulak aini tau aku tak tau??sebab aku ponteng kelaslah apa lagi..
balik tu, memang sungguh2 dalam biochem kerana sudah ponteng kelas phisio.baca dengan banyak dan menghafal dengan semangat waja!yeh2..
keesokan harinya, sangat konfiden untuk menjawab.aku berada di barisan ke-4.sekarang pasang telinga baik2..dukturah bagi arahan..
"row 4 draw uranine,"
*terkejut beruk+pandang dukturah* bila pulak yang aku pernah baca uranine..tengok structure lagi tak pernah.owh sudah..dalam hati 'uranine nie nama lain bagi uric acid kot'
tangan pon laju melukis structure uric acid.habis jawab senyum2 dan bagi kawan tanda kertas.dia tanya, 'uranine tu ape?'
'ntah, nama lain uric acid kot,'*muka cuak tak kira*
'row 4 lukis apa?'
kawan lain 'guanine kan?'
alamak..ini bikin gua bengang.disebabkan salah telinga, tangan aku menggeletar tak kira sebab terlalu marah.tapi positfkan diri yang penting aku ingat semua structure nucleoprotein (betol2 ye, aku ingat!)kembali dengan senyuman walaupun dalam hati sakit jiwa.
pengajaran..pontenglah kelas selalu supaya sentiasa bersemangat bila nak studi.
malas bertanya salah lukis! jangan bergantung kepada istilah 'kot' cik fathimah!

CERITA DUA:
dulu2 aku sayang anatomi hingga menjadikan anat buah hati aku.tapi, bila dah masuk abdomen, buah hati aku nie macam banyak songeh pulak.rasa sayang aku pun dah kurang.kesian anat.
dah bertemu cinta hati kedua, phisiologi.dengan phisiologi mesti kene banyak cakap, tapi phisio nie diam jer.budget macho la??tapi aku tetap cinta phisio sebab phisio selalu tolong aku.bichem kekal menjadi sahabat baik yang sentiasa disisi.tapi biochem suka menyendiri menyebabkan aku macam nak menjauhkan diri jugak.nak berbuat baik dengan histologi tapi histo macam menakutkan aku plak.tapi histo best la..jadi kawan saya ye histo?!bahasa arab bahasa syurga, mestila saya kasih dan sayang.AL-QURAN, kompem cinta mati.al-Quran memberi saya kesenangan.tengok al-quran jadi tenang.apatah lagi membacanya.
pengajaran, mari baca al-quran ramai2..

nota kaki:exam anat menanti..
nota kaki lagi:aku benci mesej berantai.tolongla jangan bagi kat aku
nota kaki lagi lagi: kim ryewook add aku di fb??

p/s:doakan nama saya naik di fakulti dalam bulan satu ini juga!

Saturday, December 4, 2010

untuk anda yang bakal bergelar doktor..

Assalamualaikum..
entry kali ini mungkin akan menyentuh sensitiviti beberapa pihak dan mungkin akan mendatangkan kesakitan di hati..jadi, sebelum bermula, aku sebagai hamba yang lemah dan tak berdaya ni memohon maaf andai ada yang terasa dan terluka.tapi, disebabkan aku sedar yang apa yang bakal aku tuliskan nie penting untuk kalian yang berimpian untuk menjadi doktor yang hebat..
kawan2 yang satu kuliah dengan saya..ingat lagi kita belajar dengan dukturah rim pasal muscle of abdomen..
then, dukturah ada sebut pasal pentingnya 3layers of the muscle tu tak duduk sekali..
satunya, untuk kaum wanita, bila kita pregnant perut of course kembung kan??
keduanya, sebab satu penyakit yang selalu mengganggu orang lelaki..sakit air berlebihan dalam perut..duktrah ade sebut 'macam perempuan mengandung'..
then kome semua gelak..
so, di sini nak saya stresskan..even dukturah cuma cakap macam tu, patut ke itu jadi bahan ketawa kome??
sebagai doktor atau sebagai apa2lah, penyakit bukan sesuatu untuk digelakkan..diketawakan..jadi bahan lucu..
takkan lah nanti bila kita berhadapan dengan pesakit, kita nak gelak berdekah2..tu ke doktor??
what ever the illness is..no matter how much it can make us laugh, we need to show some kind ofr empathy right??or at least sympathy..then, how come you laugh to death??that's not right bro..
kalau kome sakit, kome pun tak nak diketawakan kan??
memanglah dukturah just cakap, btw, kita tetap perlu membayangkan situasi yang sebenarnya kan??bukan nya ketawa seolah menghina pesakit kita kelak!!
satu lagi, patut ke kita ketawa bila cikgu salah sebut istilah2 apa je la..wth man??
tau la kita agak tension kan..tapi, cari benda lain la kalau nak gelak..ok?!tak baik ketawakan guru2 kita..kalau kome nak cakap pasal cikgu2, tolong la jangan jemput aku ok??cikgu kot..

akhir kalam, moga kita semua berjaya menjadi doktor yang hebat dan baik dan beriman..
hormatilah guru kita!!

nota kaki:exam exam exam..
nota kaki lagi:ada orang curi mo0d studi saya..bengang nie....

p/s:doakan semoga nama saya cepat naik ke fakulti..ameen ramai2

Friday, November 26, 2010

Muhammad Isyraf fathi

assalamualaikum..
kembali bersua dalam suka suki suku.disebabkan aku mengambil keputusan drastik untuk potong wireless kat umah inilah akibatnya ye..
lama terpisah dengan internet..otak pon dah berkarat tanpa informasi(budget macam aku tengok berita online)..hehe.so, pinjam broadband dibah (tujuan asal nak jawb exam)
disebabkan rindu mati kat blog nie dan tahap kegembiraan yang melampau, aku cepat2 nak tulis entry baru nie..
MUHAMMAD ISRYRAF FATHI..


siapakah??ye..itulah anak saudara saya yang comel macam saya*goyang badan*
anak lelaki kepada abang saudara saya dan isterinya.tahniah lah kepada mereka!
walaupun cuma anak saudara sepupu.tapi kehepian aku nie mengalahkan macam dapat anak sendiri.saya cinta anak kecil!!!(siapa yang cakap saya gedik sangkat tangan?!)
hmm..tapi saya agak keciwak sebab nama beliau fathi..aku baru je nak berazam cari suami nama fathi..tup2 anak sdare aku amek nama tu dulu..xkan aku nak kawen dengn dy kan??jadi, aku pon mengalahlah..(ces, macam kompem dapat suami fathi)ngeeng..
doaku, moga dikau akan menjadi anak yang soleh dan patuh ibu bapa dan taat pada allah ye dik fathi..jadi baik macam mak sdare kau nie ok?!hehe..

nota kaki:mimpi dapat anak..haha
nota kaki lagi:exam anat

p/s:kak long cepat la kawen..
:fathi panggil saya yang im ok?!weewee~~

Thursday, November 18, 2010

Mansoura-eps. 2

Assalamualaikum dan selamat hari raya korban kepada semua yang menatap blogku ini. kullu 'am wa antum bikhoir..
alhamdulillah, sebagai sejarahnya, raya haji pertama aku berlangsung di mansoura bersama kak long (skema la plak ayat aku)..yang sebenarnya, bukan niat di hati nak beraya kat sana, sebab rasa nak spend the whole holiday kat cairo jer.tapi, tiba2, sedap aku menatap buku kimia berwarna oren, telefon aku berbunyi dengan begitu sedap sekali.hah, tanda mesej masuk la.
'awak, jumpa dekat ramsis dalam pukul 2 ye'
what the hell??*ternganga*aku pun tengok jam adidas di tangan.*nganga lagi besar.dah pukul 1.05. mak kau, bila masa pula aku nak bersiap?!segera aku kutip semua buku, nota kecil alat2 tulis.kawan2 serumah semua tak ade sebab ada urusan yang sangat best di alex(sila anggap ia benar2 best).memang la kalut tak boleh blah.disebabkan baju aku agak jarang, berniat nak pakai tudung yang labuh sedikit.ye,,tudung atil..bukan selendang.ya, ia benar2 SELENDANG ok?!
jenguk satu bilik nampak tudung atil tersangkut.nak menyiapkan selendang pun ambil masa satu jam kot..bapak la!lilit2 teringat tak ada jarum peniti. my goodness!apa lagi, selongkar bekas jahit alia la..memang macam penyangak dah aku time tu.satu rumah aku geledah.
then, bergerak ke depan gamek..see, mana ada trenco time2 nie.apa lagi, tahan teksi je la.budget berani gile la aku nie pandai2 nak amek teksi..last2 melayang 20LE aku,tapi tak apa la, asalkan selamat sampai di ramsis(tu pun dengan bantuan perempuan arab tu)..ngeengee

raya di mansoura memang sangat best.jadinya, niat aku telah bertukar daripada 'whole day in cairo'- 'whole eid adha with my sist'..jadinya selepas beraya sakan di mansoura, aku kak long, dan kawan2 beliau bertolak pula ke cairo pada hari raya ke-2.and to be honest, i felt..no, i'm feeling so much guilty to my housemate.bcoz, i didn't expect it to be like that, sampai2 je rumah perak ada jamuan makan.makanya, beria la penduduk rumah perak mengajak kami makan. misi kami tertukar lagi. daripada MP:ambil borang zakat kepada PM:makan2 daging unta!nyam~~
then, bergerak ke rumah Melaka dan rumah kawan kepada kawan kak long.tak nak cakap banyak pasal rumah, buat hatiku jeles*muncung itik*
kemudian, ke rumah aku.dan itu dia tom yam sudah tersedia.selepas asar, beraya ke rumah kak mus, dan selepas maghrib pergi ke aktabah untuk membeli minyak wangi kak aishah(kawan kak long) sambil mencari sweater atil.guest what??ha, mushrif kami adalah dia yang pernah 'bergurau senda' sama atil...cerita lanjut

nie gmbr paling sopan aku ade..1st time pakai selendang, kembung sana sini..hehe

balik dalam keadaan yang sangat kepenatan.

nota kaki:jemput ke jmuan gen-3

p/s:xde rasanye..

Sunday, November 14, 2010

A never ending journey..

assalamualaikum,,
alhamdulillah semalam aku dan sahabat2 batch ke-3 telah melawat beberapa tempat menarik di mesir..apa lagi kalau bukan piramid(yang nie tak tertarik pon)..seronok melawat kubu salehuddin al ayubi.sekali pandang kubu yang sangat besar dan tinggitu, hati rasa sayu.sayu mengenangkan semangat juang beliau dalam memerangi tentera salib demi mengangkat aga islam yang suci lagi mulia.tapi kini, nama islam telah dirosakkan oleh orang islam sendiri.sedih3..
kemudian pergi makam beliau dan masjid sultan hassan dan masjid rafa'i.dua2 masjid nie sangatlah tinggi dan besar.menunjukkan betapa besarnya orang2 di zaman dahulu2 kala2(jangan tiru ayat ini!).serius tak tipu,nak letak gambar tapi gambarnya ada pada kawan.dekat msajid rafa'i tu tempat berkumpulnya empat mazhab.means that ada bilik khas untuk mempelajari kitab2 masing2.sedih sedikit sebab tak banyak gambar aku dekat masjid2 dan makam2.tak baik berlagho di tempat2 mulia ya!lagipun, penyakit aku datang balik dekat makam imam syafie..lagi la di larang bersuka ria..
itu cerita dekat masjid dan makam.lain pula dekat piramid.memang sangat buas dan nakal sekali memanjat2 batu2 yang licin walaupun dah dipesan untuk tidak melakukan sedemikian rupa oleh encik2 mushrif dan puan2 mushrifah..disebabkan aku tidak ada kamera sendiri(sampai mimpi kamera di rumah), merengek2 la aku suruh kawan2 aku tangkap gambar aku..walaupun bunyinya agak gedik tapi tidak, sebab kalau aku tak mintak, deme tetap nak juga tangkap gambar aku(tak nak bagi deme merengek nanti lagi gedik bunyinya)!so, terima kasih kepada handset zatil, kamera aini dan syakirah kerana merakamkan aku..*peace*
gambar2 tidak boleh diletakkan di sini kerana adanya aksi2 budak baik!
malam selepas maghrib, bertolak ke abu al ila (sebutan abu ela) untuk membeli winter coat.keadaan di situ jauh lebih bahaya daripada hussein ya kawan2,jadi fikir banyak kali dulu kalau nak pergi tu.ingatlah orang yang tersayang. jenuh dan letih berjalan dari mula sampai akhir.dekat kedai yang terakhir baru la jumpa dengan winter coat yang sesuai dengan aku (walaupun sebenarnya beli untuk kaklong)..weeewee~~
jadi, lesaplah 150LE aku malam tu demi winter coat tu..tapi berbaloilah kan sampai ustaz fuad dan kak atikah boleh puji winter coat aku tu sangat cantik..yeah2 walaupun kak milah cakap agak boyish sikit(sikit jer tau)
bertolak pulang pada jam 9.45 malam waktu mesia 3pagi..dalam bas, aku terlena dengan sangat lena(jangan tiru ayat nie jugak!)
sampai2 rumah terus tidur macam tak nak bangun dah. tapi, kegatalan disebabkan habuk2 dan debu2 menyebabkan aku tak senang duduk dan sebagai peringatan aku tidak bersolat isya lagi.lantas bangun dan sabun satu badan dan solat isya'.lepas tu tidur semula dengan aman!hikmahnya, apa2 pun, solat dulu..
tamatlah sudah kisah jaulah untuk 12hb november2010

maaf kerana tak dapat nak berkongsi gambar2 makam dan masjid.

nota kaki:kawan2 aku cakap aku tak sesuai bahasakan diri 'ana' coz ayat kerek gile..
nota kaki lagi:berapa kali pelancong asing tangkap gambar aku.mintak2 selamat!
nota kaki lagi lagi:sesat lagi dengan alia juga dekat muzium tentera.
nota kaki lagi lagi lagi:mat arab tu tak berhenti2 lagi kacau aku.TENSION!
nota kaki lagi lagi lagi lagi:bersalah dengan aini sebab tak dapat ganti tempat beliau ke alex*innocent*
nota kaki lagi lagi lagi lagi lagi:kak long ajak pergi mansoura lagi. macam mana?
nota kaki lagi lagi lagi lagi lagi lagi: tak dapat berbuka dengan eman kawn arab saya.

p/s:zatil, aku g rumah perak bukan sebab skandal ok?!

berjalanlah kamu di atas muka bumi dan ambillah pelajaran dan iktibar..moga2 kita menjadi orang2 yang bertakwa

Wednesday, November 10, 2010

I'M GOING CRAZY!!!

assalamualaikum..
macam siot hari nie.daripada pagi, sepatutnya bangun pukul 12, gatal jaga pukul 4 walaupun alarm dah bunyi mengalahkan meriam.memang la rasa nak saman diri ini dengan menjerit sekuat hati.walaupun tahu dukturah nak buat oral anat tapi menggedik bermalas2an dan bergolek atas katil dengan begitu sedap sekali.macam mana winter nanti?nasib baik exam tersebut tak jadi.yeh yeh!
dalam lab anat, aku mengadu kat eiffa payah la belajar tak ada tulang.tulang yang aku tempah tu tak juga sampai2.serius tension dengan keadaan nie*sigh*nak tulanggg!!!nak3..then eiffa dengan baik hati kata nak ajar aku apa yang dr OB ajar..waah kredit to her. muah cup2
kemudian waktu nak solat asar, atil tegur cara aku pakai tudung..
"wah, macam solehah,"
"well3, idaman setiap lelaki,"
zatil-sentap dan sambung..
"kecuali dia,"
aku-hahahahaha..senget la, mesti la termasuk sekali(dikau mesti sedang bengang kan zatil?)
sambung cerita..
"zatil, aku serius tak suka dia, tapi kalau dia nak kat aku, aku nak kat dia,"
zatil-arhhh,,,,
dah nak solat!
nak telefon kakyong, tapi hilang pulak nombor..tension lagi..

untuk kali nie, peringatan kepada kawan2 aku yang aura nak kahwin dah meningkat naik walaupun dah tak boleh nak tinggi2 dah, lelaki yang baik untuk wanita yang baik, dan wanita yang baik untuk lelaki yang baik pula*smile*

nak usik zatil lagi2..
i'm free but not available..tapi untuk dia, boleh kot..hahahahahahahahahaha

p/s:jangan menggatal cik fathimah..dikau masih belasan..sheesh

Saturday, November 6, 2010

wing2..

assalamualaikum..
hehe*senyum gedik*..
malu sikit tetibe muncul balik kan..suka hati la, aku janji dengan diri aku je dulu2 tu..he2
tak boleh berpisah sama suka suki suku la..he22..yang sebenarnya, tengah tunggu mak atau ayah atau adik online..tak nampak tanda2 pon.*sob2*
baiklah, terlalu banyak yang terjadi sepanjang aku tidak mentap tup tap kat sini..dan telah pergi ke mansora juga..sangat2 jeles sama kaklong sebab rumah beliau sangat murah dan best dari rumah yang aku pernah jumpa sebelum nie, jadi aura nak duduk rumah perak sekarang nie di tahap supra maximal dah la.. mansora juga ada dusun buah..sangat2lah terliur melihat buah oren yang sudah keorenan.satu hari nanti, aku mesti pergi petik jugak!perjalanan pulang apa yang boleh aku cakapkan ialah sangat mencuakkan..tempat duduk paling belakang dan paling hujung sehingga....(siapa tau sila sambung)
thanks to kak aimi yang sudi menjemput di ramsis.ingatkan dah turun di ahmad helmi. nasib baik pemuda arab tu beritahu aku(bimakna dia dengar la perbualan aku dengan kak aimi) setelah aku call kak aimi..ape2pon alhamdulillah 'ala kulli hal..
baiklah, malas nak tatap tenet lama2..tak muncul2 juga orang yang disayang..

p/s:nadia, kalau nak g mansora, ajak aku..weewee~~

Saturday, October 23, 2010

Bye2 gang..

Assalamualaikum..
aku rasa nak berjanji something la..tapi bukan dekat kalian2.nak janji dekat diri sendiri je.
kalau janji dekat diri sendiri tak ada masalah bila aku 'broke my promise' kan.heee..
tapi tak nak macam tu, nak buat betul2 nie.jadi silalah ambil perhatian kepada sesiapa yang perlu memerhatikan.hmmm....
pertama sekali, tak nak dah ambil tahu pasal facebook..lantak la dia.biar dia terkubur dekat situ.nak biasakan diri untuk tak berfb.kalau tak, sampai musim exam baru nak berhenti kan susah tu??jadi, wajibla ada latihan intensif kan.mulai beberapa minit selepas blog ini ditulis, tak nak dah kawan dengan fb.nak jadi kawan setia buku2 pula.buku lagi bagus kan3?tapi2,kalau ternampak nama aku kat online box tu,anggaplah aku benar2 tension dan sedang mereleasekan ia.*smile*.serius balik!
kedua sekali, tak nak dah typing myping di sini.walaupun macam sedih nak berpisah dengan suka suki suku, tapi terpaksa la juga.daripada rezult aku suku,lebih baik suku benda nie.nak biarkan dia bersawang jap.tak nak post hari2.kalau ada event yang best pun,tak nak cerita kat sini.nak cerita dekat telefon jer.biarlah blog nie bersawang sekejap.bila2 aku bersihkan balik.sebab nak menaip memanglah ambil masa sesaat dua.dan sesaat dua tu mungkin aku boleh guna untuk tulis nota.jadi,tak nak bazir masa sebab time is precious.and nothing in this world is mine except time!cuma nak cek shoutbox je kot2 ada kawan baru kan.jadi,aku suka meraikan kawan2 nie.mungkin aku akan menulis semula dalam sebulan dua lagi.eh tak boleh sebab bulan satu nanti exam.jadi selepas bulan satu.tapi,kalau tiba2 ternampak entry selepas entry nie,anggaplah aku sakit tangan dan perlukan senaman ringan.*senyumlebihpanjang*..
itu saja untuk kali ni, aku nak menjadi orang yang bersemangat waja.tak mau main2 lagi.datang sini nak belajar kan fathimah?!jadi, silalah buat gaya nak belajar sikit.jangan mengada2 nak online banyak2.sian kawan2(buku) yang setia+sejati.semoga kau akan berjaya di dunia dan di akhirat fathimah sayang yang diberkati ALLAH.amin..

p/s:tak apa kan nak online untuk tahu perkembangan IFF??*muka nak bengang*

Tuesday, October 19, 2010

ia sebulan..

Assalamualaikum(btol jugak setelh bjuta kali typing error!)..

hari nie, bertarikh 19hb oktober 2010, genaplah sebulan sudah aku menjadi sebahagian dari warga mesir..mengutip setiap permata ilmu di celah kota yang berdebu berpasir halus..kenangan semalam(di klia) menggamit hati, dan tangisan berlagu dalam hatiku*sob2*..
birapun cuma sebulan, tapi terasa sudah bertahun lama aku di sini.rasa rindu tidak pernah layu, bahkan bertambah parah dan membarah dalam ruang hati..syukur, rasa rindu itu tidak pernah sekali menjatuhkan aku ke lubuk derita, tetapi rasa rindu yang menyimbah inilah yang membuatkan aku untuk terus ingin bangkit dan berjuang..terima kasih Allahku kerana menganugerahkan rasa rindu ini.sudah menjadi taman bunga lagi berwarna warni kerana aku berjaya kekal sehingga sebulan ini..dan aku ingin terus taman ini terus terhias indah dengan bunga2 yang mekar saat berjaya menghabiskan enam tahun di daerah asing ini..Insyaallah..sila dan tolong doakan aku..

aneh dan kebetulan yang sangat terindah termanis apabila menyedari kejadian pada 19okt2010 mirip 19sept2010(hari pertama di sini)..tak nak cerita tetapi aku seronok sebab aku yang merasai kemanisan tu,,siapa nak jeles, silalah*lidah atas sebelah kiri*

rasa tersangat bahagia dan sabar menanti dua bulan lagi, tiga bulan lagi dan tamat pengajian dan itu saya(doktor)!..

juga, sudah menemui diriku yang sebenar walaupun kesamarannya masih membelenggu jiwa hamba seperti aku..masih, aku ingin memanfaatkan setiap yang terbaik yang ada di perlembahan nil. masih, aku ingin terus berjalan dalam keletihan dan kelelahan mengambil setiap pengalaman meski terselit di celah pohon kurma dan tersorok di sebalik piramid dan meski sukar menempuh jalan yang panjang.masih, aku ingin memberi laluan kepada hatiku agar berusaha seikhlas mungkin dan terbuka selebar mungkin untuk menjadi insan yang lebih baik..
masih, aku ingin memberi secebis ruang kepada jiwaku, untuk mengerti manusia lain..

semoga semoga semoga apa yang telah aku citakan, yang telah aku sematkan, azamkan, akan menjadi kenyataan dan kebanggaan keluargaku,guruku,sahabatku dan mereka yang seagama denganku*amin ramai2*..kepada semua kawan2 tak kira di mana berada, maafkan salah silapku, doakan aku, kerana aku ingin sekali memaafkan dan sentiasa tidak lupa kalian dalam doaku.semoga kita bertemu di syurga..

moga, mesir menjadi persinggahanku yang tidak sia2..semoga bisaku menjejak rindu nabi2 dan membentengi diri dari fitnah firaun..

nota kaki:ada lagi orang tanya 'kenapa tak pakai cincin?' aku cuma tersenyum
nota kaki lagi:berkenalan lagi dengan studen arab sehingga ditinggalkan kawan2
nota kaki lagi lagi:tak sabar nak tunggu kak long sampai. beliau mendarat jer, terus nak call, jadi sedang jimat kredit..
nota kaki lagi lagi lagi:periksa bulan satu, tapi sudah berdebar sikit..
nota kaki lagi lagi lagi lagi:sangat3 rindu pada mak ayah dan lain2.(mesti rindu kakyang jugakkan??)*senyum mengada*

p/s:ingatkan aku untuk talipon shayan..

Monday, October 18, 2010

gadis nakal..

asslamualaikum..
semangat tak aku balik2 kuliah terus posting..ye, memang la terlebih rajin..
seperti yang aku janjikan pada diri aku lama dulu, aku nak memiliki sebatang sugi..akhirnya berhasil juga aku mendapatkan tadi..hehehe...
murah saja, satu batang, 3genih aja..tanpa segan silu, ambil yang saiz sederhana..sementara tunggu baki, kawan2 pula sibuk nak cari barang deme.tadi aku sibuk deme taknak!!!weeweee~~
sementara deme menjenguk barang2 yang sesuai untuk deme, aku pula tertarik dengan sekotak kotak nie (apa ayat nie?) yang ditunjukkan oleh kawan aku..hidu2..wah sungguh wangi..aku terus hidu dan hidu dan hidu..kawan aku pula dah pergi mana-mana..
tiba2 psss...psss..panggil seorang pemuda arab..*Psss adalah pangilan untuk orang tak dikenali..
aku pun pandang..tiba2 senyum2 kat aku..bajet aku tergoda sangat la tu..aku pun teruskan dengan kotak yang wangi tu..psss2 lagi..kali nie sudah buat isyarat apa pula aku tak tau..
aku panggil kawan aku..seram dowh waktu tu..
tiba2 kawan aku pandang kotak tu dan cakap, weih nie shisha la weih..
sumpah la patot arab tu pandang aku semacam jer..dah la time aku hidu tu sampai terangkat2 hidung..mesti dia ingat aku gian ke apa je..*seram*
sumpah memang lari terus tak pandang belakang dah..nasib baik dah ambil baki dan memiliki kayu sugi..haha macam tension sangat je sampai hisap shisha *peace*..ngengngeng..
nota kaki:kawan aku yang menjebakkan aku dalam gejala xbermoral nie..jangan salahkan aku *innocent*
nota kaki lagi:sarung lengan juga sudah dibeli..(sila jaga aurat anda fathimah sayang yang diberkati Allah)
nota kaki lagi lagi:tak jumpa paper klip..nak2 sangat2..

p/s:fathimah tercintak, sila buat kerja!

Friday, October 15, 2010

breeep..breeeep....

kepada FATHIMAH budak bijak... SILA3X

1-nota anat untuk kemaslahatan sendiri..on:
  • Digestive system.
  • Respiratory system.
  • Urinary sytem.
  • Female and male genital system.
  • Nervous sytem.
  • Cardiovascular system.

2-nota biochem juga untuk memuntazkan diri anda..on:
  • Carbohydrate chemistry.
  • Cell and cell membrane.

3-khatamkan segera pyhsiology untuk mudahkan masa depanmu..on:
  • ANS
  • CVS

4-physiology diagram untuk cantikkan rumah anda..on:
  • Everything!

Fathimah, ini perkara sangatlah mudah..sila bangun bangkit dan berdiri ye sayang..JUMAAT cuma sekali saja dan kau punya banyak benda untuk dibuat ok?! TOLONG3 sayang ingat pengorbanan MAK dan AYAH kau yang tercinta..TOLONG3 ingat KELUARGA yang jauh di mata..TOLONG3 ingat pesakit yang kau nak ubat duka mereka..
Fathimah, kuat semangat ye..please2 stick on your book as much as possible.not at jalan raya and lastly sesat merata2..TOLONG fathimah! cuti adalah sehari cuma.kau pasti boleh. FATHIMAH BOLEH.percaya la cakap fathimah..jika kau tak boleh yakin sama diri kau, ingat untuk yakin sama ALLAH..
ok cukup tu fathimah.sila bersegera dalam kebaikan..jom studi jom..

p/s:fathimah, bila kau nak cari hari untuk muhasabah diri nie??ish3

Thursday, October 14, 2010

sesat pula..

assalamualaiku..
sebelum nie pengsan dan kali nie sesat..bukan saja sesat bahkan HILANG!!!*gerun*
ambil bas dari gamaah ke asyir..bas sangat kali nie sangat bermurah hati ya..cuma nus saja..itu adalah berita yang sangat menggembirakan dan bahagia..wee~~
tapi, bas hijau yang menjadi tanda mesir (pandai2) tu sangat sangat sangat sangat...penuh dengan lelaki..memangla sebelum nie pun lelaki akan terlanjur banyak, tapi kali ni, sangat (sila ulang) BANYAK!!! terkejut gorilla kot tengok keadaan tu..nasib baik la muka aku cam adorable (atil sila la jeles) kan, seorang pemuda arab dengan baik hati bagi tempat duduk kat aku..kawan2 yang lain semangat ye menahan kelenguhan buntut dan kaki anda!*evil laugh*
waktu nak duduk perasan seorang pemuda indon nie, seat belakang aku..dalam hati 'asal beliau nie macam tak mesra alam je??'*hati jahat*
hati aku memang sedikit jahat..aku pun duduk je..peduli apa kan..
lepas tu, bas lalu jalan lain..haha (alia terutamanya) gubra sudah!!!aku macam biasa, masih tenang menjiwang karatkan hati ke luar tingkap..
tiba2 bas berhenti..semua orang dah turun..risau dowh..even mamat(sekarang ustaz) indon tu cakap "sini yang terakhir," (waktu tu, aku rasa berdosa je sama beliaukan..hati nie memang la nak kene..)ah, kacau kami..macam tak ada dalam ingatan je tempat nie..
aku dan kawan2 pun turun la jugak..lepas tu macam tak tahu dah mana nak melangkah..
yang best, ustaz indon (dah seberang jalan) tu dengan baik hati, patah balik untuk membantu..
kawan2 aku yang lain semua macam malu2 gedik (ayat tipu) je..aku pun tanya kat ustaz tu..
"jalan nak g asyir mana ye?" *sopan*
ustaz tu pun tunjuk la jalan, tapi sebab ustaz tu baik hati dia tolong bawakkan kami..
tapi, aku macam kesian je dekat ustaz tu jalan jauh2 semata2 untuk kami..alia pon soh la aku cakap kat ustaz..disebabkan hati nurani aku bersih*amin*...
"ustaz, ustaz nak ke mana?"
"musolla"
"tak apalah ustaz..jalan ke asyir straight nie je kan?"
"ya ya..jalan terus aja kemudian ke kiri,"
"ha tak apa kami pergi sendiri..terima kasih,"
"ya sama2,"
aku dan gang teruskan perjalanan..tiba2 kak milah pula buat gempar...
"mana zatil?" aku dan alia serentak menoleh ke belakang..serius atil tak ada..kak milah dengan alia bukan main cemas la kan..aku pun cemas juga, tapi hati aku tak rasa yang benda2 yang merepek2 berlaku..aku pun berjalan mencari zatil selepas alia tak berjaya..
tak sangka pula ustaz indon tu perasan...terus beliau tanya pada aku..
"tadinya berempat kan?"
"haah, tapi seorang lagi hilang,"
"baru ya di sini?"
"erm,,3minggu,"
"sudah cari di kedai?"
"dah, tak ada juga,"
"kalau di talifon?"
"boleh, tapi dia tak buka no. mesir, dia pakai no malaysia,"
"ngak apa2,"
"no saya tak ada kredit dah,"
dengan begitu baik hati tahap cair (sila rujuk kawan aku) la, ustaz tu menghulurkan handset beliau..baru je nak telefon, tiba2 kak milah buat gempoak sekali lagi..
"zatil!!!"
aku dengan ustaz indon tu terus memandang..
hai, budak nie main aci nyorok ke..handset dipulangkan kepada ustaz tu..aku dengan penuh rasa bersalah dan segan nye minta maaf dari ustaz indon tu sebab tak pasal2 dia pening sebab kami..
anyway, ustaz indon tersebut memang sangat baik dan prihatin sebenarnya..tidak sama dengan pemuda2 yang aku jumpa di hussein..
terima kasih banyak2 dan minta maaf denga lebih banyak lagi pak ustad!!!


p/s:pak cik bakso, anak pak cik bakso, ustaz indon, ustazah indon..alia cakap aku serasi dengan indon..haha..suke2

Tuesday, October 12, 2010

PENGSAN!!!

assalamualaikum..
hari nie keluar agak lewat ke kuliah..tapi waktu sampai tu, kelas memang masih kosong..dan sedikit terkejut ya kerana anis and the gang awal dari biasa..weeweee..
kuliah pertama anatomy..best2..
disebabkan pagi masih muda remaja, aku sangatlah fokus dan semangat..
tapi beberapa jam kemudian, tiba2 kepala aku jadi melayang..pandangan gelap dan tidak semena2 buumm jatuh ke bawah..
yang aku dengar hanyalah kawan ku disebelah..
"excuse me proff, someones fainting,"
dengan penuh relaks proff datang ke arahku dan memberikan rawatan kecemasan..
aku terjaga tapi masih lagi2 separuh sedar..aku tetap juga mendengar kuliah kerana semangatku masih ditahap highest level..silalah berbangga!!
kuliah anatomy dua jam diganti dengan kuliah physiology..
dr. laila memang seorang proff yang sangat bersemangat dalam apa jua hal..
sekali lagi, pandanganku berpinar2 tanpa sebab dan kejadian sama berlaku lagi..aku terjatuh ke bawah..
dr. laila pula memberikan rawatan susulan..setelah sedar,beliau memberikan kata2 semangat untuk(nasihat) semua pelajar supaya mengambil sarapan sebelum ke kuliah..
ha, dukturah macam faham jer, disebbkan nak kejar trenco punya pasal, harap bancuh air jer, minum idok juge..wee2..
kerana tidak tahan, aku mengambil langkah bijak untuk pulang ke rumah sewa waktu kuliah biochemistry..yey balik awal!!*lompat ribena*
terima kasih kepada semua kawan2 yang sudah membantu aku dan maafkan aku kerana susahkan semua orang..

PERHATIAN:kisah ini adalah kisah benar yang terjadi pada seorang pelajar. tetapi, pelajar tersebut bukanlah penulis blog.beliau yang dimaksudkan adalah seseorang yang mempunyai nama yang sama dengan aku..mari berdoa semoga kita diberi kesihatan yang baik dan sejahtera hendaknya..aku hanyalah seorang pemerhati dan belajar sikit2 dari dukturah..weeweee


p/s:asma(kawan arab) bagi mesej arabic, ciyes tak paham beb! tolg translate..

Saturday, October 9, 2010

Assalamualaikum..
kalau ikutkan hati, masih malas lagi untuk mencoretkan sesuatu dekat suka suki suku nie..tapi sebab kawan2 dah tanya mana aku menghilang termasuklah kakak ku yang bertanya seolah2 aku dah bertahun tak update, makanya, aura rajin pun segera tiba lah kan..
patut ke aku nak cerita benda yang akan aku cerita nie, aku pun tak tahu..kalau rasa nak baca silakan..kalau tak nak boleh blah sekarang ye anak2..wee~~
pada hari jumaat lepas bimakna semalam, aku berdua dengan kawan aku alia (bila saya tulis dua, itu bermaksud memang dua) telah ke hussein untuk membeli sedikit keperluan(macam ayat budak sekolah sikit kan??)..
geram betul dengan atil..jenuh pujuk suroh ikut, dia tetap tidak mau..degil budak tu..hee2..
last2 dia yang menyesal sebab memang best ye..padan muka atil n?!haha..
sori atil, silalah jangan ambil hati..t sblom blik mesia kita pergi sama2 ok??ala bucuk2..
sebenarnya agak risau sedikit ye, sebab kami baru berapa minggu kot dekat tanah mesir nie, tapi pandai2 je keluar tanpa mushrif..berdua saja pula tu..dan lebih mengejutkan ye, sebab hanya kamilah warga asia di hussein (itu maksudnya sudah sangat risau la)..
kemudian tersesat jalan..
alia:imah tanya orang arab tu..
imah: no3,,t dia tau kita sesat..bahaya tue..
then terus berjalan lagi..hi2..mesti mak dan ayah saya sedang marah sebab anak wanita mereka sangat nakal..
"mom, dad, i'm safe..wee' *senyum ngada*
selepas mendapatkan kurma dan alas meja dan beg sebiji kami bercadang untuk pulang (kalau tak cadang pun, tetap harus pulang!)..
waktu tu azan jumaat sudah berkumandang dengan lazatnya..nie nak cerita..
pemandangan yang sangat aneh(pada aku) bila saja azan, terus para peniaga usung keluar tikar dan membentangkan di hadapan kedai dan juga sapu sampah dengan begitu laju sekali....bayangkan*pejam*
lorong di kedai2 tu sangat sempit dan basah dan banyak barang niaga, dan pak arab semua kalut macam perang dan ia sangat menakutkan..padahal mereka cuma nak duduk dan menanti solat jumaat..imam belum sujud lagi..
lepas tu, aku dan alia pergi ke stesen bas..masalah pula bila kami tak tahu nak naik bas apa..
then, tanya driver sorang nie, dia kata belah kanan..pergi belah kanan tanya sorang mar ah nie, dia kata sebelah kiri *pening*..
kami pun seberang jalan..ternampak dua orang pemuda melayu nie, dengan lebaik putik dan baju melayu tu, aku rasa ustaz la kot..suruh alia tumpang tanya beliau(ustaz), alia pula malu2 kucing(budget kan??)haha..alia pulak suruh aku, lagi la sejuta kali malu..aku pun mencadangkan untuk osom (osom tu sejenis...)..di sebabkan tahap keteroran aku dalam bidang osom nie sangat tinggi, aku menang dengan mudahnya..so, alia terpaksa la menahan malu..*wink 2kali*
tetapi tetapi tetapi, ustaz berdua tu dah selamat duduk dalam bas!!! *kecewa tak main2*
aku dan alia pun berjalan dengan perasaan sedihnya..dalam hati..
'ustad nie kan, tak prihatin terhadap wnita btol.."ngehhee..
mujur ada pak arab tu macam baik hati tanya aku "fiin??"
aku pun dengan muka ala2 sedih+comel (perasan jap) jwab dengan semangat "asyirrr" dan keterujaan aku menjawab menyebabkan pak arab tu terkejut dan pak arab tu pun jawab "henak2" *tunjuk bas depan*..
sementara tu pula, mar ah yang kami tanya tadi pun panggil kami jugak..haha, rupanya dia usha kami..weewee..(mungkinkah mar ah tu tengok kami osom??)..malu nyer..
kemudian naik bas dengan selamat..tambang juga sangat murah yer..
lepas pulang harith(doktor yang nak wakilkan mushrif-yang-tak-sampai2) kol bertanya kan kami..ha, terkejut brok dia tau kami pergi dan pulang dengan selamat..huhu..
sampai di rumah dalam keadaan yang sangat kecapekyan..
kak mus datang melawat..beliau juga sangat terkejut dengan keberanian aku sama alia..*peace*

p/s:minggu tak tahu nak ke mansoura, tak nak pakai mushrif buleh ke?? *sengih*

Wednesday, October 6, 2010

selamat untuk semua..
sekali lagi, entry ni atas permintaan seorang kawan..jadi, betapa la aku memerah otak memberikan sesuatu yang menarik dan memberi manfaat walaupun sedikit..
baiklah, begini..
aku tak tahu kenapa, sejak dari sekolah menengah, dalam sehari aku mesti akan dapat pengalaman yang memalukan la..tapi, it's ok since aku sekolah semua perempuan..(even sekali tu jatuh kolam sebab nak mengganggu anak ikan..nggee)..dan macam2 lagilah yang tak dapat aku ceritakan..
jadi, masuk matriks, aku mula azam baru untuk mengurangk
an rasa malu..eh tidak, kurangkan benda yang bikin aku malu..
tetapi, setiap kali aku sebut macam tu, tup2 ada saja kejadian aneh yang menimpa..
tapi, usaha tangga kejayaan!!!
aku tetap juga berusaha untuk mengelak diri aku dari malu dan dimalukan dan memalukan..
dah jadi studen u ni, rasa diri macam matured lah pulak*wink*
so, dengan yakinnya, rasa macam boleh elak la benda2 tu semua.
tapi dah tertulis di luh mahfuz, takkan ke mana nasib aku tu *sigh*..
dan hari ni menjadi sejarah hitam yang merobek dan mencal
ar hati wanitaku apabila perasaan aku dipermainkan (sila tidak over!)..
kes pertama: secret of heaven *tounge out*
kes kedua dalam kuliah aku terpanggil (budget bagus) atau lebih tepat dipanggil kedepan untuk memberitahu nama2 tulang. dengan semangat, aku berjalan ala2 comel ke depan..ngeee...
aku pun mula dengan fibula, scapula, sacrum, skull, hip bone dan lastly tulang yang sangat menarik perhatian aku..aku angkat dan hand..tiba2"hah??" alamak silap tulang..bukan silap aku..
aku pun "eh3, foot, foot bone,"
then dukturah yang sangat baik tu ikut ketawa sama aku dan cakap "what a big hand you girl,"
aku pun tersenyum dan kembali ke tempat dengan macam cumil jugak..hehehehe...
kes ketiga: pulang dari kuliah, macam biasa, berhenti depan masjid nur (kalau tak silap)..tiba2 kawan2 kona ke lain pula. aku pun ikut suka je..tapi, sebab lama sangat tunggu
deme dengan aku tak solat lagi, aku pun cakap dekat kawan nak balik dulu..
berjalan dengan penuh semangat tiba2
"wei, nak pergi mana.jalan balik sana," tunjuk alia ke sebelah kiri..
aku pun buat muka tak malu, padahal dalam hati tu brrr..pandai pula jawab.
"tau la, silap langkah je," hahaha, berjalan dengan penuh malunya.
kes keempat:juga tidak boleh dibincangkan secara s
erius di sini..

berimannyer budak nie..tapi, xkronik macam aku malu lagi niee..weee~~

so,sebagai penutup, nak beritahu, malu itu adalah sebahagian daripada iman. hilang rasa malu, maka hilanglah iman. tetapi malu itu adalah malu kepada Allah. malu untuk melakukan maksiat di atas muka buminya yang kita singgah ini. juga malu dengan dosa yang pernah dilakukan sebelum ini.
dalam belajar juga, walaupun akan membuatkan kita malu, sekurang2nya kita harus ke depan. tonjolkan kelebihan dan tunjukkan kebolehan. bukan kerana bersikap riak dan menyombong hebat, tetapi, sebagai perkongsian dan teladan..

itu saja untuk kali ini..semoga kita semua dikurnia rasa malu untuk membuat nakal dan jahat di dunia..
p/s: thanks to ustaz Mad dan doktor imran yang telah baik hati dan bersusah payah membaiki peti..
p/s lagi: aku perasan, bila aku malu mesti rasa nak tidur..heee

Saturday, October 2, 2010

cuak membuak

ok..entry sebenarnya atas arahan zatil..sebok dy merengek suroh aku update blog dikala raja malas bertakhta dalam diri aku..tapi, disebabkan jiwa raga dan hati yang baik, aku tunaikan juga permintaan sahabat aku sorang nie..serius ya tidak tau mau tulis apa,,jap nak cari idea..

hrmm,hari nie, kuliah pertama histology..sungguh, siot cuaks ya..proff. nama-susah-sebut sangatlah tegas..tapi,beliau sangat bestdan kagum bangat sama beliau kerana dalam kesibukan tu, beliau turut menjaga 2 cucu beliau yang ditinggalkan oleh anak beliau(seorang engineer dan seorang lagi pharmacist)..prof ni serius sangat suka bertanya dan no jote down..just focus on the white board..aku yang memang cuak tahap gaban ni memag tak pegang langsung la pen dan memang tak kelip mata sekedip pun sebab sangat takut dianggap tidur..ngrrr..
tiba2, Allahuakbarallah..
handset aku melaungkan azan..rasa muka time tu dah macam zombi..takut beb prof ingat mesej masuk..hahhah..

macam tajuk entry nie, cuak membuak la aku bila time lab..hoh, sungguh belum sedia nak pegang mikroskop or what so ever..tapi, tak buat apa pon..kami(aku n kawan kuliah) berkenalan dengan alatan2 baru makmal..kemudian, kami diminta menulis (macam kelas seni kan..) gambar mikroskop..ye, lukisan aku paling cantik la sebab ayah aku pandai melukis kan..(sila jangan percaya)..tidak, lukisan aku terlalu kecil dan ditegur oleh proff..oh doktorah, lukisan saya tak akan jadi seindah itu kalau ia besar (mintak dihargai la konon)..nasib baik doktorah tak suruh lukis lain..

kemudian ada soal jawab antara proff..cuba teka..yee, aku lah pelajar cemerlang yang sentiasa di saf hadapan..ha, minta semua bayang tahap kecuakan aku tuh..tidak, sangat tidak terkira yer..
tapi..mujur mujur mujur aku dapat menjawab soklan proff (Allah memang sayang aku)..nak cerita, walaupun proff kami berlainan rupa dan watak, tapi mereka semua baik2 belaka dan sangat suka bertanya 'do you understand?'..atau pon 'u can ask me how many time if u dont understand,'..sangat cool yer..walaupon pertanyaan tu keseratus kali oleh orang yang sama..
kalau kat malaysia, sumpah student tu kene lepuk..lebih ganas lagi, dihantar ke tadika semula..ngrr..saya tidak berniat untuk mengutuk guru malaysia yer..saya cuma nak cakap yang orang malaysia rendah tahap kesabaran dan kedermawanannya terhadap ilmu..macam MO jugak la..bile HO tanya sikit, satu hospital dia jerit..(kalau terasa jangan marah, kalau tak terasa lagi jangan)..

itu saja untuk hari nie..entry merepek untuk atil..

p/s:saya sayang guru2 saya..dan guru segala guru saya:mom and dad :P

radix + balkoni = bahagia =)

menghirup segelas radix di balkoni sambil menghirup udara malam cairo dan menyaksikan anak2 kecil arab bermain bola sepak selepas meraikan tetamu sangat bahagia ok?!
*tetamu datang bawa rahmat, jadi silalah layan dengan sungguh2 dan semangat!!!
kemudian, berniat untuk solat isya' dan seterusnya lagi mengulangkaji ANS..
tapi, rasa (maksudnya tak yakinla) tak dapat nak fokus studi disebabkan oleh kesihatan yang tak memberangsangkan..(oh, ada kerisauan di situ)..
tetapi, capai juga nota proff.Dr. Magda kerana aku kan rajin..ngee..bukan3..
tiba2 nampak tilapia goreng dan air asam.tergugat dowh..jadi, niat murni terhalang sebentar dan melantak dulu..nyam..kepedasan menambahkan rasa sakit ada la..wee~~

informasi:petang tadi jumpa seorang senior(sempai) di kedai macam2..dialog:
sempai: kamu semua sampai bila?
kawan: baru sampai minggu lepas..
sempai:owh,abang nak balik dah tahun depan.

gulp!!eyh sempai, silalah jangan menggoda nafsu kami dengan ayat begitu ok..ngikks..tak membantu langsung..

selesai sudah..

p/s:bancuhkan radix lagi..

Thursday, September 30, 2010

sabar..ikhlas..syukur

Salam..
sebenarnya macam tak tahu nak tulis apa, tapi terfikir untuk berkongsi sesuatu dengan orang2 tersayang di malaysia..
pagi tadi, ke kelas macam biasa untuk kuliah bahasa arab selama dua jam..sulit juga nak mendapatkan trenco ataupun bas pagi2 macam tu..jadi, ambil keputusan untuk naik teksi sahaja walaupun tahu agak mahal.tapi, sebab dah lambat terpaksa lah jugak..dalam LE10..
sampai dewan..wah, ramainya manusia..memang kami lambat..
sementara menunggu pensyarah masuk, aku membaca buku Anatomical of human body (lenguh tangan nak buat pergerakan manusia)..kawan sebelah pula sibuk mengira budget bulanan..serius, awal2 nie memang sangat banyak keperluan yang perlu difikrkan..tambah lagi, peti ais bait kami tiba2 pula dia macam dah nak nazak je..sambil mereka berbincang, aku ikut menyampuk (duit kau..mesti r menyampuk!)..
setelah sejam..professor tidak juga sampai..datang seorang pelajar membawa berita yang sangat mengharukan..KELAS BATAL!
aku pun habiskan bacaan dan kawan habiskan pengiraan dan kami bersiap untuk pulang..
alhamdulillah, tak macam semalam, sekali je aku tunjuk isyarat asyir, ada trenco berhenti..uh suka2..trenco juga tidak penuh..
namun begitu(sastera sedikit), pintu bait pula buat hal..berapa kali pulas, tak juga terbuka..kunci tu tersekat dari dalam..ambil keputusan panggil mushrifah(k.musfirah)..sejam juga la mengurus hal pintu..then, kak mus kata nak pergi kedai kayu..aku dengan semangat nak bercakap arab punya pasal, menjerit nak ikut..*peace*..terkejar2 kak mus dengan kawan beliau di depan..
tukang kayu cakap, kena tukar kunci terus kerana kunci memang problem(memang sudah beberapa kali berlaku)..nak tahu berapa??
upah dia buka pintu: 10 genih..
upah tukar kunci: 76 genih..
kemudian, berbual dengan kakmus dan kak hajar(kawan beliau)..ada seorang dari kami cakap 'rugi duit, x ada kelas'..waktu tu aku dalam bilik dan hampir je nak menjerit 'ya..rugi sangat!!'
tiba2 kak mus cakap, 'eh jangan macam tu.tak baik..kome pergi tu untuk menuntut ilmu..tak baik cakap rugi, macam tak ikhlas..kalau tidak, nanti lagi rugi..' dan ada lagi kurang ingat..
terus aku terkedu dan terfikir..
'ya Allah, aku telah salah menilai keihklasan hatiku..aku fikir aku sudah ikhlas, sedangkan, tidak pernah terlihat pada tingkah laku dan tutur kataku..ya Allah, kenapa aku selalu melakukan dosa yang tidak dilakukan manusia lain..ya Allah, kau luruskanlah hatiku..ikhlaskan hatiku dalam berjuang..berikan aku kesabaran..
begitulah yang pernah aku nyatakan dalam post sebelum ni, keikhlasan adalah sesuatu yang sangat sukar untuk diceritakan..bahkan, graf keikhlasan manusia itu boleh saja turun naik dan sekata sahaja..ada juga yang langsung tidak memerlukan graf..nauzubillah..semoga allah menetapkan hati aku dan kamu di atas jalanNya..
justeru itu, aku sentiasa berharap, ada orang yang akan sentiasa menyentuh hatiku agar sentiasa melakukan sesuatu kerana Allah, bukan kerana kepentingan peribadi..sebab tak akan menjadi..
itu tentang ikhlas..
berbual lagi..berbincang tentang masalah bait kami..
alhamdulillah, rumah kami tidak mempunyai sebarang masalah yang teruk..minor saja..masalah yang biasa berlaku di rumah di malaysia..
bila dengar masalh kawan2 yang lain,rasa bersyukur aku kesangatan..walaupun bayaran sewa agak mahal untuk empat orang, aku bersyukur kerana tidak banyak yang perlu disongehkan..aku berharap, keadaan yang baik itu berkekalan sehingga kami berpindah ke bait lain(kalau nak pindah la)..bersyukur mendapat rumah yang sentiasa ada angin..bersyukur kerana rumah yang serangga gatal2 tidak serius(alhamdulillah tak kena)..bersyukur mendapat rumah yang tidak dibanjiri oleh air tandas..syukur syukur syukur..
tetapi di luar, banyak cabaran yang aku hadapi..baru2 nie, aku nak ambil duit di national bank of egypt(bsn kad)..tetapi, sudah nasib badan, tak dapat nak teruskan transaksi sebab kad belum diaktifkan di Malaysia(belum pernah buat transaksi)..waktu tu rasa macam bengang dan nak menjerit dan nak tendang semua benda yang ada kat jalan sabi' tu..mujur la aku boleh senyum lagi dengan kawan2..lepas mesej2 dengan kaknyah, macam lega sikit..
dalam teksi nak balik tu, tak tahu la nak fikir apa dah..benar2 menguji tahap kesabaran seorang hamba yang lemah dan tak berdaya seperti aku..dalam aku terdiam tu, terlintas di fikiran..aku selalu memohon kepada Allah untuk diberikan kesabaran dan ketabahan hidup di bumi Mesir..terus aku termenung..ini cumalah masalah peribadi aku yang sangat kecil(duit kecil ke?)..tetapi aku dengan cepat, merasa marah dan emosi..aku bukanlah orang yang layak untuk memohon kekuatan..merenung lagi..Allah sedang ingin mengkabulkan doa aku..aku memohon untuk menjadi di antara hambanya yang sabar, jadi untuk manjadikan aku sabar adalah dengan membiasakan aku dengan pelbagai cabaran..kemudian tenang sedikit ditambah dengan azan yang berkumandang *sweet smile*..
hmm..itulah saja cerita antara banyak cerita di Mesir..

p/s:mohon doa semoga saya dapat zakat perak..amin ya rabb...

Monday, September 27, 2010

more more relief

asslamualaikum..
tiba2 dapat surat dari zatil..ingatkan surat apa..tapi..
rupa2nya zatil membaca blog aku pasal tensen tuh..haha..aku tak tahu pulak dia menatap blog aku sebab dia macam tak tahu saja..anyway, surat tu adalah respon dari blog aku tue..ha, so sweet!!
walaupun hanya secebis kertas biru yang ringkas sekali, aku suka bahagian 'kita kan haousemate, teman sehati sejiwa, semua kita buat sama2 kan..dalam studi pon, kita buat sama2 bagi 1rumah nie dapat mumtaz'..yeah*smile*

thanks god for giving me this chance to have such a good friend like her..like them..that always care, and give full attention..that always push me up when there is difficulty..to cheer me up, when there is sadness..i feel cool!!

really, we just know each other when we arrived egypt, but we totally like a long lost friend!!
eventhough we bring very different characters each, we try to understand each other and to know more..

i may be looking for some place that gives me strength..but i forgot, i have many shoulders i can lean which give extra strength and power..friends are better relief site after all!!

p/s:banjir di air panas..jom tolong

Sunday, September 26, 2010

NO SCHEDULE THROUGHOUT THE DAY...CAN I CALL IT THE WORLD BORING DAY??

Saturday, September 25, 2010

imah tunang??

Imah ko belajar kat mesir ko dah tunang la ye??
Agak lucu soalan seperti itu..tapi, cuba untuk menyusun kata agar ayatku jelas, tidak memeningkan yang bertanya dan tidak menambah keraguan dan salah anggapnya..
jawabku mudah saja, tidak dan tidak perlu..

bila saja teman2 mengetahui aku belajar di mesir, ada di antara mereka yang menganggapkan aku sudah bertunang..ada juga yang menyuruh aku bertunang..dan ada juga yang menganggapkan aku sungguh berani kerana tidak memakai 'cincin tunang' di jari manis seperti kebanyakan orang..
kawan aku juga sebelum ini pernah berkata kepada aku, aura untuk berkahwin sangatlah kuat di mesir..atas dasar apa beliau mengatakan itu, tidak aku ketahui..
tapi, aku agak tahu kenapa ramai jejaka Malaysia yang menuntut di mesir sangat ingin berkahwin(bukan semua atas alasan yang sama)..

berbalik kepada apa yang ingin aku katakan..ramai kita menganggapkan para pemuda arab adalah gatal..pada saya, itu hanyalah satu fitnah yang sangat tidak munasabah..aku baru beberapa hari di mesir, untuk memberikan konklusi secara tepat, mungkin tidak..tapi lebih salah lagi mereka yang langsung tidak pernah berjumpa orang arab tetapi mengatakan yang bukan2..
daripada apa yang aku lihat sendiri, aku boleh katakan, pemuda Melayu yang gatal..kerana, beberapa kali(di Malaysia) ketika berjalan dengan adik-beradik atau kawan2, kami di'hai' dan di'assalamualaikum' oleh anak2 nakal..tetapi, ada juga remaja yang tahu sopan santunnya dan baik lakunya..

jadi, begitulah halnya di Mesir..tidak semua pemudanya begitu..jadi, janganlah beranggapan semua orang arab itu gatal..Rasulullah tu bukankah berbangsa arab?jadi, ada je yang mencontohi watak lemah lembut dan perilaku penuh sopan nabi kita.. pemakaian cincin tanda mungkin satu akternatif untuk mengelakkan diri dari diganggu..tapi, untuk makluman, ada je yang pakai cincin kene kacau..jadi, berhati2 tu sangatlah penting..sebelum keluar rumah, 'bismillahi tawakkaltu 'alallah'..insyaallah, jika kita hanya bergantung kepada Allah satu2nya, kita akan selamat di bawah jagaanNya..

menyatakan dan menggambarkan orang arab itu sebagai gatal itu telah menjadi satu fitnah kepada mereka..dan fitnah itu dosanya, jauh lebih besar daripada membunuh..kita tak nak bangsa kita difitnah, jadi tidak seharusnya kita memfitnah orang lain..
cuma ingin dijelaskan, ada beberapa sikap yang memang menjadi tanda kepada sesuatu puak seperti puak(bangsa) Melayu sangat dikenali dengan adab sopan..begitulah juga mereka..(tidak perlu dinyatakan)

p/s: single-in a relationship= i'm in study mood!!
Asslamualaikum..
sekarang di cairo jam menunjukkan pukul 11.18 pagi..ha memang pon awal lagi..saja nak bagi tahu..
semalam aku dan ahli bait buat usrah tak rasmi..berkongsi cerita suka, duka, sayu, impian bergelar doktor dan tak kurang juga politik lah..
.jadi sangatlah rancak perbualan kami terutamanya berkaitan 1Malaysia..ok stop, atil suruh stop..beliau takut aku kena tangkap..
lagi pasal keluargalah kan..jauh2 merantau nie, selalulah keluarga yang menjadi sebutan..sampai melelah kak shamilah mengenang keluarganya..seriously aku pun sayu jugak mengenangkan mak, ayah tok kiah, tok yazid, opah n semuanya lah..secara logiknya pun, dalam masa 6tahun macam2 hal yang boleh terjadi kepada aku dan kepada keluarga aku juga..jadi doaku di bumi barakah nie, semoga semua keluarga seihat sejahtera dan selamat selalu hendaknya serta panjang umur untuk bertemu lagi di lain hari..
lagi apa lagi yang aku cakapkan??owh, terselit juga pasal urusan jodoh..
apa yang aku dapat lihat dan dengarlah, ramai perempuan suka lelaki doktor, tapi sangatlah sedikit lelaki yang suka perempuan yang menjadi doktor..
jadi fakta-yang-tak-tahu-betul-ke-tak ni menjadi kebimbangan sesetengah kawan2 aku..
aku??to be honest kerisauan aku hanyalah beberapa peratus daripada rasa risau yang wujud dalam diri..pada aku sendiri, jodoh itu adalah rahsia Allah, dan tidak ada sesiapa pun yang dapat merungkainya sebelum mereka bertemu jodoh..
jadi, terdapat beberapa suggestion untuk mencari jodoh sewaktu belajar..
should i??aku tengok ramai saja doktor wanita yang berkahwin..jadi bukanlah satu isu besar kalau nak kata tak ada lelaki yang nak kan perempuan doktor..
mak kawan saya doktor..kakak kawan saya doktor, sudah berkahwin dan mempunyai anak..
isteri ustaz hasrizal sendiri seorang doktor..jadi marilah kita sama2 percaya jodoh dan pertemuan itu adalah di tangan Allah..jika kita telah ditakdirkan untuk tidak berteman hingga ke lewat usia, percayalah bercinta dengan Allah itu adalah kemanisan yang maha agung dan nikmat yang tidak terhingga..jadi kepada pelajar2 perubatan, belajarlah bersungguh2, kerana bidang yang kita ceburi ni, bukan suatu bidang yang sangat mudah..disamping ini sajalah yang menjadi bukti dan sebagai balasan untuk kedua ibu bapa kita(meskipun tidak akan pernah terbalas)..
sementara kita masih belajar nie, enjoy lah kita punya pelajaran..
nak cakap lebih2 pun, sebenarnya adalah tidak boleh, sebab seperti yang dinyatakan awal tadi, jodoh pertemuan tu di tangan Allah, jadi boleh jadi(boleh jadi=mungkin=tak pasti=50-50) aku pulak yang tup2 kawin waktu belajar..tapi, doakanlah aku tamat pengajian ni dulu kan..
ha, sudah tidak ada apa lagi..semoga kita dipertumakan jodoh dengan orang yang baik2..

telah Allah ciptakan kamu pasangan dari jenismu....

p/s:tukar status di fb, sangat kecoh ya!

indonesian? siamese? chinese?

assalamualaikum..
untuk hari ni, aku bersama kawan2 pergi ke markaz pas opss...markaz aqm untuk program masak memasak..oleh kerana geng bait aku cuma perlu potong memotong saja jadi tidaklah aku tension..ngee...
menu kami ayan goreng, sup sayur dan sambal yang tak pedas LANGSUNG ok!
nak beritahu, sayur kobis dia sangatlah besar..jauh jauh jauh lebih besar dari bola sepak..bola golf apatah lagi..
begitu juga bawang dia..dan ia sangat memedihkan mata..duduk sepuluh kilometer jauh pun mungkin terasa pedih jugak kot..kot la, tapi macam tak logik kan..jadi, silalah tidak percaya..
kemudian pulang kerumah untuk solat zohor, dan tertidur..bukan, saja nak tidur..
kembali semula selepas asar untuk makan2..
jumpa kawan baru..nak tau dia cakap apa??
"saya ingat awak indonesia atau thailand,"kata dia-yang-saya-lupa-namanya..
saya pulak buat2 senyum comel..
"untuk pertama kalinya,patut hang dapat anugerah. actually memang ada darah indonesia dan thailand"
dan memang darah yang mengalir tu dalam beberapa mililiter saja..ngeng!
begitulah ya, aku rasa aku ni memang banyak muka kot..sebelum nie pun ada kawan cakap muka aku macam cina..sangat lucu ya kerana mata aku bukanlah sepet pun..

p/s:tak ada benda nak tulis, gatal tangan nak tulis jugak..weee...

Friday, September 24, 2010

Banjir di mesir?!

pelik tak di sebuah negara yang kering dan panas tiba2 keluar berita banjir berlaku..ya, itulah yang berlaku sebenarnya. tapi, bukanlah dekat bandar cairo atau alex atau apa, cuma dekat dapur bait aku saja.ngeee,,,
hari ni giliran aku untuk memasak..sebab ketua rumah nak sangat rasa masakan aku kan..lastly, aku pon amek keputusan untuk buat masak kicap..pada asalnya nak buat kari, tapi macam leceh la sebab nak kena masuk santan pulak..
kemudian bakar ayam.actually itu adalah ayam goreng, tapi aku lupa pula nak tarok kunyit dan garam, so dia kelihatan seperti ayam bakarlah..he..tapi rasa dia sedap ok..ha perasan sebentar.
kemudian makan2..
lepas makan, aku masuk ke bilik untk improve bahasa arab aku dengan membaca buku yang dihadiahkan oleh kaklong..
kak shamilah(ahli bait) mencuci pakaian sejak dari hari mula disimpan..yeey, akhirnya mesin itu dirasmikan juga..
tidak berapa lama,zatil(juga ahli bait), mengajak aku untuk melawat mereka..untuk meraikannya aku pun pergilah..
deng deng deng deng.....
terkejut beruk aku melihat dapur kami sudah penuh dengan air..macam dapur terapung lah pula!
"how can it turn like this?"tanyaku..mereka hanya ketawa..ketawa ketensionan sebenarnya..
dapur di rumah kami, tidak ada paip untuk salurkan air dari mesin basuh sewaktu keringkan baju..jadi, menjadi satu kerja untuk tunggu dan tadah air dalam baldi dan curah dalam sinki.kami letak di dapur, kerana hanya di situ saja tempat yang ada soket. tapi, macam mana boleh jadi macam tu aku tak tahu. mungkin, paip saluran air tu dah tercabut dan air melimpah dengan banyaknya..
satu lagi hal, peti ais di rumah kami tidak berfungsi dengan baik. bahagian freezer tu hanya membeku di bahagian atas sahaja, jadi makanan macam daging, ayam dan ikan cepat rosak. jadi, tak dapat nak beli simpanan untuk jangka masa panjang..waktu sedang menulis entry ni pun, doktor marwan datang ersama geng beliau untuk membaiki kerosakan..tapi, tak sampai lima minit, mereka semua minta diri, katanya peti ais tak dapat diselamtkan lagi. jadi, doktor marwan akan kembali semula esok untuk membaiki sinki yang tersumbat pula..
pasal baju tadi, oleh kerana tidak sempat dibilas, aku memberi idea kepada mereka agar baju kami tidak perlu dibilas dan harap mereka redha saja. tak sangka ahli2 bait aku setuju dengan idea bernas aku tu..he,,
kemudian timbul satu lagi masalah kerana tiada tempat untuk sidai pakaian.jadi, zatil pula mencadangkan untuk buat tali yang disambungkan dari tingkap sebelah katil aku ke katil double decker kak shamilah..setuju saja! satu hal, kami perlu cabut ampaian bila taknak guna dan pasang semula. jadi termaktublah peraturan baru, basuh baju hanya pada hari cuti!
mesin basuh kami juga telah dialihkan ke sebelah tandas, tapi soket pula tiada, jadi perlu sambung pada extension wyre..SETIAP SESUATU TU, PASTI ADA BAIK DAN ADA BURUKNYA..
begitulah keadaannya ya..aku anggapkan semua ni adalah suatu perkara baru yang perlu aku lalui dengan tabah dan redha. banyak lagi benda yang jauh lebih mencabar yang mungkin akan berlaku kan3?

p/s: 'kullu samaniah??' 'wahid faqad??'.....tanyaku kepada peniaga arab..he, saja nak menunjuk boleh cakap arab..ngeeee,,

Thursday, September 23, 2010

AKU TAK SUKA!!!!

ok..apa kes entry macam nak bengang je kan??memang pon nak bengang..silalah ambil perhatian..
dalam dunia nie, banyak mende yang kita suka dan mayak jugak mende yang kita tak suka..jadi ini adalah senarai pendek benda2 yang aku sangat2 lah tidak suka!!
1- aku tak suka orang kacau aku waktu aku tengah tidor(kecuali untuk hal2 penting macam solat+makan)..especially dengan bunyi mesej dan call..especially bila yang call tu orang yang menggedik tak tentu hala..kalau family aku yang call xpelah jugak, bolehla melepas rindu!!ngrr...
2- aku tak suka orang kacau aku waktu aku tengah study..coz, aku nie jenis study bila ada mood..so, untuk mendapatkan mood yang really i need to work hard ok..kene solek2, kene mandi2, kene minum air makan itu baru ada mood nak study..so, i hate damn much those yang mesej aku tengah study walaupun deme tak tahu aku tengah study..juga mesejnya sangatlah menggedi..eii kau, aku tak perlukan 'kawan' la sekarang nie, aku ada cita2! xpayah berangan lebih2 boleh??
3- aku tak suka orang mesej aku bukan2..mintak kawan la apa2 lah..jadi, sometimes i said harsh words not in pupose..kadang2 dia adalah kawan yang nak mengena aku..jadi aku mintak maaflah sebab aku memang tak suka lawak bodoh..bab kawan2 nie, aku jujur walaupun aku suka menipu..lagi, kalau perempuan yang hantar mesej nak mendoga..owh, sangat gediks ok!!silap no rupanya!jadi, aku turut seranah bukan2..jugak mintak maaf dan sebagi pengajaran.
4- aku tak suka orang bila aku serius dia main2..ciyes ok..aku nie bukanlah jenis yang serius, jadi bila aku serius, aku memang seriuslah!tak payahlah buat jenaka pula..
5- aku tak suka orang yang asyik kepoh itu ini pasal orang lain..silalah buat hal kome..mengumpat tu berdosa..aku nie jenis tak reti nak tegur orang, then aku pon terjebak dalam dosa jugak..
6- aku tak suka orang yang asyik menyesal...what the hell?!!setiap kebaikan tu, datangnya dari Allah dan keburukan pon dari Allah tapi of course sebab kelemahan kita manusia..jadi nak menyesal buat apa..perbetulkan keadaan sudahlah..kalau dah pilih jalan tu, jalan tu lah..kalau tersedar jalan tu salah, Allah sentiasa bagi ruang untuk berpatah balik dan mencari semula haluan..one more, dalam buat kebaikan, memang lah banyak halangan!!mana ada mende yang senang sangat dalam dunia..menyesal itu, menyesal ini apa ertinya hidup..honestly, aku pun pernah menyesal dalam sesuatu hal, tapi ambil masa la fikir2 balik hikmah di sebalik kejadian.. masih banyak bende yang boleh dilalukan.menyesal tak membawa kebaikan.
7- aku tak suka orang yang meggedik dan suka menyendeng kat aku..i do love kids. tapi, even dia budak pon, kalau dia semacam jer, xpayahlah..sebab tu, biasa boys lagi bes dari girls kan...
8- aku tak suka orang yang asyik menggelabah..asyik2 gelabah..dahtu, ajak aku gelabah sekali..cool la sikit.relax.ini, semua benda 'macam mana ni'..'wei aku takut'..dowh!!
9-aku tak suka orang yang tak reti bergaul. alah, kawan sajalah dengan sesipa pun. ini nak berpuak pula..bila orang nak sembang ngan dia, dah lari ke lain..fullamak..pe masalahnya..bagus sangat ke??aku pon manusia gak..budget aku nak kawan ngan dia sangat..nak kawan aku terima..tak nak sudah!!!
10- aku juga tak suka perempuan yang asyik cakap pasal orang laki, kawen, orang laki, kawen..xde mende lain ke..lek luh, muda lagi kot..
11- aku tak suka aku buat mende nie.sebab orang akan kecam aku.tapi aku buat juga, sebab aku dah lelah!

p/s:entry ini tidak ditujukan kepada sesiapapun yang hidup atau yang mati, jika anda terasa saya mintak maaf, xnak maafkan urusan anda dengan Allah..saya hanya meluahkan apa yang terbuku di hati.tiba2 dia rasa nak meletup..

Wednesday, September 22, 2010

terbaru

salam..
yeii..aku sudah menukar template dan background baru untuk blog aku..mencari sesuatu yang petak2 tapi tak jumpa loh*sigh*..
jadi, mencuba sesuatu yang baru..
dan terjumpa background yang menceritakan tentang aku..ngee...
masih dalam proses mengupgradekan blog ni supaya lebih mesra alam dan mesra pengguna..hik2..
sangat lemah ya dalam menggabungkan warna..jadi perlukan lebih masa..
dan semuanya perlu selesai sebelum aku mula kuliah..kalau dah kuliah mesti sibuk loh!
jadi aku masih mencari2....

p/s: more heads better than one head?!

Tuesday, September 21, 2010

this 'egyptian story'

assalamualaikum mak, ayah, my sisters bros and all friends..
hopefully always in good mood and stay healthy ok coz selsema sangt lah leceh(sedang selsema)
sila ambil perhatian ini adalah entry pertama aku sejak berada di ardul kinanah nie*seram*
erm..baru bbrapa hari, sudah banyak yang aku lalui..daripada waktu flight nak landing sehinggalah nak surf tenet..
telingaku bagai nak pecah ya sewaktu egyrptair nak landing..rasa nak menjerit2 atau nak lompat sahaja dari kapl terbag..tapi bunuh diri tu berdosa besar tahu?! dan ada juga rasa 'owh,tobat xmao naik kapal terbang dah!'tapi, sumpah la nak naik lagi, kalau tak, macam mana nak pulang malaysia kan??jadi, hanya bersabar sahaja..
di cairo aiport, sementara menunggu beg tiba, seorg pak arab datg kepada kumpulanku..tiba2 dia tanya..boleh cakp arab?(sila translte ke bahasa arab) aku pon jwab..la2..tapi kawan2 jawab syuwaiya2..ngeng..dalam hati 'ah sudah deme nie!)
apa lagi, pak arab tu pon, wrengwrengbaanahuahwek la..buat pertama kalinya tercengang di mesir..a kantoi sudah!haha..
lepas dy tau, yang kami sumer tak reti dy pon tanya plak..boleh cakp injliziah?(translate lagi)..
dengan segera kami menjawab naam..(xbley blah skema!) si pak arab pon panggil kawan dia untuk berbicara..selesaila masalah..

keluar dari airport, bukanlah sesuatu yang sangat mengejut berukkan,.soz, dah banyak dengar cerita dari kaklong, yeop, ayahchu dan chu..jadi, ketika kawan2 lain merugut2 aku hanya mampu tersenyum dan terdiam(besabarlah kawan2..banyak lai cabarannya..kalau setakat habuk, sampah kome tak tahan apa kes dengan serangga2 perosak dan lipas2 sumer yang menyebabkan sakit kulit?)..actually, ikan bilis aku dimasuki semut..ngee...sudah kuhabisin!

tercengang yang kedua..aku bersama teman serumah ke spinney untuk beli kelengkapan yang masih belum ada..buat pertama kalinya, aku memilih untuk membeli yag paling murah tanpa memikirkan kualiti langsung..hihihih...di kaunter, aku berada di bahagian depan sekali..teng..
wrebgwrng hihahula...*blur*ok, pak arab tu faham..then tanya, tak cakap arab(sila translate) aku pon yeh(oppssi, terkeluar korea plak..ngeng btol)..dia pon tanya kwan aku..
skali lagi, dia macam nak kenakan aku plak..tanya lagi..kullu2??*tunjuk kawan2* aku pon naam2..cececeyh..kesimpulannya aku hanya boleh cakap la naam la naam..haha..

ke haiyu asyir(bait ku) menaiki teksi hitam..paham2 sajalah bila dah hitam tu..
fuiyooo,ciyes rasa macam dok kat litar sepang..aku sniri naik ferari..huahhuah..pemandu dia siot cekap kot!!tiba2 menyaksikan sebuah kereta terpusing2 dan hanya aku saja yang menyaksikannya..rugi btok kawan2 aku..tapi, even terpusing camtu, bleyh lagi selamat tu..kalau kat mesia rasa masuk icu kot..
sewaktu nak u turn, hampir di tabrak oleh buldozer(btol ke eja) ok..tapi, dengan kecekapan 'fernando alonso' aku dan teman2 selamat jugak dari digelek tayar yang sebesar kereta tu..(syukur33 alhamdulillah ya allah!)..tapi jantungku usah dikatalah nak terkeluarnya..
jadi, sudah tibalah di haiyu asyir dengan selamat selama2nya..

sudah tiga hari belum mandi,kerana takut disamping tidak berselera..he...
untuk membuatkan beberapa orang jeles*wink* nak beritahu, rumah saya ada wireless ok?!haha..sangat bersyukur juga kerana rumah ku sangat dalam keadaan baik berbanding apa yang aku sangka..

apa2 pun..mesir menjanjikan satu kehidupan yang penuh cabaran dan aku adalah orang yang akan menutip pengalaman itu sebaik mungkin!!
menjejak rindu para nabi,mengambil iktibar firaun dan ilmu perubatan tentunya!!
ganbate imah sensei!

p/s: kawan2 di mesir, jemput ke rumah gue..
:semoga semua di rumah sihat selalu..

Saturday, September 18, 2010

good bye malaysia!!

Salam..


ini mungkin entry terakhir aku sebelum aku meninggalkan malaysia yang selesa..
tinggal beberapa jam lagi aku akan memenuhkan perut EGYPTAIR flight..huk..
tinggal beberapa jam lagi aku akan meninggalkan kawan2 aku tercintak!moge2 kome bahgia selalu..
dan, akan terjadilah episod duka kepada blog aku yang mungkin akan disawankan oleh tuannya ini..haha..begitu juga fb..mungkin tidak akan bertukar statusnya untuk beberapa ketika..
juga, tidak dapat bermesej-mesejan lagi bersama teman..
akantetapi, janganlah kalian riso yerk, sebabnya aku telahpun mengornbankan kredit aku dengan banyaknya untuk menelefon kome..mungkin ada antara kome yang telahpon mendengar suara aku yang ala2 merdu ni kan..(silalah jangan tersenyum sumbang ok!)
kepada IZZAH, PARTNERku, NISA aziz, SHU, NANA, silalah tunggu aku punya sayonara call ok..*sebak*


so, marilah kita tidak sedih atas perpisahan nie..


jadi, dengan penuh rendah hatinya, aku mohon maaf kepada sesiapa yang pernah aku kecilkan hatinya tersentuh jiwanya..mintak halal sumer benda..
doakan kejayaan aku di perantaun dan kuat menghadapi orang2 arab..sabar merasa panas gurun, tabah merasa musim dingin melampau dan gatal2 badan..ngee...
semoga kita semua berjaya dalam bidang masing2 kawan2ku..jika kalian ingin berkahwin, silalah tunggu kepulanganku dahulu ok..lekluh..aku baru 25 waktu aku blik..ha..jangan gelojoh sangat..



Waaaa...aku Insyaallah akan rindu sama ikan goreng cicah sambal belacan, juga2 ikan2 kecil di akuarium dan kucing yang selalu kena marah dengan aku..mak ayah??usah ditanya loh....
juga insyaallah akan rindu untuk drive dan bawak moto keliling kampungku permai..
baiklah, barang2 aku banyak yang masih belum berkemas..pergi dahulu..
sila ingat isi penting entry ni
:maafkan aku
:halalkan semua
:doakan aku tabah di negeri orang
:doakan kejayaan kita BERSAMA dalam berkatNYA



p/s: kepada sesiapa yang bateri fonnya telah habis, sila cas dan tunggu panggilanku ok?!
:yang berkenaan, jumpa di mesir yeah!

Tuesday, September 7, 2010

itu raya..

Assalamualaikum..

sudah ramadan ke-29(i mean esok)..bererti, sudah tarawih yang terakhir (esok juga)..

jadi, aku berdoa untuk semua kita umat islam, agar ramadan akan mengunjungi kita lagi pada tahun akan datang, akan datang dan akan datang!!hee,,

juga..selamat hari raya aidilfitri kepada semua kawan2 dari segala ceruk rantau..titik!

juga..ampun maaf aku pohonkan andai selama aku menulis dan menaip, ada sebarang salah silap dan terlanjur kata(anggaplah ia sebagai typing error),,haha..kepada sesiapa yang tidak mahu memaafkan aku, sila rujuk semula status blog di atas ye!!

baiklah, semoga kita semua kembali kepada fitrah sebagai umat islam dan hamba Allah di hari lebaran nanti..
p/s: terasa rindu sama lemang dan ketupat serta rendang ayam..nyam3



Sunday, September 5, 2010

if i was a doctor...

Hello to the all,
today's evening, i went to Baling, looking for my sist's(kaklong) baju raya..really, it was kinda tiring but yet, we managed!(if not, my sist would be killed) *evil*
I'm not going to talk her kurung but something that had happened recently while we were looking for the cloth..
Me and my mom were discussing and surveying for the better one and suddenly, all my sisters(k.long, k.nyah, ijah, ainin, anis) called my mom.. from their face, i could read that something bad happened. i laid down the cloth and walked slowly over them.
Gosh, what a pity to see an old woman grovelled on the ground and it was crowded at that time..
My sisters were talking among them 'oh, poor lady'..other said 'you, go help her'..other said 'i can feel the illness'..other said 'i can't see it, it's so poor'
And I, just stood and said nothing because there was nothing i could say..long I stood there watching the woman..at the time being, i wished that i am a doctor and if i was a doctor, i would run faster and save her unfortunately i was not..i stood there even longer and thought, if i had finished my studies, that lady, wouldn't have to sit there and seeing her blood got dry while she herself was sick..
Also, at the time being, i was very upset and a little bit frustrated and disappointed..
But, the most interesting was, i became more excited to excel my future and to help others..
HERE I GO!!!!

p/s: sorry to anybody that i did wrong today!

Monday, August 30, 2010

c0de bLue

salam sejahtera para penghuni syurga(insyaallah)..
semoga ramadhan bertambah baik, amalan bertambah banyak, keimanan bertambah2 kuat..
to the topic please..ya, baru sahaja menghabiskan drama Jepun; code blue..
seriously, cerita itu sangatlah best ok!!tahap z! darama ini sudah lama(mbe in 2008) but, i recently updated by my sister..
sangat inspiring, delighting walaupun sdikit boring kerana sedikit slow..
anyway, suka juga sama Aizawa sensei kerana dia sangatlah bijak dan cool, dan tetap tenang walaupun dia tidak pandai mendekati pesakit..ish2
juga pada haejima sensei kerana dia garang yeah tapi sangat sensitif..
juga, kagum dengan teknologi di Jepun untuk memberi khidmat yang baik kepada rakyatnya..
Doctor-heli!
jadi, di Malaysia harap dapat diwujudkan jugalah untuk rakyat didahulukan..erm,,
ok, bersemangt sudah!
sesiapa yang masih belum berkesempatan menonton, sila2lah ya..kerana dia juga bagus seperti ER dan grey's anatomy!
selepas ini, code blue spesial pula

p/s: sudah buat kad pengenalan baru!

Friday, August 27, 2010

7 days around ILIM..


ro0mate aku..

medical doc and dentist..


kump. tadarusku..


kump. ldk pula..
bersama fc..kak isma
lastly..sesat di mid valley








p/s: i broke my promise at ilim..haha, guess what?!












Tuesday, August 24, 2010

yesterday was a long day..

Ya...wth with yesterday??i got all things wrong..tension ok?!
Where did i false??please2..
ok..all that had happened already, nothing can be grimmed for..redha saja yeah??
it start here..
Me with sha..took a komuter from mid valley to tanjung malim but actually we supposed took a train straight to ipoh..ngeng..it was first time ok..add, the day before we lost at mid valley..
ha..macam gila tak tahu nak tanya siapa..imagine that..
dengn beg besr bukan sbijik dua..pusing2 mid valley..haha..sha was the best actress ever,,
pretend that she really needed to use the toilet..'how much you visited the toilet sha?'kaka..
i thought that, foreigner is better..ha,,
then, took a cab to um, 2 nights in mai's room..thanks to her yang sudah meminjamkan maggie dan biskut sama aku..
here comes tanjung malim..
because it was first time, me and sha really didnt know what to do..so, i asked a young lady how to go to ipoh, then he asked her husband..
this couple are really nice ok..that guy(the husband) asked the worker there when the next nearest train coming..wow, at 2p.m but at that time it was 11a.m, so that nice guy offered to drop us at bus station..we agreed..
i bought two ticket, for me and sha..it was really clumsy that i have no idea what word can explain it..
about 2p.m we arrived in ipoh(medan gopeng) for sha done, but i got to take another bus to gerik..
so, i check my purse to ready the money,,teraba sana sini, and oh my god..there was nowhere..
i told sha and we tried to chase the bus(sri maju) unfortunately it had gone..
at the same time, sha's father was there already..dengan baik hati, sha mengjak bapaknya mengejar bas tu..at fisrt, we mistaken the driver, and he told us to go to the sri maju office..
at the office, we make a report and checked the bus, still the purse is nowhere and i was really frustrated..
pinjam duit ayah sha untuk tiket gerik..(sha, i pay you back in genih ok rite??haha)
i called mom and told about this accident..if i tell her when i home, my ear will got ache..ngahha..
with the ramadan baraka, my mom stay calm...hehe..
today morning,
i went to police station, JPN, CIMB bank to settle up my things and problem..
hopefully, it will be finish before i fly..ngee..

p/s: should be an entry about ILIM, next time maybe..


Thursday, August 12, 2010

nasihat buat makcik-makcik

Assalamualaikum..
Apa khabar puasa anda?
Apa khabar tarawih anda?
Apa khabar nafsu anda?
Sudahkah terdidik dengan iman dan dikalahkan oleh taqwa?
Hmm..aku??nafsu amarah aku sangat memuncak sehingga aku terpaksa melepaskan witir aku..huh!
Sangat bengang ya sama makcik2 di kampung..sejak dulu walau pon sudah diberitahu masih lagi tak pandai2 nak buat saf yang sempurna..
Tidakkah makcik2 tau, bersolat di masjid itu tujuannya untuk berjemaah, tapi bila dah terputus saf maka tidak dikira dalam jemaah la..
sudahlah duduk sebelah aku, nak tegur kang, mungkin dia akan cakap 'eh2, pandai2 budak hingusan ni nak tegur aku'..dah tak tegur, aku plak susah hati..jadi, blog aku ni la tempat aku meluah perasaan walau aku pasti, tak ada makcik yang baca pon..
Kesian dengan makcik2 yang duduk kat saf belakang..tapi makcik2 tu pun haru jugak, bukanlah nak naik ke atas..sebab tu sangat hepi bila aku dapat saf di hadapan..
Tepi pelik jugak, yang aku perhatikan, makcik2 kat kampung je macam tu, makcik2 bandar ok je..sebab dulu pernah pergi solat masjid negeri, makcik2 semua pandai je terkedek2 nak ke saf hadapan, merapatkan saf..tapi kat kampung, bila panggil pun, main tolak2 pulak..dowh!!
begitulah agaknya, di bandar mungkin makcik2nye lebih berilmu dari makcik2 di kampung..
Tapi, bukan semua yang sebegitu rupa, jadi jika nenek atau ibu kalian sebegitu rupa, harap dapat menegur beliau untuk membina saf dan susunan yang lebih teratur. itulah strategi perang!
Akhir kalam, harap maaf jika terkasar bahasa tersilap kata terlanjur bicara..seperti status blog, aku berhak untuk menulis dan anda berhak untuk komen!

p/s: tetbe plak rasa macam nak pergi naik mimbar bagi kuliah..haha

Tuesday, August 10, 2010

no subject!

Sabtu ni akan ke ILIM untuk program orentasi pelajar medic di mesir..*cuak*
Erm,,agak kerisauan sedikit di hati sebab tak ada teman merantau..hwaaaaaaaaaaaa.......
Tinggal sebulan je lagi nak berangkat ke bumi anbia, tapi persiapan masih di tahap kritikal..ngeh3..
Ciyes la, sangat tidak tahu kenapa aku mesti memilih medic??ho2, harap Allah tunjukkan jalan dan memberi kelapangan, kemudahan dan semualah yang baik untuk aku dan agamaNya..ngee..
Jugak tidak tahu macam mana keadaan aku nanti sepanjang orentasi..huh!

Esok puasa kan? so, malam ni tarawih..yey!!

p/s: spe nak teman pergi ILIM?

Wednesday, August 4, 2010

ramadan yang lebih baik..

Assalamualaikum n hello everybody...


Ramadan sangat2 mendekati kan?? and for sure semua penduduk bumi bernama manusia (yang benar2 muslim) sudah tidak sabar lagi menahan lapar, dahaga, nafsu, lagho dan sebagainya..ngee


picture says more than word..so, please understand!


aku pon sama jugek(sila sebut 'jugek' ye)..memandangkan aku bertapa di rumah sejak bulan 4 sehinggalah sekarang, maka aku hanya berpuasa beberapa hari saja di bulan syaaban n nile untuk bulan rejab..ngeng kan aku nie??haha,,kerana di rumah, cubaan dan godaan sangatlah berat ye. sambil menonton televisyen, roti kaya atau serunding atau koko crunch adalh wjib ya..tempoh untuk mengembangkan badan yang memang dah kembang..

jadi dengan rasminya, aku berazam untuk ramadan baru(tahun baru untuk aku) ini, aku ingin menjadi seorang hamba yang lebih baik. kepada sesiapa yang baca nie, silalah rajin tadah tangan untuk mendoakan aku yang lemah ini ok?!

Ramadan je ibadat banyak, bulan lain pecer??wah, sumbang bangat kata2 loh..

bukan macam tu la kawan..tidak salahkan kalau kita nak menjadikan bulan ramadan satu turning point untuk menjadi seorang manusia yang lebih berjaya.lagipun, bulan ramadan kan dikenali dengan ibadat? bulan adanya lailatul qadar..ha, rebutlah peluang keemasan..

satu lagi, sudahlah bulan2 lain ibadat kita(sila gantikan aku) kurang je kan..ha, marilah kita beramai2 memeriahkan ramadan yang mubarak dengan ibadat yang diikhlaskan..erm, semoga kita semua berjaya ya..

ini azam aku..

1- puasa penuh..ngeng ckit!

2-tolong mak masak sahur

3-lebih penyabar dan penyayang(macam nak jadi ibu la pulek,,ngahha)

3-kurangkan tidur

4-tarawih 20 stiap malam, insyaallah.-selama ni pembuka dan penutup ramadan jerk..

5-tak nak makan dengan banyak waktu berbuka

6-nak upgred ramadan kali ni jadi 80%(dah mumtaz kan).



Ada beberapa kerat yang tidak wajar tangan aku taip..

Mengharapkan doa dan pendorong ya..



FATHIMAH SEMANGAT!!!



Selamat berpuasa ye hang..n till next post



'diwajibkan berpuasa pada bulan ramadan ke atas kamu seperti mana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu, moga2 kamu bertakwa'



p/s: gud lak deh kepada sesiapa yang baru nak beljr puasa