Wednesday, November 28, 2012

so long..

Assalamualaikum w.b.t
Selawat dan salam untuknya kekasih kepada kekasih,,

Wah, lamanya tidak menggerakkan jari jemari untuk menulis sampai ada yang bertanya. Mujurlah ditanya, kalau tidak memang sampai ke hujung tahun butang 'tasjil dughul' tidak ditekan. Bukan tidak mahu menulis, bahkan penulisan memang menjadi satu kegemaran. Cuma, sangat penat menjadi pencuri. Pencuri masa. Tak tahu masa mana yang sesuai untuk menulis. Banyak sekali benda yang ingin dikongsi sejak barada di ardul kinanah selepas pulang dari cuti. Tapi, semuanya ditangguh-tangguh sehingga basi dan tidak enak dan tidak berperasaan untuk menulis.

Tahun ini lebih sibuk berbanding tahun lain, walaupun jadual tidak sepadat dahulu. Lebih-lebih lagi banyak tanggunggajwab baru yang perlu digalas dan dilangsaikan. kalau tidak menjadi hutang sehingga ke akhirat lah. Plus, tahun ini boleh menyebabkan kegilaan kalau tidak kuat dan tidak dekat dengan Allah. Serius. Subjek tahun ini sangat berat tetapi sangat besssttttttttttttttttttt....Tapi, nak menghafalnya kena mujahadah setinggi langit. Allah, semoga jalan terbuka luas untuk saya dan rakan-rakan. bulan satu nanti mid year dah mula, dan stress itu memang benda wajiblah sebab tak payah tunggu mid year, exam berderet-deret.

Ok. pendek saja untuk kali ini, penat ok memerah otak nak memikir nak tulis apa. Zaman bila pula nak datang sini tak tahu lah.

so long i wait to write here.
so long i think what should be written here.
so long i'll leave here again...

nota kaki:suka keluar malam, tapi saya wanita solehah.ehek : )

p/s: take care.