Saturday, October 23, 2010

Bye2 gang..

Assalamualaikum..
aku rasa nak berjanji something la..tapi bukan dekat kalian2.nak janji dekat diri sendiri je.
kalau janji dekat diri sendiri tak ada masalah bila aku 'broke my promise' kan.heee..
tapi tak nak macam tu, nak buat betul2 nie.jadi silalah ambil perhatian kepada sesiapa yang perlu memerhatikan.hmmm....
pertama sekali, tak nak dah ambil tahu pasal facebook..lantak la dia.biar dia terkubur dekat situ.nak biasakan diri untuk tak berfb.kalau tak, sampai musim exam baru nak berhenti kan susah tu??jadi, wajibla ada latihan intensif kan.mulai beberapa minit selepas blog ini ditulis, tak nak dah kawan dengan fb.nak jadi kawan setia buku2 pula.buku lagi bagus kan3?tapi2,kalau ternampak nama aku kat online box tu,anggaplah aku benar2 tension dan sedang mereleasekan ia.*smile*.serius balik!
kedua sekali, tak nak dah typing myping di sini.walaupun macam sedih nak berpisah dengan suka suki suku, tapi terpaksa la juga.daripada rezult aku suku,lebih baik suku benda nie.nak biarkan dia bersawang jap.tak nak post hari2.kalau ada event yang best pun,tak nak cerita kat sini.nak cerita dekat telefon jer.biarlah blog nie bersawang sekejap.bila2 aku bersihkan balik.sebab nak menaip memanglah ambil masa sesaat dua.dan sesaat dua tu mungkin aku boleh guna untuk tulis nota.jadi,tak nak bazir masa sebab time is precious.and nothing in this world is mine except time!cuma nak cek shoutbox je kot2 ada kawan baru kan.jadi,aku suka meraikan kawan2 nie.mungkin aku akan menulis semula dalam sebulan dua lagi.eh tak boleh sebab bulan satu nanti exam.jadi selepas bulan satu.tapi,kalau tiba2 ternampak entry selepas entry nie,anggaplah aku sakit tangan dan perlukan senaman ringan.*senyumlebihpanjang*..
itu saja untuk kali ni, aku nak menjadi orang yang bersemangat waja.tak mau main2 lagi.datang sini nak belajar kan fathimah?!jadi, silalah buat gaya nak belajar sikit.jangan mengada2 nak online banyak2.sian kawan2(buku) yang setia+sejati.semoga kau akan berjaya di dunia dan di akhirat fathimah sayang yang diberkati ALLAH.amin..

p/s:tak apa kan nak online untuk tahu perkembangan IFF??*muka nak bengang*

Tuesday, October 19, 2010

ia sebulan..

Assalamualaikum(btol jugak setelh bjuta kali typing error!)..

hari nie, bertarikh 19hb oktober 2010, genaplah sebulan sudah aku menjadi sebahagian dari warga mesir..mengutip setiap permata ilmu di celah kota yang berdebu berpasir halus..kenangan semalam(di klia) menggamit hati, dan tangisan berlagu dalam hatiku*sob2*..
birapun cuma sebulan, tapi terasa sudah bertahun lama aku di sini.rasa rindu tidak pernah layu, bahkan bertambah parah dan membarah dalam ruang hati..syukur, rasa rindu itu tidak pernah sekali menjatuhkan aku ke lubuk derita, tetapi rasa rindu yang menyimbah inilah yang membuatkan aku untuk terus ingin bangkit dan berjuang..terima kasih Allahku kerana menganugerahkan rasa rindu ini.sudah menjadi taman bunga lagi berwarna warni kerana aku berjaya kekal sehingga sebulan ini..dan aku ingin terus taman ini terus terhias indah dengan bunga2 yang mekar saat berjaya menghabiskan enam tahun di daerah asing ini..Insyaallah..sila dan tolong doakan aku..

aneh dan kebetulan yang sangat terindah termanis apabila menyedari kejadian pada 19okt2010 mirip 19sept2010(hari pertama di sini)..tak nak cerita tetapi aku seronok sebab aku yang merasai kemanisan tu,,siapa nak jeles, silalah*lidah atas sebelah kiri*

rasa tersangat bahagia dan sabar menanti dua bulan lagi, tiga bulan lagi dan tamat pengajian dan itu saya(doktor)!..

juga, sudah menemui diriku yang sebenar walaupun kesamarannya masih membelenggu jiwa hamba seperti aku..masih, aku ingin memanfaatkan setiap yang terbaik yang ada di perlembahan nil. masih, aku ingin terus berjalan dalam keletihan dan kelelahan mengambil setiap pengalaman meski terselit di celah pohon kurma dan tersorok di sebalik piramid dan meski sukar menempuh jalan yang panjang.masih, aku ingin memberi laluan kepada hatiku agar berusaha seikhlas mungkin dan terbuka selebar mungkin untuk menjadi insan yang lebih baik..
masih, aku ingin memberi secebis ruang kepada jiwaku, untuk mengerti manusia lain..

semoga semoga semoga apa yang telah aku citakan, yang telah aku sematkan, azamkan, akan menjadi kenyataan dan kebanggaan keluargaku,guruku,sahabatku dan mereka yang seagama denganku*amin ramai2*..kepada semua kawan2 tak kira di mana berada, maafkan salah silapku, doakan aku, kerana aku ingin sekali memaafkan dan sentiasa tidak lupa kalian dalam doaku.semoga kita bertemu di syurga..

moga, mesir menjadi persinggahanku yang tidak sia2..semoga bisaku menjejak rindu nabi2 dan membentengi diri dari fitnah firaun..

nota kaki:ada lagi orang tanya 'kenapa tak pakai cincin?' aku cuma tersenyum
nota kaki lagi:berkenalan lagi dengan studen arab sehingga ditinggalkan kawan2
nota kaki lagi lagi:tak sabar nak tunggu kak long sampai. beliau mendarat jer, terus nak call, jadi sedang jimat kredit..
nota kaki lagi lagi lagi:periksa bulan satu, tapi sudah berdebar sikit..
nota kaki lagi lagi lagi lagi:sangat3 rindu pada mak ayah dan lain2.(mesti rindu kakyang jugakkan??)*senyum mengada*

p/s:ingatkan aku untuk talipon shayan..

Monday, October 18, 2010

gadis nakal..

asslamualaikum..
semangat tak aku balik2 kuliah terus posting..ye, memang la terlebih rajin..
seperti yang aku janjikan pada diri aku lama dulu, aku nak memiliki sebatang sugi..akhirnya berhasil juga aku mendapatkan tadi..hehehe...
murah saja, satu batang, 3genih aja..tanpa segan silu, ambil yang saiz sederhana..sementara tunggu baki, kawan2 pula sibuk nak cari barang deme.tadi aku sibuk deme taknak!!!weeweee~~
sementara deme menjenguk barang2 yang sesuai untuk deme, aku pula tertarik dengan sekotak kotak nie (apa ayat nie?) yang ditunjukkan oleh kawan aku..hidu2..wah sungguh wangi..aku terus hidu dan hidu dan hidu..kawan aku pula dah pergi mana-mana..
tiba2 psss...psss..panggil seorang pemuda arab..*Psss adalah pangilan untuk orang tak dikenali..
aku pun pandang..tiba2 senyum2 kat aku..bajet aku tergoda sangat la tu..aku pun teruskan dengan kotak yang wangi tu..psss2 lagi..kali nie sudah buat isyarat apa pula aku tak tau..
aku panggil kawan aku..seram dowh waktu tu..
tiba2 kawan aku pandang kotak tu dan cakap, weih nie shisha la weih..
sumpah la patot arab tu pandang aku semacam jer..dah la time aku hidu tu sampai terangkat2 hidung..mesti dia ingat aku gian ke apa je..*seram*
sumpah memang lari terus tak pandang belakang dah..nasib baik dah ambil baki dan memiliki kayu sugi..haha macam tension sangat je sampai hisap shisha *peace*..ngengngeng..
nota kaki:kawan aku yang menjebakkan aku dalam gejala xbermoral nie..jangan salahkan aku *innocent*
nota kaki lagi:sarung lengan juga sudah dibeli..(sila jaga aurat anda fathimah sayang yang diberkati Allah)
nota kaki lagi lagi:tak jumpa paper klip..nak2 sangat2..

p/s:fathimah tercintak, sila buat kerja!

Friday, October 15, 2010

breeep..breeeep....

kepada FATHIMAH budak bijak... SILA3X

1-nota anat untuk kemaslahatan sendiri..on:
  • Digestive system.
  • Respiratory system.
  • Urinary sytem.
  • Female and male genital system.
  • Nervous sytem.
  • Cardiovascular system.

2-nota biochem juga untuk memuntazkan diri anda..on:
  • Carbohydrate chemistry.
  • Cell and cell membrane.

3-khatamkan segera pyhsiology untuk mudahkan masa depanmu..on:
  • ANS
  • CVS

4-physiology diagram untuk cantikkan rumah anda..on:
  • Everything!

Fathimah, ini perkara sangatlah mudah..sila bangun bangkit dan berdiri ye sayang..JUMAAT cuma sekali saja dan kau punya banyak benda untuk dibuat ok?! TOLONG3 sayang ingat pengorbanan MAK dan AYAH kau yang tercinta..TOLONG3 ingat KELUARGA yang jauh di mata..TOLONG3 ingat pesakit yang kau nak ubat duka mereka..
Fathimah, kuat semangat ye..please2 stick on your book as much as possible.not at jalan raya and lastly sesat merata2..TOLONG fathimah! cuti adalah sehari cuma.kau pasti boleh. FATHIMAH BOLEH.percaya la cakap fathimah..jika kau tak boleh yakin sama diri kau, ingat untuk yakin sama ALLAH..
ok cukup tu fathimah.sila bersegera dalam kebaikan..jom studi jom..

p/s:fathimah, bila kau nak cari hari untuk muhasabah diri nie??ish3

Thursday, October 14, 2010

sesat pula..

assalamualaiku..
sebelum nie pengsan dan kali nie sesat..bukan saja sesat bahkan HILANG!!!*gerun*
ambil bas dari gamaah ke asyir..bas sangat kali nie sangat bermurah hati ya..cuma nus saja..itu adalah berita yang sangat menggembirakan dan bahagia..wee~~
tapi, bas hijau yang menjadi tanda mesir (pandai2) tu sangat sangat sangat sangat...penuh dengan lelaki..memangla sebelum nie pun lelaki akan terlanjur banyak, tapi kali ni, sangat (sila ulang) BANYAK!!! terkejut gorilla kot tengok keadaan tu..nasib baik la muka aku cam adorable (atil sila la jeles) kan, seorang pemuda arab dengan baik hati bagi tempat duduk kat aku..kawan2 yang lain semangat ye menahan kelenguhan buntut dan kaki anda!*evil laugh*
waktu nak duduk perasan seorang pemuda indon nie, seat belakang aku..dalam hati 'asal beliau nie macam tak mesra alam je??'*hati jahat*
hati aku memang sedikit jahat..aku pun duduk je..peduli apa kan..
lepas tu, bas lalu jalan lain..haha (alia terutamanya) gubra sudah!!!aku macam biasa, masih tenang menjiwang karatkan hati ke luar tingkap..
tiba2 bas berhenti..semua orang dah turun..risau dowh..even mamat(sekarang ustaz) indon tu cakap "sini yang terakhir," (waktu tu, aku rasa berdosa je sama beliaukan..hati nie memang la nak kene..)ah, kacau kami..macam tak ada dalam ingatan je tempat nie..
aku dan kawan2 pun turun la jugak..lepas tu macam tak tahu dah mana nak melangkah..
yang best, ustaz indon (dah seberang jalan) tu dengan baik hati, patah balik untuk membantu..
kawan2 aku yang lain semua macam malu2 gedik (ayat tipu) je..aku pun tanya kat ustaz tu..
"jalan nak g asyir mana ye?" *sopan*
ustaz tu pun tunjuk la jalan, tapi sebab ustaz tu baik hati dia tolong bawakkan kami..
tapi, aku macam kesian je dekat ustaz tu jalan jauh2 semata2 untuk kami..alia pon soh la aku cakap kat ustaz..disebabkan hati nurani aku bersih*amin*...
"ustaz, ustaz nak ke mana?"
"musolla"
"tak apalah ustaz..jalan ke asyir straight nie je kan?"
"ya ya..jalan terus aja kemudian ke kiri,"
"ha tak apa kami pergi sendiri..terima kasih,"
"ya sama2,"
aku dan gang teruskan perjalanan..tiba2 kak milah pula buat gempar...
"mana zatil?" aku dan alia serentak menoleh ke belakang..serius atil tak ada..kak milah dengan alia bukan main cemas la kan..aku pun cemas juga, tapi hati aku tak rasa yang benda2 yang merepek2 berlaku..aku pun berjalan mencari zatil selepas alia tak berjaya..
tak sangka pula ustaz indon tu perasan...terus beliau tanya pada aku..
"tadinya berempat kan?"
"haah, tapi seorang lagi hilang,"
"baru ya di sini?"
"erm,,3minggu,"
"sudah cari di kedai?"
"dah, tak ada juga,"
"kalau di talifon?"
"boleh, tapi dia tak buka no. mesir, dia pakai no malaysia,"
"ngak apa2,"
"no saya tak ada kredit dah,"
dengan begitu baik hati tahap cair (sila rujuk kawan aku) la, ustaz tu menghulurkan handset beliau..baru je nak telefon, tiba2 kak milah buat gempoak sekali lagi..
"zatil!!!"
aku dengan ustaz indon tu terus memandang..
hai, budak nie main aci nyorok ke..handset dipulangkan kepada ustaz tu..aku dengan penuh rasa bersalah dan segan nye minta maaf dari ustaz indon tu sebab tak pasal2 dia pening sebab kami..
anyway, ustaz indon tersebut memang sangat baik dan prihatin sebenarnya..tidak sama dengan pemuda2 yang aku jumpa di hussein..
terima kasih banyak2 dan minta maaf denga lebih banyak lagi pak ustad!!!


p/s:pak cik bakso, anak pak cik bakso, ustaz indon, ustazah indon..alia cakap aku serasi dengan indon..haha..suke2

Tuesday, October 12, 2010

PENGSAN!!!

assalamualaikum..
hari nie keluar agak lewat ke kuliah..tapi waktu sampai tu, kelas memang masih kosong..dan sedikit terkejut ya kerana anis and the gang awal dari biasa..weeweee..
kuliah pertama anatomy..best2..
disebabkan pagi masih muda remaja, aku sangatlah fokus dan semangat..
tapi beberapa jam kemudian, tiba2 kepala aku jadi melayang..pandangan gelap dan tidak semena2 buumm jatuh ke bawah..
yang aku dengar hanyalah kawan ku disebelah..
"excuse me proff, someones fainting,"
dengan penuh relaks proff datang ke arahku dan memberikan rawatan kecemasan..
aku terjaga tapi masih lagi2 separuh sedar..aku tetap juga mendengar kuliah kerana semangatku masih ditahap highest level..silalah berbangga!!
kuliah anatomy dua jam diganti dengan kuliah physiology..
dr. laila memang seorang proff yang sangat bersemangat dalam apa jua hal..
sekali lagi, pandanganku berpinar2 tanpa sebab dan kejadian sama berlaku lagi..aku terjatuh ke bawah..
dr. laila pula memberikan rawatan susulan..setelah sedar,beliau memberikan kata2 semangat untuk(nasihat) semua pelajar supaya mengambil sarapan sebelum ke kuliah..
ha, dukturah macam faham jer, disebbkan nak kejar trenco punya pasal, harap bancuh air jer, minum idok juge..wee2..
kerana tidak tahan, aku mengambil langkah bijak untuk pulang ke rumah sewa waktu kuliah biochemistry..yey balik awal!!*lompat ribena*
terima kasih kepada semua kawan2 yang sudah membantu aku dan maafkan aku kerana susahkan semua orang..

PERHATIAN:kisah ini adalah kisah benar yang terjadi pada seorang pelajar. tetapi, pelajar tersebut bukanlah penulis blog.beliau yang dimaksudkan adalah seseorang yang mempunyai nama yang sama dengan aku..mari berdoa semoga kita diberi kesihatan yang baik dan sejahtera hendaknya..aku hanyalah seorang pemerhati dan belajar sikit2 dari dukturah..weeweee


p/s:asma(kawan arab) bagi mesej arabic, ciyes tak paham beb! tolg translate..

Saturday, October 9, 2010

Assalamualaikum..
kalau ikutkan hati, masih malas lagi untuk mencoretkan sesuatu dekat suka suki suku nie..tapi sebab kawan2 dah tanya mana aku menghilang termasuklah kakak ku yang bertanya seolah2 aku dah bertahun tak update, makanya, aura rajin pun segera tiba lah kan..
patut ke aku nak cerita benda yang akan aku cerita nie, aku pun tak tahu..kalau rasa nak baca silakan..kalau tak nak boleh blah sekarang ye anak2..wee~~
pada hari jumaat lepas bimakna semalam, aku berdua dengan kawan aku alia (bila saya tulis dua, itu bermaksud memang dua) telah ke hussein untuk membeli sedikit keperluan(macam ayat budak sekolah sikit kan??)..
geram betul dengan atil..jenuh pujuk suroh ikut, dia tetap tidak mau..degil budak tu..hee2..
last2 dia yang menyesal sebab memang best ye..padan muka atil n?!haha..
sori atil, silalah jangan ambil hati..t sblom blik mesia kita pergi sama2 ok??ala bucuk2..
sebenarnya agak risau sedikit ye, sebab kami baru berapa minggu kot dekat tanah mesir nie, tapi pandai2 je keluar tanpa mushrif..berdua saja pula tu..dan lebih mengejutkan ye, sebab hanya kamilah warga asia di hussein (itu maksudnya sudah sangat risau la)..
kemudian tersesat jalan..
alia:imah tanya orang arab tu..
imah: no3,,t dia tau kita sesat..bahaya tue..
then terus berjalan lagi..hi2..mesti mak dan ayah saya sedang marah sebab anak wanita mereka sangat nakal..
"mom, dad, i'm safe..wee' *senyum ngada*
selepas mendapatkan kurma dan alas meja dan beg sebiji kami bercadang untuk pulang (kalau tak cadang pun, tetap harus pulang!)..
waktu tu azan jumaat sudah berkumandang dengan lazatnya..nie nak cerita..
pemandangan yang sangat aneh(pada aku) bila saja azan, terus para peniaga usung keluar tikar dan membentangkan di hadapan kedai dan juga sapu sampah dengan begitu laju sekali....bayangkan*pejam*
lorong di kedai2 tu sangat sempit dan basah dan banyak barang niaga, dan pak arab semua kalut macam perang dan ia sangat menakutkan..padahal mereka cuma nak duduk dan menanti solat jumaat..imam belum sujud lagi..
lepas tu, aku dan alia pergi ke stesen bas..masalah pula bila kami tak tahu nak naik bas apa..
then, tanya driver sorang nie, dia kata belah kanan..pergi belah kanan tanya sorang mar ah nie, dia kata sebelah kiri *pening*..
kami pun seberang jalan..ternampak dua orang pemuda melayu nie, dengan lebaik putik dan baju melayu tu, aku rasa ustaz la kot..suruh alia tumpang tanya beliau(ustaz), alia pula malu2 kucing(budget kan??)haha..alia pulak suruh aku, lagi la sejuta kali malu..aku pun mencadangkan untuk osom (osom tu sejenis...)..di sebabkan tahap keteroran aku dalam bidang osom nie sangat tinggi, aku menang dengan mudahnya..so, alia terpaksa la menahan malu..*wink 2kali*
tetapi tetapi tetapi, ustaz berdua tu dah selamat duduk dalam bas!!! *kecewa tak main2*
aku dan alia pun berjalan dengan perasaan sedihnya..dalam hati..
'ustad nie kan, tak prihatin terhadap wnita btol.."ngehhee..
mujur ada pak arab tu macam baik hati tanya aku "fiin??"
aku pun dengan muka ala2 sedih+comel (perasan jap) jwab dengan semangat "asyirrr" dan keterujaan aku menjawab menyebabkan pak arab tu terkejut dan pak arab tu pun jawab "henak2" *tunjuk bas depan*..
sementara tu pula, mar ah yang kami tanya tadi pun panggil kami jugak..haha, rupanya dia usha kami..weewee..(mungkinkah mar ah tu tengok kami osom??)..malu nyer..
kemudian naik bas dengan selamat..tambang juga sangat murah yer..
lepas pulang harith(doktor yang nak wakilkan mushrif-yang-tak-sampai2) kol bertanya kan kami..ha, terkejut brok dia tau kami pergi dan pulang dengan selamat..huhu..
sampai di rumah dalam keadaan yang sangat kecapekyan..
kak mus datang melawat..beliau juga sangat terkejut dengan keberanian aku sama alia..*peace*

p/s:minggu tak tahu nak ke mansoura, tak nak pakai mushrif buleh ke?? *sengih*

Wednesday, October 6, 2010

selamat untuk semua..
sekali lagi, entry ni atas permintaan seorang kawan..jadi, betapa la aku memerah otak memberikan sesuatu yang menarik dan memberi manfaat walaupun sedikit..
baiklah, begini..
aku tak tahu kenapa, sejak dari sekolah menengah, dalam sehari aku mesti akan dapat pengalaman yang memalukan la..tapi, it's ok since aku sekolah semua perempuan..(even sekali tu jatuh kolam sebab nak mengganggu anak ikan..nggee)..dan macam2 lagilah yang tak dapat aku ceritakan..
jadi, masuk matriks, aku mula azam baru untuk mengurangk
an rasa malu..eh tidak, kurangkan benda yang bikin aku malu..
tetapi, setiap kali aku sebut macam tu, tup2 ada saja kejadian aneh yang menimpa..
tapi, usaha tangga kejayaan!!!
aku tetap juga berusaha untuk mengelak diri aku dari malu dan dimalukan dan memalukan..
dah jadi studen u ni, rasa diri macam matured lah pulak*wink*
so, dengan yakinnya, rasa macam boleh elak la benda2 tu semua.
tapi dah tertulis di luh mahfuz, takkan ke mana nasib aku tu *sigh*..
dan hari ni menjadi sejarah hitam yang merobek dan mencal
ar hati wanitaku apabila perasaan aku dipermainkan (sila tidak over!)..
kes pertama: secret of heaven *tounge out*
kes kedua dalam kuliah aku terpanggil (budget bagus) atau lebih tepat dipanggil kedepan untuk memberitahu nama2 tulang. dengan semangat, aku berjalan ala2 comel ke depan..ngeee...
aku pun mula dengan fibula, scapula, sacrum, skull, hip bone dan lastly tulang yang sangat menarik perhatian aku..aku angkat dan hand..tiba2"hah??" alamak silap tulang..bukan silap aku..
aku pun "eh3, foot, foot bone,"
then dukturah yang sangat baik tu ikut ketawa sama aku dan cakap "what a big hand you girl,"
aku pun tersenyum dan kembali ke tempat dengan macam cumil jugak..hehehehe...
kes ketiga: pulang dari kuliah, macam biasa, berhenti depan masjid nur (kalau tak silap)..tiba2 kawan2 kona ke lain pula. aku pun ikut suka je..tapi, sebab lama sangat tunggu
deme dengan aku tak solat lagi, aku pun cakap dekat kawan nak balik dulu..
berjalan dengan penuh semangat tiba2
"wei, nak pergi mana.jalan balik sana," tunjuk alia ke sebelah kiri..
aku pun buat muka tak malu, padahal dalam hati tu brrr..pandai pula jawab.
"tau la, silap langkah je," hahaha, berjalan dengan penuh malunya.
kes keempat:juga tidak boleh dibincangkan secara s
erius di sini..

berimannyer budak nie..tapi, xkronik macam aku malu lagi niee..weee~~

so,sebagai penutup, nak beritahu, malu itu adalah sebahagian daripada iman. hilang rasa malu, maka hilanglah iman. tetapi malu itu adalah malu kepada Allah. malu untuk melakukan maksiat di atas muka buminya yang kita singgah ini. juga malu dengan dosa yang pernah dilakukan sebelum ini.
dalam belajar juga, walaupun akan membuatkan kita malu, sekurang2nya kita harus ke depan. tonjolkan kelebihan dan tunjukkan kebolehan. bukan kerana bersikap riak dan menyombong hebat, tetapi, sebagai perkongsian dan teladan..

itu saja untuk kali ini..semoga kita semua dikurnia rasa malu untuk membuat nakal dan jahat di dunia..
p/s: thanks to ustaz Mad dan doktor imran yang telah baik hati dan bersusah payah membaiki peti..
p/s lagi: aku perasan, bila aku malu mesti rasa nak tidur..heee

Saturday, October 2, 2010

cuak membuak

ok..entry sebenarnya atas arahan zatil..sebok dy merengek suroh aku update blog dikala raja malas bertakhta dalam diri aku..tapi, disebabkan jiwa raga dan hati yang baik, aku tunaikan juga permintaan sahabat aku sorang nie..serius ya tidak tau mau tulis apa,,jap nak cari idea..

hrmm,hari nie, kuliah pertama histology..sungguh, siot cuaks ya..proff. nama-susah-sebut sangatlah tegas..tapi,beliau sangat bestdan kagum bangat sama beliau kerana dalam kesibukan tu, beliau turut menjaga 2 cucu beliau yang ditinggalkan oleh anak beliau(seorang engineer dan seorang lagi pharmacist)..prof ni serius sangat suka bertanya dan no jote down..just focus on the white board..aku yang memang cuak tahap gaban ni memag tak pegang langsung la pen dan memang tak kelip mata sekedip pun sebab sangat takut dianggap tidur..ngrrr..
tiba2, Allahuakbarallah..
handset aku melaungkan azan..rasa muka time tu dah macam zombi..takut beb prof ingat mesej masuk..hahhah..

macam tajuk entry nie, cuak membuak la aku bila time lab..hoh, sungguh belum sedia nak pegang mikroskop or what so ever..tapi, tak buat apa pon..kami(aku n kawan kuliah) berkenalan dengan alatan2 baru makmal..kemudian, kami diminta menulis (macam kelas seni kan..) gambar mikroskop..ye, lukisan aku paling cantik la sebab ayah aku pandai melukis kan..(sila jangan percaya)..tidak, lukisan aku terlalu kecil dan ditegur oleh proff..oh doktorah, lukisan saya tak akan jadi seindah itu kalau ia besar (mintak dihargai la konon)..nasib baik doktorah tak suruh lukis lain..

kemudian ada soal jawab antara proff..cuba teka..yee, aku lah pelajar cemerlang yang sentiasa di saf hadapan..ha, minta semua bayang tahap kecuakan aku tuh..tidak, sangat tidak terkira yer..
tapi..mujur mujur mujur aku dapat menjawab soklan proff (Allah memang sayang aku)..nak cerita, walaupun proff kami berlainan rupa dan watak, tapi mereka semua baik2 belaka dan sangat suka bertanya 'do you understand?'..atau pon 'u can ask me how many time if u dont understand,'..sangat cool yer..walaupon pertanyaan tu keseratus kali oleh orang yang sama..
kalau kat malaysia, sumpah student tu kene lepuk..lebih ganas lagi, dihantar ke tadika semula..ngrr..saya tidak berniat untuk mengutuk guru malaysia yer..saya cuma nak cakap yang orang malaysia rendah tahap kesabaran dan kedermawanannya terhadap ilmu..macam MO jugak la..bile HO tanya sikit, satu hospital dia jerit..(kalau terasa jangan marah, kalau tak terasa lagi jangan)..

itu saja untuk hari nie..entry merepek untuk atil..

p/s:saya sayang guru2 saya..dan guru segala guru saya:mom and dad :P

radix + balkoni = bahagia =)

menghirup segelas radix di balkoni sambil menghirup udara malam cairo dan menyaksikan anak2 kecil arab bermain bola sepak selepas meraikan tetamu sangat bahagia ok?!
*tetamu datang bawa rahmat, jadi silalah layan dengan sungguh2 dan semangat!!!
kemudian, berniat untuk solat isya' dan seterusnya lagi mengulangkaji ANS..
tapi, rasa (maksudnya tak yakinla) tak dapat nak fokus studi disebabkan oleh kesihatan yang tak memberangsangkan..(oh, ada kerisauan di situ)..
tetapi, capai juga nota proff.Dr. Magda kerana aku kan rajin..ngee..bukan3..
tiba2 nampak tilapia goreng dan air asam.tergugat dowh..jadi, niat murni terhalang sebentar dan melantak dulu..nyam..kepedasan menambahkan rasa sakit ada la..wee~~

informasi:petang tadi jumpa seorang senior(sempai) di kedai macam2..dialog:
sempai: kamu semua sampai bila?
kawan: baru sampai minggu lepas..
sempai:owh,abang nak balik dah tahun depan.

gulp!!eyh sempai, silalah jangan menggoda nafsu kami dengan ayat begitu ok..ngikks..tak membantu langsung..

selesai sudah..

p/s:bancuhkan radix lagi..