Thursday, September 30, 2010

sabar..ikhlas..syukur

Salam..
sebenarnya macam tak tahu nak tulis apa, tapi terfikir untuk berkongsi sesuatu dengan orang2 tersayang di malaysia..
pagi tadi, ke kelas macam biasa untuk kuliah bahasa arab selama dua jam..sulit juga nak mendapatkan trenco ataupun bas pagi2 macam tu..jadi, ambil keputusan untuk naik teksi sahaja walaupun tahu agak mahal.tapi, sebab dah lambat terpaksa lah jugak..dalam LE10..
sampai dewan..wah, ramainya manusia..memang kami lambat..
sementara menunggu pensyarah masuk, aku membaca buku Anatomical of human body (lenguh tangan nak buat pergerakan manusia)..kawan sebelah pula sibuk mengira budget bulanan..serius, awal2 nie memang sangat banyak keperluan yang perlu difikrkan..tambah lagi, peti ais bait kami tiba2 pula dia macam dah nak nazak je..sambil mereka berbincang, aku ikut menyampuk (duit kau..mesti r menyampuk!)..
setelah sejam..professor tidak juga sampai..datang seorang pelajar membawa berita yang sangat mengharukan..KELAS BATAL!
aku pun habiskan bacaan dan kawan habiskan pengiraan dan kami bersiap untuk pulang..
alhamdulillah, tak macam semalam, sekali je aku tunjuk isyarat asyir, ada trenco berhenti..uh suka2..trenco juga tidak penuh..
namun begitu(sastera sedikit), pintu bait pula buat hal..berapa kali pulas, tak juga terbuka..kunci tu tersekat dari dalam..ambil keputusan panggil mushrifah(k.musfirah)..sejam juga la mengurus hal pintu..then, kak mus kata nak pergi kedai kayu..aku dengan semangat nak bercakap arab punya pasal, menjerit nak ikut..*peace*..terkejar2 kak mus dengan kawan beliau di depan..
tukang kayu cakap, kena tukar kunci terus kerana kunci memang problem(memang sudah beberapa kali berlaku)..nak tahu berapa??
upah dia buka pintu: 10 genih..
upah tukar kunci: 76 genih..
kemudian, berbual dengan kakmus dan kak hajar(kawan beliau)..ada seorang dari kami cakap 'rugi duit, x ada kelas'..waktu tu aku dalam bilik dan hampir je nak menjerit 'ya..rugi sangat!!'
tiba2 kak mus cakap, 'eh jangan macam tu.tak baik..kome pergi tu untuk menuntut ilmu..tak baik cakap rugi, macam tak ikhlas..kalau tidak, nanti lagi rugi..' dan ada lagi kurang ingat..
terus aku terkedu dan terfikir..
'ya Allah, aku telah salah menilai keihklasan hatiku..aku fikir aku sudah ikhlas, sedangkan, tidak pernah terlihat pada tingkah laku dan tutur kataku..ya Allah, kenapa aku selalu melakukan dosa yang tidak dilakukan manusia lain..ya Allah, kau luruskanlah hatiku..ikhlaskan hatiku dalam berjuang..berikan aku kesabaran..
begitulah yang pernah aku nyatakan dalam post sebelum ni, keikhlasan adalah sesuatu yang sangat sukar untuk diceritakan..bahkan, graf keikhlasan manusia itu boleh saja turun naik dan sekata sahaja..ada juga yang langsung tidak memerlukan graf..nauzubillah..semoga allah menetapkan hati aku dan kamu di atas jalanNya..
justeru itu, aku sentiasa berharap, ada orang yang akan sentiasa menyentuh hatiku agar sentiasa melakukan sesuatu kerana Allah, bukan kerana kepentingan peribadi..sebab tak akan menjadi..
itu tentang ikhlas..
berbual lagi..berbincang tentang masalah bait kami..
alhamdulillah, rumah kami tidak mempunyai sebarang masalah yang teruk..minor saja..masalah yang biasa berlaku di rumah di malaysia..
bila dengar masalh kawan2 yang lain,rasa bersyukur aku kesangatan..walaupun bayaran sewa agak mahal untuk empat orang, aku bersyukur kerana tidak banyak yang perlu disongehkan..aku berharap, keadaan yang baik itu berkekalan sehingga kami berpindah ke bait lain(kalau nak pindah la)..bersyukur mendapat rumah yang sentiasa ada angin..bersyukur kerana rumah yang serangga gatal2 tidak serius(alhamdulillah tak kena)..bersyukur mendapat rumah yang tidak dibanjiri oleh air tandas..syukur syukur syukur..
tetapi di luar, banyak cabaran yang aku hadapi..baru2 nie, aku nak ambil duit di national bank of egypt(bsn kad)..tetapi, sudah nasib badan, tak dapat nak teruskan transaksi sebab kad belum diaktifkan di Malaysia(belum pernah buat transaksi)..waktu tu rasa macam bengang dan nak menjerit dan nak tendang semua benda yang ada kat jalan sabi' tu..mujur la aku boleh senyum lagi dengan kawan2..lepas mesej2 dengan kaknyah, macam lega sikit..
dalam teksi nak balik tu, tak tahu la nak fikir apa dah..benar2 menguji tahap kesabaran seorang hamba yang lemah dan tak berdaya seperti aku..dalam aku terdiam tu, terlintas di fikiran..aku selalu memohon kepada Allah untuk diberikan kesabaran dan ketabahan hidup di bumi Mesir..terus aku termenung..ini cumalah masalah peribadi aku yang sangat kecil(duit kecil ke?)..tetapi aku dengan cepat, merasa marah dan emosi..aku bukanlah orang yang layak untuk memohon kekuatan..merenung lagi..Allah sedang ingin mengkabulkan doa aku..aku memohon untuk menjadi di antara hambanya yang sabar, jadi untuk manjadikan aku sabar adalah dengan membiasakan aku dengan pelbagai cabaran..kemudian tenang sedikit ditambah dengan azan yang berkumandang *sweet smile*..
hmm..itulah saja cerita antara banyak cerita di Mesir..

p/s:mohon doa semoga saya dapat zakat perak..amin ya rabb...

Monday, September 27, 2010

more more relief

asslamualaikum..
tiba2 dapat surat dari zatil..ingatkan surat apa..tapi..
rupa2nya zatil membaca blog aku pasal tensen tuh..haha..aku tak tahu pulak dia menatap blog aku sebab dia macam tak tahu saja..anyway, surat tu adalah respon dari blog aku tue..ha, so sweet!!
walaupun hanya secebis kertas biru yang ringkas sekali, aku suka bahagian 'kita kan haousemate, teman sehati sejiwa, semua kita buat sama2 kan..dalam studi pon, kita buat sama2 bagi 1rumah nie dapat mumtaz'..yeah*smile*

thanks god for giving me this chance to have such a good friend like her..like them..that always care, and give full attention..that always push me up when there is difficulty..to cheer me up, when there is sadness..i feel cool!!

really, we just know each other when we arrived egypt, but we totally like a long lost friend!!
eventhough we bring very different characters each, we try to understand each other and to know more..

i may be looking for some place that gives me strength..but i forgot, i have many shoulders i can lean which give extra strength and power..friends are better relief site after all!!

p/s:banjir di air panas..jom tolong

Sunday, September 26, 2010

NO SCHEDULE THROUGHOUT THE DAY...CAN I CALL IT THE WORLD BORING DAY??

Saturday, September 25, 2010

imah tunang??

Imah ko belajar kat mesir ko dah tunang la ye??
Agak lucu soalan seperti itu..tapi, cuba untuk menyusun kata agar ayatku jelas, tidak memeningkan yang bertanya dan tidak menambah keraguan dan salah anggapnya..
jawabku mudah saja, tidak dan tidak perlu..

bila saja teman2 mengetahui aku belajar di mesir, ada di antara mereka yang menganggapkan aku sudah bertunang..ada juga yang menyuruh aku bertunang..dan ada juga yang menganggapkan aku sungguh berani kerana tidak memakai 'cincin tunang' di jari manis seperti kebanyakan orang..
kawan aku juga sebelum ini pernah berkata kepada aku, aura untuk berkahwin sangatlah kuat di mesir..atas dasar apa beliau mengatakan itu, tidak aku ketahui..
tapi, aku agak tahu kenapa ramai jejaka Malaysia yang menuntut di mesir sangat ingin berkahwin(bukan semua atas alasan yang sama)..

berbalik kepada apa yang ingin aku katakan..ramai kita menganggapkan para pemuda arab adalah gatal..pada saya, itu hanyalah satu fitnah yang sangat tidak munasabah..aku baru beberapa hari di mesir, untuk memberikan konklusi secara tepat, mungkin tidak..tapi lebih salah lagi mereka yang langsung tidak pernah berjumpa orang arab tetapi mengatakan yang bukan2..
daripada apa yang aku lihat sendiri, aku boleh katakan, pemuda Melayu yang gatal..kerana, beberapa kali(di Malaysia) ketika berjalan dengan adik-beradik atau kawan2, kami di'hai' dan di'assalamualaikum' oleh anak2 nakal..tetapi, ada juga remaja yang tahu sopan santunnya dan baik lakunya..

jadi, begitulah halnya di Mesir..tidak semua pemudanya begitu..jadi, janganlah beranggapan semua orang arab itu gatal..Rasulullah tu bukankah berbangsa arab?jadi, ada je yang mencontohi watak lemah lembut dan perilaku penuh sopan nabi kita.. pemakaian cincin tanda mungkin satu akternatif untuk mengelakkan diri dari diganggu..tapi, untuk makluman, ada je yang pakai cincin kene kacau..jadi, berhati2 tu sangatlah penting..sebelum keluar rumah, 'bismillahi tawakkaltu 'alallah'..insyaallah, jika kita hanya bergantung kepada Allah satu2nya, kita akan selamat di bawah jagaanNya..

menyatakan dan menggambarkan orang arab itu sebagai gatal itu telah menjadi satu fitnah kepada mereka..dan fitnah itu dosanya, jauh lebih besar daripada membunuh..kita tak nak bangsa kita difitnah, jadi tidak seharusnya kita memfitnah orang lain..
cuma ingin dijelaskan, ada beberapa sikap yang memang menjadi tanda kepada sesuatu puak seperti puak(bangsa) Melayu sangat dikenali dengan adab sopan..begitulah juga mereka..(tidak perlu dinyatakan)

p/s: single-in a relationship= i'm in study mood!!
Asslamualaikum..
sekarang di cairo jam menunjukkan pukul 11.18 pagi..ha memang pon awal lagi..saja nak bagi tahu..
semalam aku dan ahli bait buat usrah tak rasmi..berkongsi cerita suka, duka, sayu, impian bergelar doktor dan tak kurang juga politik lah..
.jadi sangatlah rancak perbualan kami terutamanya berkaitan 1Malaysia..ok stop, atil suruh stop..beliau takut aku kena tangkap..
lagi pasal keluargalah kan..jauh2 merantau nie, selalulah keluarga yang menjadi sebutan..sampai melelah kak shamilah mengenang keluarganya..seriously aku pun sayu jugak mengenangkan mak, ayah tok kiah, tok yazid, opah n semuanya lah..secara logiknya pun, dalam masa 6tahun macam2 hal yang boleh terjadi kepada aku dan kepada keluarga aku juga..jadi doaku di bumi barakah nie, semoga semua keluarga seihat sejahtera dan selamat selalu hendaknya serta panjang umur untuk bertemu lagi di lain hari..
lagi apa lagi yang aku cakapkan??owh, terselit juga pasal urusan jodoh..
apa yang aku dapat lihat dan dengarlah, ramai perempuan suka lelaki doktor, tapi sangatlah sedikit lelaki yang suka perempuan yang menjadi doktor..
jadi fakta-yang-tak-tahu-betul-ke-tak ni menjadi kebimbangan sesetengah kawan2 aku..
aku??to be honest kerisauan aku hanyalah beberapa peratus daripada rasa risau yang wujud dalam diri..pada aku sendiri, jodoh itu adalah rahsia Allah, dan tidak ada sesiapa pun yang dapat merungkainya sebelum mereka bertemu jodoh..
jadi, terdapat beberapa suggestion untuk mencari jodoh sewaktu belajar..
should i??aku tengok ramai saja doktor wanita yang berkahwin..jadi bukanlah satu isu besar kalau nak kata tak ada lelaki yang nak kan perempuan doktor..
mak kawan saya doktor..kakak kawan saya doktor, sudah berkahwin dan mempunyai anak..
isteri ustaz hasrizal sendiri seorang doktor..jadi marilah kita sama2 percaya jodoh dan pertemuan itu adalah di tangan Allah..jika kita telah ditakdirkan untuk tidak berteman hingga ke lewat usia, percayalah bercinta dengan Allah itu adalah kemanisan yang maha agung dan nikmat yang tidak terhingga..jadi kepada pelajar2 perubatan, belajarlah bersungguh2, kerana bidang yang kita ceburi ni, bukan suatu bidang yang sangat mudah..disamping ini sajalah yang menjadi bukti dan sebagai balasan untuk kedua ibu bapa kita(meskipun tidak akan pernah terbalas)..
sementara kita masih belajar nie, enjoy lah kita punya pelajaran..
nak cakap lebih2 pun, sebenarnya adalah tidak boleh, sebab seperti yang dinyatakan awal tadi, jodoh pertemuan tu di tangan Allah, jadi boleh jadi(boleh jadi=mungkin=tak pasti=50-50) aku pulak yang tup2 kawin waktu belajar..tapi, doakanlah aku tamat pengajian ni dulu kan..
ha, sudah tidak ada apa lagi..semoga kita dipertumakan jodoh dengan orang yang baik2..

telah Allah ciptakan kamu pasangan dari jenismu....

p/s:tukar status di fb, sangat kecoh ya!

indonesian? siamese? chinese?

assalamualaikum..
untuk hari ni, aku bersama kawan2 pergi ke markaz pas opss...markaz aqm untuk program masak memasak..oleh kerana geng bait aku cuma perlu potong memotong saja jadi tidaklah aku tension..ngee...
menu kami ayan goreng, sup sayur dan sambal yang tak pedas LANGSUNG ok!
nak beritahu, sayur kobis dia sangatlah besar..jauh jauh jauh lebih besar dari bola sepak..bola golf apatah lagi..
begitu juga bawang dia..dan ia sangat memedihkan mata..duduk sepuluh kilometer jauh pun mungkin terasa pedih jugak kot..kot la, tapi macam tak logik kan..jadi, silalah tidak percaya..
kemudian pulang kerumah untuk solat zohor, dan tertidur..bukan, saja nak tidur..
kembali semula selepas asar untuk makan2..
jumpa kawan baru..nak tau dia cakap apa??
"saya ingat awak indonesia atau thailand,"kata dia-yang-saya-lupa-namanya..
saya pulak buat2 senyum comel..
"untuk pertama kalinya,patut hang dapat anugerah. actually memang ada darah indonesia dan thailand"
dan memang darah yang mengalir tu dalam beberapa mililiter saja..ngeng!
begitulah ya, aku rasa aku ni memang banyak muka kot..sebelum nie pun ada kawan cakap muka aku macam cina..sangat lucu ya kerana mata aku bukanlah sepet pun..

p/s:tak ada benda nak tulis, gatal tangan nak tulis jugak..weee...

Friday, September 24, 2010

Banjir di mesir?!

pelik tak di sebuah negara yang kering dan panas tiba2 keluar berita banjir berlaku..ya, itulah yang berlaku sebenarnya. tapi, bukanlah dekat bandar cairo atau alex atau apa, cuma dekat dapur bait aku saja.ngeee,,,
hari ni giliran aku untuk memasak..sebab ketua rumah nak sangat rasa masakan aku kan..lastly, aku pon amek keputusan untuk buat masak kicap..pada asalnya nak buat kari, tapi macam leceh la sebab nak kena masuk santan pulak..
kemudian bakar ayam.actually itu adalah ayam goreng, tapi aku lupa pula nak tarok kunyit dan garam, so dia kelihatan seperti ayam bakarlah..he..tapi rasa dia sedap ok..ha perasan sebentar.
kemudian makan2..
lepas makan, aku masuk ke bilik untk improve bahasa arab aku dengan membaca buku yang dihadiahkan oleh kaklong..
kak shamilah(ahli bait) mencuci pakaian sejak dari hari mula disimpan..yeey, akhirnya mesin itu dirasmikan juga..
tidak berapa lama,zatil(juga ahli bait), mengajak aku untuk melawat mereka..untuk meraikannya aku pun pergilah..
deng deng deng deng.....
terkejut beruk aku melihat dapur kami sudah penuh dengan air..macam dapur terapung lah pula!
"how can it turn like this?"tanyaku..mereka hanya ketawa..ketawa ketensionan sebenarnya..
dapur di rumah kami, tidak ada paip untuk salurkan air dari mesin basuh sewaktu keringkan baju..jadi, menjadi satu kerja untuk tunggu dan tadah air dalam baldi dan curah dalam sinki.kami letak di dapur, kerana hanya di situ saja tempat yang ada soket. tapi, macam mana boleh jadi macam tu aku tak tahu. mungkin, paip saluran air tu dah tercabut dan air melimpah dengan banyaknya..
satu lagi hal, peti ais di rumah kami tidak berfungsi dengan baik. bahagian freezer tu hanya membeku di bahagian atas sahaja, jadi makanan macam daging, ayam dan ikan cepat rosak. jadi, tak dapat nak beli simpanan untuk jangka masa panjang..waktu sedang menulis entry ni pun, doktor marwan datang ersama geng beliau untuk membaiki kerosakan..tapi, tak sampai lima minit, mereka semua minta diri, katanya peti ais tak dapat diselamtkan lagi. jadi, doktor marwan akan kembali semula esok untuk membaiki sinki yang tersumbat pula..
pasal baju tadi, oleh kerana tidak sempat dibilas, aku memberi idea kepada mereka agar baju kami tidak perlu dibilas dan harap mereka redha saja. tak sangka ahli2 bait aku setuju dengan idea bernas aku tu..he,,
kemudian timbul satu lagi masalah kerana tiada tempat untuk sidai pakaian.jadi, zatil pula mencadangkan untuk buat tali yang disambungkan dari tingkap sebelah katil aku ke katil double decker kak shamilah..setuju saja! satu hal, kami perlu cabut ampaian bila taknak guna dan pasang semula. jadi termaktublah peraturan baru, basuh baju hanya pada hari cuti!
mesin basuh kami juga telah dialihkan ke sebelah tandas, tapi soket pula tiada, jadi perlu sambung pada extension wyre..SETIAP SESUATU TU, PASTI ADA BAIK DAN ADA BURUKNYA..
begitulah keadaannya ya..aku anggapkan semua ni adalah suatu perkara baru yang perlu aku lalui dengan tabah dan redha. banyak lagi benda yang jauh lebih mencabar yang mungkin akan berlaku kan3?

p/s: 'kullu samaniah??' 'wahid faqad??'.....tanyaku kepada peniaga arab..he, saja nak menunjuk boleh cakap arab..ngeeee,,

Thursday, September 23, 2010

AKU TAK SUKA!!!!

ok..apa kes entry macam nak bengang je kan??memang pon nak bengang..silalah ambil perhatian..
dalam dunia nie, banyak mende yang kita suka dan mayak jugak mende yang kita tak suka..jadi ini adalah senarai pendek benda2 yang aku sangat2 lah tidak suka!!
1- aku tak suka orang kacau aku waktu aku tengah tidor(kecuali untuk hal2 penting macam solat+makan)..especially dengan bunyi mesej dan call..especially bila yang call tu orang yang menggedik tak tentu hala..kalau family aku yang call xpelah jugak, bolehla melepas rindu!!ngrr...
2- aku tak suka orang kacau aku waktu aku tengah study..coz, aku nie jenis study bila ada mood..so, untuk mendapatkan mood yang really i need to work hard ok..kene solek2, kene mandi2, kene minum air makan itu baru ada mood nak study..so, i hate damn much those yang mesej aku tengah study walaupun deme tak tahu aku tengah study..juga mesejnya sangatlah menggedi..eii kau, aku tak perlukan 'kawan' la sekarang nie, aku ada cita2! xpayah berangan lebih2 boleh??
3- aku tak suka orang mesej aku bukan2..mintak kawan la apa2 lah..jadi, sometimes i said harsh words not in pupose..kadang2 dia adalah kawan yang nak mengena aku..jadi aku mintak maaflah sebab aku memang tak suka lawak bodoh..bab kawan2 nie, aku jujur walaupun aku suka menipu..lagi, kalau perempuan yang hantar mesej nak mendoga..owh, sangat gediks ok!!silap no rupanya!jadi, aku turut seranah bukan2..jugak mintak maaf dan sebagi pengajaran.
4- aku tak suka orang bila aku serius dia main2..ciyes ok..aku nie bukanlah jenis yang serius, jadi bila aku serius, aku memang seriuslah!tak payahlah buat jenaka pula..
5- aku tak suka orang yang asyik kepoh itu ini pasal orang lain..silalah buat hal kome..mengumpat tu berdosa..aku nie jenis tak reti nak tegur orang, then aku pon terjebak dalam dosa jugak..
6- aku tak suka orang yang asyik menyesal...what the hell?!!setiap kebaikan tu, datangnya dari Allah dan keburukan pon dari Allah tapi of course sebab kelemahan kita manusia..jadi nak menyesal buat apa..perbetulkan keadaan sudahlah..kalau dah pilih jalan tu, jalan tu lah..kalau tersedar jalan tu salah, Allah sentiasa bagi ruang untuk berpatah balik dan mencari semula haluan..one more, dalam buat kebaikan, memang lah banyak halangan!!mana ada mende yang senang sangat dalam dunia..menyesal itu, menyesal ini apa ertinya hidup..honestly, aku pun pernah menyesal dalam sesuatu hal, tapi ambil masa la fikir2 balik hikmah di sebalik kejadian.. masih banyak bende yang boleh dilalukan.menyesal tak membawa kebaikan.
7- aku tak suka orang yang meggedik dan suka menyendeng kat aku..i do love kids. tapi, even dia budak pon, kalau dia semacam jer, xpayahlah..sebab tu, biasa boys lagi bes dari girls kan...
8- aku tak suka orang yang asyik menggelabah..asyik2 gelabah..dahtu, ajak aku gelabah sekali..cool la sikit.relax.ini, semua benda 'macam mana ni'..'wei aku takut'..dowh!!
9-aku tak suka orang yang tak reti bergaul. alah, kawan sajalah dengan sesipa pun. ini nak berpuak pula..bila orang nak sembang ngan dia, dah lari ke lain..fullamak..pe masalahnya..bagus sangat ke??aku pon manusia gak..budget aku nak kawan ngan dia sangat..nak kawan aku terima..tak nak sudah!!!
10- aku juga tak suka perempuan yang asyik cakap pasal orang laki, kawen, orang laki, kawen..xde mende lain ke..lek luh, muda lagi kot..
11- aku tak suka aku buat mende nie.sebab orang akan kecam aku.tapi aku buat juga, sebab aku dah lelah!

p/s:entry ini tidak ditujukan kepada sesiapapun yang hidup atau yang mati, jika anda terasa saya mintak maaf, xnak maafkan urusan anda dengan Allah..saya hanya meluahkan apa yang terbuku di hati.tiba2 dia rasa nak meletup..

Wednesday, September 22, 2010

terbaru

salam..
yeii..aku sudah menukar template dan background baru untuk blog aku..mencari sesuatu yang petak2 tapi tak jumpa loh*sigh*..
jadi, mencuba sesuatu yang baru..
dan terjumpa background yang menceritakan tentang aku..ngee...
masih dalam proses mengupgradekan blog ni supaya lebih mesra alam dan mesra pengguna..hik2..
sangat lemah ya dalam menggabungkan warna..jadi perlukan lebih masa..
dan semuanya perlu selesai sebelum aku mula kuliah..kalau dah kuliah mesti sibuk loh!
jadi aku masih mencari2....

p/s: more heads better than one head?!

Tuesday, September 21, 2010

this 'egyptian story'

assalamualaikum mak, ayah, my sisters bros and all friends..
hopefully always in good mood and stay healthy ok coz selsema sangt lah leceh(sedang selsema)
sila ambil perhatian ini adalah entry pertama aku sejak berada di ardul kinanah nie*seram*
erm..baru bbrapa hari, sudah banyak yang aku lalui..daripada waktu flight nak landing sehinggalah nak surf tenet..
telingaku bagai nak pecah ya sewaktu egyrptair nak landing..rasa nak menjerit2 atau nak lompat sahaja dari kapl terbag..tapi bunuh diri tu berdosa besar tahu?! dan ada juga rasa 'owh,tobat xmao naik kapal terbang dah!'tapi, sumpah la nak naik lagi, kalau tak, macam mana nak pulang malaysia kan??jadi, hanya bersabar sahaja..
di cairo aiport, sementara menunggu beg tiba, seorg pak arab datg kepada kumpulanku..tiba2 dia tanya..boleh cakp arab?(sila translte ke bahasa arab) aku pon jwab..la2..tapi kawan2 jawab syuwaiya2..ngeng..dalam hati 'ah sudah deme nie!)
apa lagi, pak arab tu pon, wrengwrengbaanahuahwek la..buat pertama kalinya tercengang di mesir..a kantoi sudah!haha..
lepas dy tau, yang kami sumer tak reti dy pon tanya plak..boleh cakp injliziah?(translate lagi)..
dengan segera kami menjawab naam..(xbley blah skema!) si pak arab pon panggil kawan dia untuk berbicara..selesaila masalah..

keluar dari airport, bukanlah sesuatu yang sangat mengejut berukkan,.soz, dah banyak dengar cerita dari kaklong, yeop, ayahchu dan chu..jadi, ketika kawan2 lain merugut2 aku hanya mampu tersenyum dan terdiam(besabarlah kawan2..banyak lai cabarannya..kalau setakat habuk, sampah kome tak tahan apa kes dengan serangga2 perosak dan lipas2 sumer yang menyebabkan sakit kulit?)..actually, ikan bilis aku dimasuki semut..ngee...sudah kuhabisin!

tercengang yang kedua..aku bersama teman serumah ke spinney untuk beli kelengkapan yang masih belum ada..buat pertama kalinya, aku memilih untuk membeli yag paling murah tanpa memikirkan kualiti langsung..hihihih...di kaunter, aku berada di bahagian depan sekali..teng..
wrebgwrng hihahula...*blur*ok, pak arab tu faham..then tanya, tak cakap arab(sila translate) aku pon yeh(oppssi, terkeluar korea plak..ngeng btol)..dia pon tanya kwan aku..
skali lagi, dia macam nak kenakan aku plak..tanya lagi..kullu2??*tunjuk kawan2* aku pon naam2..cececeyh..kesimpulannya aku hanya boleh cakap la naam la naam..haha..

ke haiyu asyir(bait ku) menaiki teksi hitam..paham2 sajalah bila dah hitam tu..
fuiyooo,ciyes rasa macam dok kat litar sepang..aku sniri naik ferari..huahhuah..pemandu dia siot cekap kot!!tiba2 menyaksikan sebuah kereta terpusing2 dan hanya aku saja yang menyaksikannya..rugi btok kawan2 aku..tapi, even terpusing camtu, bleyh lagi selamat tu..kalau kat mesia rasa masuk icu kot..
sewaktu nak u turn, hampir di tabrak oleh buldozer(btol ke eja) ok..tapi, dengan kecekapan 'fernando alonso' aku dan teman2 selamat jugak dari digelek tayar yang sebesar kereta tu..(syukur33 alhamdulillah ya allah!)..tapi jantungku usah dikatalah nak terkeluarnya..
jadi, sudah tibalah di haiyu asyir dengan selamat selama2nya..

sudah tiga hari belum mandi,kerana takut disamping tidak berselera..he...
untuk membuatkan beberapa orang jeles*wink* nak beritahu, rumah saya ada wireless ok?!haha..sangat bersyukur juga kerana rumah ku sangat dalam keadaan baik berbanding apa yang aku sangka..

apa2 pun..mesir menjanjikan satu kehidupan yang penuh cabaran dan aku adalah orang yang akan menutip pengalaman itu sebaik mungkin!!
menjejak rindu para nabi,mengambil iktibar firaun dan ilmu perubatan tentunya!!
ganbate imah sensei!

p/s: kawan2 di mesir, jemput ke rumah gue..
:semoga semua di rumah sihat selalu..

Saturday, September 18, 2010

good bye malaysia!!

Salam..


ini mungkin entry terakhir aku sebelum aku meninggalkan malaysia yang selesa..
tinggal beberapa jam lagi aku akan memenuhkan perut EGYPTAIR flight..huk..
tinggal beberapa jam lagi aku akan meninggalkan kawan2 aku tercintak!moge2 kome bahgia selalu..
dan, akan terjadilah episod duka kepada blog aku yang mungkin akan disawankan oleh tuannya ini..haha..begitu juga fb..mungkin tidak akan bertukar statusnya untuk beberapa ketika..
juga, tidak dapat bermesej-mesejan lagi bersama teman..
akantetapi, janganlah kalian riso yerk, sebabnya aku telahpun mengornbankan kredit aku dengan banyaknya untuk menelefon kome..mungkin ada antara kome yang telahpon mendengar suara aku yang ala2 merdu ni kan..(silalah jangan tersenyum sumbang ok!)
kepada IZZAH, PARTNERku, NISA aziz, SHU, NANA, silalah tunggu aku punya sayonara call ok..*sebak*


so, marilah kita tidak sedih atas perpisahan nie..


jadi, dengan penuh rendah hatinya, aku mohon maaf kepada sesiapa yang pernah aku kecilkan hatinya tersentuh jiwanya..mintak halal sumer benda..
doakan kejayaan aku di perantaun dan kuat menghadapi orang2 arab..sabar merasa panas gurun, tabah merasa musim dingin melampau dan gatal2 badan..ngee...
semoga kita semua berjaya dalam bidang masing2 kawan2ku..jika kalian ingin berkahwin, silalah tunggu kepulanganku dahulu ok..lekluh..aku baru 25 waktu aku blik..ha..jangan gelojoh sangat..



Waaaa...aku Insyaallah akan rindu sama ikan goreng cicah sambal belacan, juga2 ikan2 kecil di akuarium dan kucing yang selalu kena marah dengan aku..mak ayah??usah ditanya loh....
juga insyaallah akan rindu untuk drive dan bawak moto keliling kampungku permai..
baiklah, barang2 aku banyak yang masih belum berkemas..pergi dahulu..
sila ingat isi penting entry ni
:maafkan aku
:halalkan semua
:doakan aku tabah di negeri orang
:doakan kejayaan kita BERSAMA dalam berkatNYA



p/s: kepada sesiapa yang bateri fonnya telah habis, sila cas dan tunggu panggilanku ok?!
:yang berkenaan, jumpa di mesir yeah!

Tuesday, September 7, 2010

itu raya..

Assalamualaikum..

sudah ramadan ke-29(i mean esok)..bererti, sudah tarawih yang terakhir (esok juga)..

jadi, aku berdoa untuk semua kita umat islam, agar ramadan akan mengunjungi kita lagi pada tahun akan datang, akan datang dan akan datang!!hee,,

juga..selamat hari raya aidilfitri kepada semua kawan2 dari segala ceruk rantau..titik!

juga..ampun maaf aku pohonkan andai selama aku menulis dan menaip, ada sebarang salah silap dan terlanjur kata(anggaplah ia sebagai typing error),,haha..kepada sesiapa yang tidak mahu memaafkan aku, sila rujuk semula status blog di atas ye!!

baiklah, semoga kita semua kembali kepada fitrah sebagai umat islam dan hamba Allah di hari lebaran nanti..
p/s: terasa rindu sama lemang dan ketupat serta rendang ayam..nyam3



Sunday, September 5, 2010

if i was a doctor...

Hello to the all,
today's evening, i went to Baling, looking for my sist's(kaklong) baju raya..really, it was kinda tiring but yet, we managed!(if not, my sist would be killed) *evil*
I'm not going to talk her kurung but something that had happened recently while we were looking for the cloth..
Me and my mom were discussing and surveying for the better one and suddenly, all my sisters(k.long, k.nyah, ijah, ainin, anis) called my mom.. from their face, i could read that something bad happened. i laid down the cloth and walked slowly over them.
Gosh, what a pity to see an old woman grovelled on the ground and it was crowded at that time..
My sisters were talking among them 'oh, poor lady'..other said 'you, go help her'..other said 'i can feel the illness'..other said 'i can't see it, it's so poor'
And I, just stood and said nothing because there was nothing i could say..long I stood there watching the woman..at the time being, i wished that i am a doctor and if i was a doctor, i would run faster and save her unfortunately i was not..i stood there even longer and thought, if i had finished my studies, that lady, wouldn't have to sit there and seeing her blood got dry while she herself was sick..
Also, at the time being, i was very upset and a little bit frustrated and disappointed..
But, the most interesting was, i became more excited to excel my future and to help others..
HERE I GO!!!!

p/s: sorry to anybody that i did wrong today!