Thursday, October 14, 2010

sesat pula..

assalamualaiku..
sebelum nie pengsan dan kali nie sesat..bukan saja sesat bahkan HILANG!!!*gerun*
ambil bas dari gamaah ke asyir..bas sangat kali nie sangat bermurah hati ya..cuma nus saja..itu adalah berita yang sangat menggembirakan dan bahagia..wee~~
tapi, bas hijau yang menjadi tanda mesir (pandai2) tu sangat sangat sangat sangat...penuh dengan lelaki..memangla sebelum nie pun lelaki akan terlanjur banyak, tapi kali ni, sangat (sila ulang) BANYAK!!! terkejut gorilla kot tengok keadaan tu..nasib baik la muka aku cam adorable (atil sila la jeles) kan, seorang pemuda arab dengan baik hati bagi tempat duduk kat aku..kawan2 yang lain semangat ye menahan kelenguhan buntut dan kaki anda!*evil laugh*
waktu nak duduk perasan seorang pemuda indon nie, seat belakang aku..dalam hati 'asal beliau nie macam tak mesra alam je??'*hati jahat*
hati aku memang sedikit jahat..aku pun duduk je..peduli apa kan..
lepas tu, bas lalu jalan lain..haha (alia terutamanya) gubra sudah!!!aku macam biasa, masih tenang menjiwang karatkan hati ke luar tingkap..
tiba2 bas berhenti..semua orang dah turun..risau dowh..even mamat(sekarang ustaz) indon tu cakap "sini yang terakhir," (waktu tu, aku rasa berdosa je sama beliaukan..hati nie memang la nak kene..)ah, kacau kami..macam tak ada dalam ingatan je tempat nie..
aku dan kawan2 pun turun la jugak..lepas tu macam tak tahu dah mana nak melangkah..
yang best, ustaz indon (dah seberang jalan) tu dengan baik hati, patah balik untuk membantu..
kawan2 aku yang lain semua macam malu2 gedik (ayat tipu) je..aku pun tanya kat ustaz tu..
"jalan nak g asyir mana ye?" *sopan*
ustaz tu pun tunjuk la jalan, tapi sebab ustaz tu baik hati dia tolong bawakkan kami..
tapi, aku macam kesian je dekat ustaz tu jalan jauh2 semata2 untuk kami..alia pon soh la aku cakap kat ustaz..disebabkan hati nurani aku bersih*amin*...
"ustaz, ustaz nak ke mana?"
"musolla"
"tak apalah ustaz..jalan ke asyir straight nie je kan?"
"ya ya..jalan terus aja kemudian ke kiri,"
"ha tak apa kami pergi sendiri..terima kasih,"
"ya sama2,"
aku dan gang teruskan perjalanan..tiba2 kak milah pula buat gempar...
"mana zatil?" aku dan alia serentak menoleh ke belakang..serius atil tak ada..kak milah dengan alia bukan main cemas la kan..aku pun cemas juga, tapi hati aku tak rasa yang benda2 yang merepek2 berlaku..aku pun berjalan mencari zatil selepas alia tak berjaya..
tak sangka pula ustaz indon tu perasan...terus beliau tanya pada aku..
"tadinya berempat kan?"
"haah, tapi seorang lagi hilang,"
"baru ya di sini?"
"erm,,3minggu,"
"sudah cari di kedai?"
"dah, tak ada juga,"
"kalau di talifon?"
"boleh, tapi dia tak buka no. mesir, dia pakai no malaysia,"
"ngak apa2,"
"no saya tak ada kredit dah,"
dengan begitu baik hati tahap cair (sila rujuk kawan aku) la, ustaz tu menghulurkan handset beliau..baru je nak telefon, tiba2 kak milah buat gempoak sekali lagi..
"zatil!!!"
aku dengan ustaz indon tu terus memandang..
hai, budak nie main aci nyorok ke..handset dipulangkan kepada ustaz tu..aku dengan penuh rasa bersalah dan segan nye minta maaf dari ustaz indon tu sebab tak pasal2 dia pening sebab kami..
anyway, ustaz indon tersebut memang sangat baik dan prihatin sebenarnya..tidak sama dengan pemuda2 yang aku jumpa di hussein..
terima kasih banyak2 dan minta maaf denga lebih banyak lagi pak ustad!!!


p/s:pak cik bakso, anak pak cik bakso, ustaz indon, ustazah indon..alia cakap aku serasi dengan indon..haha..suke2

2 comments:

  1. mak ai,sriuz jelez ni..msok2 dpt seat!haa~sape yg sesat 2?korank ni yg xreti jge kwn ni..ish2

    ReplyDelete
  2. ha tula bertuah jadi cumil macam aku..haha..
    ntah la, budak tu asyk sesat jer..kene ikat dekat tiang dulu..

    ReplyDelete