Tuesday, October 19, 2010

ia sebulan..

Assalamualaikum(btol jugak setelh bjuta kali typing error!)..

hari nie, bertarikh 19hb oktober 2010, genaplah sebulan sudah aku menjadi sebahagian dari warga mesir..mengutip setiap permata ilmu di celah kota yang berdebu berpasir halus..kenangan semalam(di klia) menggamit hati, dan tangisan berlagu dalam hatiku*sob2*..
birapun cuma sebulan, tapi terasa sudah bertahun lama aku di sini.rasa rindu tidak pernah layu, bahkan bertambah parah dan membarah dalam ruang hati..syukur, rasa rindu itu tidak pernah sekali menjatuhkan aku ke lubuk derita, tetapi rasa rindu yang menyimbah inilah yang membuatkan aku untuk terus ingin bangkit dan berjuang..terima kasih Allahku kerana menganugerahkan rasa rindu ini.sudah menjadi taman bunga lagi berwarna warni kerana aku berjaya kekal sehingga sebulan ini..dan aku ingin terus taman ini terus terhias indah dengan bunga2 yang mekar saat berjaya menghabiskan enam tahun di daerah asing ini..Insyaallah..sila dan tolong doakan aku..

aneh dan kebetulan yang sangat terindah termanis apabila menyedari kejadian pada 19okt2010 mirip 19sept2010(hari pertama di sini)..tak nak cerita tetapi aku seronok sebab aku yang merasai kemanisan tu,,siapa nak jeles, silalah*lidah atas sebelah kiri*

rasa tersangat bahagia dan sabar menanti dua bulan lagi, tiga bulan lagi dan tamat pengajian dan itu saya(doktor)!..

juga, sudah menemui diriku yang sebenar walaupun kesamarannya masih membelenggu jiwa hamba seperti aku..masih, aku ingin memanfaatkan setiap yang terbaik yang ada di perlembahan nil. masih, aku ingin terus berjalan dalam keletihan dan kelelahan mengambil setiap pengalaman meski terselit di celah pohon kurma dan tersorok di sebalik piramid dan meski sukar menempuh jalan yang panjang.masih, aku ingin memberi laluan kepada hatiku agar berusaha seikhlas mungkin dan terbuka selebar mungkin untuk menjadi insan yang lebih baik..
masih, aku ingin memberi secebis ruang kepada jiwaku, untuk mengerti manusia lain..

semoga semoga semoga apa yang telah aku citakan, yang telah aku sematkan, azamkan, akan menjadi kenyataan dan kebanggaan keluargaku,guruku,sahabatku dan mereka yang seagama denganku*amin ramai2*..kepada semua kawan2 tak kira di mana berada, maafkan salah silapku, doakan aku, kerana aku ingin sekali memaafkan dan sentiasa tidak lupa kalian dalam doaku.semoga kita bertemu di syurga..

moga, mesir menjadi persinggahanku yang tidak sia2..semoga bisaku menjejak rindu nabi2 dan membentengi diri dari fitnah firaun..

nota kaki:ada lagi orang tanya 'kenapa tak pakai cincin?' aku cuma tersenyum
nota kaki lagi:berkenalan lagi dengan studen arab sehingga ditinggalkan kawan2
nota kaki lagi lagi:tak sabar nak tunggu kak long sampai. beliau mendarat jer, terus nak call, jadi sedang jimat kredit..
nota kaki lagi lagi lagi:periksa bulan satu, tapi sudah berdebar sikit..
nota kaki lagi lagi lagi lagi:sangat3 rindu pada mak ayah dan lain2.(mesti rindu kakyang jugakkan??)*senyum mengada*

p/s:ingatkan aku untuk talipon shayan..

No comments:

Post a Comment