Saturday, September 25, 2010

Asslamualaikum..
sekarang di cairo jam menunjukkan pukul 11.18 pagi..ha memang pon awal lagi..saja nak bagi tahu..
semalam aku dan ahli bait buat usrah tak rasmi..berkongsi cerita suka, duka, sayu, impian bergelar doktor dan tak kurang juga politik lah..
.jadi sangatlah rancak perbualan kami terutamanya berkaitan 1Malaysia..ok stop, atil suruh stop..beliau takut aku kena tangkap..
lagi pasal keluargalah kan..jauh2 merantau nie, selalulah keluarga yang menjadi sebutan..sampai melelah kak shamilah mengenang keluarganya..seriously aku pun sayu jugak mengenangkan mak, ayah tok kiah, tok yazid, opah n semuanya lah..secara logiknya pun, dalam masa 6tahun macam2 hal yang boleh terjadi kepada aku dan kepada keluarga aku juga..jadi doaku di bumi barakah nie, semoga semua keluarga seihat sejahtera dan selamat selalu hendaknya serta panjang umur untuk bertemu lagi di lain hari..
lagi apa lagi yang aku cakapkan??owh, terselit juga pasal urusan jodoh..
apa yang aku dapat lihat dan dengarlah, ramai perempuan suka lelaki doktor, tapi sangatlah sedikit lelaki yang suka perempuan yang menjadi doktor..
jadi fakta-yang-tak-tahu-betul-ke-tak ni menjadi kebimbangan sesetengah kawan2 aku..
aku??to be honest kerisauan aku hanyalah beberapa peratus daripada rasa risau yang wujud dalam diri..pada aku sendiri, jodoh itu adalah rahsia Allah, dan tidak ada sesiapa pun yang dapat merungkainya sebelum mereka bertemu jodoh..
jadi, terdapat beberapa suggestion untuk mencari jodoh sewaktu belajar..
should i??aku tengok ramai saja doktor wanita yang berkahwin..jadi bukanlah satu isu besar kalau nak kata tak ada lelaki yang nak kan perempuan doktor..
mak kawan saya doktor..kakak kawan saya doktor, sudah berkahwin dan mempunyai anak..
isteri ustaz hasrizal sendiri seorang doktor..jadi marilah kita sama2 percaya jodoh dan pertemuan itu adalah di tangan Allah..jika kita telah ditakdirkan untuk tidak berteman hingga ke lewat usia, percayalah bercinta dengan Allah itu adalah kemanisan yang maha agung dan nikmat yang tidak terhingga..jadi kepada pelajar2 perubatan, belajarlah bersungguh2, kerana bidang yang kita ceburi ni, bukan suatu bidang yang sangat mudah..disamping ini sajalah yang menjadi bukti dan sebagai balasan untuk kedua ibu bapa kita(meskipun tidak akan pernah terbalas)..
sementara kita masih belajar nie, enjoy lah kita punya pelajaran..
nak cakap lebih2 pun, sebenarnya adalah tidak boleh, sebab seperti yang dinyatakan awal tadi, jodoh pertemuan tu di tangan Allah, jadi boleh jadi(boleh jadi=mungkin=tak pasti=50-50) aku pulak yang tup2 kawin waktu belajar..tapi, doakanlah aku tamat pengajian ni dulu kan..
ha, sudah tidak ada apa lagi..semoga kita dipertumakan jodoh dengan orang yang baik2..

telah Allah ciptakan kamu pasangan dari jenismu....

p/s:tukar status di fb, sangat kecoh ya!

5 comments: