Friday, July 30, 2010

IMAM MUDA YANG BEST SELESAI..

Assalamualaikum..
baru sahaja selesai menonton imam muda bersama keluarga..satu program Islam yang baru, best, bagus, membina dan sewaktulah.Hmm, tertanya2 bila musim kedua akan muncul ya?! dengan pemuda2 Islam yang baru dan bakat2 untuk membawa Islam ke puncak kegemilangan..Sungguh kagum sama IM kerana menjadi tumpuan di mata dunia.

Ohh, sudah tidak tahu mahu menulis apa kerana tiba2 hatiku pilu eh bukan bimbang kot..
Bimbang dengan keadaan remaja sekarang yang lebih ramai yang tersasar daripada benar di atas jalan..Kadang2 terfikir mampukah nanti aku sendiri menjadi lebih baik dari diriku yang sekarang dan kemudian akan menyerahkan diriku untuk berjuang demi islam yang suci..ataukah aku juga turut tersepit dalam gelap dunia yang berdusta, kerana langkah ini terlalu sukar, pandangan ini selalu kabur dalam memilih, lalu sering saja kaki ini terjatuh ke lurah yang dalam, sering juga mata ini melihat cantiknya dunia berbanding indahnya syurga..Mengharapkan Allah menghantar hidayahNya dalam setiap detik yang tak terhitung, memberi rahmatNya bagi setiap hela nafas, berkatNya untuk setiap lub dub jantungku, cintaNya dalam setiap satu denyut nadiku dan keampunanNya yang tak terhingga untuk setiap satu kesalahanku walaupun dosa kelihatan tidak termaafkan di mata manusia..
Alamak, sudah terlalut..Nak cakap apa tadi..
Ha, semoga IM dapat membuka mata hati para pemuda dan pemudi di seantero dunia tentang pentingnya peranan setiap daripada kita yang bergelar remaja dalam membangunkan Islam.
Menjadikan kita manusia yang sentiasa ikhlas berjuang dan berdakwah tanpa mengira usia kita kerana mati tidak mengenal usia dan kelak kita ditanya tentang amalan kita.
Juga berharap IM bukan hanya satu program untuk mengenalkan Astro Oasis, tapi sebagai wadah untuk menambah ilmu bagi para peserta dan medan dakwah kepada para penonton.
Untuk musim ini, tahniah kepada IM Asyraf yang menjadi imam muda unggul dan kepada semua peserta juga kerana telah sehabis baik menjalankan tugas..(macamlah deme baca..kecoh la aku!)
Otak sudah terblock, petanda untuk tidur!


p/s: silalah bagi teguran kepada aku jika aku bersalah ya..Tapi, aku agak suka melawan.he2

No comments:

Post a Comment