Thursday, July 8, 2010

Jom menangis

Siapa tak pernah menangis? Ok tak perlu jawab..Semua orang pernah nangis kan?! tak kisah la sebab kepada lelehnya air mata tu. Sakit kaki ke, sakit gigi ke putus cinta ke apa2 kes lagi la.. Yang pasti tak kira dia lelaki atau perempuan mesti dia pernah menangis. Tak sebaldi, setitis yang keluar, tak sehari sekali, seumur hidup sekali..kan3?!

Aku tak terkecualilah dalam kes ni..Bagi kawan2 yang kenal aku mesti cakap aku ni tabahla,kuatlah ntah apa2 lagi pujian disebabkan aku jarang menangis..Kadang2 aku jeles gak tengok kawan2 aku bila tengok cite yang sayu sikit mulala sob2 kat sebelah (ayat ni khas untuk izah)ha2. Bila ada prob nangis *jeles*..Bile saya last menangis ya??? Dalam tiga tahun lepas!(ok tipu). Baru bulan lima lepas aku nangis?kenapa?? penting ke nak tahu? Ok stop!

Entry ni bukan nak cerita pasal aku ok!
Tahu tak menangis tu sejenis ubat? Tak percaya? Cuba
baca di bawah nie..

-Menyahkan zat berbahaya dari tubuh..Bila kita menangis sebab
takut, maka air mata kita tu akan merangsang pengeluaran zat2 kimia yang berbahaya dalam badan..Jadi takut2lah selalu..
Umar r.a menangis sebab takutkan Allah


-Meningkatkan kadar degupan jantung..Pernah tak menangis sampai terhenjut2 bahu, memang letih tahap gila la lepas nangis tu. Lepas menangis, degupan jantung kita akan kem
bali perlahan dan menjadikan kita tenang.Patutla lepas nangis terhenjut2, mesti rasa nak tidur..ha,,

gambar nie sbijik macam gambar kakak aku menangis..wakaka

-Menghalang penyakit..Ok, hati2 kepada sesiapa yang suka menyimpan rasa, akan menyebabkan anda mudah diserang banyak penyakit berbanding orang yang suka berterus terang dan melepaskan marah ketika perlu: kajian oleh Uni Temple, A.S


Dulu, aku pun tak percaya kalau lelaki nangeh..tapi, pikir balik, deme pon manusia jugakkan?
so, mestilah pernah sdey dan takut..wrong perception fathimah..try again!

-Membebaskan racun dari badan..A granted to women yang dikatakan selalu menangis. Oleh kerana air mata mempunyai peratusan racun yang tertentu, ia hanya boleh dikeluarkan melalui air mata. So, sesiapa yang suka tahan air mata bermakna dia simpan racun yang hanya akan memendekkan umurnya. Patutlah ramai janda daripada duda kan??

mungkinkah wanita ini kehilangan suami? erm..

-25% protein..air mata ada 25% protein dan sebahagian magnesium..Unsur yang tidak seimbanga dan juga poisonous..Hanya boleh dibebaskan ketika menangis..so menangisla
h..

wah2 mamat nie..menangis pon maco lagi..ka,,

Jadi, dah tahu faedah dan kebaikan daripada tangisan yang selalu dijelekkan oleh orang lelaki, marilah kita menangis beramai2..Tapi, lebih baik kalau tangisa
n tu sebab takut kat Allah, neraka, kubur dan mati kan?!

Semalam german kalah dengan spain,patut tak saya menangis? Gua sedih bangat!!!

aku tengok german vs spain dengan kucing yang tengah tunggu masa nak beranak..
kucingku turut bersdey atas kekalahan german..isk2

p/s: siapa nak bagi saya menangis lagi?

Saturday, July 3, 2010

DUA PERKARA..


Perkara pertama:

Akhirnya, aku dah jumpa lagu inteam yang baru tu..hahahaha..saya sungguh gembira..
Betapa susah dan peritnya aku nak mencari lagu tu, tekan sana tekan sini tidak juga jumpa2..
akhirnya pagi tadi barulah aku jumpa bahagia,,he..(poyo tak?)..baru aku teringat aku masih belum menggunakan khidmat youtube yang sangat femes tu..hmm,,berkurun aku cari lagu tu, akhirnya sampai gak kat tangan aku time kasih kepada youtube kerana sayang sama aku!

Perkara kedua:

Beberapa ahri lepas, sekolah mak aku, Sekolah Sultan Idris Shah II telah mengadakan hari kantin..aku suka hari kantin..suka sangat..boleh makan2 dan lepak2..mak belikan apa tu namanya..saktam?laktam? ntah apa2 la tapi aku lagi suka panggil sambal mangga..sungguh sedap nyam3..yang membuatkan aku sayu, terigat kenangan manis sewaktu hari kantin waktu aku tingkatan 5..tema gerai aku, Euro al-Hazen..yang best bukanlah nama dia tapi bila kelas aku dinobatkan sebagai johan n dapat sebijik kek coklat besar yang juga sangat sedap nyam3(iluvcake)..sungguh menggembirakan mempromote ais kremo makalele dengan emi..hmm,, such a sweet moment..i miss it..

saza..anis..nisa..dye





thanks to sir maha yang sudi meminjamkan jersey bola anak beliau..

p/s: akan diupdate

Thursday, July 1, 2010

PIALA DUNIA




Assalamualaikum..


rasa2nya ramai orang di seluruh dunia sedang demam+pening+sakit perut+ntah apa2 lagi world cup..aku termasuklah dalam senarai yang pening2 lalat tu..tetapi agak mengecewakan kerana banyak jugak match yang aku terlepas termasuk dua negara pilihan aku berentap iaitu german dan england..tapi aku lebih sukakan england..huhu..*sebak*..oh tidak, england sudah kalah di tangan german..ok..bukan sedih ak yang aku nak huraikan..world cup mengingatkan aku kepada pengalaman yang agak lucu(maybe) sewktu aku di tingkatan tiga,,juga tahun piala dunia..dan aku juga turut terlibat dengan kem latihan memanah..saya menamakannya kem kerana orang lain cuti 2minggu team memanah sekolah aku hanya cuti seminggu untuk latihan(walaupun kami akan claim semula cuti..ha)..


member aku cakap aku tapahhape minat kat rooney..suka aty aku la!aku dah minat orang lain la..
sebelum memulakan latihan, team aku akan mengadakan senaman ringan selama beberapa jam mungkin..dan pada hari yang ke berapa ntah, aku terjumpa sebijik bola di tepi padang.dengan penuh excitednya, aku pun mengajak member2 aku untuk bermain bola sebentar sebelum latihan memanah bermula.and yes! mereka setuju dengan idea senget aku..oleh kerana team memanah aku hanya ada lapan orang(bawah 15 dan 18) kami membahagikan 3orang satu kumpulan..yang pasti bonus pastilah pada kumpulan bawah 15 kerana adanya aku..wakaka (perasan sebentar)..





setelah wisel dibunyikan, dengan rancaknya aku menggelecek bola..dengan tidak semena2 lawanku(kak ainal) menarik bajuku hingga mebuatkan hampir terjatuh.then aku pon jerit la..


"kak ainal, kad kuning..ha xda2 bak blik bola," tapi kak ainal masih berdegil..sambil menyepak bola beliau berkata.


"apa pulak kad kuning, kau yang tak reti jaga bola," (ayat diolah sedikit)..


aku pon hampir bengang tapi tak mengapa aku bersabar..Kak ainal sudah ketawa girang sambil diperhatikan pasukannya, kak lina untuk mendapatkan bola..kak ainal menendang, kak lina menunggu namun hampa kerana sahabatku naddy telah dulu merampas..giliran aku pula menjerit terkinja2..wakaka..aku pon menjerit.."ha naddy, orait pas kat cibah..yoww,"naddy pon dengan pantas menendang bola kepada cibah, cibah menggelecet, tendang lagi, aku berjaga hapir pada gol, cibah menendang, alamak terlalu tinggi..aku pon agak gementar..dan melompat dan menanduk dan goooooooooolll!!!! wohoo..kak ainal memandang dengan muka bengis haha..1-0..

aku hodoh camni ke waktu menanduk?
kak lina pula menghampiri aku.."wei imah, kau tanduk bola, dahsyat siot,"aku pon hanya tersenyum kebanggaan..yang sebenarnya waktu tu, aku rasa kepala otak aku nak pecah dan nak pitam..tetapi kegembiraan melampau melenyapkan segalanya..(ceit poyo)





aku ingat setelah 1-0 lawan aku nak berundur, memandangkan kepala hotak aku yang dah macam tak nak berfungsi selepas menanduk bola, tetapi mereka masih belum berpuas hati..xpelah, bagi can kat deme jaringkan gol..kali ni, kak lina pula menendang bola namun tersasar sampai kat cibah kemudian cibah menendang kepada naddy dan naddy berusaha untuk menendang semula, tidak semena2 naddy jatuh terkangkang dan prapp.."naddy seluar kau terkoyak!" segera naddy merapatkan kakinya dan sewaktu itu jugalah sorang jantan lalu dengan motonya..naddy menjerit "tidak!!wei, dia tak nampak kan?"


seseorang menjawab "aku doakan tidak," naddy pun berlari2 anak sambil mengepit seluarnya masuk ke dalam rumah tumpangan kami..sungguh melucukan tatkala itu..


akhirnya perlawanan berakhir begitu sahaja dan pastilah aku yang juara..haha..





saya rasa pasti ada yang akan marah setelah membaca ini..ampun!!





p/s: agak2 england nak tak gantikan tempat rooney ngan aku?