Saturday, May 14, 2011

suk tamin,aku dan k.ta

Assalamualikum,,

Alhamdulillah blogspot dah ok dari 'kemerengan'nya beberapa hari. actually,,there was another entry before this one,tapi aku dah delete atas sebab2 tertentu. dan entry nie aku tulis dalam keadaan yang tak berapa feeling sebab patut ditulis pagi tadi..

ok,,cerita hari ni berkisar kami bertiga (refer title). pagi tadi, lepas habis jer aku berusrah di rumah perak, terus aku balik ke rumah sebab barang2 dapur dah habis. cuma tinggal sayur kobis seketul tuh..sebab tak nak budget vegeterian,k.ta berhasrat untuk ke suk tamin dan aku berhasrat la nak meneman.disebabkan kemalasan untuk menukar baju, aku pun beranikan diri pakai baju kurung hijau dan selendang hijau belang2 yang sedang aku pakai.

suk tamin BEST!..tipu hatiku.

disebabkan aku memang pandai gila melawa, masuk sahaja kawasan jual ayam dan ikan, setinggi boleh aku angkat kain menampakkan seluar cotton jeans berwarna putih yang memang akan menjadi kecoklatan supaya kain tak terkena kotoran musangatgeli..kak ta pula dari awal dah lipat seluar putih beliau separas buku lali. setelah selesai membeli ayam seekor dan ikan (berapa kilo kak ta?),,kami pun menuju ke tempat terakhir iaitu beras dan telur, terletak di hujung suk.
setelah berbincang2 (macam banyak sangat jerk jenis beras kat dunia nie), aku dan kak ta pun setuju untuk membeli beras sebanyak dua puluh kilo,,sila ingat ia adalah dua puluh kilo. isyrin kilo.twenty kilo.selesai ammu mengisi beras atau lebih tepat membuang lima kilo daripada 25kilo beras, kak ta pun memanggil aku yang baru selesai membeli telur.
memang terkejut monyet beruk gorilla la aku tengok guni beras yang macam nak sama saiz dengan aku.ok, fine.

aku pun sebab tak sanggup membiarkan kak ta yang kurus tak berapa kering tu angkat beras tu, aku pun tawarkan diri untuk berjasa baik. serius, macam nak patah riuk vertebral column aku.nasib baik aku rajin minum susu.hahaha
bengang sekali dengan pak arab yang selamba derk hon kat aku yang terkedek2 dengan beras tuh nak melintas jalan. alhamdulillah, lintas jalan terus dapat bas untuk ke asyir. kerana kudrat aku tak seberapa, tak terangkat beras tuh ke atas bas.driver bas dah gelak2 dekat kami. Alhamdulillah, seorang pak arab tolong la aku.shukran awi ya 'am.
"sepatutnya kamu yang angkat beras tu,"kata seorang arab di belakang kami kepada kak ta dalam arab amiyah. sudah, kak ta rasa macam dia membuli aku. jadi,turun je bas, tugas kami beralih. tapi, tak sampai berapa ketul batu, kak ta dah tak berdaya.muka pon dah senget benget tambah dengan arab2 yang pandang pelik. takut orang anggap aku buli kak ta, sekali lagi aku nak berjasa baik.



macam nie lebih kurang muka kak ta..tapi tak best sangat nie..


ha yang nie best..sesuai2

untuk sampai ke rumah, kami tak semestinya lalu kat suk saiyarat,tapi that is the shortest way we know. so, pelajar asyir semua, silalah bayangkan betapa ramai pak arab yang senyum tak berapa manis tengok aku angkat beras tuh.sampai je kawasan yang berjalan tar, aku berlari2 membawa beras tuh untuk rehat sebentar bersama kit kat.
berpaling ke belakang untuk melihat kak ta tetiba ternampak seorang ustaz berjalan ke arah kami sambil diikuti kawannya di belakang. zaman bila yang ustaz dua orang tu ada pun aku tak tahu.
"nak ke mana nie?"walaupun ustaz tu hanya bertanya, tapi aku tau dia nak angkat beras tu. dan hatiku ketawa gembira tau dalam bahasa sopan,tersenyum girang.haaa
"balik rumah,"jawab aku dan kak ta serentak.
"tak apa, meh saya angkat,"kan aku dah kata, ustaz tu nak angkat. tanpa berbasa basi, aku setuju jerk. yelah, daripada ustaz tu batalkan niat dia, baik aku terima dengan tangan terbuka. hahaha. aku dan kak ta berjalan di hadapan diikuti ustaz baik hati dan kawannya di belakang.



walaupun tak cukup menggambarkan kehepian aku,,cukuplah kome tau yang aku hepi

nasib baiklah rumah kami tak berapa nak jauh dah. adalah dalam 1km macam tuh.
dan serius lagi sekali segan dengan ustaz tuh kerana tak ada apa yang dapat aku bagi untuk membalas jasa baiknya. semoga Allah merahmati ustaz dan menambah berkat hidup. terima kasih banyak sangat sebab tolong kami. oh, kalau ustaz rasa macam terserempak kami dan nak claim asir, bolehlah.heeee

firman Allah:sesiapa yang memudahkan jalan mukmin yang lain, Allah akan memudahkan urusannya di akhirat.

nota kaki:kak ta kata,arb manly,,melayu gentleman.nak jugak!
nota kaki lagi:tak mo beli beras kat suk tamin dah!

nota kaki lagi lagi:tak nak pakai baju kurung g suk tamin da..tula budget gadis melAYU habis..
nota kaki lagi lagi lagi:entry nie banyak sangat perkataan beras ker?

p/s:mari tolong-menolong.
: kalau ayat al-Quran tu tersalah, please tell me ok?

2 comments: