Thursday, May 19, 2011

cerita hari cikgu

Assalamualaikum..

pertama dan terutama walaupun dah lambat tahap double z,,saya tetap nak wish hari guru kepada mak dan ayah saya, ustazah pasti ar-Rahman 1997, ustaz ustazah Sekolah Agama Rakyat As-saadah, cikgu-cikgu Sekolah Tan Sri Ghazali Jawi, Sekolah Raja Perempuan Taayah hinggalah Kolej Mara Kulim. Terima kasih atas jasa dan pengorbanan. juga kepada kak cik ikah yang pernah mengajar beberapa hari bersama saya..

Siapa nak jadi cikgu??tak2, siapa pernah jadi cikgu?
aku pernah. best weih jadi cikgu.tambah2 kalau kome mengajar orang asli. memang superb beb. aku dulu pernah la mengajar budak2 asli dekat kampung aku.ajar mengaji al-quran dan menulis jawi. sekali tu aku pun minta la anak murid aku memberi.asyik terima je kan?tak aci la.

"Ok, sekarang akak nak seorang mari depan,"semua pelajar diam. kak cik kat sebelah memandang para pelajar satu persatu.sah, tak ada yang nak.
"Kalau macam tu, kamu mari sini,"sambil aku menunjukkan pen ke arah seorang budak. terkejut budak tu mengalahkan aku terkejut waktu pertama kali diberitahu kena ajar deme.fuhh
budak tu pun bangun la lambat2 dan jalan pun lagi lambat.
"Tolong eja dan tuliskan perkataan ____ dalam jawi," aku pun menghulurkan marker kepada budak tu. (aku tak ingat la pula perkataan apa). budak itu menggeleng tanda tak setuju atau bahasa mudah fahamnya tanda tak reti la weih..
"Tak apa kamu tulis apa yang kamu faham,"budak tu pun buka penutup pen dan merapatkan badannya ke papan putih.selesai.dia pun ambil tempat duduk.
aku berpaling semula ke papan putih. (cop aku ada cakap tak yang aku tak tengok papan putih tu?)
Memang bagai nak jatuh lesser omentum dan segala organ badan aku. kak cik yang tengah duduk tu pun hanya mampu tertunduk menahan ketawa..
aku suruh tulis perkataan jawi. last2 awan biru budak tu bagi kat aku. memang la kan. awan bukan sebarang awan pula tu. memang cantik tak terpilu lah..selepas aku penat menahan ketawa (yang terlepas juga sebaik keluar bilik darjah), aku pun kembalikan mood cikgu. dalam hati, 'ini rupa2nya yang budak2 nie faham'
aku pun membetulkan kesalahan besar anak murid aku tuh.
"akak suruh kamu tulis.bukan lukis,"kataku sambil menahan gelak.tapi, kawan2 dia pula yang gelak.sian gila.
mengajar orang asli memang menuntut kesabaran yang tinggi. bukannya setakat bahasa deme sukar nak faham.perangai jangan kata la..semoga anak2 murid aku sekarang dah boleh baca quran dengan lebih baik dan dan boleh menulis jawi dengan lebih baik juga. bashaa!!!

seronok kan jadi cikgu, cikgu2 semua?! dulu adik2 aku selalu la jadi mangsa terpaksa mendengar leteran sejarah atau biologi atau kimia kau..kah22..bila masa deme dah tak larat, belah tinggal aku macam tu jerk..kureng asem betol..

tu la satu2nya cerita cikgu yang aku ada..

eh, cop3 ada lagi.lupe. aku pernah mengajar budak tadika sekali.walaupun tak seteruk mengajar orang asli, tapi teruk.
kisahnya, aku kena menggantikan salah seorang guru yang waktu tu cuti sakit. sampai kelas waktu tu semua pelajar dah ada. kira aku lambat sikit la.cikgu beb, kene siap cantik2 sikit. masuk je ke kelas, semua anak2 kecil tu pandang aku.apakah budak2 nie??buat aku nak keluar kelas jerk. mungkin deme terkejut tiba2 dapat ustazah muda belia. selepas aku memulakan kelas dengan doa, aku pun tanya la deme nak belajar apa.
"al-Quran..........."jerit budak2 tu macam aku duduk sebatu jauh.
aku pun ambil buku teks al-quran dan ajarkan surah tiga qul...tak lama lepas tu..
"ustazah kami nak main,"
what??gila apa budak2 nie nak minta main tiba2.
"No,class not finish yet,"gamam budak2 tu aku cakap orang putih.cakap arab lagi kau tak faham.
"Mana boleh. belum rehat lagi.sekejap lagi rehat main la,"aku tengok budak2 tu dah keluh kesah dah. aku pun pakai taktik budak2.
"ok, kita nyanyi...siapa nak nyanyi?"jerit aku menyebabkan anak2 putih bersih tu melompat ribena.yes,menjadi juga.
aku pun nyayi dan nyayi dan nyanyi sampai dah tak ada lagu dah nak nyanyi. bila segala jenis lagu aku khatamkan, budak2 tu pun
"ustazah jom main aci duduk,"
wait!kau nak suruh aku main aci duduk??aku ustazah la woi.penat dowh aku nak pujuk budak tu duduk elok. nasib baik la mereka terima cadangan aku main tom tom bak..hahaha,,mampus kalau aku main aci duduk.memang kene belasah dengan ustazah kelas 6 tahun dekat sebelah.

Nasib baiklah kelas pasti habis awal.itu pun aku rasa nak demam seminggu melayan budak tu gaduh budak nie lapar budak nie ngantuk.dan yang paling tak boleh blah, budak yang menyendeng kat aku sampai nak melangkah setapak pun tak boleh.
kome ada berani nak jadi cikgu tadika??

nasihat aku kepada sesiapa yang nak jadi cikgu tu, sabarlah banyak. sebab manusia nie pelbagai ragamnya. nak buat semua orang puas hati bukan senang.paling penting, ambil kursus perguruan dahulu..hahaha

dr.amani merupakan pensyarah aku yang paling garang.satu hari aku tulis i <3 dr.amani. tiba2 seorang kawan aku cakap..ecece bellah. i love dr.amani konon..terkedu sebentar dan menjawab semula.
"what?aku memang sayang dia kot.aku sayang semua cikgu2 aku,"terdiam dan berlalu. sayang la cikgu2 kome.

akhir kalam, selamat hari guru kepada semua cikgu2 saya..semoga Allah merahmati usaha kalian.

sabda nabi:sampaikanlah dariku walaupun satu ayat..

nota kaki:pesan cikgu, rajin2 buat nota.
nota kaki lagi:mak dan ayah aku betul2 cikgu.sayang kalian.

p/s:hormatilah guru.

No comments:

Post a Comment