Thursday, March 21, 2013

Kalah dengan budak

Allahumma solli a'la muhammad dan assalamualaikum semua.
Saya terkenang saat-saat saya ditegur adik-adik saya yang jauh lagi muda dari saya.
Kisah satu: macam yang semua orang maklum (kalau tak maklum nie nak bagitahu) student alazhar wajib menghafaz alquran. So, cuti summer tahun lepas, saya berusaha menghabiskan juzu' yang perlu dihafaz untuk sesi baru. Sedang syok hafal tu, tetiba tersekat dekat satu ayat.lama. lepas tu Amin dengan bergayanya membaca ayat yang saya lupa tu sambil mencatat sesutu di atas kertas. Dengan bengangnya saya pun 'hish, tahulah sibuk je'. Haha padahal malu gila adik lagi hebat. Sekarang budak nie dekat maahad tahfiz.
Kisah dua: macam biasa, bila cuti saya akan jadi tukang mengemas kedut-kedut di baju. Suatu pagi, 'mana iron board nie,' mendengar itu si Balqis yang sedang bersiap ke sekolah 'kakyang mana boleh iron board. Kena ironing board'. Hambek sebiji tegur grammar aku hang. hari tu telefon mak, mak cakap bising budak nie balik. Asrama jauh. Kamu MRSM mana wei, aku tak ingat..haha.
Kisah tiga: kerja lepas maghrib baca alquran la apa lagi. Anda tahu surah addukhan? Ha waktu saya memulakan pembacaan. Baru betul-betulkan suara bagi lunak sikit, nak masuk tarannum seterusnya, yasin 'kak yang, ha tu tak panjang la. mim 6 harakat'. tajwid sudah..fine. lepas tu, mak cerita, anak teruna mak ni hari tu balik sekolah berdarah-darah (ada ke kata ganda ni) ingat kan bergaduh, rupanya jatuh basikal. Adik bongsu saya dah tak comel. Kamu nie menjatuhkan saham aku.erkk??
Alhamdulillah, deme tegur waktu saya dah besar gini, kalau tak mahu melenting 'ala kamu sibuk apa aku pun pandai la'. Huu. Alhamdulillah Allah bagi merasa ditegur budak kecik. Kalau tidak sampai tua menyombong diri. Alhamdulillah, Allah bagi ruang untuk muhasabah dan mendewasa dengan matang. Alhamdulillah, Allah tunjuk hikmah teguran, dari mana pun datangnya. Alhamdulillah Allah bagi adik beradik yang bijak semuanya. Alhamdulillah untuk semua. Tak tercatat nikmat Dia :)
nota kaki: teguran itu tanda cintaNya juga.
P/s: kalau nak tegur biar berhemah berhikmah.

No comments:

Post a Comment