Friday, March 29, 2013

Pecahh dan belah

Assalamualaikum..selawat dan salam..selamat berhari jumaat..
Seperti biasa, saya melaksanakan tugas membersihkan ruang tamu rumah pada hari ini. Sedang berayu-ayu, rakan yang terkenal dengan lantang suaranya bertanya 'kak imah abim kan?'..sebelum saya kisahkan lebih panjang meh nak bagitahu satu benda.
Di sini. Di Mesir ini. Keadaannya sangat berbeza. Bila ada pertubuhan-pertubuhan untuk meraikan ramai orang yang berbeza, kami dianggap sebagai agen pemecahbelah umat dan peroboh kesatuan. Sedangkan kami punya matlamat yang jelas selain meneruskan kelangsungan persatuan(?) kami. Mengenangkan itu, saya terkaget(boleh tak kaget di sini) sebentar. Kalau tadi menyapu, kini membetulkan langsir yang mencecah lantai, sambil memberikan jawapan yang tulus ikhlas 'haah. Kenapa?' Weii, tak sangka boeh jawab dengan penuh yakin berdiri teguh.thabat.tetap. hahaha. Siap tanya kenapa bagai. Dah macam nak cari gaduh. Tak apa. Kawan saya terus bertanya lagi 'cuba kak imah cerita sikit pasal abim'. Saya ketawa sebentar. Itu kisah yng panjang. Tak boleh sepagi untuk diceritakan. 'I'm not abim spokeswoman, tapi kalau nak tanya apa-apa boleh je la'. Sebelum saya sendiri menjawab, saya bertanya kembali. Untuk melihat pandangan orang pada kami. ' kalau hang tengok abim macam mana?' Dia pula yang ketawa. 'Hari tu ada ustaz tanya saya. Apa pendapat ustazah tentang abim, saya pun cakap sama macam persatuan lain yang nak pecah belah' saya agak terkesima(ayah, terkesima boleh?haa) juga mendengarnya. Kawan saya menyambung 'tapi ustaz tu cakap, saya kuat abim dekat malaysia. Macam mana tu'. Kami sama-sama ketawa. Saya pun menjelaskan yang sebenarnya dari zaman penubuhan, presiden, visi dan misi abim. Taaaaakkkk..tipu semua. I'm not abim spokeswoman, jadi saya cuma ceritakn abim nie badan ngo di Malaysia. Kami tidak berpolitik tapi kami pengundi. Itu kewajipan rakyat Malaysia la kan. Di mesir, kami banyak menjalankan banyak aktiviti. Oh, kami berdaftar dengan embassy ok?!
nota kaki: can live at ease..haha macam selama nie hidup tak aman pula. Haa
Nota kaki lagi: let's unite the ummah!
p/s:kemas rumah..teehee..

1 comment: