Friday, February 24, 2012

HAPPY 21st

Assalamualaikum,,
selawat dan salam atas junjungan besar nabi S.A.W.

Pertama sekali,,i've been 21 year-old-girl (boleh lagi panggil girl). whatever la, yang pasti first sekali syukur kepada Allah S.W.T sebab berkenan menambahkan rezeki saya. umur pun rezeki juga kan? insyaallah akan saya gunakan umur ini untuk mencari kebaikan di sisiNya dan memperbaiki diri lah tentunya supaya cik nedd akan terkejut beruk melihat ke'matang'an saya. ohoh..bersyukur juga kerana Allah memberi izinNya untuk saya menatap dunia yang tidak seberapa indahnya dibanding syurga. moga peluang ini akan digunakan oleh saya yang kerdil ini untuk menambahkan ilmu dan mengenalinNya. kelak, jika Dia menjemput saya ingin menemuiNya, mendapat husnul khotimah dan pengampunan dan rahmat berganda-ganda. moga anda juga begitu.

Juga terima kasih kepada mak yang menanggung kesakitan melahirkan saya seberat 2.9kg (waktu lahirlah) dan penat susah juga membesarkan budak nakal ini sehingga berjaya ke tahap ini. alhamdulillah. kepada ayah yang sentiasa berusaha menasihati agar anak gadis ini pandai menjaga agama dan maruah dirinya. Moga Allah merahmati kalian sepanjang hidup, setiap detik.

kepada kawan-kawan dari tadika sampailah kawan fbku,,terima kasih atas ucapan dan doa. semoga ikatan terjalin dengan erat dan ketat selamanya..

ya,,ini ucapan khas untuk kembar-kembar gue Izzati Azzaharah dan Azuha Rahimi..
Selamat hari lahir kome berdua. semoga umur kita panjang, rezeki kita murah dan mudah. semoga kita bahagia bersama pasangan..eh?! semoga bersua lagi di taman-taman syurga. barakallah 'alaina..

sabda nabi s.a.w: sesungguhnya orang yang paling antara kamu adalah orang yang panjang umurnya dan baik amalnya..

nota kaki:tak sangka saya famous..ihik..
nota kaki lagi:hoyeh sudah boleh mengundi..

p/s:mari mengundi..hee

1 comment: