Thursday, February 9, 2012

kurma dan timun penyebab gemuk?

Assalamualaikum gadis solehah muslim soleh semua..

Alhamdulillah, semalam berpeluang juga ke daurah kita syamail muhammadiah untuk hari kedua. Hari pertama saya tidak hadir kerana mencari saki baki buku yang tersenarai dalam list di maarod kutub. Tapi, satu buku yang saya nak sangat-sangat Psychology in Islam tak ada. Ada satu. Bila saya tanya salesman tu cakap not for sale. how come he did that to me. sob3. tiada rezeki lah itu. Kitab Syamail Muhammadiah adalah kitab hadis tentang sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W. daripada cara berpakaian, berjalan, makan, semuanyalah dan sangat seronok tentunya. Dapat pula ustaz yang 'pegghh' gitu, jadi santai sahaja. tak ada lah tiba-tiba jadi ayam makan padi. hehe. Masalahnya, dua hari adalah tidak cukup untuk menghabiskan kitab yang seratus-lebih mukasurat tu. jadi, saya dengan ini mencadangkan agar pihak perubatan sudilah menganjurkan lagi daurah kitab ini. macamlah pengarah baca. tak payah pengarah, ajk perubatan pun tak sampai sini. hehe.
Baiklah, apa pula la kaitan timun dengan kurma dan kurma dengan syamail muhammadiah tu. ok, masuk dalam bab cara makan Rasulullah S.A.W, disebutkanlah Rasulullah S.A.W makan menggunakan tangan dan akan menegur sesiapa yang makan menggunakan makan kiri. Tapi, Rasulullah ada juga makan tangan kiri (bila makan buah). Jadi Ustaz pun ceritalah zaman atau sesuai lagi saat-saat beliau makan bersama syeikh-syeikh beliau. caranya begini:
timun di tangan kanan atau kiri.
tamar di tangan kiri atau kanan.
timun.
tamar.
timun.
tamar.
sampailah perut kau kenyang.
timun jangan dipotong. mesti di makan setongkol (ke?) macam tu. Cara begini boleh menaikkan badan seseorang. jadi sangat sesuai kepada mereka yang ingin menambahkan berat badan macam dib..dib, jangan marah gue jadikan hang sebagai model.
tetapi tetapi tetapi..mengapa timun? mengapa tamar? mengapa begitu cara makannya? hah, itu jangan tanya saya lagi. masih dalam pencarian dan google-an. Bila dah jumpa Insyaallah akan dikongsi bersama semualah.
selamat mencuba kepada yang nak cuba. dan selamat menaikkan BMI.

Firman Allah:
“Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu”.
al-Baqarah 2: 168

nota kaki:makan kurma coklat.
nota kaki lagi:bukanlah penyebab obesiti

p/s:makan masa lapar, berhenti sebelum kenyang.

No comments:

Post a Comment