Saturday, August 27, 2011

berharap pada Allah,,siapa kata rugi??

...Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan keputusan bagi setiap sesuatu.

Surah at-Talaq 65:2-3

Saya ingin membawakan anda kisah saya. Kisah saya tidaklah sehebat kisah hamba yang lain, tetapi kejadian ini cukup memberikan pengajaran buat saya dan cukup membuatkan saya berusaha dan cuba sebaiknya untuk memperbaiki taqarrub saya dengan Allah yang telah memberikan segala nikmatNya kepada saya dan kita yang tidak terkira. Nikmat yang bukan sedikit dan bukan kecil.

Beberapa hari lepas saya sudahpun mendapat keputusan peperiksaan akhir tahun pertama saya. Saya bergerak ke kuliah banat dari rumah perak bersama rakan dan perjalanannya mendebarkan (oh tipu, saya berdebar bila sampai ke kuliah bukan dalam perjalanan). Sambil berjalan mulut saya berzikir dan akal saya tidak pula berhenti berfikir. Dipendekkan cerita, kami bertemu dengan Hani dan Afaf yang juga berhasrat untuk mengetahui keputusan (apalagilah nak dibuat cuti-cuti nie). Akhirnya, berjumpalah dengan senarai pelajar-pelajar perubatan tahun pertama. Saya cepat-cepat mencari nama saya dan sungguh saya sangat terkejut hampir mengalirkan air mata. Segera saya memeluk Hani di sebelah. Hani pelik agaknya kenapa saya gembira sangat padahal keputusan saya tidak sebagus si dia yang berada di kedudukan pertama.

Sejujurnya, bukan kerana keputusan yang membuatkan saya terharu nak menangis tetapi betapa hebatnya kuasa Allah yang segala takdir dan keputusan adalah di tanganNya. Subhanallah subhanallah subhanallah. Saat saya mengimbau kembali kesalahan yang saya lakukan dalam peperiksaan biochem (saya terharu subjek nie sebenarnya), tiada lain yang terlintas di fikiran saya melainkan betapa besarnya Sang Pencipta. Sungguh besar. Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar. kisahnya begini...

Hari itu peperiksaan x (hari sebelumnya biochemistry). Seperti biasa, dukturah-dukturah memberikan arahan dan mengucapkan selamat. Tiba-tiba masuk seorang dukturah.

“I remind you not to write your name in the answer sheet. If not, your paper will be rejected ok. There is person who did that yesterday. Again, write your name on the front page only not here. ok ?” sambil dukturah mengangkat kertas jawapan seorang pelajar dan menyelak di halaman dalam. Pen saya terhempas ke atas meja(bukan pen, tangan yang sedang memegang pen). Waktu itu soalan sudah mula diedarkan. Ya, seperti yang anda bayangkan, saya melakukan kesalahan besar itu dalam kertas biochem saya sebab sangka saya perlu menulis nama di dalam. Dan mungkin saja orang yang dimaksudkan dukturah itu adalah saya. memandangkan saya masih ada beberapa peperiksaan lagi, saya cuba menenangkan jiwa. Mujurlah Allah memberikan saya ketenangan itu. Tetapi usai saja peperiksaan, saya hanya terdiam sepi. Hanya dua orang saja yang tahu kisah saya tu kerana saya takut untuk menceritakannya. Dengan kejadian itu, setiap kali berdoa saya memohon keampunan daripada Allah dan saya juga meminta Allah untuk menghijab mata dukturah dari melihat kesalahan saya itu dan menimbulkan rasa kasihan di hati dukturah kepada saya. waktu itu, tiada yang lebih saya harapkan melainkan pertolongan Allah.

Syukur, doa saya didengari oleh Allah dan saya seperti tidak tahu apakah yang harus saya lakukan lagi untuk menunjukkan kesyukuran saya walaupun sangat banyak caranya. Memang, saya agak sedih melihat kawan-kawan lain lebih berjaya daripada saya tetapi perasaan syukur memujuk hati saya. biarlah mereka mengatakan saya ni pelik kerana gembira dengan kejayaan yang tak seberapa itu, asalkan Allah melihat kesyukuran saya itu sudah cukup bagi saya kerana saya tidak mahu dilabelkan Allah hambaNya yang sombong dan pelupa. Tidak ada yang mahu dicop begitu oleh Allah, bukan?

Pengajaran yang ingin saya highlightkan di sini ialah, apa pun yang anda lakukan, semacam apapun usaha anda kembalilah kepada Allah. Memang ada manusia yang berkuasa atas manusia lain. Tetapi ingatlah, Allah jauh lebih berkuasa daripada mereka. Percayalah kepada kuasaNya. Percayalah kepada keajaibanNya. Kita ini adalah milikNya jadi Dialah yang berhak menentukan segalanya dalam hidup kita. Juga, kerana dialah yang menciptakan kita, kepadaNya lah kita memohon bantuan dan pertolongan, petunjuk dan jalan, panduan dan pedoman, sandaran dan harapan. Marilah kita bersama-sama menjadi hamba yang tidak pernah berhenti berharap kepada rahmat dan pertolongan penciptanya. Semoga terpilih berada dalam golongan yang beriman dan beramal soleh.

Firman Allah:

Ingatlah ketika tuhan berfirman kepadanya (Ibrahim), “berserah dirilah!” Dia menjawab, “Aku berserah diri kepada tuhan seluruh alam”.

Al-Baqarah 2:131

Nota kaki: nak minta doakan saya agar sampai ke gaza boleh?? *peace* nak3

Nota kaki lagi:doakan juga supaya dapat siapkan karya saya.wee~~

p/s:janganlah berputus asa dari rahmat Allah.

No comments:

Post a Comment