Saturday, April 16, 2011

baca la,,rugi tak baca.

assalamualaikum,,

semalam dengan rasminya tanah yang aku pijak sekarang sudah memasuki musim panas! macam mana aku tahu??sebab semalam waktu keluar untuk berusrah (best tau usrah aku walaupun sikit) ternampak seorang polis berbaju putih (kalau winter baju hitam) dan serius baju dia putih gila la sangat. kalau tak memang dah warna coklat2 dah. mungkin mereka gunakan winter sepenuhnya untuk mendobiu baju. haha. oh, sesat lagi otw nak ke rumah kak sha(nama samaran). bayangkanlah aku terpaksa berjalan 5km dalam panas terik macam tu *sigh*. dah tu sensorang pula. nasib baik siang terang benderang. tadi waktu nak jalan ke cc pun memang la panas yang teramat. nie baru masok, belum tengah2 lagi. tapi, malam masih selesa bersaratoga..weee~~

apa aku nak cakap sebenarnya??
ya,dah ingat dan sila berformal sekarang!

semalam, selepas usrah yang pertama, saya join pula usrah bersama kak ida (nama samaran juga) dekat rumah saya. pasal istiqomah. hmm,, mesti ada antara pembaca yang mengeluh dan mungkin juga ada yang tersenyum. saya sendiri, tatkala mendengar tajuk ini yang ingin dibicarakan, berubah sedikit air muka. keruh. bukan kerana tidak suka. bukan juga kerana tajuknya terlalu membosankan. tapi lebih kepada kesal.kesal kerana banyak hal (kebaikan) yang saya buat dalam dunia ini, tidak istiqomah. ada hari saya terlalu rajin untuk bertahajud. ada hari, saya kalah dengan pujukan katil dan saratoga yang meminta2 untuk saya kembali menyambung tidur. ada waktu, zikir harian basah di lidah. ada waktu, selafaz alhamdulillah tidak mampu saya ucapkan. istiqomah itu sukar bukan?jadi berbahagialah kepada anda yang sudah dapat ikhlas istiqomah dalam mencari cinta Allah.
rasanya, kalau nak diberi maksud istiqomah, pasti ramai yang sudah tahu. sentiasa tetap dalam kebaikan dan beriman kepada Allah. tidak membelok ke kiri dan tidak juga ke kanan. apatah lagi mengundur. sentiasa menjaga suruhan Allah dan menjauhi larangannya. hmm,, ini maksud istiqomah yang sebenar.bagaimana istiqomah kita??sengaja tinggalkan soalan agar kita dapat berfikir dan bermuhasabah.
jadi, pesan saya kepada saya dan semua, istiqomahlah dalam kebaikan dan tinggalkan segala keburukan. cukup!tazkirah pendek sahaja.

tukar mood..

aku ada seorang kawan,, terkejut dengan perubahannya dan ada gembira. terpana dan macam2 lagi. kawan yang selama ini aku berkongsi cerita, sama2 menyimpan impian untuk menjadi hamba yang terbaik, untuk menjadi muslimah solehah, dia kini sudah mendapat sinarnya. bahagia sungguh. berkira2, bilakah aku ingin membuat perubahan seperti itu?semoga Allah mudahkan jalanku. kepada hang cik nadia, semoga terus istiqomah dalam perjuangan. bashaa!!

nota kaki:harap kucing dekat rumah selamat. semalam mimpi buruk dowh.
nota kaki lagi:aku ada cinta hati baru.bukan.yang pertama.
nota kaki lagi lagi:malaysia bertuah sebab ada aiskrim durian,keladi, pandan..waa nak jugak!
nota kaki lagi lagi lagi:akan diupdate dengan dalil2.aku lupe la.hee

p/s:jangan membebankan diri kerana Allah tidak membebankan hambanNya. *sweetsmile* ngee

No comments:

Post a Comment