Wednesday, September 6, 2017

Merdeka. 10 Zulhijjah. Cinta

Baru-baru ini (31/8/2017) Malaysia telah menyambut Hari Kemerdekaannya yang ke-60. Mashaallah long live Malaysia in peace and harmony. Ameen. Dan baru-baru ini juga seluruh umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha.

Samaada sesetengah kita menyedarinya atau tidak, kedua-dua hari yang bersejarah ini mempunyai persamaan yang sangat dekat sekalipun mereka adalah entiti yang berbeza. Salah satu persamaannya ialah, ini kali pertama saya menyambutnya di Malaysia selepas 6 tahun. Hehehe. Tiba-tiba rasa kena buat two separate post. Hiks.

Tanpa perlu menjelaskan definisi pun, ramai memahami maksud kemerdekaan dan hari raya korban. Tapi, memahami maksud sahaja tidak cukup. Yang lebih penting daripada itu adalah memaknai pengertian kedua-duanya. Sekalipun merdeka dan aidil adha adalah perayaan yang berbeza, keduanya adalah natijah (result) daripada kerja keras air mata dan darah ramai orang sebelum kita. Kemerdekaan negara dikecapi kerana adanya pengorbanan daripada para pahlawan, pemimpin negara, ulama serta ramai lagi orang terdahulu. Sementara Aidil Adha sendiri adalah bukti pengorbanan Nabi Ibrahim dan keluarganya saat diperintah oleh Allah untuk menyembelih anaknya Ismail melalui mimpi (mimpi para nabi adalah wahyu Allah. Mimpi kita syiton je lebih yee).

Apakah yang mendorong pengorbanan?

Tidak ada yang lebih besar mampu mendorong kepada seseorang untuk memberikan harta atau tenaganya bahkan nyawanya melainkan cinta.

Cintalah yang meneguhkan hati dan jiwa.
Cintalah yang menolak jasad bekerja keras.
Cintalah yang selalu membuat orang menghulur tanpa syarat.
Cintalah yang membakarkan semangat.
Maka cintalah yang membuatkan pengorbanan itu seolah mudah.
Sekalipun itu amatlah sukar.

Pengorbanan adalah hal terbesar yang dilakukan cinta. Seseorang belum benar cinta sehingga dia sanggup berkorban untuk perkara yang dicintainya.

Nabi Ismail membuktikan cinta kepada tuhan dengan mempertaruhkan nyawa anaknya walaupun itu sulit bagi seorang ayah sehingga Allah menggantikannya dengan hari besar umat Islam. Aidil Adha.
Jika orang sebelum ini adalah manusia yang mementingkan diri, penuh kebencian dan bermalas-malas, pasti keamanan Malaysia seperti hari ini tidak akan terjadi. Cinta kepada tanah air lah yang melahirkan pengorbanan yang tidak sikit hebatnya.

Semoga pengorbanan-pengorbanan mereka tidak disia-siakan generasi hari ini. Semoga kita sama-sama hidup harmoni dalam kepelbagaian etnik, bangsa dan agama. Saling menghormati, bertoleransi dan saling berbudi. Kerana itulah sekecil-kecil yang boleh kita lakukan.

Sedangkan kehidupan kita sendiri memerlukan kepada cinta dan pengorbanan seorang ibu. 

Sebenarnya banyak lagi persamaan pada dua tarikh ini, tapi takpe, I leave the rest for you to figure. Hehehe

Salam Kemerdekaan dan Salam Aidil Adha (walaupun dah lambat ekeke)
#SayNoToRacism #NegarakuSehatiSejiwa




No comments:

Post a Comment