Tuesday, February 12, 2013

Cintaku Terjatuh di Turki-Episod 1

Assalamualaikum dan haii..
Selawat dan puji-pujian untuk Rasulullah, keluarga dan sahabat baginda

Alhamdulillah, dengan keizinannya saya akhirnya menjejakkan juga kaki ke tanah Turki yang diidamkan selama ini.. Sebelumnya, maaf kepada si dia dia dan dia yang menanti blog ini diupdate. Jadi, untuk beberapa minggu ini saya akan update pasal Turki saja lah. siapa yang rasa loya tambah nak termuntah dipersilakan tekan butang pangkah dekat atas.
Catatan ringkas ini dengan harapan dapat membantu mana-mana anda yang ingin ke Turki. Saya ni taklah pandai mana nak berbahasa, berpuitis bagai jadi ini lebih kepada catatan bergambarlah kiranya. Tidaklah membantu sangat tapi boleh la kot sikit-sikit. baik, kita mulakan dari sekarang..

24 Januari 2012.
Flight:Egyptair.
Masa:7.30 pagi
Tempoh: 2 jam lebih..dari Mesir..


 Pemandangan dari atas kapal terbang adalah pemandangan yang saya suka sangat-sangat..


Ini memang tak membantu, bantu kena sepak ada. Oh, itu lambang Egyptair. Egyptair adalah pilihan bijak. Bagasi boleh lebih kilo-kilo walaupun dia tulis 40kilo sahaja cuma untuk dikargo 2 beg sahaja. lebih boleh derma kat pengawal gate.


 Ini koin yang boleh di dapati di Malaysia. saja poyo..


 Istanbul.. i was there :(


 Lagi gambar nak kena penyepak


 Hari pertama sudah sampai Aya Sophea. Bayar 25Lira


 Bergambar dalam kesakitan akibat kasut yang tidak sesuai. malam tu juga pergi meredah hujan beli kasut baru. so, sebelum pergi, sila pilih kasut yang menepati kehendak kaki. 


 Lambang ini punya makna. bukan ikut sedap tarik sana bulat sini. 
Saya lupa maksud dia. maafff..


 Dalam Aya Sophea


 Dalam Aya sophea..


 Cantik tak??


 Errmm??


 Tolong tengok gambar nie elok-elok ye..




TopkapI..nak pusing perlukan 3 jam. 

 Lambang Sultan Mehmet al-fateh


 Dalam Topkapi..subhanallah cantik..


 Blue Mosque kala senja..


Dan waktu nie, saya dan Nadia tersedar, kami sudah terlari dari kumpulan dan tersesat lebih sejam. Memang pusing satu Istanbul la rasanya. Malam. Hujan. Kaki sakit. Mujur Allah selamatkan gadis cantik nie..ahak..


Berakhirlah perjalanan hari pertama. Baru balik daripada sesat dipanggil untuk mesyuarat. Selesai mesyuarat, minta minyak panas untuk melegakan sikit sakit, minyak masak pula dia bagi. Aduyai..
Selamat malam Istanbul!

Sabda Rasulullah:
 “Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.”
 [H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335].

nota kaki:hotel macam honeymoon, duit pun macam honeymoon.
nota kaki lagi:terlalu mudah mencari hotel murah. usaha kena lebih..


2 comments:

  1. wow. awesome. pics tell how happy there. mau pigi jugak. untung dhla dh jejak kaki kt sana. jeless. >.<

    ReplyDelete
  2. just another gift from ALLAH. if you really wanna go, pray a lot.

    ReplyDelete