Wednesday, September 12, 2012

Kambing pun jangan dikata..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh..
Sollu 3alan nabi ya gama3ah..
Ha ada style orang arab tak saya suruh selawat tu. Orang arab kalau ada pergaduhan macam itu lah, di suruhnya berselawat, lepas tu satu bas kedengaran selawat. Mashaallah. Kita pula malu-malu je kan nak selawat?? Bila dah selawat tu, reda la sikit (maybe banyak) kemarahan deme.
Petang tadi, saya macam biasa (biasa la sangat, baru berapa kali je pun sepanjang 2bulan cuti nie) pergi menjemput adik saya yang dua orang tu pulang dari sekolah(yang seorang baru habis tuisyen upsr yang seorang lagi dari sekolah agama). Si Blaqis keluar lebih awal, so kami kena tunggu si Yasin pula. Lama juga la tunggu nye sampai sempat saya dan Balqis bergaduh.
B:balik je la dulu ntah-ntah dia dah balik dengan kawan.
S:tunggu la sekejap nanti dia sampai la.
B:Ala dia bukan marah pun kalau tinggal dia.
S:haah memang dia tak marah, kamu je selalu ngada. Kami dulu-dulu balik sendiri je.
B:memang la kamu ada kawan, akih sorang-sorang.
Dalam hati 'betul juga budak ni cakap, dia balik seorang. Bahaya. Orang zaman sekarang bukan boleh percaya. Kes culik pun melambak. Lalu kami pun pulang saja meninggalkan si Yasin. Tiba-tiba Nampak budak nie tengah main dekat jambatan dengan kawan dia. Dah lama rupanya dia balik. Adoyai..habis..
Tak habis lagi ok! Tengah saya menunggu Yasin, tiba-tiba dengar mbek mbek mbek. Saya pun kalih pandangan pada budak-budak laki yang berdiri dekat bus stop. Ada la dalam lima enam orang. Tiba-tiba Balqis nie bersuara (balqis nie memnag kuat cakap sikit kalau nak tahu. Hehe) "Deme tengah ngejek budak tu," sambil menunjukkan kepada seorang budak perempuan yang berdiri memeluk tiang. Hati saya waktu ada la dalam 60⁰C. Memang tak mendidih tapi hangat. Tapi, kalau nak cakap saya marah saya tak marah sangat pun la. Saya lebih sedih sebenarnya. Juga kesian. Sedih untuk budak perempuan tu dan kesian kepada budak-budak laki tu. Apa yang lebih mengesalkan ialah bila saya tahu budak tu datangnya dari rumah anak yatim. Walaupun dia bukan anak yatim, tapi saya seakan memahi perasaan itu. Inferior. Unwanted. Ignored. Alone. Yeah, i'll feel lonely if treated like that. Saya tak sempat pun nak turun kereta untuk nasihat budak-budak tu sebab waktu saya pandang budak-budak tu dengan niat untuk mengetahui tujuan mereka, mereka dah lari ke belakang. Macam faham-faham pula budak-budak ni.
Zaman kanak-kanak saya kembali bertandang. Saya tak pernah dan tak boleh lupa bagaimana 'jahat' dan 'lancang' nya mulut saya bila bergaduh. Bila mengenangkan itu, serasa tak layak pun nak bagi nasihat. Tapi, saya sudah besar untuk 'ditarik' masa lalu. Saya sedar sejarah tidak patut memberhentikan saya daripada saling nasihat menasihati kerana saya sangat lapar dengan nasihat orang lain untuk saya. Saya berbual lagi dengan Balqis
S:Kamu kawan dengan dia tak?
B:Kawan la. Dulu akih pernah ajar dia.
S:Kamu bukan nak tegur budak-budak tu (merujuk kepada budak-budak laki). Kamu kan penolong ketua pengawas.
B:malaslah. (dasar banyak cakap tapi penyegan!)
Usai Maghrib dan membaca al-Quran, saya bersembang dengan family.
S:Yasin, kamu mengejek orang tak kat sekolah?
Y:Mana ada.
S:Ha tak baik ejek orang. Berdosa. Kamu tak ejek anak yatim?
Y:Ehmm,,anak yatim yang ejek yasin.. Hari tu akih mengata Shahil (bukan nama sebenar) gemuk perut buncit).
B:Weih mana ada. Kamu yang mengata...berlaku pertengkaran kecil antara mereka. Abaikan yang itu.
Kenapa anak yatim mengejek yasin?
Haha, i leave the question for you guys to answer psychologically or emotionally??
Terakhir, renung-renungkanlah firman Allah ini:
sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, Ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri,.
An-Nisa`: 36
…. dan mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim, katakalah: "Mengurus urusan mereka secara patut adalah baik, dan jika kamu bergaul dengan mereka, Maka mereka adalah saudaramu; dan Allah mengetahui siapa yang membuat kerusakan dari yang Mengadakan perbaikan. dan Jikalau Allah menghendaki, niscaya Dia dapat mendatangkan kesulitan kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. 
 Al-Baqarah: 220


 

Nota kaki:banyak dosa pada manusia lebih menakutkan.

 

p/s: be a good friend and find the good one.

 

No comments:

Post a Comment