Monday, December 13, 2010

L-I-F-E

Assalamualaikum..
salam sejahtera penghuni syurga(macam suka je ayat nie..)

mencurik masa yang xberapa nak banyak nie untuk sekalian anda yang sudi mengambil pengajaran.LIFE??apakah?ok, baru2 nie aku merajinkan diri ke seminar Love Islam For Eternity walaupun hati kalut memikirkan exam anat keesokan harinya. alhamdulillah, Allah tetap memberi hidayah kat aku untuk turut serta dalam program yang banyak manfaatnya ni walaupun sebenarnya program nie adalah wajib untuk pelajar perubatan tahun satu, tapi biasalah budak2 nakal..wee~~
banyak perkara yang dibincangkan dalam program tu termasuklah Love is Cinta..ehem2..dan bagi aku sendiri, sesi yang paling best sekali waktu doktor Khairudin dan Ustaz Arif yang bercakap tentang aurat dan ikhtilat. kemudian ada satu ayat dari ustaz arif yang menyentuh jiwa dan memberi kelapangan kat jiwa aku yang kacau bilau nie. kata beliau..
"banyak cara Allah nak ampunkan dosa kita.istighfar adalah cara yang paling mudah. kemudian kesusahan kita dalam menuntut ilmu, sakit"..macam tu la lebih kurang ayat beliau.aku pon terpempan(terpempan tu maksud dia ape?) sebentar. terfikir betapa bodoh dan jahilnya aku mengkhianati anugerah Allah nie.betol la, kalau Allah ampunkan dosa kita, bukankah itu anugerah Allah?(siapa sokong, angkat tangan!!)
selama nie, bila aku studi jer, mesti rasa bengang gila kalau susah nak masok dalam kepala hotak. rasa sakit jiwa bila dah baca masuk exam kantoi jugak. rasa nak hempok2 semua benda kalau dukturah explain berjuta2 tak paham2.akhirnya aku sedari, rupa2nya allah sedang mengampunkan dosa aku. dan bila Allah mengampunkan dosa kita bererti Allah mengingati kita kan??
pengajarannya kawan2, kalau kita ada masalah, ada susah, janganlah asyik mengeluh, tapi senyumlah. bukan saja menghilangkan gundah, bahkan menghilang dosa. juga, bila rasa sukar nak belajar, sulit nak menghafal, itu tandanya Allah ingin mengampunkan dosa kita dari banyaknya dosa2 kita.jangan mudah berputus asa dan teruskan berusaha, inshaallah ada berkatnya di situ. ingat, perjuangan memang pahit kerana syurga tu nikmatnya terlampau manis.hmm...baiklah kawan2, semua dah dapat ke apa yang saya nak sampaikan?hehehe =)
tapi, jangan pula kerana fikir 'allah sedang mengampunkan dosa kita', kita pun merasa relaks dan membiarkan kesusahan berlalu bagaikan angin.oh sangat salah kawan2. kita mestilah cari jalan nak selesaikan kesusahan kita sebab Allah tak merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut mengubah nasib mereka sendiri..
tambahan, kepada sesiapa yang sentiasa merasa senang dalam hidup, sentiasa merasa lapang tanpa kesusahan, maka pandang2lah ke dalam diri. selidik2lah yang tersembunyi. takut2 ada yang tak kena.sebab kita sepatutnya bimbang dengan hidup yang tanpa ujian.kerana dasarnya, setiap manusia itu berdosa dan pernah berdosa. moga2 kita semua dikurniakan keampunan yang berpanjangan oleh Allah dan dilimpahkan rahmatnya.

nota kaki:nak makan nasi minyak kenduri..hwaaaa...
nota kaki lagi:exam anat??selamatt...
nota kaki lagi lagi:salji nak turun la

entry ini hanyalah sekadar mengingatkan si penulis betapa singkatnya jalan hidup dan betapa baiknya percaturan tuhan. sesiapa yang mengambil manfaat, alhamdulillah..

p/s:siapa budak2 mesir yang nak kawen sila jemput fathimah..hehe

No comments:

Post a Comment