Monday, September 3, 2012

The brother is here! - Bila taqwa

Assalamualaikum w.b.t
Selawat dan sejahteralah ke atas baginda, keluaga dan sahabat..

Tajuk agak poyo di situ. mesti tertanya-tanya kan kenapa taqwa? tak tanya, tak apa nak kisah jugak.. 
saja nak cerita sikit pasal kisah perkenalan mereka (selamba tak minta kebenaran) di sebuah Pusat Motivasi At-Taqwa di Ipoh. kak nyah waktu tu saja nak mengisi kekosongan kerja sebab waktu tu beliau pun tak ada buat apa-apa lepas habis degree. nyah kau fakhrul pula memang dah kerja kat situ. jadi dikenan2kan lah mereka berdua oleh seorang pak cik yang dipanggil pak ayub. Tak berapa lama terdengar lah cerita kak nyah nak kahwin. waktu dengar khabar tu saya memang terkejut badak sumbu la. tak sangka pula beliau akan menamatkan zaman bujang beliau begitu cepat. begitulah kisah pertemuan mereka. Bila dah jodoh tu, macam-macam jalan la Allah bagi kan?

Dan, sebenarnya nak update pasal kenduri menyambut menantu di Ipoh. Despite all cousins went back to college, rombongan masih meriah. mahu kau tak meriah bila pengantin dengan crown tertinggal, mekap artis tak ada. Kecoh senegara. ok tipu. makanya, terpaksalah pakai simple je tapi tetap anggun macam pengantinlah. mekap artis yang ramai juga menyebabkan kerja yang boleh selesai dalam 10 min menjadi cepat  hampir 30min. pegghhh.. surau, tandas dengan tol jelapang tu kami lah yang conquer..haha

Sampai di rumah pengantin lelaki dalam jam 12.30 macam tu. disebabkan ramai sangat yang memandang, tiba-tiba saya pula yang neves. pehal?? ngalah pengantin dah ha padahal photographer jepun  je pun. tu kat rumah pengantin laki, kat rumah pengantin perepmpuan ritu lagi lah neves macam i plak yang nak menikah. oppss.. 

Lepas menyantap segala jenis makanan sampai di meja pengantin di harung habis, kami pun nak bergerak pulang meninggalkan kak nyah yang muka memang nampak bila-bila masa nak mengalirkan air mata. tapi, mungkin air mata jadi keras sebab banyak sangat minum ais, jadi dia kejar van kami dengan mulut yang cebek-cebek dah..haa..oh sebelum lupa, sampai beliau tinggal beg pakaian dalam van. tuan tak boleh balik bagi baju balik. yolah, pastu pinjam baju mak mentua. haha.

apa-apa pun, gambar masih tak dapat dikongsi lagi. dalam masa terdekat ini in sha Allah. 
kecuali gambar di ipoh sebab adik yang bongsu dengan bijaksananya telah mendelete semua gambar yang ada. pressure sangat bila tengok 'no picture in this folder'. waktu tu fikir nak campak kamera ke nak campak adik gue tuh?! i waras lagi ok..tak apa, semua terakan dalam minda *pujukhati*

nota kaki:yaya kahwin hari yang sama. best la classmate i yang pergi..

p/s:jangan sembarangan delete gambar.


Sunday, August 26, 2012

The brother is here!


Assalamualaikum w.b.t
Selawat dan salam untuk Rasul s.a.w

 

So, yesterday (25th of August) we had big wedding party for the blessed couple 'amirah and her husband fakhrol. It was a nice, havoc but really tiring day, sometimes stressful too. Stil, we had lot of fun and it went so smoothly with the help of Allah for sure. However, in the end, maybe i can say that i did bad bad bad job. For that, i'm really sorry to all!!!
Malas nak menulis panjang. Nantikan saja kemunculan gambar-gambar the newlywed couple yang akan ditapis-tapis. Haha..
Untuk permulaan terima yang nie dulu lah yerk!





agak-agak kome pe jadi kalau pengantin laki comel cam gini..


Tuesday, August 14, 2012

Jentik-jentik

Assalamualaikum w.b.t
Selawat dan salam untuk Rasulullah s.a.w terchenta
Salam ramadan dan selamat bertemu lailatul qadar :)

Pernah jalan tesepak batu?
Pernah terlanggar pintu?
Pernah terhantuk dinding?
Pernah bernasib 'malang'?
Kalau pernah, maknanya pernahlah anda yang menjawab pernah dijentik ye? 
Eh, tadi cakap sepak, langgar, hangtuk alih-alih jentik. apa kes la fathimah ni kan. 
Relaks dulu, jangan melatah panjang-panjang sangat. bulan Ramadan nie, jaga hati dan perasaan luh. 
Sebelum kita pergi dengan lebih dasar lagi, apakah yang terkeluar daripada mulut anda apabila kejadia-kejadian tidak bernasib baik itu terjadi?
mungkin
'Oh sial'
mungkin 
'mangkuk kau buta hape?'
mungkin 
'mak kau jatuh'
mungkin
'bodoh punya batu/pintu/dinding!'
atau mungkin yang seperti ini..
'innalillahi wa inna ilaihi raji'un'
mungkin
'alhamdulillah terampun dosa aku'
So, mana satu agak-agaknya yang menjadi hiasan bibir kita? Kalau yang dua terakhir itu, alhamdulillah. kekalkan dengan sebutan yang ikhlas terpancar dari hati. semoga benar-benar hidayah Allah milik kita.
Sedarkah kita (ramainya tak sedar macam saya nie hah) kemalangan kecil yang tertimpa tidak sia-sia Allah takdirkan. semuanya adalah tanda ingatanNya kepada kita. Dia sedang menjentik hati kita agar tidak lupa kepadaNya. jadi, bila dah namaNya Allah mendidik hati janganlah melenting kepadaNya. ucapkan syukur dan berterima kasihlah. Semoga dengan ucapan baik itu dapat meningkatkan iman kita dan sebenarnya kata-kata yang terzahir dari mulut adalah nilaian iman kita. berkatalah yang baik wahai manusia-manusia semua.
(adaptasi dari Solusi..hehe)

So,,my hubby is going soon and i'm not sure if he will be coming again. nope, maybe i should say if we can meet again. yeah. for if  i won't see him again, i seek forgiveness from all of you and repent from Allah may He gather us in the jannah. If as much as i want he to be with me again, i hope that our relationship will be better next time. more worship with more love. so do you. Sedihnya hati Ramadan dah nak tinggalkan kita. Mari sama-sama cari lailatul qadar dan keampunan Allah ye. yakin padaNya, Dia sangat pengampun dan penyantun.

nota kaki:raya lambat lagi, stoplah dulu lagu raya tuh, sayang jer..
nota kaki lagi:Heliza ajak pergi Australia. wooho seronok.
nota kaki lagi lagi:jentik-jentik adalah indicator tahap kebersihan air.

p/s:please stop risking yourself. jangan main mercun!