Sunday, April 25, 2010

Tabahlah!

Memikirkn semlm(24 April) hari yg plg cbok ntok ak..rase berbaloi sangat2 klu hari2 cuti ku cm gnie..


stat pagi kol 8 ak da bergegas ntok join budk2 sek mdgo cermh motivasi(xdjempot sje menyibuk..he2)..petang lak g ujian medsi..ujian ntok mlaykkan diri mnjadi sorang guru kimia..kelkr btol bunyiknyer..cakp pasl medsi tingat solan2 dy yang cukup mencabr dan sdikit sebanyk menggores aty ini(belakangn nieh slalu sgt trase aty)..lebih2 lagi ble smpe solan cepumas..'anda tidak pernah menipu seumur idop anda'..wah2!!solan yang menguji mindaku tahap z..sempatler ak teringat2 kenangn silm dua tiga minit..dan dengan gagah beraninya aku menjawab YA tepat sekali..kah3..setangah jam ak melenguhkan pinggangku di dlm dewan akhirnyer ak pon siap menjawab dengan yakin skali..pusing2 aik budk2 yg masuk lbih awal dari ak pon terkontang kanting gih(lewt seploh min.)..abis sajer exam mluru ak kuar tok menyibukkan diri ke ceramh oleh Raja Shamri Raja Husin..padaku sorang yang sangat hebat di alaf ini..hmm..biarpon ketidaksempurnaan pada anggota tubuhnya menyebabkn beliau dipndg rendh oleh temn2 seusia namun tak pernh sekali beliau menoleh langkah mencipta nama sehingga menjadi insan yang berguna skarg..


so..ingnlah diriku yang kerdil dan hina ini berkongsi serba sdikit apa yang aku dapt drpd cermh itu..


semua insan merasakn kelmahn adalh penghalang pada kjayan yang besar tanpa mengetahui yang tersirat dsebalik keburukan itu..kerana kelemahan mengajar kita menjadi insan yang lebih tabah dan berdikari..berjuang diatas kaki sendiri..kelemahan yang menjadikan kita sentiasa berpijak dibumi nyata..kelemahan yang menjadikan kita tercabar oleh kelebihan pada orang lain dan kelemahan yang menjadikan kita sentiasa berusaha mnggapai bintang yang gemilang..


jadi..janganlah kelemahan kita menjadikan kita seorang yang lemah dan cepat berputus asa..


ALLAH tidak pernah sekali melihat kepada rupa paras dan bentuk tubuh kita..asalkan kita sentiasa berusaha membantu diri kita keranaNYA..bertawakkal kepadaNYA dan berserah diri hanya kepadaNYA..pastilah kita menjadi insan yang paling mulia disisiNYA..


oarang suka berkata tentang orang..jadi siapalah kita untuk menstapler mulut2 yang tak bertanggungjawab asyik2 berbicara tentang kita..adalah lebih baik dengan mendiamkan diri dan berbaik sangka kerana kita akan lebih bahagia..tidak perlu menyakitkan jiwa..


Bahkan lebih bagus lagi kalau kita memikirkan yang mungkin kita sedang menerima balasan atas dosa2 kita yang mungkin secara tidak sengaja pernah tercaci maki tercela celi orang disekeliling kita sebab kita juga manusia bukan?! so sentiasalah ingat pesanan dariku untukku..kita mengata seorang seploh orang akan mengata kita balik.. apakata kita sumer JOM BERHENTI MENGATA..


ALLAH adalah pencipta kita jadi selayaknya hanya kepada DIA sahajalah harus kita merayu dan mengadu..ALLAH itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui..SUBHANALLAH..jadi yakinlah akan janjinya..'berdoalah kepadaku nescaya akan aku perkenankn'..jadi apa nak ragu lagi? ALLAH itu tidak pernah memungkiri tetapi kita sebagai hambalah yang sring terlupa dan terleka dalam nikmatNYA..tenggelam dalam asyik maksyuknya dunia..hingga lupa janji kita sebgai hambaNYA untuk beribadah dan mengagungkanNYA..justeru itu saudara2ku dan diriku ayuhlah kita sentiasa yakin dengan tuhan dalam doa dan pengharapan yang tulus kepada ALLAH Yang Maha Pemurah..ingat! yang dilihat dan diukur bukan sejauh mana usaha dan kemampuan..tetapi setinggi mana keyakinan yang jitu dan padu serta tawakkal sepenuhnya kepada tuhan..tapi bukan juga bermaksud kita hanya goyang kaki lenggok pinggang..buatlah sehabis daya semampu kita..semoga ALLAH sentiasa bersama kita..


Hakikat kehidupan memang perlu berkorban..korbankan masa yang kian singkat..korban harta yang semakin sempit..korbankan tenaga yang tambah lemah..dan korbankan sebuah kehidupan!


kerana dihadapan adalah jalan yang licin dan penuh liku..untuk menoleh kebelakang adalah duri dan kegelapan..pilihan di tangan anda..




Disebalik kepayahan disitulah kekuatan..


Tekad hati azimat di perjalanan..


Mengejar impian..


Tinggi langit mimpi ini..


Tak kuragu untuk membuktikan..


Indah bintang yang terang bukan khyalan..


Tetapi kenyataan...


2 comments:

  1. nie fathimah ke..wey asal xleh nak follow ko nie//

    ReplyDelete
  2. ntah..asal plak xley..ak pon xtahu..

    ReplyDelete