Monday, July 15, 2013

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma solli 3ala muhammad wa 3ala alihi wa sohbihi..

Assalamualaikum cecantik dan kekacak sekalian??

Apa khabar anda? apa khabar puasa anda? Semoga semua baik-baik belaka.
sebulan? ke dua bulan agaknya saya tak menaip. jangan cakap nak menaip, nak jengah orang pun tak. Sibuk? haah, tidur. hehehe...

Sekarang nie dah masuk seminggu Ramadan. Dah lambat, tapi tak kira nak wish jugak sekalian manusia..

SELAMAT BERPUASA...

Selamat menjalani ibadah dengan hati yang tenang, jiwa yang lapang, rasa yang senang dan pelbagai lgi ang yangwujud di dunia ini.
Jangan lupa memohon maaf dan memaafkan orang lain. Saya pun memohon kemaafan yang tidak terhingga kiranya ada salah dan silap hamba. haha. eh, memain pula ye. Betu-betul minta maaf nie, maafkan ye?!

Disebabkan sekarang bulan Ramadan, saya sebenarnya berhasrat (sebelum sampai Malaysia lagi dah berhasrat) nak join aktiviti kemasyarakatan. Nak bersosial la lebih kurang. Nak berkenal-kenalan dan paling penting nak menolong insan-insan yang dalam kesusahan. Waktu dekat Mesir, ada bagi nama untuk join MRA (Malaysian Relief Agency) punya program tolong orang asli. Malangnya, nama tak tersenarai pun. jadinya, buat permohonan sekali lagi, malang juga sebab tak ada rejeki juga lagi walaupun saya berharap sangat untuk pergi since tahun lepas saya terlepas peluang nie sebab tahun lepas nak tolong persiapan kakak kahwin. sobbb panjang. Actually, ada program Kembara Amal dekat Sarawak. masalahnya, tak ada kawan yang ikut. Macam mana? Memang la boleh buat kawan nanti-nanti, tapi saya perlukan juga orang yang at least saya kenal untuk borak-borak dan kalau ada apa-apa minta tolong. Saya ni awalnya tak berapa nak ramah. sekian.
Saya dipanggil (tak ada la dipanggil sangat, poyo je kan. saya bagi nama then dipanggil.cop, sama je??) untuk jadi volunteer World Conference. Masalahnya, bendanya dekat Gombak. Masalah lagi, saya kena tinggal rumah orang. Masalah lagi, saya takut nak minta keijinan mak. takut tak bagi..hwaaa..dah la malam nie paling lewat saya respon wahai sekalian..sobbb

Tak apa lah. lupakan sebentar sahaja masalah-masalah itu. Sekarang nie meh nak bebel.
Memandangkan Ramadan dah nak habis (memang baru seminggu tapi disebabkan akhir zaman masa berlalu dengan pantas, 3minggu yang berbaki bagaikan 3 hari. ke over sangat nie?), jom la kita mengimarahkannya dengan menaik taraf ibadah kita. Malu sebenarnya nak ngajak orang buat baik. Teman nie tak baik sangat macam sekalian, tapi kerana dengan memberikan nasihat itu satu kebaikan, kugagahkan jua la. Ad-dinun nasihah. kan? Macam mana agaknya nak naik tarafkan ibadah kita ye? Tak payah pergi jauh-jauh sangat. Tak payah nak fikir yang berat-berat kalau tak mampu. Start with small thing first. Yang orang tak nampak pun tak apa. memang bukan tujuan nak tunjuk orang kan? Jadi macam ni, setiap orang mesti ada kekurangan kelemahan dan dosa kan? Sekarang fikir, dosa apa yang dah lama kita buat dan susah betul nak tinggal. Perlahan-lahan niat untuk buka buku baru bila keluar sekolah Ramadan ni. Cari segala peluang dan idea untuk elakkan kita dari dosa tu. Inshaallah, kalau kita benar-benar ikhlas, Allah pasti tolong! Kadang-kadang, kita nie tunggu yang hebat je baru nak buat baik. Nak ada sejuta baru nak sedekah. Kalau ada sekupang pun, bagi la pada orang yang lebih memerlukan. buat kebaikan yang kecil macam tolong mak buang sampah ke, belai-belai kucing ke, siram pokok ke. Semua benda yang kita anggap tak ada makna nie kalau kerana Allah, boleh menghilangkan dosa kita tadi tau?! Inshaallah.. Makanya, jangan berlengah buat baik. Bagi sesiapa yang rasa tak ada dosa pula (kalau rasa tak ada la) dan baaaanyak sangat amalan dia buat, sampai tak tahu buat baik dah apa kata hang bertobat dan berdoa semoga Allah terima amalan hang dan jauhkan dari sombong dan takbur..haaa..tak ada manusia tak berdosa weii..

Mak dah panggil tolong masak. Jumpa lagi la bila-bila. selamat beramal, selamat berbuka, bertarawih, bertadarus..Salam sayang chenta...


No comments:

Post a Comment