Thursday, February 16, 2012

pernah saya cakap saya genius??

Assalamualaikum..
salam bijaksana anak-anak cerdik pandai semua..

Pernah belum saya post entry pasal saya genius? saya rasa macam belum. tapi, kalau dah tu baca lah lagi, mana tahu menambahkan kegeniusan saya. hehehe.
itu kisah lama sebenarnya. dan memang tak sengaja pon la ada orang nak panggil saya genius. bila fikir balik, memang lucu dan lawak bagailah bila saya yang errk macam nie di'label' genius sedangkan ramai lagi kawan-kawan yang lebih bijak dari saya. dan sepatutnya, keadaan masa tu tidak melayakkan saya dicop sebagai genius pon. rezeki saya lah tu nak buat macam mana, terima dengan hati terbuka lah..hehe..kisahnya begini.
saya dengan rakan sebelah saya waktu tu cik puterianiss.blogspot sedang asyik mendengar prof. memberikan ceramah di depan sampailah satu point yang menarik kami untuk berbual mesra tanpa menghasilkan wave noise. tiba-tiba, "yes, you!" saya dan cik nedd pun serentak berpaling ke hadapan. prof sudah memandang kami. saya pun menggoyang-goyangkan pen di depan muka. nedd diam seribu bahasa. tiba-tiba yang lebih tiba-tiba "what is your name?" prof bertanya saya. saya menjawab perlahan "Fathimah," "Class, fathimah is a genius student. why? because she looks at me like this(sambil membulatkan mata beliau) and show that she focus. fathimah is a genius student," saya agak terkejut dan sentap juga sebenarnya. saya tak tahu prof nak perli saya atau apa. tapi, sememangnya bila saya dalam kelas dan kalau saya tak mengantuklah, mata saya akan memandang cikgu-cikgu tak berkelip sambil kening hampir nak berlaga. kepala tak henti-henti mengangguk. sehinggakan ada kawan yang menegur "janganlah tengok cikgu macam tu, macam nak telan je!" yeke? saya pun tak tahu yang muka saya macam harimau yang garang waktu tu. rasa macam anak kucing yang comel dah. teehee..selepas itu, nedd tak puas hati sambil menyiku saya dan cakap "ko sembang ngan ak la tadi. mana aci," saya pun senyum sumbing jawab balik "mana la aku nak tau. dr nampak hang sorang je yang sembang. jangan la jeles dengan aku. haha," yeh, lepas tu nedd and the gang tak puas hati lagi. saya ketawa geli hati je sambil cinta saya pada prof makin bertambah-tambah. ahak!
jadi, moral of the story, jangan berbual dalam kelas, nanti sentap. kedua, nak berbual pun make sure you didn't lose focus before. jadi, bila cikgu-cikgu tanya senang jawab. ketiga, nak berbual dalam kelas, berbual pasal lecture jangan out of topic. keempat, tak payah berbuallah, nak berbual apa dalam kelas?*perlidirisendiri*

Hasan r.a berkata kepada anaknya: “Wahai anakku, apabila kamu berada bersama ulama’, maka hendaklah kamu mendengar dengan baik dan dalam keadaan yang penuh beradab terhadap apa yang telah diperkatakan oleh gurumu.”


p/s:hormat guru ye kawan-kawan..

No comments:

Post a Comment