Thursday, February 2, 2012

another unforgettable trip,,

Assalamualaikum dan selamat berbahagia.


JABAL MUSA:
merupakan antara catatan pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan. saya sendiri tidak sangka dalam kegelapan malam, saya mampu mendaki jabal musa setinggi dan sepanjang itu. nasib baiklah panjat malam, kalau siang, dah lama saya berhenti dekat kaki bukit lagi. tak tak itu tipu, saya sangat suka panjat gunung! ok,sedikit info mengenai jabal musa- merupakan antara tempat yang dikisahkan dalam al-quran(sila rujuk surah at-tin). merupakan tempat di mana nabi Musa bermunajat kepada Allah dan menerima wahyu di situ. memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mendakinya! horey saya sudah..


sebelum pendakian


di atas puncak


perjalanan turun,,jauh lagi nie tau..

KUBU SALAHUDDIN:
Fakta-terdapat 3 kubu salahuddin al-ayubi. satu di Alexandria, Cairo dan Sinai. kubu di sinai terletak di tengah-tengah laut yang sangat cantik biru dan indah. perlu menaiki bot untuk ke sana. so, haruslah bayar 25LE seorang. dari puncak kubu ini, kita boleh menyaksikan sempadan Mesir dan 4 buah negara iaitu Arab Saudi, Jordan, negara haram Israel dan juga Palestin. dan boleh nampak juga hotel Hilton di Israel. info ringkas tentang Salahuddin-saya suka dia *wink*. merupakan orang penting dalam Perang Salib dan mengambil semula baitulmaqdis yang dicintai daripada tentera salib. lebih info menarik silalah wiki2.


kubu dari jauh


masjid dalam kubu


MAKAM NABI HARUN, SALLEH dan SAMIRI:
cuma berharap dan berdoa supaya kembali ke sini lagi. sob2

DAHAB:
berasal daripada perkataan zahab yang bermaksud emas. dahab itu sebutan ammiyahnya. yang menariknya di sini adalah glass boat dan juga tempat shopping yang harga bagai nak gila. so, hanya beli satu sweater terpaksa. sempat juga kena bengang dengan seorang pak cik arab nie. selamba sangat je dia paksa beli sweater yang dah kotor dan lusuh warna. mujur sempat melarikan diri.ehek. risau la juga kalau kena hempuk dengan pak arab. saya nak hidup lama lagi.


menuju ke glass boat.


gambar tak ikhlas,,sori la!

scuba diving lagi best!!

UYUN MUSA:
surah albaqarah 2:49.


inilah dia,,batunya di tempat lain.

BARLEV LINE:
lewat 30 minit. tak boleh masuk lagi dah. rasa nak mengamuk dekat siapa(saya lah itu) yang terhegeh2 dekat hotel. grrr...

nota kaki:tak sakit kaki macam orang lain, alhamdulillah.
nota kaki lagi:hampir diterbangkan ribut sinai,panjang umur lagi. alhamdulillah.

p/s:pergi merata alam untuk insafi diri bukan meninggi diri ok?!

1 comment:

  1. wey ..suoh dibah bawa kamera dia nak picc..korg bawa pndrive..hehehe

    ReplyDelete