Monday, September 5, 2011

pasal 6

Assalamualaikum..
setelah kesibukan berganda-ganda dan baru-baru ni saya dlantik pula menjadi adhoc untuk mesyuarat agung (harap-harap jumpa orang gantikan tempat saya) menyebabkan diri kepenatan dan terkejar-kejar. rumah terbuka pula tak habis-habis dan nampaknya makin galak pula pelajar-pelajar sini buat rumah terbukanya. jadinya, baru hari ini saya berkesempatan nak puasa enam pula (kecoh orang lain puasa enam tak beritahu pun).

puasa enam tu apa? kepada sesiapa yang masih belum tahu, puasa enam tu adalah puasa enam hari di bulan syawal dan kita digalakkan untuk melaksanakannya. dalam hadi nabi s.a.w ada menyebut:
"sesiapa yang berpuasa penuh dibulan Ramadan kemudian diikuti puasa enam hari di bulan syawal seolah-olah dia berpuasa selama setahun".

Riwayat Muslim.


setahun beb. puasa 30+6 je dapat pahala macam puasa setahun. jadi marilah kita bersama berlari dan mengejar. jangan sia-siakan masa yang ada di bulan syawal nie. lepas dah makan kuih banyak-banyak plus rendang lemang wajik (sedapnya) segala bagai, jom tingkatkan amal ibadah kita. semoga ada ganjarannya.

nota kaki: menghitung hari.
nota kaki lagi:budak baru sampai esok.selamat tiba dan selamat datang.

p/s:puasa3

No comments:

Post a Comment