Thursday, September 29, 2011

MATROUH-SIWA: DAY 1ST

Perjalanan 3 hari 2 malam bermula pada jam 12malam 23 September 2011. Untuk pertama kali, saya berpeluang menaiki coaster yang selalu juga disebut-sebut. Pada awalnya, agak terkilan sebab tak dapat naik bas. Yelah, bas lebih besar dan tinggi, tu yang seronok tu. Heeee.

Sepanjang perjalanan saya hanya tidur sambil telinga enak mendengar lagu-lagu kegemaran. Hampir subuh, kami berhenti di kawasan yang lebih kurang macam R&R tapi memang bukanlah. Kami berehat untuk solat dan juga bersarapan dan menyambung lagi perjalanan sehinggalah tiba di chalet yang biasa disewa apabila terdapat program-program sebigini. Jam masih awal waktu tu. Mungkin menghampiri lapan. Kami dibenarkan untuk berehat. Saya? pastilah mendefinisikan rehat sebagai mensintesis mimpi yang indah. Hahaha. Sementara dye dan yang lainnya bermain-main di pesisir pantai.

Bangun semula untuk solat zohor seterusnya memulakan kembara dan musafir kami pada jam 1 petang. Tempat pertama yang menjadi destinasi pelancongan adalah Pantai Cleopatra. Memandang pantai yang biru indah tu memang tiada kata yang lebih indah melainkan subhanallah. Serius, sehinggakan saya merasakan seluruh umat manusia mesti ke sini untuk menyaksikan betapa cantik ciptaan Allah. Kejernihan air, putihnya ombak, dan biru laut yang bersatu bersama langit yang terbentang luas membuatkan hati terdetik “Ya Allah ajarkan bahasaMu yang terindah, aku ingin menyebutnya”. Di Pantai cleopatra ni terdapat sebuah kolam atau dalam bahasa arab dipanggil hamam cleopatra dimana menjadi tempat Cleopatra berendam dan membersihkan dirinya. Ia dibina yang mana membolehkan cahaya matahari menembusi bahagian dalamnya tetapi suhu di dalamnya masih sejuk dan dingin. Ya, memang dingin sungguh rasa macam taknak keluar dah. Terdapat dua lubang atau pintu tempat ombak keluar masuk. Seronok sungguh pakcik-pakcik arab bermain ombak besar macam kami ni tak ada dekat situ. berhenti di sini. Jom ke Pantai Agiba.

Merupakan pantai yang agak terkenal untuk keluarga pergi berkelah dan berenang-renang itik. Pantai ni pun cantik juga, sama cantik dengan saya pakcik-pakcik yang seksi berenang dengan hanya berseluar pendek. Haha. Rasa macam duduk kat tengah lautan yang tak ada orang bila saya berjiwang seorang diri di atas batu besar dihempas ombak besar sementara sang ustaz sempat mengarang sajak cinta seorang hamba. Sedap puisinya. Saya juga sempat berpuitis dalam perjalanan tapi seganlah nak baca dalam coaster sebab tidaklah hebat macam ustaz tu.

Selepas asar, kami menuju ke bazaar Libya. Dinamakan Libya sebab memang bersebelahan dengan Libya. Bahasa yang diguna pakai oleh orang sini ialah Barbar tapi mereka fasih juga berbahasa arab mesir. Saya dan kawan-kawan singgah di sebuah kedai yang buat keychain dan pasu yang ada pasir dalam dia tu. Tak tahulah nak panggil apa. Kami berhasrat untuk membeli keychain untuk edisi sesi tukar-tukar hadiah. Tidak banyak pun saya membeli sebab tak berminat dengan benda-benda shopping ni. Sekadar beli benda yang diarahkan kemudiannya saya dan kawan-kawan terus pergi ke coaster dan bas masing-masing. Hari pertama berakhir dan saya seperti biasa tidur macam saya pula yang jadi penunjuk arah bagai.

maaf tidak beralbum.problem loading page dari awal sampai habis. insyaallah lain hari lain entry..

Nota kaki:nak pergi lagi. Rasa nak bawa famili pula.

Nota kaki lagi:belajar daripada sejarah.

Nota kaki lagi lagi:bertuah menjadi orang islam sebab ada kata-kata indah yang dapat diucapkan. Subhanallah, alhamdulillah.

p/s:jalan jalan juga, jangan lupa memuji keagungan Allah.

2 comments: