Saturday, December 18, 2010

sekali lagi perihal kita

Assalamualaikum..
untuk pertama kalinya maaf kerana entry ini sekali lagi terpaksa menyentuh rasa sesetengah pihak.tapi, sebab ada saomething yang sangat2 memanggil aku untuk bertup tap tup tap di sini jadi harapnya sekalian pembaca silalah ambil yang baik dan buangkan yang buruk.
sekali lagi berkisar tentang kehidupan aku dan kalian di mesir.macam yang kita tahu lah, pelajar perubatan azhar di wajibkan untuk mempelajari bahasa arab. bukan saja belajar bahkan juga mengambil peperiksaan. bagi yang tidak mempunyai basic bahasa arab, sangat berat kan??ye sangat berat!dan adakah kerana keberatan (kalau rasa salah, tukar sendiri) ni, membuatkan kita terfikir hantar surat untuk menukar guru yang boleh berbahasa inggeris?come on lah guys!!!

*bersedia untuk menerima emosi saya yang tak betul dah*

memang lah ustazah tu tak reti cakap bahasa inggeris dah nama pon ajar bahasa arab, nahu pulak tu. btw ustazah berusaha kan nak buatkan kita semua faham dan belajar bahasa inggeris dari kita. then, why don't you appreciate it even a little?that's annoying la nak mintak tukar2 cikgu. dan lebih annoying bila cikgu tu dah terasa kawan2. can you think logically and be realistic?kita duduk kat tanah arab kot. yang majoriti masyarakatnya tak pandai berbahasa arab.jadi, kene faham la. kita tahu kan azhar memang kene belajar arab (kalau yang tak tahu saya mintak maaf sangat2), jadi terima dengan hati terbuka lah. kalau tak sanggup nak belajar arab, why the hell choose egypt?azhar lagi! cuba kita membuka minda kita dan berfikiran positif. mungkin ini peluang kita untuk mempelajari satu lagi bahasa yang tak semua orang dapat. bahasa alquran.bahasa syurga.
ok fine, kita kata kita tak ada basic arab deme boleh la sejak lahir lagi parents cakap arab. oh please..kita sama saja..kita tak tahu tapi ramai kawan kita yang tahu.so, manfaatkan lah kawan2 kita yang tahu.gunakan mereka sehabis mungkin.kalau kita tengok, negara macam jepun,perancis jerman dan sebagainya pon mana ada guna bahasa inggeris. kalau kita pergi negara2 tu, kita tetap kene belajar bahasa deme.so??
jadi kawan2, harap sangat2 jangan buat perkara2 yang tak munasabah.(walaupun aku sendirik seorang yang sangat drastik)
aku sangat tertarik dengan ayat seorang kawan aku, harap kita dapat ambil pengajaran..
'yang paling penting dalam menuntut ilmu,dalam keadaan apa sekalipun, keberkatan guru tu lah yang perlu diambil kira. bukan cemerlang ke tak cemerlang. sebab guru tu adalah orang yang mengajar. hilang keberkatan guru, hilanglah berkat ilmu,hilanglah semua'
guru dah berusaha sehabis daya untuk mengajar kita,pengorbanan mereka untuk menjadikan khalifah Allah di muka bumi ni bukan calang2.inshaallah, kalau kita menjaga hubungan dengan guru, bukan saja kita berjaya di dunia, bahkan juga di akhirat.
memang kita sama2 susah, makanya kita boleh sama2 membantu untuk mencapai kejayaan yang meberi manfaat kepada kita dan umat islam.
didoakan kepada aku dan kalian berjaya dan dipermudahan segala urusan.baashaa!!!

maaf sekali lagi andai ada yang terasa dan terluka. aku hanyalah insan biasa yang juga sering terlupa.sila ambil konsep aku ingatkan kau, kau ingatkan aku..ok?!kalau tak sudi nak maafkan aku, baca semula status blog ini.hehheh

nota kaki:sudah ada rencana untuk winter break!yeah...
nota kaki lagi: nak habiskan anat cepat2
nota kaki lagi lagi:bubur asyura sangat sedap!!nyam2 =)


p/s:mari kita sama2 mencari berkatNya..

No comments:

Post a Comment