Tuesday, December 7, 2010

assalamualaikum..

ada dua cerita..

CERITA SATU:
hari ahad lepas aku bersama kaklong ke muhandisin dan arma untuk menguruskan hal berkaitan zakat..penat dowh jalan jauh..alhamdulillah selesai sudah semua urusan hari ni..dah hantar dah pon borangnya ke pejabat..moga aku dan kaklong dan semualah yang mintak tersenarai untuk menerima..kemudian di arma, aku terserempak dengan aini.beliau macam jumpa artis pulak bila nampak aku..nasib je dia tak mintak autograph ekslusif dari aku..hahaha.
kemudian, sembang2 dengan aini dan aini khabarkan berita gembira pada aku.sayang aini lebih..sila semak
#exam phisio yang mendebarkan.
#esok(isnin)ada test biochem.tajuk nucleoprotein..
macam mana pulak aini tau aku tak tau??sebab aku ponteng kelaslah apa lagi..
balik tu, memang sungguh2 dalam biochem kerana sudah ponteng kelas phisio.baca dengan banyak dan menghafal dengan semangat waja!yeh2..
keesokan harinya, sangat konfiden untuk menjawab.aku berada di barisan ke-4.sekarang pasang telinga baik2..dukturah bagi arahan..
"row 4 draw uranine,"
*terkejut beruk+pandang dukturah* bila pulak yang aku pernah baca uranine..tengok structure lagi tak pernah.owh sudah..dalam hati 'uranine nie nama lain bagi uric acid kot'
tangan pon laju melukis structure uric acid.habis jawab senyum2 dan bagi kawan tanda kertas.dia tanya, 'uranine tu ape?'
'ntah, nama lain uric acid kot,'*muka cuak tak kira*
'row 4 lukis apa?'
kawan lain 'guanine kan?'
alamak..ini bikin gua bengang.disebabkan salah telinga, tangan aku menggeletar tak kira sebab terlalu marah.tapi positfkan diri yang penting aku ingat semua structure nucleoprotein (betol2 ye, aku ingat!)kembali dengan senyuman walaupun dalam hati sakit jiwa.
pengajaran..pontenglah kelas selalu supaya sentiasa bersemangat bila nak studi.
malas bertanya salah lukis! jangan bergantung kepada istilah 'kot' cik fathimah!

CERITA DUA:
dulu2 aku sayang anatomi hingga menjadikan anat buah hati aku.tapi, bila dah masuk abdomen, buah hati aku nie macam banyak songeh pulak.rasa sayang aku pun dah kurang.kesian anat.
dah bertemu cinta hati kedua, phisiologi.dengan phisiologi mesti kene banyak cakap, tapi phisio nie diam jer.budget macho la??tapi aku tetap cinta phisio sebab phisio selalu tolong aku.bichem kekal menjadi sahabat baik yang sentiasa disisi.tapi biochem suka menyendiri menyebabkan aku macam nak menjauhkan diri jugak.nak berbuat baik dengan histologi tapi histo macam menakutkan aku plak.tapi histo best la..jadi kawan saya ye histo?!bahasa arab bahasa syurga, mestila saya kasih dan sayang.AL-QURAN, kompem cinta mati.al-Quran memberi saya kesenangan.tengok al-quran jadi tenang.apatah lagi membacanya.
pengajaran, mari baca al-quran ramai2..

nota kaki:exam anat menanti..
nota kaki lagi:aku benci mesej berantai.tolongla jangan bagi kat aku
nota kaki lagi lagi: kim ryewook add aku di fb??

p/s:doakan nama saya naik di fakulti dalam bulan satu ini juga!

No comments:

Post a Comment