Thursday, September 30, 2010

sabar..ikhlas..syukur

Salam..
sebenarnya macam tak tahu nak tulis apa, tapi terfikir untuk berkongsi sesuatu dengan orang2 tersayang di malaysia..
pagi tadi, ke kelas macam biasa untuk kuliah bahasa arab selama dua jam..sulit juga nak mendapatkan trenco ataupun bas pagi2 macam tu..jadi, ambil keputusan untuk naik teksi sahaja walaupun tahu agak mahal.tapi, sebab dah lambat terpaksa lah jugak..dalam LE10..
sampai dewan..wah, ramainya manusia..memang kami lambat..
sementara menunggu pensyarah masuk, aku membaca buku Anatomical of human body (lenguh tangan nak buat pergerakan manusia)..kawan sebelah pula sibuk mengira budget bulanan..serius, awal2 nie memang sangat banyak keperluan yang perlu difikrkan..tambah lagi, peti ais bait kami tiba2 pula dia macam dah nak nazak je..sambil mereka berbincang, aku ikut menyampuk (duit kau..mesti r menyampuk!)..
setelah sejam..professor tidak juga sampai..datang seorang pelajar membawa berita yang sangat mengharukan..KELAS BATAL!
aku pun habiskan bacaan dan kawan habiskan pengiraan dan kami bersiap untuk pulang..
alhamdulillah, tak macam semalam, sekali je aku tunjuk isyarat asyir, ada trenco berhenti..uh suka2..trenco juga tidak penuh..
namun begitu(sastera sedikit), pintu bait pula buat hal..berapa kali pulas, tak juga terbuka..kunci tu tersekat dari dalam..ambil keputusan panggil mushrifah(k.musfirah)..sejam juga la mengurus hal pintu..then, kak mus kata nak pergi kedai kayu..aku dengan semangat nak bercakap arab punya pasal, menjerit nak ikut..*peace*..terkejar2 kak mus dengan kawan beliau di depan..
tukang kayu cakap, kena tukar kunci terus kerana kunci memang problem(memang sudah beberapa kali berlaku)..nak tahu berapa??
upah dia buka pintu: 10 genih..
upah tukar kunci: 76 genih..
kemudian, berbual dengan kakmus dan kak hajar(kawan beliau)..ada seorang dari kami cakap 'rugi duit, x ada kelas'..waktu tu aku dalam bilik dan hampir je nak menjerit 'ya..rugi sangat!!'
tiba2 kak mus cakap, 'eh jangan macam tu.tak baik..kome pergi tu untuk menuntut ilmu..tak baik cakap rugi, macam tak ikhlas..kalau tidak, nanti lagi rugi..' dan ada lagi kurang ingat..
terus aku terkedu dan terfikir..
'ya Allah, aku telah salah menilai keihklasan hatiku..aku fikir aku sudah ikhlas, sedangkan, tidak pernah terlihat pada tingkah laku dan tutur kataku..ya Allah, kenapa aku selalu melakukan dosa yang tidak dilakukan manusia lain..ya Allah, kau luruskanlah hatiku..ikhlaskan hatiku dalam berjuang..berikan aku kesabaran..
begitulah yang pernah aku nyatakan dalam post sebelum ni, keikhlasan adalah sesuatu yang sangat sukar untuk diceritakan..bahkan, graf keikhlasan manusia itu boleh saja turun naik dan sekata sahaja..ada juga yang langsung tidak memerlukan graf..nauzubillah..semoga allah menetapkan hati aku dan kamu di atas jalanNya..
justeru itu, aku sentiasa berharap, ada orang yang akan sentiasa menyentuh hatiku agar sentiasa melakukan sesuatu kerana Allah, bukan kerana kepentingan peribadi..sebab tak akan menjadi..
itu tentang ikhlas..
berbual lagi..berbincang tentang masalah bait kami..
alhamdulillah, rumah kami tidak mempunyai sebarang masalah yang teruk..minor saja..masalah yang biasa berlaku di rumah di malaysia..
bila dengar masalh kawan2 yang lain,rasa bersyukur aku kesangatan..walaupun bayaran sewa agak mahal untuk empat orang, aku bersyukur kerana tidak banyak yang perlu disongehkan..aku berharap, keadaan yang baik itu berkekalan sehingga kami berpindah ke bait lain(kalau nak pindah la)..bersyukur mendapat rumah yang sentiasa ada angin..bersyukur kerana rumah yang serangga gatal2 tidak serius(alhamdulillah tak kena)..bersyukur mendapat rumah yang tidak dibanjiri oleh air tandas..syukur syukur syukur..
tetapi di luar, banyak cabaran yang aku hadapi..baru2 nie, aku nak ambil duit di national bank of egypt(bsn kad)..tetapi, sudah nasib badan, tak dapat nak teruskan transaksi sebab kad belum diaktifkan di Malaysia(belum pernah buat transaksi)..waktu tu rasa macam bengang dan nak menjerit dan nak tendang semua benda yang ada kat jalan sabi' tu..mujur la aku boleh senyum lagi dengan kawan2..lepas mesej2 dengan kaknyah, macam lega sikit..
dalam teksi nak balik tu, tak tahu la nak fikir apa dah..benar2 menguji tahap kesabaran seorang hamba yang lemah dan tak berdaya seperti aku..dalam aku terdiam tu, terlintas di fikiran..aku selalu memohon kepada Allah untuk diberikan kesabaran dan ketabahan hidup di bumi Mesir..terus aku termenung..ini cumalah masalah peribadi aku yang sangat kecil(duit kecil ke?)..tetapi aku dengan cepat, merasa marah dan emosi..aku bukanlah orang yang layak untuk memohon kekuatan..merenung lagi..Allah sedang ingin mengkabulkan doa aku..aku memohon untuk menjadi di antara hambanya yang sabar, jadi untuk manjadikan aku sabar adalah dengan membiasakan aku dengan pelbagai cabaran..kemudian tenang sedikit ditambah dengan azan yang berkumandang *sweet smile*..
hmm..itulah saja cerita antara banyak cerita di Mesir..

p/s:mohon doa semoga saya dapat zakat perak..amin ya rabb...

No comments:

Post a Comment