Friday, September 24, 2010

Banjir di mesir?!

pelik tak di sebuah negara yang kering dan panas tiba2 keluar berita banjir berlaku..ya, itulah yang berlaku sebenarnya. tapi, bukanlah dekat bandar cairo atau alex atau apa, cuma dekat dapur bait aku saja.ngeee,,,
hari ni giliran aku untuk memasak..sebab ketua rumah nak sangat rasa masakan aku kan..lastly, aku pon amek keputusan untuk buat masak kicap..pada asalnya nak buat kari, tapi macam leceh la sebab nak kena masuk santan pulak..
kemudian bakar ayam.actually itu adalah ayam goreng, tapi aku lupa pula nak tarok kunyit dan garam, so dia kelihatan seperti ayam bakarlah..he..tapi rasa dia sedap ok..ha perasan sebentar.
kemudian makan2..
lepas makan, aku masuk ke bilik untk improve bahasa arab aku dengan membaca buku yang dihadiahkan oleh kaklong..
kak shamilah(ahli bait) mencuci pakaian sejak dari hari mula disimpan..yeey, akhirnya mesin itu dirasmikan juga..
tidak berapa lama,zatil(juga ahli bait), mengajak aku untuk melawat mereka..untuk meraikannya aku pun pergilah..
deng deng deng deng.....
terkejut beruk aku melihat dapur kami sudah penuh dengan air..macam dapur terapung lah pula!
"how can it turn like this?"tanyaku..mereka hanya ketawa..ketawa ketensionan sebenarnya..
dapur di rumah kami, tidak ada paip untuk salurkan air dari mesin basuh sewaktu keringkan baju..jadi, menjadi satu kerja untuk tunggu dan tadah air dalam baldi dan curah dalam sinki.kami letak di dapur, kerana hanya di situ saja tempat yang ada soket. tapi, macam mana boleh jadi macam tu aku tak tahu. mungkin, paip saluran air tu dah tercabut dan air melimpah dengan banyaknya..
satu lagi hal, peti ais di rumah kami tidak berfungsi dengan baik. bahagian freezer tu hanya membeku di bahagian atas sahaja, jadi makanan macam daging, ayam dan ikan cepat rosak. jadi, tak dapat nak beli simpanan untuk jangka masa panjang..waktu sedang menulis entry ni pun, doktor marwan datang ersama geng beliau untuk membaiki kerosakan..tapi, tak sampai lima minit, mereka semua minta diri, katanya peti ais tak dapat diselamtkan lagi. jadi, doktor marwan akan kembali semula esok untuk membaiki sinki yang tersumbat pula..
pasal baju tadi, oleh kerana tidak sempat dibilas, aku memberi idea kepada mereka agar baju kami tidak perlu dibilas dan harap mereka redha saja. tak sangka ahli2 bait aku setuju dengan idea bernas aku tu..he,,
kemudian timbul satu lagi masalah kerana tiada tempat untuk sidai pakaian.jadi, zatil pula mencadangkan untuk buat tali yang disambungkan dari tingkap sebelah katil aku ke katil double decker kak shamilah..setuju saja! satu hal, kami perlu cabut ampaian bila taknak guna dan pasang semula. jadi termaktublah peraturan baru, basuh baju hanya pada hari cuti!
mesin basuh kami juga telah dialihkan ke sebelah tandas, tapi soket pula tiada, jadi perlu sambung pada extension wyre..SETIAP SESUATU TU, PASTI ADA BAIK DAN ADA BURUKNYA..
begitulah keadaannya ya..aku anggapkan semua ni adalah suatu perkara baru yang perlu aku lalui dengan tabah dan redha. banyak lagi benda yang jauh lebih mencabar yang mungkin akan berlaku kan3?

p/s: 'kullu samaniah??' 'wahid faqad??'.....tanyaku kepada peniaga arab..he, saja nak menunjuk boleh cakap arab..ngeeee,,

4 comments:

  1. aiwah wahid faqad..aiyu haggah? meshei2..fathimah ko dok haiyu asyir kew..

    ReplyDelete
  2. nk g mesir jgk...tpi nkg mlawat jer...
    ksian rumah org doif tuh...klo kt mlesia mesti da ader BERSAMAMU dtgkn...
    sabao yer... yg psti bumi barakah iA..
    ape2 yg berlaku ader hikmahnyer...

    ReplyDelete
  3. btol2..semoga allah kurniakan kesabrn yang tinggi..jom, bile aku abis bljr, g melwt sesame!!

    ReplyDelete