Saturday, July 24, 2010

Dilema 'P' dan 'N'



kepada kau...
sudah lama aku berkira2 untuk menuliskan ini walaupun aku pasti kau tak akan membacanya pon..tapi cukup lah sekadar untuk meluahkan rasa bersalah aku sekarang..sumpah, bukan maksud aku untuk menyakiti hati engkau ketika aku sendiri merasai sakitnya..P, aku btol2 minta maaf kerana telah membuat satu keputusan yang berat untuk kita berdua..Ya, aku telah memilih kau ketika di hatiku adalah yang lain..Sudah berkali2 aku memikirkan hal ini, tapi sungguh berat untuk menolak engkau P ketika yang lain percaya aku sangat menyukai kau.Bayangkan, bagaimana aku harus melalui hal ini?!. Aku akui, aku lebih menyukai N dan sudah sekian lama bermimpi untuk menjadi sebahagian dari hidupnya..Mungkin takdir telah menentukan untuk kita bersama..Jadi, aku minta agar kau memberi kesempatan dan peluang kepada aku untuk menyukai dan menyayangi dirimu walaupun itu pasti akan mengambil masa yang lama.. Aku akan cuba agar keserasian antara kita akan wujud tidak kira berapa tahun kita perlu menanti..
P, aku tahu aku silap kerana tidak menyatakan yag sebenarnya..aku lebih memilih untuk berpura2 sedangkan banyak lagi pilihan lebih tepat boleh aku lakukan..tapi percayalah, dengan adanya keredaan ibu bapaku, pasti kita akan bahagia bersama..Kita sudah beberapa bulan bertunang, dan sedikit masa lagi, kita akan disatukan dan aku cuma kita ingin kekal bersama kerana, untuk aku menoleh ke belakang dan memilih N yang aku cintai adalah mustahil.lagipun bapaku sendiri ada berkata, N tidak mungkin dapat mendidik aku menjadi wanita yang lebih baik. Meskipun aku harus berpura2 begini, percayalah aku bukan tidak menyukaimu sepenuh hatiku..Masih ada sedikit ruang di hatiku untukmu..
Hampir setiap malam aku memikirkan kau dan kadang2 meragui keputusanku..Namun, aku telah bertekad untuk tidak mempersia2kanmu..Jadi, dengan sepenuh hatiku, aku memohon agar kau memaafkan aku kerana memilihmu menjadi sebahagian dari hidupku ketika di hatiku adalah yang lainnya..Semoga satu hari nanti, aku dapat menempuh hidup bersamamu dengan baik..Aku doakan semoga Allah memberkati apa yang telah aku lakukan..Tentang N, tidak perlu engkau bimbangkan.lambat laun, aku pasti akan dapat melupakannya walaupun itu agak sukar..
Apa yang boleh aku katakan P.Jika kita berjaya mengharungi dugaan awal bersama, engkaulah takdirku.Jika tidak, biarlah aku akan kembali kepada N.
Jadi, berilah aku ruang dan peluang untuk menghabiskan hayatku bersama kau..Kepada N, semoga dia tidak lagi mengganggu ingatanku..



p/s: Untuk, mengetahui kesudahan kisah aku, P dan N, nantikan entry seterusnya.. Tolonglah bagi kaunseling kat aku...Hwaa....

No comments:

Post a Comment