Jika anda pernah terbaca entry saya bertajuk 'Dilema 'P' dan 'N', ini adalh kesinambungn dari kisah aku yg sgt rumit itu ya! dan aku mash blom rasa nk berhenti bercerita pasal Si P yang sudah mula aku sukai..
Ya, aku sudah mula menyukai P dan menerimanya dengan baik dalam hidupku..Ikhlas??owh, itu urusan tuhan, tidak mampu untuk aku bicarakan soal keikhlasan kerana keikhlasan itu di dalam hati tidak ada sesiapa yang tahu..ikhlas itu tidak dilihat tetapi bisa dirasa..Jadi, kalau rasa aku ikhlas ikhlaslah aku..mwahha..
Baiklah, tentang Si P.aku sendiri pun tak pasti sejak bila aku suka dengan dia..Tapi harapanku agar perasaan ni terus kekal selama hayatku tanpa ada rasa berbelah bahagi lagi..Selagi keluarga aku menyokong kehadirannya dalam hidup aku, aku ok je!!ngahha..
Bukan mudah aku nak mencipta satu perasaan sangka baik kepada dia..kalau selama ni perasaan suka tu hanya sebutan di bibir dan terlihat oleh senyumanku yang penuh pura2, kini ia telah pun bertakhta di hati sanubariku meskipun ia masih lagi mencari ruang untuk memenuhi seluruh tumpuan hidupku terhadapnya(wah, agak jiwangkah?!)..
dariku untuku..
Justeru itu, walau apapun yang berlaku, segala onak duri, liku di higwayku, lumut dan selut di lorongku, akan aku teruskan perjuangan untuk bersama dengan P meskipun satu hari nanti, mungkin ada yang berkata kau tak layak untuk P la fathimah..
'do i care?'..selagi P disisi aku, aku akan berjuang untuk mempertahankan dia..kepada kawan2 aku berharap agar kalian sentiasa mendepangkan tangan memelukku ketika aku sulit, sanggup berlenguh bahu untuk aku titiskan air mata, dan sudi menjatuhkan peha meriba dukaku..
dan pastilah, kepada Allah Yang Esa, agar Dia memperkuatkan keimananku yang sangat rapuh dan seakan ingin mereput ini..Tunjukkan aku jalanNya yang lurus dan memberikan aku hidayah untuk memilih andai persimpangan menjengah laluanku..
Wah, cabaran sudah terasalah..
Apa jadi dengan N?
N masih begitu, sihat dan penuh semangat..hahaha..Kuakui, sejauh mana aku berlari dari hidupnya, n sentiasa di situ..aku akan sentiasa mengingatinya..Sob2..
Baiklah, tangan aku sudah lenguh menaip..Setakat ini dahulu kisah P dan N..
nantikan episod bahagia dan lara yang seterusnya..
P/s: doakan saya dan P berkekalan ya kawan2...
No comments:
Post a Comment