Tuesday, February 7, 2012

kerana hidup ini indah!

Assalamualaikum,,

selamat pagi orang mesir, selamat petang orang malaysia!!!

ini adalah entry yang kedua untuk bulan ini saya kira. sebenarnya saya sendiri tidak berniat untuk mencoret apa-apa tapi, bila buka suka suki suku asyik nampak entry lapuk je terdatanglah idea untuk menulis. tambah-tambah saya baru sahaja selesai seminar perubatan islam di universiti kaherah, jadi mungkin ada benda yang dapat dikongsikan sedikit sebanyak.
kesihatan agak terganggu sebenarnya. ini gara-gara doa si qistina lah nie. setiap kali jumpa dia cakap "muka kak imah macam tak sihat" berkali-kali and the result habis seminar saya tergolek atas katil tak sedarkan diri. a big huge beautiful thanks to ayu yang tolong picitkan kepala saya. ok, pasal qistina itu hanyalah lawak jenaka. segala sakit penyakit berjangkit adalah ujian dan anugerah Allah. moga menjadi penghapus dosa. ameen. dan yang sebenarnya saya memang dah rasa kurang sihat sejak awal lagi dan hari-hari cakap pada diri "fathimah kuat, tak boleh sakit, jangan demam" sampai kawan-kawan yang tergelak. tidak pantas betul! tapi, takdir Allah mengatasi segala perancangan, saya sakit jua akhirnya!haha.
terima kasih banyak-banyak kepada sahabat yang menjaga dan mengambil berat kesihatan saya dan suruh saya 'berehat' sebentar dari kesibukan.kui3. saya tak pasti untuk itu saya boleh atau tidak. walaupun kadang-kadang mulut nie laju jer meluahkan kepenatan tapi saya lebih suka menjadi sibuk daripada biar masa terbuang begitu sahaja. beberapa hari tiada di rumah, rindu untuk makan setalam bersama-sama teman serumah, rindu untuk berebut tandas bersama mereka. semoga ikatan terjalin selamanya.
wah, panjangnya intro. ok, apakah seminar perubatan islam? saya tak nak bicara banyak pasal perubatan moden dan rukyah. rasanya yang pengajian islam akan bosan dan yang perubatan pun akan bosan. i just want to inspire you all untuk study hard dan smart. jadi, silalah bagi sedikit masa kepada diri untuk membaca benda yang tak berapa merepek dan menarik ini.
"we can't never lead the wind, but we can lead the sail". that is the new quote i got from Dr. Suhaini Ngadiman. he is an anesthesiologist at IJN. It's absolutely right that difficulties are 'best friend' in our life. tapi, itu bukan alasan untuk tidak hidup dan menghentikan langkah perjuangan. keperitan, kesusahan, kepayahan itu adalah lumrah menghadapi kehidupan dan mendapatkan kenikmatan. apa yang perlu kita lakukan apabila berhadapan dengan masalah adalah menyelesaikannya. don't worry if the problem can be solved. if the problem can't be solved, then, there is no use to worry. see, some of us think too much about the problem rather than how to solve it. manage ourselves to manage the problems. don't run away but run towards it! and for the problem, don't make ourselves be apart of it, but let us be the solution!
masa saya sering terbatas untuk berbual lama skype lama-lama dengan keluarga. dan selalu adik-adik atau kakak akan cakap, "eei, belum kerja lagi dah sibuk". in fact, saya tidaklah sibuk sepertimana sibuknya pengarah PWtC, apatah lagi nak dibandingkan sibuknya presiden PERUBATAN. mungkin disebabkan saya jarang ada di rumah tu yang menyebabkan nampak sibuk sikit. tapi, ini hanya akan berlaku di musim cuti sahaja. kalau musim kuliah, berkejar ke kuliah dan kelas-kelas tafaqquh sahaja kalau ada. you know what? walaupun kita (as a student) rasa kita sibuk. the real is, we have lot more free time compared to the employers and the workers. so, don't waste it. use all the time to gain knowledge (for sure it will not finish till the end of life) and experience. the more you experience your life, the better your life will be. frankly said, saya agak cemburu dengan kakak saya (if you read this my kak nyah, you better cry. haha). she is intelligent. she is good. we used to be in the same school. and, she always the first in class.my teachers praised her. even her junior and my senior compared us. "why you are so differ from your sister?"pissed me off! disebabkan waktu tu saya sedikit nakal dan degil, memang rasa nak bagi penampar jer dekat kakak tu. nasib baik Allah tahan tangan saya. good for you sunbae!she concerns about people around her but i am selfish. I wanted to walk my path the way i want, so, i rarely involve with people. itu zaman kejahilan saya. at the back then, i believed that no one can change my life. what i want, who i want to be. don't you dare to interrupt and disrupt. but, my sister, she changed my definition about life. the way she leads her life turn me to someone else. eh tidak, banyak lagi faktor lain yang membantu. tapi, saya jeles sebab dia macam banyak membantu untuk islam. so, i keep thinking on how i can help ummah Rasulullah pbuh. keep thinking on what can i contribute for the sake of Islam. and, i invite you people to share anything you have for Islam, to follow his sunnah, and to continue this 'never-end-war' in this 'battle'. don't stop walking and thinking. that is what a professional muslim must do! let be proactive..
'kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya'. itu pepatah biasa yang dipelajari sejak zaman sekolah rendah lagi. tapi, sejauh mana kita mengaplikasikannya dalam kehidupan kita. peribahasa yang dibawakan Dr. Hamri, Pakar Kesihatan Keluarga HUSM yang nampak ringkas, tapi sebenarnya memberikan berjuta makna. Kita tidak sedar sebenarnya dalam hidup, kita terlalu banyak mimpi. tapi, jarang sekali kita menukarkan mimpi kita kepada cita-cita apatah lagi nak 'take action' untuk mimpi kita. dan akhirnya, mimpi itu hanya menjadi angan-angan mat jenin dan tinggal sebagai sandiwara dan tipu daya. kita boleh mimpi yang hebat-hebat. mimpi yang gah-gah. mimpi yang bila orang dengar akan cakap "kau ni gila apa" atau "mustahil gila dowh" atau "kau nie kena rasuk ke". tapi, bagaimana kita berperanan untuk merealisasikan mimpi kita. untuk itu, wajar haruslah untuk kita berusaha dengan sungguh-sungguh dalam mencapai cita-cita dan menggapai mimpi indah tu. jangan hanya berdiam diri goyang kaki. makan banyak sampai buncit-buncit tapi kerjanya idok! bila masa yang nak dapat sagunya. nak mencapai sesuatu yang indah bermula dengan satu langkah yang gagah, dan ditengahnya bermacam payah. jangan terhenti walau sejenak. jangan terhenti walau selangkah. pass all the obstacles. face all the challenges.fight-oh!!!


Firman Allah:
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
surah al-baqarah 2:214

nota kaki:nak buat research pasal....
nota kaki lagi: tengok akak2 6th year,,aduh tak sabar nak mengikut jejak. insyaallah sampai!
nota kaki lagi lagi:tajuk macam tak kena, saya tahu!

p/s:whatever! macam apakah??

Thursday, February 2, 2012

another unforgettable trip,,

Assalamualaikum dan selamat berbahagia.


JABAL MUSA:
merupakan antara catatan pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan. saya sendiri tidak sangka dalam kegelapan malam, saya mampu mendaki jabal musa setinggi dan sepanjang itu. nasib baiklah panjat malam, kalau siang, dah lama saya berhenti dekat kaki bukit lagi. tak tak itu tipu, saya sangat suka panjat gunung! ok,sedikit info mengenai jabal musa- merupakan antara tempat yang dikisahkan dalam al-quran(sila rujuk surah at-tin). merupakan tempat di mana nabi Musa bermunajat kepada Allah dan menerima wahyu di situ. memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mendakinya! horey saya sudah..


sebelum pendakian


di atas puncak


perjalanan turun,,jauh lagi nie tau..

KUBU SALAHUDDIN:
Fakta-terdapat 3 kubu salahuddin al-ayubi. satu di Alexandria, Cairo dan Sinai. kubu di sinai terletak di tengah-tengah laut yang sangat cantik biru dan indah. perlu menaiki bot untuk ke sana. so, haruslah bayar 25LE seorang. dari puncak kubu ini, kita boleh menyaksikan sempadan Mesir dan 4 buah negara iaitu Arab Saudi, Jordan, negara haram Israel dan juga Palestin. dan boleh nampak juga hotel Hilton di Israel. info ringkas tentang Salahuddin-saya suka dia *wink*. merupakan orang penting dalam Perang Salib dan mengambil semula baitulmaqdis yang dicintai daripada tentera salib. lebih info menarik silalah wiki2.


kubu dari jauh


masjid dalam kubu


MAKAM NABI HARUN, SALLEH dan SAMIRI:
cuma berharap dan berdoa supaya kembali ke sini lagi. sob2

DAHAB:
berasal daripada perkataan zahab yang bermaksud emas. dahab itu sebutan ammiyahnya. yang menariknya di sini adalah glass boat dan juga tempat shopping yang harga bagai nak gila. so, hanya beli satu sweater terpaksa. sempat juga kena bengang dengan seorang pak cik arab nie. selamba sangat je dia paksa beli sweater yang dah kotor dan lusuh warna. mujur sempat melarikan diri.ehek. risau la juga kalau kena hempuk dengan pak arab. saya nak hidup lama lagi.


menuju ke glass boat.


gambar tak ikhlas,,sori la!

scuba diving lagi best!!

UYUN MUSA:
surah albaqarah 2:49.


inilah dia,,batunya di tempat lain.

BARLEV LINE:
lewat 30 minit. tak boleh masuk lagi dah. rasa nak mengamuk dekat siapa(saya lah itu) yang terhegeh2 dekat hotel. grrr...

nota kaki:tak sakit kaki macam orang lain, alhamdulillah.
nota kaki lagi:hampir diterbangkan ribut sinai,panjang umur lagi. alhamdulillah.

p/s:pergi merata alam untuk insafi diri bukan meninggi diri ok?!

Friday, January 27, 2012

first winter trip!

Assalamualaikum readers!!!!!

first sekali tak tau perasaan apa sekarang nie..
penat,,yer agak penat sebab baru sahaja balik dari hadiqah dauliah. penat jadi pemegang kamera (dan ambil gambar sekali la tentunya). penat menjerit terlolong menyokong kumpulan sendiri dan ada masanya sebab syok sendiri..teehee!

sedih,,perasaan sedih nie sepatutnya dah lama hilang tapi tak hilang-hilang. mungkin sebab saya kecewa sangat2. ya, saya teramat sangat terlalu terlampau kecewa. seseorang yang berminat menulis (walaupun taklah berbakat pun) seperti saya, tentunya sedih jika tidak berpeluang menghadiri kursus penulisan ketika anda berpeluang. ok, memang la macam kursus je. penulisan jer. tapi kau, Abu Hassan Morad (AHM) kot yang bagi. meraung la!
Memang saya berhajat untuk ke kursus tu pada mulanya. tapi bila cek balik tarikh dan planner semua dah penuh dengan aktiviti-aktiviti lain maka saya pun menolak dahulu ke tepi kursus penulisan yang bertahun-tahun saya impikan ini. dan, sebab saya tak sangka penceramahnya AHM. so, saya dengan kurang rela pergilah ke mansoura untuk menjahit dan mencari baju. sampai saja dekat mansoura kawan-kawan sembang "AHM kan yang bagi". memang tersangat sentap dan macam nak tahan bas ke cairo semula. cuba memujuk hati, rezeki yang ini pasti akan muncul lagi. insyaallah.

gembira,,kerana kerana kerana saya dan kawan-kawan tidak pernah merancang untuk ke raasu barr, tapi, Allah telah menentukan dan memilih kami pada tarikh 25Januari untuk menjejakkan kaki ke sana. Akhirnya, dapat juga saya menyaksikan keindahan alam ciptaan Allah yang dicatatkanNya dalam al-Quran. raasu barr merupakan tempat pertemuan sungai dan laut. airnya mungkin tak secantik di pantai cleopatra. but, when you experience Allah's nature and see how great His creature and power yang memang jarang-jarang sekali dapat, memang Subhanallah, nak sangat dekat-dekat denganNya. and you realize that, you are apart of nature. yes, human and nature are closely related. we study much on them and we draw something from them. jadi, pergilah berjalan-jalan ok?! jangan menyombong dengan alam dan jangan mengotori alamlah! raasu barr memujuk saya dari rajuk dengan AHM. eh, tetiba!

sayu dan pilu,,macam tak sesuai jer saya nak describe perasaan saya sebagai pilu dan sayu sebab duit melayang untuk winter coat yang baru. tapi apa-apa je lah. yang penting, winter coat ini tidak lah menampakkan saya macam lawyer walaupun ada yang cakap serupa ahli sihir. tapi, better la ahli sihir. eh cop, lawyer is so so so much better than witch kan?!


sebelah sini sungai sebelah sana laut..




tak perlu sebenarnya tunjuk gambar hipoccrates nieh,,tapi...



tiada komen pada gambar,,picture tells many story



happy to sleep dapat gula kapas..haha

kepada kawan-kawan yang menyambut winter, nikmatinya dengan perkara yang memberi faedah kepada diri dan hati. jangan sekadar cari seronok yang melalaikan. tapi, isi masa dengan hal-hal yang merapatkan kita kepadaNya dan dengan sesama hamba. mana tahu ada berkatnya. mungkin bertambah pahala kita dan melimpah redhanya..

firman Allah:
He has let loosed the two seas (the salt water and the sweet) meeting together. Between them is a barrier which none of them can transgress.
Ar-Rahman:19-20


nota kaki:bersiap ke sinai pula,, tak sabar mendaki! hoyeehh

p/s:berjalan jalan juga, nikmati kebesaranNya.